Anda di halaman 1dari 2

PROGRAM KECEMERLANGAN SPM BAHASA MELAYU SMKADG 2014

1. TEKNIK FACLPP DALAM PENDAHULUAN KARANGAN


AYAT PERTAMA
AYAT KEDUA
AYAT KETIGA
AYAT KEEMPAT
AYAT KELIMA
AYAT KEENAM

FOKUS (F)

Da isu daripada penyataan

soalan
AKIBAT (A)
daripada ayat pertama
Dikaitkan dengan pernyataan
CONTOH (C)
soalan
LANGKAH (L)
Ada kaitan dengan isu / tema
PENEGASAN
Umum
(P)
PERIBAHASA
Peribahasa yang sesuai
(P)

Kemudian, masukkan peribahasa atau gunakan ungkapan menarik, yang dirasakan


sesuai dalam mana-mana ayat pendahuluan itu tadi. Jika murid-murid dapat menulis
ayat yang ada pertalian rapat antara satu ayat dengan ayat yang lain, sudah pasti
pendahuluan itu menjadi satu pendahuluan yang menarik dan mantap serta
menepati kehendak skema pemeriksa

Contoh 1
Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang
berakar umbi dalam kalangan masyarakat ini masih wujud.Pada pendapat anda,
mengapakah masalah rasuah perlu dibendung?
Gejala rasuah dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin meruncing
F

dan nampaknya sukar dibanteras kerana melibatkan pegawai kerajaan


dan swasta, ahli politik, dan orang awam.
Keadaan ini amat membimbangkan kita kerana jika dibiarkan

berterusan, sudah tentu perkara ini akan menjadi seperti api di dalam
sekam.
Fenomena ini sekali gus akan melahirkan masyarakat yang tiada integriti,

L
P
P

contohnya jika seseorang pegawai menawarkan rasuah untuk menutup


kesalahan dirinya daripada landasan undang-undang, jelaslah betapa
rendahnya akhlak dan maruah dirinya.
Oleh itu, semua pihak mesti mempunyai kesedaran dan berusaha untuk
membanteras gejala rasuah.
Hal ini adalah kerana gejala rasuah mendatangkan pelbagai impak
negatif kepada individu masyarakat dan negara.
Kita tidak mahu demi keuntungan yang sedikit kita akan merana seumur
1

hidup, bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna.

Contoh 2
Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan perlu
dikekalkan kerana mempunyai nilai warisan yang tinggi .Jelaskan kelebihan
bangunan bersejarah tersebut
1. Bangunan bersejarah tinggalan pihak penjajah pada zaman penjajahan memang
banyak terdapat di negara kita yang perlu dikekalkan dan dipulihara kerana
mempunyai nilai warisan yang tinggi. (F)
2. Hal ini adalah demikian kerana bangunan tersebut boleh dijadikan sumber sejarah
yang boleh menarik pelancong asing ke negara kita. (A)
3. Dalam hal ini, Pulau Pinang dan Melaka yang telah diisytiharkan sebagai tapak
warisan dunia oleh UNESCO baru-baru ini masih banyak memiliki bangunan
bersejarah seperti di Fort Cornwalis di Pulau Pinang dan Bangunan Stadhuyst di
Melaka. (C)
4. Jadi, kerajaan kedua-dua buah negeri tersebut perlulah mengekalkan bangunanbangunan bersejarah tersebut jika tidak mahu perisyhtiharan itu ditarik balik dan
merugikan negara. (L)
5. Oleh itu, langkah yang diambil oleh UNESCO itu perlu disokong kerana
mendatangkan impak positif kepada masyarakat dan negara. (P)
6. Bak kata pepatah sambil menyelam minum air. (P)

Pesanan seorang guru


Murid-murid harus menyedari bahawa perenggan pendahuluan sama pentingnya dengan
perenggan isi dan perenggan penutup. Perenggan pendahuluan juga akan memberikan
gambaran atau impression awal tentang keseluruhan karangan murid-murid. Oleh hal yang
demikian, cubalah berlatih untuk menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan
teknik ini..
.

Anda mungkin juga menyukai