Anda di halaman 1dari 6

Perkara Tindakan

General Mohon perhatian,


announcement Untuk memastikan majlis kita berjalan dengan lancar, para hadirin
(P) diingatkan agar tidak membuat bising serta mematikan telefon bimbit atau
ALYA menetapkannya kepada mod senyap.

Ketika mengumumkan ketibaan tetamu terhormat, semua hadirin diminta


untuk berdiri.

Ketibaan para Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Yang Di Pertua Persatuan


jemputan. Ibu Bapa dan Guru, Ustaz Mohd Fadly bin Samin
MYZA diiringi Yang Berusaha,
En Mohd Hanafiah Bin Zainuddin, Guru Besar SK Kubu dan barisan
pentadbir masuk ke perkarangan majlis. Hadirin diminta berdiri.

Nyanyian Para hadirin diminta berdiri untuk bersama-sama menyanyikan


Lagu Lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya
(P) ……………………(nyanyian lagu Negaraku)………………………
ALYA …………………(nyanyian lagu Melaka Maju Jaya)………………

>Para hadirin dipersilakan duduk.

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari pulau mutiara
Pemanis kata selamat datang
Salam Muhibbah, Salam sejahtera.

Salutasi
Yang Berbahagia
MYZA
Ustaz Mohd Fadly bin Samin, Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Yang Berusaha En Mohd Hanafiah Bin Zainuddin,
Guru Besar SK Kubu

Yang Dihormati
Pn Faramaznun Bt Zakaria, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
En Mohd Nazri Bin Mohd Hashim, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
En Zafri Bin Zakaria, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
barisan Guru-guru dan seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian.

1
Aluan Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah
pengerusi dan izinNya dapat kita berkumpul dalam Majlis Anugerah
ALYA Kecemerlangan SK Kubu 2022/2023 pada pagi yg mulia ini.

Anugerah dikecap si anak watan,


Mengangkat senjata bidalan suara;
Menadah tangan memohon keberkatan,
Mendapat restu hidup sejahtera.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis mempersilakan Mohd
Erfan bin Hamran untuk memimpin bacaan doa. FALYA TAFADDAL
MASQURA

..............................(Bacaan Doa)....................................

Amin. Amin.. Ya Rabbal A’lamin…


Terima kasih diatas bacaan doa yang disampaikan sebentar tadi
Ucapan Bukan rumput sebarang rumput,
Alu-aluan GB Rumput penghias tepi halaman;
MYZA Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.

Majlis menjemput Yang Berusaha, En Mohd Hanafiah Bin Zainuddin,


Guru Besar SK Kubu bagi menyampaikan sepatah dua kata. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
.................................................................
>Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.
Pahlawan Iban Gagah Perkasa,
ALYA Musuh datang habis dibasmi;
Tuan sudah diberi kuasa,
Sudilah kira, pohon merasmi.

Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Yang


Berbahagia, Ustaz Mohd Fadly bin Samin, Yang Di Pertua Persatuan
Ibu Bapa dan Guru untuk menyampaikan ucapan, seterusnya,
merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Kubu 2022/23.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
...................................
Sekalung penghargaan buat Yang Berbahagia Ustaz Mohd Fadly bin
Samin atas ucapan dan perasmian majlis sebentar tadi.

2
Bertanam Lada berbatas Rimbun,
Tumbuh di kali lebat buahnya
Berkat usaha disulam tekun
Sumur digali terbitlah airnya

Hadirin sekalian,
Majlis
penyampaian Kini tibalah saatnya sesi penyampaian sijil dan hadiah.
sijil Oleh itu majlis mempersilakan En Mohd Hanafiah Bin Zainuddin, Guru
MYZA Besar SK Kubu, bagi mengiringi Yang Berbahagia Ustaz Mohd Fadly
bin Samin untuk menyampaikan
 SIJIL GRADUASI PRASEKOLAH KHALIFAH
 DAN MATAPELAJARAN TERBAIK PRASEKOLAH.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
 Penerima sijil graduasi prasekolah khalifah dimulai dengan :
( rujuk senarai nama )

 Seterusnya penerima anugerah matapelajaran terbaik prasekolah :


( rujuk senarai nama )
..............................................
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia
Ustaz Mohd Fadly bin Samin, Pengerusi PIBG SK Kubu bagi
menyampaikan sijil sebentar tadi.

Sebelum majlis ke agenda seterusnya dijemput sekali lagi Yang


Berbahagia Ustaz Mohd Fadly bin Samin dan barisan pentadbir untuk
sesi bergambar bersama guru dan pelajar Prasekolah SK Kubu.
Dipersilakan.

....................( klu ydp nak balik )


Majlis merakamkan jutaan terima kasih diatas kesudian Ustaz Mohd
Fadly bin Samin hadir pada majlis pagi ini.
Hadirin sekalian,
UMAIRAH Seterusnya majlis mempersilakan En Zafri Bin Zakaria,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
untuk menyampaikan sijil anugerah kepada penerima :
 Matapelajaran Terbaik Tahun 1, 2 dan 3
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Hadirin sekalian, penerima bagi Matapelajaran Terbaik


Dimulai dengan tahun 1 ...( rujuk senarai penerima )
.....................................
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian
En Zafri Bin Zakaria menyampaikan hadiah sebentar tadi.

3
Hadirin sekalian,
Seterusnya majlis mempersilakan En Mohd Nazri Bin Mohd Hashim,
UMAIRAH Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
untuk menyampaikan sijil anugerah kepada penerima :
Matapelajaran Terbaik Tahun 4,5 dan 6
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Hadirin sekalian, penerima bagi Matapelajaran Terbaik


Dimulai dengan tahun 4 ...( rujuk senarai penerima )
..............................................
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian
En Mohd Nazri Bin Moh Hashim, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid bagi menyampaikan hadiah sebentar tadi.
Hadirin sekalian,
ALYA Seterusnya majlis mempersilakan
Pn Faramaznun Bt Zakaria, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
untuk menyampaikan sijil anugerah kepada penerima :
 Anugerah Unggul PBD
 dan Anugerah Pemulihan Khas.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Hadirin sekalian, penerima bagi anugerah Unggul PBD ..


Dimulai dengan kelas Pendidikan Khas

Seterusnya bg anugerah Anugerah Pemulihan Khas ..


penerimanya
..............................................
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian
Pn Faramaznun Bt Zakaria bagi menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
MYZA Seterusnya majlis sekali lagi menjemput dan mempersilakan En Mohd
Hanafiah Bin Zainuddin, Guru Besar SK Kubu untuk menyampaikan
sijil anugerah kepada penerima seterusnya, bagi ...
 Anugerah Cemerlang Sahsiah
 Anugerah Nilam
 Anugerah Kokurikulum
 Tokoh Murid
 Tokoh 1M1S
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
( rujuk senarai penerima )

4
Kereta proton kereta perodua
Bergerak dijalanraya setiap hari
Hari Anugerah Cemerlang 2022
Anugerah SPECIAL guru besar sedia diberi

Sidang hadirin sekalian,


Anugerah seterusnya diberikan kepada guru SK Kubu sebagai
menghargai komitmen dan sumbangan dalam melaksanakan tugas-tugas
yang telah dipertanggungjawabkan dengan penuh dedikasi dan
cemerlang.

Bagi menyempurnakan sesi ini majlis mempersilakan sekali lagi Yang


Berusaha, Puan Faramaznun Bt Zakaria Guru Penolong Kanan
pentadbiran bagi mengiringi En Mohd Hanafiah Bin Zainuddin, Guru
Besar SK Kubu untuk menyampaikan anugerah. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

penerima bagi
Anugerah Khas Guru Besar sempena Majlis Anugerah kecemerlangan
SK Kubu 2022/23 dijemput………………….untuk naik ke pentas.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian En Mohd


Hanafiah Bin Zainuddin, Guru Besar SK Kubu menyampaikan
anugerah sebentar tadi.

Penutup Tahniah diucapkan kepada para penerima ANUGERAH


MYZA KECEMERLANGAN SK KUBU 2022/23. Semoga dengan pengiktirafan
ini akan memberi suntikan dan semangat yang lebih membara kepada
semua untuk terus berkhidmat dan belajar dengan lebih cemerlang di
masa akan datang.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Pihak majlis
mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk
mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat dalam memastikan Majlis Anugerah kecemerlangan SK
Kubu 2022/23 dapat berlangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga
diucapkan kepada semua pelajar atas kerjasama yang diberikan bagi
mengharmonikan majlis ini.

Tenang-tenang air di kali,

5
Tempat mandian putra puteri;
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.

Sayang selasih bunganya wangi,


Ia cantik tapi berduri,
Terima kasih sekalung budi,
Moga berjumpa di lain hari.

Sekian sahaja daripada kami, andai ada terkasar dan tersalah bahasa
harap dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Tuhan
yang Esa dan sebarang kekurangan itu datangnya dari kekilafan diri kami
sendiri.
Sekian, wabillahi hitaufik walhidayah wasalammualaikum warahmatullah
hiwabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai