Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2020

AKTIVITI TEKS UCAPAN

PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Puan Baishah binti


Mohamad , penolong kanan pentadbiran SMK doktor
(PUTERI)
Burhanuddin diiringi Penolong-penolong Kanan, dan Guru-guru
kanan.

Semua guru dan Pelajar diminta bersedia untuk nyanyian lagu


PUTERI negaraku dan lagu negeri perak

KATA ALU-ALUAN

Yang berusaha
Puan Hjh Baishah binti Mohamad
PUTERI Penolong Kanan Pentadbiran

Encik Hairo Rose Sidi bin Abu Bakar


Penolong Kanan Kokurikulum

Encik Mohd Izam Bin Mohd Ramly


Penolong Kanan Pra U

Puan Apizah binti Hj Taib


Penolong Kanan Pendidikan Khas

Puan Zalina binti Tahir


Penolong Kanan Petang

Guru-guru kanan, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan selamat


sejahtera.

Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke


hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya pada pagi
yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk
sama-sama berkumpul bagi Majlis Sambutan Penutupan
Bulan Kemerdekaan, minggu bahasa, dan minggu pusat
sumber sekolah menengah kebangsaan doktor Burhanuddin

BACAAN DOA Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jari sepuluh;
Doa dipohon biar selamat

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menjunjung keberkatan dalam majlis, marilah sama-sama


kita mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin. Oleh
saudara ………………………………………………..Dipersilakan.

BACAAN DOA

Amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan kepada


saudara …………………………………………. atas bacaan doa
sebentar tadi.

UCAPAN Jangan tertawan alpa duniawi,


PENGETUA
Hanya indah serupa mimpi;
Aduhai pahlawan kesateria pertiwi;
Hulurkan madah kata perasmi.

Hadirin yang dimuliakan,


Majlis kita diteruskan dengan ucapan Tuan pengetua.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan, Yang Berusaha Tn Hj Mohd Noor Rashid bin
Kamaridi, Pengetua SMK DR. BURHANUDDIN
untuk menyampaikan ucapan sempena majlis penutupan bulan
kemerdekaan , bulan bahasa, dan minggu pusat sumber
peringkat sekolah.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.


-selesai ucapan-

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada tn hj Mohd Noor


Rashid bin Kamaridi atas ucapan sebentar tadi.

TAYANGAN VIEDO Guru-Guru dan rakan-rakan sekalian,

Majlis kita takkan berseri tanpa tayangan video yang


AMNI
dinanti. Marilah sama-sama kita saksikan tayangan video

hari kemerdekaan ke 65. Dipersilakan.

Demikian tadi tayangan video hari kemerdekaan ke 65 yang


disediakan oleh
……………………………………………………………………

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan deklamasi sajak


DEKLAMASI SAJAK
yang akan disampaikan oleh saudara Muhammad Fadhlan

Asfa Bin Mohd Fajar dan saudari Saidatul Mawaddah


Solehah Binti Ahzizul Anuar seterusnya diikuti dengan
persembahan angklung. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas


persembahan itu tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian, kini tibalah masa yang


ditunggu-tunggu iaitu acara penyampaian hadiah kepada
para pemenang bagi setiap pertandingan yang telah
dilaksanakan sepanjang sambutan Bulan Kemerdekaan,
bulan bahasa, dan pusat sumber.
Bagi tujuan itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan 
Yang Berusaha Puan Baishah binti Mohamad dan diiringi
oleh Ustazah Junaidah binti Abu Bakar untuk
menyampaikan hadiah. Dipersilakan .

Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah untuk


pemenang bagi pertandingan kuiz online.

Pemenang bagi kuiz online adalah seperti berikut:

-NAMA PEMENANG-

Seterusnya pemenang bagi pertandingan Deklamasi sajak

-NAMA PEMENANG-

Seterusnya pemenang bagi pertandingan Mewarna Logo


dan Melukis Hari kebangsaan.

-NAMA PEMENANG-

Terima kasih diucapkan kepada Puan Baishah binti


Mohamad dan Ustazah Junaidah binti Abu bakar atas
kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Seterusnya , majlis menjemput Encik Hairo Rose Sidi


bin ………………….diiringi oleh Encik Mohd Faizal bin
Md Saman untuk menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.
Dipersilakan
Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah bagi
pemenang pertandingan Baca dan Cerita Merdeka

-Nama pemenang-

Seterusnya pemenang bagi pertandingan Pengunjung


Bertuah Pusat Sumber Sekolah.

-Nama pemenang-

Seterusnya dijemput pemenang bagi pertandingan


Kelas Patriotik.

Bagi kategori sesi petang, tempat ketiga kelas


………………………., tempat kedua kelas
……………………., dan tempat pertama telah
dimenangi oleh kelas …………………………..

Bagi kategori sesi pagi, tempat ketiga kelas


………………………., tempat kedua kelas
……………………., dan tempat pertama telah
dimenangi oleh kelas …………………………..

Terima kasih diucapkan kepada Encik Hairo Rose Sidi bin


…………..dan Encik Mohd Faizal bin Md. Saman atas
kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Seterusnya, majlis menjemput Puan Apizah binti hj taib dan


diiringi oleh Puan NorHasni binti ……………………..
untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang untuk
pertandingan seterusnya.
Dipersilakan.

Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah bagi


pemenang pertandingan English Indipendence Day
Quiz and Word Search.
Pemenangnya adalah ….

-Nama pemenang-
Seterusnya pemenang bagi pertandingan
Kalimatussobah.

-Nama pemenang-

Seterusnya dijemput pemenang bagi pertandingan


Kalam Arabiy.

-Nama pemenang-

Seterusnya dijemput pemenang bagi pertandingan


Deklamasi Sajak Bahasa Jerman.

-Nama pemenang-

Terima kasih diucapkan kepada Puan Apizah binti Hj Taib


Dan Puan Norhasni atas kesudian menyampaikan hadiah
sebentar tadi.

Selesai sudah penyampaian hadiah kepada para pemenang


untuk pertandingan sempenan bulan kemerdekaan, bulan
bahasa, dan bulan pusat sumber sekolah bagi sesi 2022.

Majlis mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua


pemenang. Diharapkan lagi kecemerlangan ini akan
diteruskan lagi pada tahun yang akan dating.

NYANYIAN LAGU Bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan


warga SMK Doktor Burhanuddin, marilah sama-sama kita
nyanyikan empat buah lagu iaitu lagu sekolah sejahtera, lagu
AMNI
tema hari kebangsaan 2022 “Keluarga Malaysia Teguh
Bersama”, Jalur Gemilang dan Tanggal 31.

SEMUA GURU DAN PELAJAR DIMINTA BERDIRI TEGAK


DAN MENYANYIKAN
LAGU DENGAN PENUH SEMANGAT.

NYANYIAN LAGU

PENUTUP
DENGAN BERAKHIRNYA NYANYIAN RANGKAIAN EMPAT
BUAH LAGU PATRIOTIK SEBENTAR TADI, MAKA
LENGKAPLAH MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN
KEMERDEKAAN, BULAN BAHASA, DAN MINGGU PUSAT
SUMBER SEKOLAH BAGI TAHUN 2022.

Pohon berangan tempat bertemu,


Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Bunga dedap di atas


para, Anak dusun
pasang pelita;
Kalau tersilap tutur
bicara,
Jemari disusun maaf
dipinta

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua guru


dan pelajar atas kerjasama yang diberikan. Sekian terima
kasih . Wabillahhitaufiqwal hidayah Assalamualaikum
Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai