Anda di halaman 1dari 19

TEKS PENGACARA

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2017


SMK SEKSYEN 4 KOTA DAMANSARA
TARIKH: 14 APRIL 2017 (JUMAAT)
BI MASA / ATURCARA / SKRIP CATATA
L TINDAK N
AN
PENGUMUMAN PENGACARA
8.15pag Para hadirin yang dihormati sekalian,
i
Mohon kerjasama para hadirin agar mematikan telefon bimbit
atau meletakkannya dalam mod senyap sepanjang majlis ini
berlangsung dan duduk dalam keadaan selesa.

Para hadirin diminta berdiri apabila pengumuman ketibaan


tetamu kehormat masuk ke dewan utama dan terus berdiri untuk
menyanyikan lagu Negaraku.

Para hadirin juga diminta untuk tidak meningggalkan majlis


sehingga ke penghujung acara.
Kerjasama tuan-tuan dan puan-puan diucapkan terima kasih.
KETIBAAN TETAMU KEHORMAT
1. 8.30 Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Datuk Hajah Halimaton
pagi
Saadiah Binti Hj Bohan, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota
Damansara, diiringi oleh Yang Berbahagia Puan Che Mah Binti
Sharif, Pengetua SMK Seksyen 4 Kota Damansara, bersama
barisan pentadbir ke Majlis Anugerah Cemerlang SMK Seksyen 4
Kota Damansara.
(Para hadirin berdiri)
NYANYIAN LAGU NEGARAKU
2.
*********************NYANYIAN************************

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.


Tetamu kehormat dan para hadirin dipersilakan duduk.

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara,
Tetamu sudah melangkah datang,
3 Lafaz bismillah pembuka bicara.

1
Bismillahirrahmanirrahim..

Yang Berhormat,
Datuk Hajah Halimaton Saadiah Binti Hj Bohan
Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Damansara

Yang Berbahagia,
Pn Che Mah Binti Sharif
Pengetua
SMK Seksyen 4 Kota Damansara

Yang Berusaha,
En Mohd Fuad Bin Romeli
Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Seksyen 4 Kota Damansara

Yang Berusaha,
Pn Aini Wardiah binti Adenan
Penolong Kanan
SMK Seksyen 4 Kota Damansara

Yang Berusaha,
En Mohd Shahrol bin Ibrahim
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Berusaha,
Pn Paizah binti Che Yusuf
Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Berusaha,
Pn Raja Radiah Binti Raja Ismail
Penolong Kanan
Program Pendidikan Khas Intergrasi

Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran,


guru-guru, para murid yang diraikan serta hadirin sekalian

Assalamualaikum w.b.t , Salam Sejahtera, Salam Negaraku


Malaysia
Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali,
2
Selamat datang kami ucapkan,
Moga majlis sentiasa diberkati.

Selamat datang ke Majlis Anugerah Cemerlang kali ke-14 SMK


Seksyen 4 Kota Damansara 2017.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah


dan kurniaNya dapat kita bertemu dalam majlis yang penuh
bermakna ini.

Terlebih dahulu pihak majlis ingin mengucapkan jutaan terima


kasih atas kesudian Yang Berhormat Datuk Hajah Halimaton
Saadiah Binti Hj Bohan, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota
Damansara, kerana sudi hadir ke majlis ini.
PEMBUKAAN MAJLIS
4. YB Datuk dan hadirin yang dihormati sekalian,

Sebelum majlis menghampar pengisian,


Sebelum acara menyingkap helaian,
Molek rasanya doa dipanjatkan,
Semoga majlis beroleh keberkatan.

Marilah kita sama-sama menadah tangan memohon taufik dan


hidayah agar majlis kita pada hari ini diberkati dan dirahmati
Allah s.w.t. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan, Al
Fadil Ustaz Mohd Hafiz Affandi bin Mohammad untuk
memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.
BACAAN DOA
Terima kasih diucapkan kepada Al Fadil Ustaz Mohd Hafiz
Affandi bin Mohammad atas bacaan doa itu tadi.

3
5. YB Datuk dan para hadirin yang dihormati sekalian,

Bagi meneruskan majlis pada hari ini, dijemput, Yang Berbahagia


Pn Che Mah binti Sharif, Pengetua SMK Seksyen 4 Kota
Damansara, untuk menyampaikan ucapan aluan. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan

UCAPAN PENGETUA
6. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia
Pn Che Mah binti Sharif atas ucapan itu tadi.

YB Datuk dan hadirin sekalian,

Emas tempawan buat puteri,


Busana indah buat rupawan,
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah ucapan perasmian.

Dengan berbesar hati, majlis mempersilakan Yang Berhormat,


Datuk Hajah Halimaton Saadiah Binti Hj Bohan, Ahli Dewan
Undangan Negeri Kota Damansara untuk menyampaikan ucapan
dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang kali ke-
14 SMK Seksyen 4 Kota Damansara 2017.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

UCAPAN PERASMIAN
7. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada
Yang Berhormat Datuk Hajah Halimaton Saadiah Binti Hj Bohan
kerana sudi merasmikan majlis kita pada hari ini.

YB Datuk dan hadirin yang dihormati sekalian,

Sebagai pembuka tirai majlis Anugerah Cemerlang kali ke-14


SMK Seksyen 4 Kota Damansara, kami persembahkan deklamasi
sajak dari Adik Alia Nur Syuhada binti Mohd Nor yang bertajuk
Kerlipan Kebitaraan hasil nukilan Mohd Badrul bin Ghazali.

4
Dipersilakan.
PERSEMBAHAN SAJAK
8. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Adik Alia Nur Syuhada
binti Mohd Nor. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, deklamasi
sajak itu di bawah pimpinan Pn Nurdiana Binti Mohamed Ghazali
dan Pn Mariam Binti Musa.

YB Datuk dan hadirin yang dihormati sekalian,

Kini tibalah saat yang ditunggu-tunggu iaitu Majlis Penyampaian


Hadiah untuk murid-murid yang telah mencapai keputusan
cemerlang dalam bidang kurikulum . Majlis ini diadakan untuk
memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada murid-murid
yang telah mengharumkan nama sekolah dalam bidang
akademik.

Semoga penghargaan yang akan diberikan nanti akan lebih


menaikkan semangat mereka untuk terus berjuang dalam bidang
masing-masing dan diharapkan akan turut menjadi motivasi
kepada murid lain.

Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Yang Berusaha Pn Aini Wardiah Binti Adenan,
Penolong Kanan, SMK Seksyen 4 Kota Damansara dengan diiringi
oleh En Mohd Shahrol Bin Ibrahim, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid SMK Seksyen 4 Kota Damansara untuk menyampaikan
hadiah.
Dipersilakan. Penya
m-
Majlis penyampaian hadiah dimulakan dengan Anugerah Murid paian
Terbaik Program Pendidikan Khas Intergrasi bagi tahun hadiah
2016. untuk
PPKI
Dimulakan dengan,
5
Murid Terbaik dari Kelas Pendidikan Khas Inklusif
1,
Dipersilakan EZMEER BIN EZAD
Murid terbaik dari Kelas Pra Inklusif 2,
HAZIQ IZZURAHMAN BIN MOHD AZARI

Murid terbaik dari Kelas Pra Vokasional 1,


ALAUDDIN SHAH BIN ABDULLAH TANG
Murid terbaik dari Kelas Pra Vokasional 2,
MUHAMMAD SYAKIRIN BIN EVI SAZALI
Dan Murid terbaik dari Kelas Vokasional 3),
MUHAAMMAD SYAFIQ BIN KAMALUL BAHARIN

Penyampaian hadiah seterusnya bagi Murid-murid Cemerlang


Tingkatan 1 2016.
Dimulakan dengan Anugerah Mata Pelajaran Terbaik
Tingkatan 1 2016.
Terbaik mata pelajaran B.Inggeris, PATHMA DHARSINI A/P
SUNDARALINGAM Penya
Terbaik mata pelajaran sejarah, SITI ALIYAH BINTI AMIRZAN m-
Terbaik mata pelajaran pendidikan islam, NURUL SAFIKAH paian
BINTI SAMSULHADI hadiah
Terbaik dalam Kemahiran hidup pilihan perdagangan dan keusahawanan , ABU untuk
Tingkat
SUFFIYAN BIN AZMY
Terbaik dalam kemahiran Hidup pilihan kemahiran teknikal, MUHAMMAD HILAL an 1

HAKIMI BIN ABDULLAH


Terbaik dalam kemahiran hidup pilihan ekonomi rumah tangga, WAN NUR AINA
AMIRA BINTI WAN ADELI ARIF
Dan, Terbaik dalam bahasa Tamil, JIVASHINI A/P PALANISAMY

Seterusnya Anugerah Murid Terbaik Setiap Kelas Tingkatan


1 2016.
Dipersilakan, , Murid terbaik dari :
1 AMANAH WAN IZZATI AZWA BT WAN ABDUL AZIZ
1 BAKTI SITI ALIYAH BINTI AMIRZAN
1 CERDAS RIZAL HASIF WAFIY BIN YUSRIZAL
1 DINAMIK NUR NAJMINA BINTI KAMAROZAMAN
1 EFISIEN NOR LIYANA MAISARAH BINTI AZMI
1 FASIH NUSRAH BINTI FUAD
1 GIGIH NOOR ALEEYA NABILA BT MAT NAZRI
6
Seterusnya, Anugerah Murid Terbaik keseluruhan
Tingkatan 1 2016
Saya mulakan, mendahului yang lain,
Kedudukan Ketiga: NUR MAWADDAH RIFQI BINTI MOHAMED AZLAN juga terbaik
dalam mata pelajaran Matematik
Kedudukan Kedua:NUR AFINDA AUDINA BINTI MURAJI juga terbaik dalam
mata pelajaran Geografi dan Bahasa
Arab
Kedudukan Pertama: MUHAMMAD LUQMAN SAJJAD BIN ZAIDI yang juga
merupakan pelajar terbaik untuk kelas 1 Arif, juga t erbaik dalam Mata
Pelajaran Bahasa Melayu dan Sains.

9. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi Murid- Penya


murid Cemerlang Tingkatan 2. mpaian
hadiah
Dimulakan dengan Anugerah Mata Pelajaran Terbaik
untuk
Tingkatan 2 2016. Tingkat
Terbaik mata pelajaran B.Inggeris dan Pendidikan an 2
Islam, NUR NAMIERAH BT ABDUL AZIZ
Terbaik mata pelajaran SEJARAH, NURUL AFIQAH BT KAMRULDZAMAN
Terbaik dalam Geografi, NOOR ADLINA HAYANI BINTI NOOR AZMAN
Terbaik dalam mata pelajaran Bahasa Arab, YUSRI BIN JASNID
Dan, Terbaik dalam bahasa Tamil, JAISHERI A/P MANIMARAN

Seterusnya, Anugerah Murid Terbaik Setiap Kelas


Tingkatan 2 2016.
Pelajar terbaik dari Kelas:
2 BAKTI MUHAMMAD THALHA BIN HAMDAN
2 CERDAS TAN KA MAN
2 DINAMIK AIMAN HAZWAN BIN AZAHARUDDIN
2 EFISIEN AIN NURHAZIQAH BINTI JUHAIRI
MUHAMMAD DANIEL BIN BAHARI, juga terbaik mata pelajaran
2 FASIH
Kemahiran hidup pilihan kemahiran tenikal
2 GIGIH MUHAMMAD HAZWA AZMIEY BIN M.HAZLEE
NUREREENA HUMAIRA BT ABDULLAH juga terbaik mata
2 HEMAH
pelajaran Kemahiran hidup pilihan ekonomi rumah tangga

7
Seterusnya, Anugerah Murid Terbaik Keseluruhan
Tingkatan 2 2016
Mendahului yang lain,
Kedudukan Ketiga:NORSHAHIRFARHAN BIN NORFAIDZUL
Kedudukan Kedua: MUHAMMAD ILHAM RIFQI BIN MOHAMED AZLAN.juga
Terbaik dalam mata pelajaran Sains dan Kemahiran Hidup pilihan perdagangan
dan keusahawan.juga merupakan pelajar terbaik kelas 2 Arif.
Kedudukan Pertama: WAN IZZATUL AKMAL BT WAN ABDUL AZIZ. Juga
terbaik bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan matematik
dan merupakan pelajar terbaik kelas 2 Amanah.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha


Penolong Kanan, SMK Seksyen 4 Kota Damansara kerana sudi
menyampaikan hadiah dan sijil sebentar tadi.

10 Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil dan hadiah Penya


. kepada murid-murid Tingkatan 4 tahun 2016 yang telah mpaian
hadiah
mencapai keputusan cemerlang. Bagi menyempurnakan acara,
untuk
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha, Tingkat
En Mohd Fuad Bin Romeli, Yang Dipertua PIBG SMK Seksyen 4 an 4

Kota Damansara, dengan diiringi oleh Yang Berusaha Pn Aini


Wardiah Binti Adenan, Penolong Kanan, SMK Seksyen 4 Kota
Damansara.
Dipersilakan.

Dimulakan dengan dengan Anugerah Mata Pelajaran Terbaik


Tingkatan 4 2016.
Mata Pelajaran Terbaik
Bahasa Inggeris NAZIM DANISH ZIKRY BIN ZAIROLAZHAR

Bahasa Melayu dan NUR NADHIRAH AMERA BT AZMAN


Ekonomi Rumah

8
Tangga
Bahasa Tamil HAMSA VATHANI A/P ANGAMUTHU
Ekonomi Asas CHIN YOON ONN
Pendidikan Moral LEAH ASHERDASS A/P MICHEL DASS
Pendidikan Seni MUHAMMAD ADIB BIN SHAMSUL HAZLI
Visual
Sains NUR MOHAMMED IQBAL BIN SHAHRULNIZA
Dan, Teknologi NIK AIMAN HAKIMI BIN NIK AHMAD FADZIL
Maklumat

Seterusnya Anugerah Murid Terbaik Setiap Kelas


Tingkatan 4 2016.
Dipersilakan, Murid terbaik dari Kelas :
4 Cerdas INSYIRAH NAJWA BT ABDUL RANI
4Dinamik MUNIRAH IZZATI BINTI ABD NASIR
4Gigih MUHAMMAD NAJMUDDIN B. MOHD NAIM, juga terbaik
mata pelajaran Sains Sukan.
4Hemah MUHAMMAD ALIF SULAIMAN BIN ZAKARIYA
4Intelek SITI HAZIRA BINTI MD RAFI
Dan dari 4 Jujur MUHAMMAD DANIAL IZZUAN BIN AMIRUN

Majlis diteruskan lagi dengan Anugerah Murid Terbaik


Tingkatan 4 Aliran Sains Tulen 2016
Mendahului yang lain,
Kedudukan Ketiga: NUR DIANA ADLIN BINTI ZAINUDDIN
Kedudukan Kedua: MUHAMMAD AIMAN BIN MOHD ZIMI
Kedudukan Pertama:NURINA SYAHIRAH BINTI SHAIFUL BAHARI. Beliau
juga merupakan pelajar terbaik kelas 4 Amanah dan juga pelajar terbaik bagi mata
pelajaran Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Prinsip Akaun,
Pendidikan Islam dan Sejarah.

Seterusnya, Anugerah Murid Terbaik Tingkatan 4 Aliran


Sastera Ikhtisas Kemanusiaan 2016
Kedudukan Ketiga: RUHIL ARZIELA BINTI JULKIBALI, juga pelajar terbaik 4 Efisien,
Kedudukan Kedua : NUR SYAMIMI HUSNA BINTI HAMDI, juga terbaik mata
pelajaran Geografi

9
Kedudukan Pertama: HAFIZAH BINTI HUSAINI, juga merupakan pelajar
terbaik 4 Fasih dan terbaik bagi mata pelajaran Perdagangan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha


En Mohd Fuad Bin Romeli, kerana sudi menyampaikan hadiah dan
sijil sebentar tadi.

11 Hadirin yang dihormati sekalian, Penya


. mpaian
Majlis Anugerah Cemerlang ini diteruskan lagi dengan hadiah
mengumumkan Murid-murid Cemerlang Pentaksiran Tingkatan 3; PT3

(yakni) PT3 bagi tahun 2016.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia


Pn Che Mah Binti Sharif, Pengetua SMK Seksyen 4 Kota
Damansara, dengan diiringi oleh Pn Aini Wardiah Binti Adenan,
Penolong Kanan, SMK Seksyen 4 Kota Damansara bagi
menyempurnakan penyampaian hadiah dan sijil untuk anugerah
seterusnya. Dipersilakan.

Dimulakan dengan Mata Pelajaran Terbaik PT3 bagi tahun


2016.
Bagi mata pelajaran,
BAHASA
NUR AYU AMIRA BINTI RAZALI
MELAYU
BAHASA
INGGERIS dan DHIA AIRINA BINTI NOOR SALIZAM
Sejarah
GEOGRAFI SITI NOR SYAHIRA BINTI MOHD SAIDI
PENDIDIKAN
ISLAM dan SITI SARAH BINTI MOHD ZAHIDI
Sains
MATEMATIK MUHAMMAD FARIS AIMAN BIN MOHD SHAHIR
MUHAMMAD HAIQAL HADZLE BIN MUHAMMAD
KH (KT)
TALIB
10
KH ( ERT) ARBAINAH BINTI KASIM

KH (PERD) NAZIRUL MUBIN BIN OSMAN

BAHASA ARAB AMIRA ADLINA BINTI MOHAMAD AZLAN


Dan, BAHASA
YUVANESWARY A/P MANIAMARAN
TAMIL

Seterusnya Anugerah Bagi Murid yang mendapat


keputusan 5A dan ke atas bagi PT3 2016. Dimulakan
dengan murid yang mendapat Pencapaian 5A, dipersilakan:

OMAR ASYRAF BIN SHAHRIN


NURUL ASYIQIN BINTI MOHD ARIFF
NURIN BATRISYIA BINTI ABDULLAH
AZRIEL HAFNY BIN NOOR AZLI
AFIQAH BINTI AHMAD ASRAF MAHALINGAM 5A
NURUL AFIQAH BINTI MOHD NADZIR
Dan JAZMINA BINTI AZMAN 5A
Seterusnya pelajar dengan pencapaian 6A.
dipersilakan:
SOFEA ALISYA BINTI ANWAR
AWFA IZZAH BINTI AZHAR
AMIRA ADLINA BINTI MOHAMAD AZLAN
NUR QAMARINA MIZA BT MOHD RASHDAN 6A
NUR AYU AMIRA BINTI RAZALI 6A
DHIA AIRINA BINTI NOOR SALIZAM 6A
Seterusnya pelajar dengan pencapaian 7A.
dipersilakan:
NAZIRUL MUBIN BIN OSMAN 7A
Seterusnya pelajar dengan pencapaian 8A.
dipersilakan:
SITI SARAH BINTI MOHD ZAHIDI 8A
Dan AHMAD HARIDZ SYAHMI BIN HUSAIRI 8A

11
YB Datuk serta Hadirin dan hadirat sekalian, Penya
mpaian
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi Anugerah hadiah
Murid Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia; bagi tahun SPM
2016.

Dimulakan dengan Mata Pelajaran Terbaik SPM 2016.

Dipersilakan, pelajar terbaik


BAHASA MELAYU,
PENDIDIKAN ISLAM,
SEJARAH dan
PRINSIP PERAKAUNAN SITI NURHUSNA BINTI MOTHAR

BAHASA INGGERIS dan REEMA DHARSINI A/P


PENDIDIKAN MORAL SUNDARALINGAM
MATHEMATICS, fizik
dan Kimia MUHAMMAD FAIQ BIN ROSLAN

SCIENCE dan ICT MATHURISHA A/P M MUNIANDY

PENDIDIKAN SENI
VISUAL UMMI AIDA BINTI ABDUL RAHMAN
MATEMATIK
TAMBAHAN WONG LIANG JUN
PERDAGANGAN dan
Geografi MUHAMMAD FAIZ BIN LEMAN
EKONOMI ASAS dan
Ekonomi Rumah Tangga NUR SHAKILAH BINTI JAKIR HUSSAIN

BIOLOGY MUHAMMAD IMRAN SHAUQI BIN ZAINI

PENGETAHUAN SAINS NUR EMILY SABRINA BINTI ZUL


SUKAN AZEMAN
Dan, BAHASA TAMIL SANGAREE A/P SUNDRAM

Seterusnya, Anugerah Bagi Murid yang mendapat


keputusan 6A dan ke atas SPM 2016.

Dengan pencapaian 6A, dipersilakan: ..

SITI NURHUSNA BINTI MOTHAR


NUR SHAKILAH BINTI JAKIR HUSSAIN
12
Dan, MUHAMMAD FAIZ BIN LEMAN 6A

Dengan pencapaian 7A, dipersilakan, MUHAMMAD


FAIQ BIN ROSLAN
MATHURISHA A/P M MUNIANDY 7A
MUHAMMAD IMRAN SHAUQI BIN ZAINI
Dan, PUTERI NUR SYAHIRA BINTI KURNIADI
Pelajar yang berjaya mendapat 8A, dipersilakan: 8A
NATASHA IRINA BINTI KHAIRUL ANNUAR

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia


Pn Che Mah Binti Sharif, kerana sudi menyampaikan hadiah dan
sijil sebentar tadi.
12 YB Datuk dan para hadirin yang dihormati sekalian,
.
Majlis berhenti rehat buat seketika, untuk itu kami persembahkan
tarian zapin tenglu dan joget si mandi-mandi oleh
kumpulan tarian Permata Warisan.
Dipersilakan.
PERSEMBAHAN TARIAN
13 Demikianlah tadi persembahan tarian tradisional irama zapin dan
. joget .Terima kasih. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, pasukan
tarian Permata Warisan telah mewakili sekolah dalam
pertandingan Tarian Festari anjuran MBPJ bagi daerah Petaling
Utama dan akan menyertai pertandingan tarian anjuran Istana
Budaya tidak beberapa lama lagi.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Panitia


Cemerlang dan Terbaik PT3 dan SPM 2016. Bagi
menyempurnakan acara, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang Berhormat Datuk Hajah Halimaton Saadiah
Binti Hj Bohan, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Damansara,
diiringi oleh Yang Berbahagia Pn Che mah Binti Sharif, Pengetua,
SMK Seksyen 4 Kota Damansara untuk menyampaikan sijil.
Dipersilakan.

13
Sebagai penghargaan kepada Panitia mata pelajaran atas
peningkatan yang ditunjukkan, anugerah diberikan kepada
panitia yang menunjukkan kecemerlangan.

Pertama, Panitia Terbaik dan Cemerlang Kategori PT3.

Untuk itu anugerah diberikan kepada panitia yang mencapai


kenaikan peratus lulus dalam PT3, Panitia Geografi.
Dipersilakan, , Pn Faridah Binti Nasron, Guru Kanan Mata
Pelajaran bagi Bidang Kemanusiaan.

Seterusnya, Panitia Sains. Dipersilakan, wakil, Pn Mazlaina


Binti Talib, Guru Kanan Mata Pelajaran bagi Bidang Sains dan
Matematik.

Seterusnya ialah panitia yang berjaya mengekalkan 100% lulus


dalam PT3 2016. Dipersilakan Guru Kanan Mata Pelajaran bidang
berkenaan tampil ke pentas bagi menerima anugerah.
Panitia yang dimaksudkan adalah Panitia Bahasa Arab dan Panitia
Bahasa Tamil. Kedua-dua panitia ini telah mencapai keputusan
100% selama 3 tahun berturut-turut.

Seterusnya, penyampaian Anugerah Panitia Cemerlang


dan Terbaik Kategori SPM 2016.

Dimulai dengan Bidang Sains dan Matematik. Panitia Sains


telah mencapai peratus lulus dari 87% pada tahun 2015 ke
95.5%. Manakala Panitia Kimia telah mencapai 100% lulus bagi
tahun 2016. Bidang ini juga mencapai kecemerlangan, di mana
Panitia Fizik mengekalkan 4 tahun berturut-turut mata
pelajaran 100% lulus dalam peperiksaan SPM. Dengan itu
dipersilakan, Pn Mazlaina Binti Talib, Guru Kanan Mata Pelajaran
bagi Bidang Sains dan Matematik tampil ke pentas untuk
14
menerima anugerah.

Seterusnya, bagi Bidang Bahasa. Panitia Bahasa Melayu telah


mencapai kenaikan peratus lulus dari 83.9% ke 91.9% dan begitu
juga dengan Panitia Bahasa Inggeris telah meningkat peratus
lulus dari 67% pada tahun 2015 ke 84.8% bagi tahun 2016.
Seterusnya Panitia Bahasa Tamil juga telah mengekalkan 4
tahun berturut-turut mata pelajaran 100% lulus dalam
peperiksaan SPM.
Dipersilakan Pn Julmaziah Binti Saaidin, Guru Kanan Mata
Pelajaran bagi Bidang Bahasa.

Majlis diteruskan lagi dengan penganugerahan bagi Bidang


Teknik dan Vokasional. Panitia Perdagangan telah berjaya
mendapat kenaikan peratus lulus SPM dari 84% ke 86.3%.
Panitia Ekonomi Rumah Tangga dan Panitia Teknologi
Maklumat dan Komunikasi mencapai kecemerlangan dengan
mengekalkan 4 tahun berturut-turut mata pelajaran 100% lulus
dalam peperiksaan SPM.

Seterusnya Bidang Kemanusiaan. Panitia Pendidikan Seni


Visual telah mencapai 100% lulus bagi tahun 2016. Manakala
Panitia Pengetahuan Sains Sukan telah meningkat peratus
lulus dari 92% ke 97.3%. Panitia Pendidikan Islam juga
mencapai kenaikan peratus lulus dari 85% ke 88.8% bagi tahun
2016. Panitia Sejarah meningkat dari 78.1% ke 85.5%.
Dipersilakan, Pn Faridah Binti Nasron, Guru Kanan Mata Pelajaran
bagi Bidang Kemanusiaan.

Seterusnya, Anugerah Lonjakan Saujana Panitia bagi Sijil


Pelajaran Malaysia 2016.
Pada tahun 2015 panitia ini hanya mencapai peratus lulus 50%.
Tetapi pada tahun 2016 peratus lulus melonjak kepada 83.9%.
15
Dengan kenaikan peratus itu, telah membolehkan Panitia ini
menerima Anugerah Lonjakan Saujana Panitia. Panitia yang
dimaksudkan, Panitia Pndidikan Moral. Dipersilakan, Pn Baini
Binti Md Ghani, Guru Kanan Mata Pelajaran bagi Bidang Teknik
dan Vokasional.

Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang telah bertungkus


lumus dalam memberikan tunjuk ajar kepada para murid hingga
mereka berjaya seperti hari ini dan tidak lupa juga tahniah dan
syabas kepada ibubapa yang mempunyai anak-anak yang
cemerlang ini.
14 YB Datuk dan Hadirin yang dihormati sekalian,
.
Tibalah masanya disampaikan Anugerah Tokoh Cemerlang dalam
akademik.
Diumumkan, Anugerah Tokoh Program Pendidikan Khas
Intergrasi.

******************BIODATA**************************

Dipersilakan, Tokoh Program Pendidikan Khas Intergrasi, DANIAL


ALIF SYAFIQ BIN SAZALI diiringi oleh kedua-dua ibu dan bapa.
Syabas diucapkan.

Seterusnya, Anugerah Lonjakan Saujana

(SANGAREE A/P SUNDRAM)

******************BIODATA**************************

Dipersilakan SANGAREE A/P SUNDRAM bersama-sama dengan


kedua ibubapa.

16
Seterusnya Anugerah Tokoh Bestari Kategori Lelaki.

******************BIODATA**************************

Dipersilakan Tokoh Bestari Kategori Lelaki bagi tahun 2016


MUHAMMAD FAIQ BIN ROSLAN diiringi oleh kedua-dua ibu
dan bapa. Syabas diucapkan.

Seterusnya Anugerah Tokoh Bestari Kategori Perempuan

******************BIODATA**************************

Dipersilakan Tokoh Bestari Kategori Perempuan bagi tahun 2016


yang diraih oleh NATASHA IRINA BINTI KHAIRUL ANNUAR
Diiringi oleh kedua ibu bapa.

Demikianlah tadi penyampaian Anugerah Cemerlang bagi sesi


2017.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan


terima
kasih kepada Yang Berhormat Datuk Hajah Halimaton Saadiah
Binti Bohan, ADUN Kota Damansara, kerana sudi menyampaikan
sijil dan hadiah sebentar tadi.

Sebagai tanda kenang-kenangan, diharap YB Datuk sudi


menerima cenderamata yang tak seberapa daripada kami.
Dipersilakan Pn Pengetua untuk menyampaikan cenderamata
kepada YB Datuk. Majlis sekali lagi mengucapkan ribuan terima

17
kasih kepada YB Datuk di atas kesudian menyempurnakan Majlis
Penyampaian Anugerah Cemerlang itu tadi.

15 Kepada para murid yang telah berjaya mengharumkan nama


. anda, keluarga dan juga nama sekolah terutamanya dalam
bidang akademik tahniah dan syabas diucapkan. Mudah-
mudahan, kejayaan yang cemerlang akan terus berkekalan
disepanjang hayat dan wanginya akan terus semerbak ke seluruh
persada Negara.
Para hadirin yang dihormati sekalian,
Dengan berakhirnya acara sebentar tadi, maka sempurnalah
sudah..
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
SMK SEKSYEN 4 KOTA DAMANSARA
TAHUN 2017

Dendang seloka irama lagu,


Lenggok gemalai tarian inang,
Gigih berusaha menggarap ilmu,
Visi digapai sekolah cemerlang.

Kami mewakili pihak sekolah merasa berbesar hati, atas kesudian

YB Datuk, tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian meluangkan


masa ke majlis ini.

Semoga sokongan yang diberikan akan menyemarakkan lagi


kejayaan sekolah ini.

Tiba waktunya untuk menyusun jemari,


Membuang segala kerikil bersalut di hati,
Maafkan kami andai ada salah dan silap tanpa disedari,
Panjang usia bersua kembali.

Selaku perantara majlis, dengan rasa rendah hati, kami


memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang majlis ini
terdapat kelemahan dan tersalah tutur kata daripada kami.
18
Semoga Allah meningkatkan ilmu kita melalui petunjuk dan
hidayahNya.

(Sebelum kita akhiri majlis pada hari ini, majlis


mempersilakan tetamu kehormat dan barisan pentadbir
untuk menikmati jamuan ringan.)**kalau tiada makanan
utk parent x perlu baca

Justeru itu, ucapan akhir buat semua. Sehingga berjumpa lagi


dilain masa.

Sekian.

Salam hormat, Wabillahitaufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum


Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh dan selamat sejahtera.

PENUTUP DAN BERSURAI

19

Anda mungkin juga menyukai