Anda di halaman 1dari 10

TEKS PENGACARA

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN


15 SEPTEMBER 2019

VISUAL AUDIO

KETIBAAN BARISAN Mengumumkan,


PENTADBIR DAN TETAMU
JEMPUTAN Ketibaan

Yang Berusaha
Cikgu Mohamad Rafi b Omar
Pengetua
SESTER

Yang Berusaha
Puan Ros Naini bt Arshad
Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu

Yang Berusaha
Encik Mohd Ideris b Deraman
Pegawai Penerangan Daerah Kuala Nerus

Puan Marina bt Ahmad


Penerbit Rancangan RTM Terengganu

Cikgu Amir b Ya
Penolong Kanan Pentadbiran
SESTER

NYANYIAN LAGU NEGARAKU *EMCEE X PERLU BUAT PENGUMUMAN.


& LAGU SELAMAT SULTAN *NYANYIAN AKAN DIMULAKAN SEBAIK TETAMU VIP TIBA DI
TEMPAT DUDUK MASING-MASING.
BACAAN IKRAR RUKUN
NEGARA Hadirin sekalian,

Sebagai tanda taat setia dan cinta akan Negara, marilah sama-sama
kita melafazkan ikrar Rukun Negara. Oleh itu, pihak majlis ingin
menjemput Saudara Muhammad Faris Zakuan b Mohd Fadli untuk
mengetuai lafaz ikrar.

Dipersilakan.

Para hadirin dipersilakan duduk

BACAAN DOA
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan memohon inayahNya. Oleh itu,majlis menjemput

Saudara Muhammad Syahiruamin b Mamat

Untuk memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Saudara Muhammad Syahiruamin b


Mamat atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis kita diberkati
hendaknya.

ALUAN PENGACARA MAJLIS Bismillahirrahmanirrahim.

Yang Berusaha
Cikgu Mohamad Rafi b Omar
Pengetua
SESTER

Yang Berusaha
Puan Ros Naini bt Arshad
Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu
Yang Berusaha
Encik Mohd Ideris b Deraman
Pegawai Penerangan Daerah Kuala Nerus

Pn.Marina bt Ahmad
Penerbit Rancangan RTM Terengganu

Cikgu Amir b Ya
Penolong Kanan Pentadbiran
SESTER

Cikgu Md Almeida b Mohd


Penolong Kanan HEM
SESTER

Ustz Zainudin b Abdullah


Penolong Kanan Kokurikulum
SESTER

Puan Maherah Marina bt Mahusin


Pegawai Penyelaras Kelab Malaysiaku
SESTER

Para guru, wakil –wakil daripada Jabatan Penerangan Daerah Kuala


Terengganu , dan para pelajar yang dirahmati Allah sekalian.

Assalamuallaikum w.b.t dan Salam Merdeka.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat kita


bersama-sama pada pagi ini bagi menjayakan dan memeriahkan
Majlis Penutup Bulan Kebangsaan Tahun 2019. Seluruh warga
SESTER amat berbesar hati, kerana pada tahun ini, Majlis Penutup
Bulan Kebangsaan adalah anjuran bersama pihak Jabatan
Penerangan Daerah Kuala Terengganu.
DEKLAMASI SAJAK MERDEKA Hadirin sekalian,

Bagi membuka tirai majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita
saksikan dan hayati bait-bait sajak yang akan dideklamasikan oleh
Saudari WAN SYAIDAFATNIN IZAZ BT WAN SARMIZI yang bertajuk
“Pada Tanah Merdeka Ini”.

Dipersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada Saudari WAN SYAIDAFATNIN IZAZ


BT WAN SARMIZI
Atas deklamasi sajak sebentar tadi.

CERAMAH MERDEKA Besar langit di tepi busut


Besar tak muat di dalam peti
Besar hajat kami menjemput
Besar niat di dalam hati.

Warga dewan yang dimuliakan,

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput

Yang Berusaha
Encik Mohd Ideris b Deraman
Pegawai Penerangan Daerah Kuala Nerus

Untuk memberikan ceramah Kemerdekaan.

Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada

Encik Mohd Ideris b Deraman

Atas maklumat dan pengetahuan yang diberikan melalui ceramah


sebentar tadi.

Mohon Encik Mohd Ideris untuk kekal di atas pentas.

Dan dijemput

Cikgu Mohamad Rafi b Omar untuk naik ke pentas bagi


menyampaikan cenderamata tanda terima kasih kepada Encik Mohd
Ideris.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Ideris dan Cikgu


Mohamad Rafi.

PERSEMBAHAN PELAJAR Hadirin sekalian,

Seterusnya, marilah sama-sama kita saksikan persembahan daripada


pelajar-pelajar tingkatan 1, 2 dan 4.

Dipersilakan..

Begitulah tadi aneka persembahan yang dipersembahkan oleh para


pelajar tingkatan 1, 2 dan 4. Untuk makluman semua, persembahan
para pelajar ini telah dipimpin oleh Pn. Farah Faalina bt Ahmad
Sanusi dan Pn. Dalina bt Yusof.

SLOT BERSAMA IKON


NEGARA Hadirin sekalian,

Tanggal 21 Mei 2007, kira-kira jam 8 pagi waktu Nepal, satu lagi
sejarah telah tercipta. Ikon ini telah muncul sebagai wanita Malaysia
pertama yang menjejakkan kaki ke puncak gunung Everest yang
turut dikenali sebagai bumbung dunia. Beliau juga telah mencatat
sejarah sebagai wanita ke-4 dari Asia Tenggara dan ke-49 dari
benua Asia yang berjaya menakluk puncak Everest pada tahun
tersebut.

Hadirin sekalian,
Majlis dengan sukacitanya menjemput

Pn.Marina bt Ahmad
Penerbit Rancangan RTM Terengganu

Untuk berkongsi ilmu dan pengalaman beliau.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Marina Bt Ahmad atas


perkongsian itu tadi.

Mohon Puan Marina untuk kekal di atas pentas.

Dan dijemput Cikgu Mohamad Rafi sekali lagi untuk naik ke pentas
bagi menyampaikan cenderamata tanda terima kasih kepada Puan
Marina bt Ahmad.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Marina dan Cikgu Mohamad


Rafi.

UCAPAN PERASMIAN Jangan tertawan alpa duniawi


PENUTUPAN BULAN Hanya indah serupa mimpi
KEMERDEKAAN Duhai pahlawan kesatria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi.

Majlis seterusnya menjemput

Yang Berusaha
Cikgu Mohamad Rafi b Omar
Pengetua
SESTER

Untuk memberikan ucapan sekaligus merasmikan Majlis Penutup


Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2019.

Dipersilakan.
GIMIK PELANCARAN Mohon untuk Cikgu Rafi kekal di atas pentas .
PENUTUP MERDEKA
Pihak majlis ingin menjemput semua tetamu VIP untuk naik k eats
pentas bagi menyertai Cikgu Mohamad Rafi.

Dipersilakan.

PENYAMPAIAN HADIAH Mohon semua vip untuk kekal di atas pentas.

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada para


pemenang bagi acara-acara yang dipertandingkan sepanjang
sambutan bulan kebangsaan.

Oleh itu, pihak majlis sekali lagi menjemput

Cikgu Mohamad Rafi b Omar

Untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.


Dipersilakan.

Dimulakan dengan PERTANDINGAN PANTUN MERDEKA

Tempat ke-4 jatuh kepada , RUMAH

Tempat ke-3 jatuh kepada , RUMAH

Naib Johan Pertandingan Pantun Merdeka 2019 milik, RUMAH

Dan

Johan Pertandingan Pantun Merdeka 2019 menjadi milik, RUMAH

Seterusnya, bagi PERTANDINGAN BAHAS BAHASA INGGERIS ,

Tempat ke-4 jatuh kepada , RUMAH


Tempat ke-3 jatuh kepada , RUMAH

Naib Johan Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Merdeka milik,


RUMAH

Dan

Johan Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Merdeka menjadi milik,


RUMAH

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Rafi.

Seterusnya, bagi PERTANDINGAN PERMAINAN SUKAN RAKYAT :

Majlis ingin menjemput Puan Ros Naini bt Arshad

Untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Dipersilakan.
Seterusnya, bagi PERTANDINGAN MEWARNA POSTER MERDEKA :

Majlis ingin menjemput Encik Ideris b Deraman

Untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Dipersilakan.

Tempat ke-3, dimenangi oleh –

Tempat ke-2, menjadi milik –

Dan
Johan Pertandingan Mewarna Poster Merdeka 2019, dimenangi oleh

Dan
Bagi acara terakhir yang dipertandingkan sepanjang bulan
Kebangsaan iaitu PERTANDINGAN SELFIE MERDEKA :

Tempat ke-3, dimenangi oleh –

Tempat ke-2, menjadi milik –

Dan
Johan Pertandingan Selfie Merdeka 2019, dimenangi oleh -

Terima kasih diucapkan Kepada Encik Ideris.

Mohon supaya semua vip terus kekal di atas pentas.


NYANYIAN LAGU PATRIOTIK
Mohon juga, supaya para hadirin berdiri.

Hadirin sekalian,

Bagi menyemarakkan lagi rasa cinta akan Negara, marilah sama-


sama kita menyanyikan lagu patriotik yang bertajuk SETIA.
PENUTUP
Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya nyanyian lagu patriotik itu tadi, maka


berakhirlah sudah Majlis kita pada pagi ini. Kami mewakili seluruh
ahli Jawatankuasa Majlis Penutup Bulan Kebangsaan mengucapkan
ribuan terima kasih kepada

Yang Berusaha
Pn. Ros Naini bt Arshad
Pegawai Jabatan Penerangan Daerah Kuala Terengganu

Yang Berusaha
Encik Ideris b Deraman,
Pegawai Jabatan Penerangan, Daerah Kuala Nerus

Semua wakil daripada Jbtn Penerangan Terengganu

Dan semua yang hadir bagi menjayakan dan memeriahkan Majlis


Penutup Bulan Kebangsaan tahun 2019.

Selesai meriah majlis acara


Perkara baik jadi pedoman
Andai ada terlanjur bicara
Salah silap harap dimaafkan.

Tanam sirih dalam taman


Gali lubang tepi perigi
Terima kasih hadirin budiman
Lain kali bersua lagi.

Sekian sahaja daripada kami.

Assalamuallaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai