Anda di halaman 1dari 2

ALIH BENTUK TEKS

WATAK

DIALOG

ALIH BENTUK

ZAKI

Lan, sudah dua hari aku tak nampak Samy. Kau tahu ke mana dia pergi?

Zaki memberitahu Roslan bahawa sudah dua hari Samy tidak kelihatan. Zaki bertanyakan Roslan sama ada Roslan tahu atau tidak tempat Samy pergi.

ROSLAN

Entahlah. Aku juga tak nampak. Mungkin juga dia balik kampung. Kalau tak silap aku, dia pernah beritahu aku, bapa dia kurang sihat.

Roslan menyatakan ketidakpastiannya. Roslan memberitahu Zaki bahawa dia tidak melihat Samy tetapi menurutnya Samy berkemungkinan pulang ke kampung. Roslan menyatakan bahawa sekiranya dia tidak tersilap Samy pernah menyatakan bapanya kurang sihat.

ZAKI

Kalau sehari dua ni dia tidak ada di kampus, aku rasa baik kita pergi ke rumah dia. Kau setuju? Rumahnya bukan jauh sangat dari sini.

Zaki menyatakan bahawa sekiranya satu atau dua hari itu Samy tiada di kampus, dia mencadangkan agar mereka pergi ke rumah Samy. Zaki meminta persetujuan Roslan. Menurut Zaki, rumah Samy tidak jauh dari tempat itu / situ.

ROSLAN

Baik cadangan kau tu. Aku setuju. Kita ajaklah dua tiga orang kawan kita ke sana. Hari minggu tak ada kuliah.

Roslan menyatakan bahawa cadangan Zaki itu baik dan dia menyatakan persetujuannya. Roslan memberitahu Zaki bahawa mereka akan mengajak dua atau tiga orang kawan mereka ke sana. Roslan menambah bahawa kuliah tidak diadakan pada hari minggu.

ZAKI

Kalau ajak Lim tentu dia nak ikut.

Zaki menyatakan bahawa Lim tentu mahu mengikutnya sekiranya diajak.

ROSLAN

Ya, juga. Tadi aku nampak Lim minum di kantin. Lebih baik kita pergi jumpa dia di sana.

Roslan mengeyakannya. Roslan menyatakan bahawa sebelum itu dia ternampak Lim minum di kantin. Roslan menyatakan bahawa lebih baik sekiranya mereka berjumpa dengan Lim di kantin.

ZAKI

Sekarang kita pergi. Jom

Zaki mengajak Roslan ke kantin ketika itu juga.

Anda mungkin juga menyukai