Anda di halaman 1dari 8

MESYUARAT AGONG PIBG

PENGUMUMAN KETIBAAN

Mengumumkan ketibaan,

Yang Berhormat

(GIMIK)

Tetamu jemputan dan para hadirin dipersilakan mengambil tempat

KATA SALUTASI

Salam sejahtera kami ucapkan,


Para hadirin semua jemputan;
Selawat dan salam kami junjungkan,
Ke hadrat Nabi Rasul pilihan.

Ke pekan kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah

Bismillahirahmanirahim

Yang Berbahagia Dr Mohd Zaki bin Haji Salleh


,

Yang dihormati Encik Syukri Bin ,


Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Neram,

Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Nordin Bin Mohd,


Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaa Felda Neram,

Cikgu Abdillah Bin Taha,


Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaa Felda
Neram,

Cikgu Norizah Binti Jaafar,


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Kebangsaa Felda
Neram,

Cikgu Nor Hasnira binti ,


Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaa Felda
Neram,

1
Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Menengah Kebangsaa Felda Neram,

Para guru, ibu bapa, seterusnya hadirin dan hadirat yang dimuliakan.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

UCAPAN ALU-ALUAN DAN SELAMAT DATANG

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Allah jua yang dipuji, dengan lidah dan hati, kerana dengan limpah dan izin-
Nya, membolehkan kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini.

Dalam suasana ceria penuh harmoni, ______________, majlis berbesar hati


mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu-tetamu kehormat, tuan-tuan
dan puan-puan ke majlis pada hari ini.

Untuk pengetahuan hadirin, Gimik


_______________________________________________________________
sebentar tadi sebagai tanda menyambut kedatangan dan mengalu-alukan
kehadiran para jemputan ke Majlis Mesyuarat Agong Kali ke 20 Sekolah
Menengah Kebangsaa Felda Neram,
.

BACAAN DOA

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Sebagai pembuka tirai atur cara, majlis menjemput dan mempersilakan Al-
Fadhil Ustaz ___________________________ untuk memimpin bacaan doa
sebagai permintaan hajat dan restu agar majlis kita diberkati hendaknya.
Dipersilakan.

(Bacaan doa)

Semoga doa pimpinan Ustaz tadi diberkati Allah hendaknya.


Majlis mengucapkan terima kasih.

UCAPAN PENGETUA

Hadirin yang dirahmati,


Sesungguhnya, kejayaan dan kecemerlangan seseorang individu tidak diukur
dengan hanya pencapaian luaran semata-mata tetapi adalah sejauhmana
kejayaan itu mampu memberikan sumbangan kembali kepada orang di
sekelilingnya.

2
Tinggi burung terbang di angkasa,
Bunga mekar dipetik peraih,
Majlis bermula restu diminta,
Ucapan aluan mengambil alih.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Haji Kamaruddin bin


Abu Hassan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan.

(Ucapan Pengetua)

Majlis mengucapkan terima kasih atas rangkaian ucapan alu-aluan yang


penuh bermakna sebentar tadi.

UCAPAN PERASMIAN

Hadirin, para jemputan yang dikasihi,


Kejayaan bukanlah milik mutlak seseorang tetapi adalah himpunan doa,
harapan dan sumbangan insan-insan yang berdiri teguh, berjalan seiringan
untuk membantu dalam mencapai kecemerlangan. Ibu bapa, guru-guru dan
rakan taulan jangan dilupakan saat diri berada di puncak gemilang.

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Kini, majlis menjemput dengan penuh takzimnya,


Yang Berhormat Dato Haji Maulizan bin Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri
ADUN Tiram untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis
Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kota Masai tahun 2014.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Ucapan Perasmian)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas


janaan ucapan perasmian sebentar tadi.

PERSEMBAHAN TARIAN – JOGET HATINYA TAK TAHAN

Sirih pinang sirih berlipat,


Diambil sehelai dibawa pergi,
Tampak joget indah dilihat,
Menjadi tatapan majlis berseri.

Hadirin yang dihormati,

3
Kita sama-sama saksikan persembahan tarian ‘Joget Hatinya Tak Tahan’.
Dipersilakan.

(Tarian)

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan tarian di bawah pimpinan


Puan Nur Hasanah bt Hamzah sebentar tadi.

ANUGERAH PENCAPAIAN GEMILANG 2014

Hadirin yang dimuliakan,


Sebagai pembuka acara penyampaian anugerah pada hari ini, majlis dengan
segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Dato Haji
Maulizan bin Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Tiram diiringi Tuan
Haji Kamaruddin bin Abu Hassan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota
Masai bagi menyampaikan anugerah. Dipersilakan.

Anugerah Pencapaian Gemilang 2014 bagi :

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013


Anugerah Pencapaian Gemilang Individu Kokurikulum dan Sukan 2014

(nama penerima)

Hadirin yang dimuliakan,


Muhammad Danial bin Romizan tidak dapat hadir kerana terpilih ke Sekolah
Sukan Bukit Jalil dan sedang menjalani Program Pembangunan Sukan ketika
ini.
…………………………….

Anugerah Pencapaian Gemilang Berpasukan Kokurikulum dan Sukan 2014


Dinobatkan kepada Kelab Keselamatan Jalan Raya Sekolah Kebangsaan Kota
Masai.

(nama penerima)

Untuk makluman hadirin, Nurin Syaffina binti Ahmad Farizal dan Nur Aina
Adriana binti Rosli tidak dapat hadir kerana mewakili negeri Johor ke
pertandingan lalulintas peringkat kebangsaan di Negeri Sembilan manakala
Nurul Najiha binti Hezry mewakili negeri Johor ke pertandingan bola baling
terbuka di Perlis.

Hadirin yang dihormati,


Kelab Keselamatan Jalan Raya Sekolah Kebangsaan Kota Masai ini
merupakan Johan Keseluruhan Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas Peringkat
Negeri Johor 2014.
…………………………..

Bagi penerima Anugerah NILAM 2014 dengan bacaan buku melebihi 360 buah
buku setahun, dipersilakan (nama pemenang).

Hadirin yang dihormati, penerima Anugerah NILAM 2014 yang mencatat


bacaan buku paling banyak untuk Tahap 1 dan Tahap 2 akan menerima

4
sebuah plak, sijil penghargaan dan sebuah basikal.

Dengan bacaan buku sebanyak 360 buah buku, dijemput adik Nur Afina bt
Mohd Nizar dari kelas 1 Bestari untuk naik ke pentas bagi menerima hadiah
pembaca NILAM terbanyak Tahap 1. Dipersilakan

Seterusnya, pemenang anugerah NILAM tahap 2 dengan bacaan buku


sebanyak 460 buah buku, majlis mempersilakan adik Nur Eliani Elissa bt
Mohamad Zuki.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Yang Berhormat Dato
Haji Maulizan bin Bujang menyampaikan anugerah sebentar tadi.

PERARAKAN KELUAR VIP

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Dato Haji


Maulizan bin Bujang dan tetamu jemputan untuk meninggalkan majlis.

BICARA BERIRAMA

Hadirin yang dimuliakan,


Alangkah molek majlis kecemerlangan andai berseri dek persembahan. Untuk
itu, majlis menjemput pasukan bicara berirama Sekolah Kebangsaan Kota
Masai untuk menyampaikan persembahan bicara berirama dengan tajuk
‘Kayanya Bahasa Kita’. Dipersilakan.

(persembahan bicara berirama)

Untuk pengetahuan hadirin, pasukan bicara berirama yang dibimbing oleh


Puan Siti Hajar bt Kamaruddin ini telah dinobatkan sebagai naib johan dalam
pertandingan Bicara Berirama sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan
peringkat Negeri Johor. Tahniah diucapkan.

ANUGERAH PENCAPAIAN TERBAIK MATA PELAJARAN

Hadirin yang dihormati,

Berkebaya batik berwarna merah,


Diserikan dengan permata berlian,
Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima teruja menunggu giliran.

5
Bagi menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbaik Mata Pelajaran, majlis
menjemput dan mempersilakan Puan Norhaliza bt Taha, Guru Penolong
Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Kota Masai diiringi Puan Norsiah bt
Sise untuk menyampaikan anugerah, Dipersilakan.

(nama penerima)

Majlis mengucapkan terima kasih atas penyempurnaan penyampaian


anugerah sebentar tadi.

ANUGERAH PENCAPAIAN TERBAIK KELAS

Hadirin yang dimuliakan,


Majlis seterusnya menjemput Encik Mohd Dawawi bin Mohd Daud, Pengerusi
Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan diiringi Cik NorHafidah binti
Azman untuk menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbaik Kelas Pra
Sekolah, Tahun 1 dan Lonjakan Saujana. Dipersilakan.

(nama penerima)

Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Dawawi bin Mohd Daud,
Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Kota Masai atas
penyampaian anugerah sebentar tadi.

…………………………………

Seterusnya, bagi menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbaik Kelas Tahun


2, dipersilakan Encik Saifuldin bin Hassan, Guru Penolong Kanan Petang
Sekolah Kebangsaan Kota Masai diiringi Encik Ahmad Firdaus bin
Haramayni naik ke pentas untuk menyampaikan anugerah.

(nama penerima)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

………………………………..

Bagi Anugerah Pencapaian Terbaik Kelas Tahun 3, majlis seterusnya


menjemput dan mempersilakan Encik Marzuki bin Md Johari, Guru Penolong
Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Kota Masai diiringi Encik Amizam
bin Mohamed untuk menyempurnakan penyampaian anugerah ini.

(nama penerima)

Terima kasih diucapkan.


…………………………………

Hadirin yang dimuliakan,


Majlis beranjak lagi dengan menjemput dan mempersilakan Encik Roslan bin
Daud, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Kota
Masai diiringi Puan Halemahton binti Md Hatar naik ke pentas bagi
menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbaik Kelas Tahun 4.

(nama penerima)

6
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Roslan bin Daud, Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Kota Masai atas
penyampaian anugerah sebentar tadi.

Seterusnya, bagi menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbaik Kelas Tahun


5, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Encik
Mahari bin Kapor, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Masai
diiringi Encik Mahathir bin Abu Khalipah Husin untuk naik ke pentas bagi
menyampaikan anugerah.

(nama penerima)

Terima kasih diucapkan kepada Encik Mahari bin Kapor, Yang Dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Kota Masai atas penyempurnaan penyampaian
anugerah sebentar tadi.

PERSEMBAHAN TARIAN – JOGET KERETA LEMBU

Hadirin yang dikasihi,

Tinggi-tinggi si burung tempua,


Tinggilah lagi harapan di hati,
Selamat menonton buat semua,
Hiburan dipersembahkan kita hayati.

Sama-samalah kita meredakan debaran di hati dengan menyaksikan


persembahan tarian ‘Joget Kereta Lembu’ yang dipersembahkan oleh murid-
murid Tahun 5. Dipersilakan.

(persembahan tarian)

Terima kasih diucapkan atas persembahan tarian yang begitu menghiburkan


hati sebentar tadi.

ANUGERAH PENCAPAIAN TERBAIK KELAS

Hadirin yang dihormati,


Meneruskan acara penyampaian anugerah, majlis mempersilakan dengan
penuh takzimnya, Tuan Haji Kamaruddin bin Abu Hassan, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Kota Masai diiringi oleh Encik Roslan bin Daud
untuk menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbaik Kelas Tahun 6.
Dipersilakan.

(nama penerima)

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji


Kamaruddin bin Abu Hassan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai
atas penyampaian anugerah sebentar tadi.

ANUGERAH PENCAPAIAN TERBILANG

7
Penyampaian Anugerah Pencapaian Terbilang

(biodata tokoh)
Anugerah Tokoh Kurikulum
Anugerah Tokoh Hal Ehwal Murid
Anugerah Tokoh Kokurikulum
Anugerah Tokoh NILAM
Anugerah Tokoh Murid

Bagi menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbilang, majlis menjemput dan


mempersilakan Yang Dihormati Encik Mahari bin kapor, Yang dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Kota Masai diiringi oleh Tuan Haji Kamaruddin bin Abu
Hassan naik ke pentas bagi menyempurnakan penyampaian anugerah.

(nama penerima)

Terima kasih diucapkan kepada Encik Mahari bin Kapor, Yang Dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Kota Masai atas kesudian menyampaikan anugerah
pencapaian terbilang sebentar tadi.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Pencapaian Terbilang


Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kota Masai 2014.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN BERSURAI

Hadirin yang dimuliakan,

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini,
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta

Dengan ini saya (sebut nama)

Jumpa lagi dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kota


Masai pada tahun hadapan.

Salam Takzim, Salam Hormat dan Assalammualaikum.

Mohon hadirin berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku.

erique_stu@yahoo.com (Tariq)

syaniea84@yahoo.com (Kak Niza)

Anda mungkin juga menyukai