Anda di halaman 1dari 4

1

SMK RAJA JUMAAT


PORT DICKSON
TEKS MC
MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN MEMANAH MSSNS
TARIKH : 4 hingga 7 Februari 2013


Mengumumumkan Ketibaan Yang Berbahagia Pn. Hjh. Kalsom Binti Khalid, Pengarah
Pelajaran, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian, bagi memulakan acara, kita akan sama-sama
menyanyikan lagu Negaraku.
Sidang hadirin dipersilakan berdiri.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Bismillahirrohmanirrohom
Alhamdulillahirobbilalamin, Wassolatuawassala Muala Ashrofilanbi Iwalmursalin Waala
Alihi Wasohbihi Ajmain.
Robbis Rohlisodri Wayasirli Amri Wahlul Ukhdatan Min Lisa ni, Yafkohu Kauli.

Yang Berbahagia, Pn. Hjh. Kalsom Binti Khalid, Pengarah Pelajaran, Negeri Sembilan
Darul Khusus.

Yang Berbahagia, Tn. Hj. Amir Sharifuddin Bin Ahmad, Ketua Sektor Pembangunan dan
Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

Yang Berbahagia, Tn Azwar Iqbal Bin Tahir, Pegawai Pelajaran Daerah Port Dickson,
Pegawai Pelajaran Daerah Port Dickson.

Yang Berusaha, Cik. New, Pengetua SMK Raja Jumaat, Port Dickson, merangkap
Pengerusi Pengelola Kejohanan memanah Majlis Sukan Sekolah Sekolah Negeri
Sembilan tahun 2013.

Yang Berusaha, Tn. Hj, Mohd. Isa, Pengetu Cemerlang SMK King George V

Yang Berusaha, En. Zulkifly Bin Baharudin, Pegawai Penyelia Sukan Pejabat Pelajaran
Daerah Port Dickson,

Yang Berusaha, Pn. Hjh Zainab Binti Nasir, Guru penolong Kanan Ko Kurikulum SMK
Raja Jumaat.

Yang Dihormati, Pegawai-pegawai Pelajaran, para pengetua, Pegawai-pegawai, para
pegawai kejohanan dan Jk Kejohanan Memanah, guru-guru, para peserta kejohanan serta
sidang hadirin yang hadir memeriahkan kejohanan kita pada kali ini.


2

Assalamualaikum wth, salam sejahtera, salam satu Malaysia.

Sidang hadirin yang muliakan,

SIREH BERLIPAT BERSAMA PINANG
PINANG BERASAL PULAU MUTIARA
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Alhamdulillah. Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kasih sayang dan
izinnya, maka dapat lah kita berhimpun bersama mereralisasikan Kejohanan Memanah
Majlis Sukan Sekolah sekolah Negeri Sembilan.

Majlis juga mengalu-alukan kehadiran yang berbahagia Pn. Hjh. Kalsom Binti Khalid
Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus ke Majlis Penutupan Kejohanan
Memanah Majlis Sukan Sekolah Sekolah Negeri Sembilan tahun 2013.

TEGAP SUNGGUH SI POHON JATI
TUMPANG BERTEDUH ANAK KEDIDI
MAJLIS PENUTUPAN TAMPAK BERSERI
KEHADIRAN PN. AMAT DIHARGAI

BURUNG KENARI TERBANGNYA RENDAH
MELEBAR SAYAP KE HUJUNG DESA
SEPULUH JARI KITA MENADAH
MEMOHON BERKAT YANG MAHA ESA

Bagi memohon keberkatan Ilahi, majlis mempersilakan Al Fadzil Ustaz Zulfatta bin Abd.
Hamid bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz, atas bacaan doa sebentar tadi.

Seterusnya, Majlis dengan sukacitanya menjemput Cik New Ah Kow, Pengetua SMK
Raja Jumaat, merangkap Pengerusi Pengelola kejohanan bagi menyampaikan ucapan alu-
aluan beliau. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kpd Cik New Ah Kow, Pengetua SMK Raja Jumaat,
merangkap Pengerusi Pengelola Kejohanan diatas ucapan alu-aluan beliau sebentar tadi.

Kini tibalah kita ke acara perasmian Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah-sekolah
Negeri Sembilan tahun 2013. Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang
berbahagia, Pn. Hjh. Kalson binti Khalid Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, bagi
menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya merasmikan majlis kita pada hari ini. Majlis
dengan lafaz hormat dan takzim mempersilakan.

3


Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tn. Pegawai PPD, diatas
ucapan beliau dan kesudian Tn. Merasmikan majlis kita pada hari ini.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Bersaing sudah, bertanding pun sudah,
Semangat berjuang tak kenal kalah,
Tibalah kini penyampaian hadiah,
Terbalas kini penat dan lelah.

Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput Cik New Ah Kow, Pengetua SMK Raja
Jumaat, selaku pengerusi pengelola kejohanan bagi mengiringi Tn. Azwar Iqbal bin Tahir
pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, bagi menyampaikan sijil-sijil dan hadiah.

1. Majlis menjemput DOS (Direct Order Shooting) pertandingan memanah

Pn. Zuraini Binti (SMKKBSR)
Hakim dan teknikal
Ketua Hakim : En. Ali Bin Muhammed
Para hakim : Tn. Mohd. Hafeez Bin Tn Ibrahim
En. Fazwan Bin Idris

2. Sijil Pegawai Pengelola:

dijemput Tn. Mohd. Hafeez Bin Tn, Ibrahim wakil pengelola kejohanan.

Tiba lah kini masa yang dinanti-nanti..

Debaran kita hebat,
Barang kali ada yang telah terasa rasa bangga dan hebatnya tnya d sarung medal
kejohanan..

Di tangan saya tertera kita keputusan muktamad Kejohanan Memanah Peringkat
MSSDPD tahun 2013.












4

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada yang berbahagia Tn.
Azwar Iqbal bin Tahir kerana telah sudi menyempurnakan majlis menyampaian hadiah.

AIR LAUT TENANG TENANGAN
TANAM SELASIH TEPI PERIGI
CENDERAMATA TANDA KENANG-KENANGAN
TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI

Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput Tn PPD untuk menerima cenderamata
penghargaan daripada pihak pengelola kejohanan. Di persilakan Cik New Ah Kow bagi
menyampaikan cenderamata. Majlis mengucapkan terima kasih.

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Bersyukur kini kami panjatkan,
Majlis Kejohanan sudah diserpurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan,

Banyak kelok ke penarik
Keluk tumbuh pohon kuini
Nan elok bawaklah balik
Nan tak elok, tinggallah di sini,

Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan kami pohonkan

Kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan Kejohanan Memanah MSSDPD Tahun 2013, kami pihak pengelola dari
SMK Raja Jumaat, merakamkan ucapan jutaan terimakasih dan setinggi-tinggi
penghargaan.

Sekian. Terima kasih. Wabillahitaufik wal hidayah. Assalamualaikum wrt..

Maju lah sukan Untuk Negara.

Anda mungkin juga menyukai