Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERTUKARAN CIKGU

FIRAS, USTAZ MOHD SETIA DAN PN. NG WEI MEIN


07 APRIL 2023
DEWAN GEMILANG, SMK DANAU KOTA.

HANANI Mohon semua para guru dan pelajar SMK Danau Kota untuk berdiri.

*Mengumumkan ketibaan dan perarakan masuk Yang Diraikan


AQIRA Cikgu Mohd Firas , Ustaz Mohd Setia dan Puan Ng Wei Mein
dengan diiringi oleh Pengetua SMK Danau Kota Puan Hoo Lai Lai
………………. Ke Dewan Gemilang .

*Mohon semua guru dan pelajar untuk kekal berdiri bagi


menyanyikan lagu Negaraku, lagu Wilayah dan lagu Sekolah.

Hadirin sekalian diminta duduk,

*Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada petang ini, mari lah
HANANI bersama-sama mengaminkan bacaan doa yang akan dibaca oleh
Cikgu Syuhaidi. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Amin Ya Rabbal’Alamin


Terima Kasih diucapkan kepada Cikgu Syuhaidi atas bacaan doa itu
tadi.

1
Petang yang indah penuh ceria
Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda ,

MAJLIS LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI sempena


majlis perpisahan

YANG DISAYANGI,

ENCIK MOHD FIRAS BIN RUS BAKARURAINI


USTAZ MOHD SETIA BIN ABD GHANI DAN
PUAN NG WEI MEIN

HANANI Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Yang Berusaha PUAN HOO LAI LAI, Pengetua SMK DANAU


KOTA

Yang Dihormati tetamu jemputan


guru-guru Penolong Kanan,
Guru kanan mata pelajaran
Dan
Yang diraikan,

ENCIK MOHD FIRAS BIN RUS BAKARURAINI


USTAZ MOHD SETIA BIN ABD GHANI DAN
PUAN NG WEI MEIN

Seterusnya guru-guru, hadirin hadirat dan anak- anak murid yang


dikasihi sekalian.

Selamat datang ke :

Majlis LAMBAIAN KASIH SANJUNGAN BUDI


BERSEMPENA DENGAN PERTUKARAN TIGA ORANG
GURU SMK DANAU KOTA YANG DISAYANGI.

HANANI / Pembuka Majlis Sirih berlipat sirih pinang


AQIRA Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang

2
Awal BismilLah pembuka bicara

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

AQIRA UCAPAN Terlebih dahulu marilah kita mengucapkan syukur Alhamdulillah


PENGETUA kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama
berhimpun pada petang yang indah ini bagi meraikan tiga orang guru
SMK DANAU KOTA yang telah berpindah ke destinasi yang baharu
iaitu

Yang diraikan

ENCIK MOHD FIRAS BIN RUS BAKARURAINI


Telah bertukar ke SMK Taman Tun Dr Ismail (TTDI)

USTAZ MOHD SETIA BIN ABD GHANI


Telah bertukar ke SMK Taman Melati

dan
PUAN NG WEI MEIN
Dinaikkan pangkat ke guru kanan Kokurikulum dan Telah bertukar ke
SMK Batu Muda.

Bagi memulakan majlis pada petang ini, dijemput …………………..


mewakili murid bagi sesi petang untuk menyampaikan ucapan kepada
yang diraikan. Majlis mempersilakan,

Terima kasih diucapkan kepada ………………. yang telah mewakili


murid sesi petang.

Hadirin sekalian,

Terbang di awan si burung hantu


Di atas papan batang selisih
Tampil lah puan kami mengalu
Bersama ucapan pengikat kasih

Majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha puan HOO

3
LAI LAI, Pengetua SMK DANAU KOTA untuk menyampaikan
ucapan.

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN

*UCAPAN PENGETUA*

Terima kasih diucapkan kepada puan HOO LAI LAI Pengetua SMK
Danau Kota atas ucapan itu tadi.

HANANI Ucapan VIP Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan
daripada Yang Diraikan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang diraikan


ENCIK MOHD FIRAS BIN RUS BAKARURAINI
untuk memberikan ucapan beliau.

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN

*UCAPAN FIRAS*

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Yang Diraikan ENCIK MOHD FIRAS BIN RUS
BAKARURAINI atas ucapan itu tadi.

AQIRA
Majlis diteruskan dengan mempersilakan yang diraikan USTAZ
MOHD SETIA BIN ABD GHANI
untuk memberikan ucapan beliau.

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN

*UCAPAN USTAZ SETIA*

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Yang Diraikan USTAZ MOHD SETIA BIN ABD GHANI
atas ucapan itu tadi.

HANANI
Majlis diteruskan dengan mempersilakan yang diraikan
PUAN NG WEI MEIN untuk memberikan ucapan beliau.

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN

4
*UCAPAN PN.NG*

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Yang Diraikan PUAN NG WEI MEIN
atas ucapan itu tadi.

*Kini tiba lah masa untuk kita mengalih pandangan ke skrin layar
bagi menyaksikan tayangan montaj yang telah disediakan oleh Cikgu
Nimalen dan Cikgu Hafizol.

*Setiap memori pasti memberi seribu satu kenangan, moga segalanya


disimpan erat diingatan.

Bagi memeriahkan lagi majlis Lambaian kasih Sanjungan Budi ,


majlis berbesar hati menjemput pelajar daripada kelas 2 Bestari bagi
menyanyikan Lagu ……………….

Dipersilakan,

Berikan tepukan yang gemuruh kepada persembahan itu tadi,

AQIRA Penyampaian Hadirin yang dimuliakan,


Cenderahati
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati sebagai tanda


kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini.

Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan yang berusaha Puan


HOO LAI LAI, Pengetua SMK Danau Kota untuk naik ke pentas bagi
menyempurnakan upacara penyampaian cenderahati.

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN

5
Kita mulakan dengan yang diraikan yang pertama
ENCIK MOHD FIRAS BIN RUS BAKARURAINI

Majlis menjemput yang diraikan


ENCIK MOHD FIRAS BIN RUS BAKARURAINI
Untuk naik ke pentas bagi sesi penyampaian cenderahati.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

UNTUK MAKLUMAN SEMUA CENDERAHATI YANG


DITERIMA OLEH ENCIK MOHD FIRAS ADALAH
SUMBANGAN DARIPADA KELAB GURU DAN STAF,
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU, PELAJAR-PELAJAR SESI
PAGI JUGA PELAJAR-PELAJAR SESI PETANG DAN PANITIA
BAGI BIDANG ………..

Majlis mengucapkan ucapan terima kasih kepada yang diraikan


ENCIK MOHD FIRAS
Atas kesudian menerima cenderahati itu tadi.

HANANI

Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian cenderahati kepada yang


diraikan seterusnya iaitu
USTAZ MOHD SETIA BIN ABD GHANI

Majlis menjemput yang diraikan


USTAZ MOHD SETIA BIN ABD GHANI
Untuk naik ke pentas bagi sesi penyampaian cenderahati.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


UNTUK MAKLUMAN SEMUA CENDERAHATI YANG
DITERIMA OLEH USTAZ MOHD SETIA BIN ABD GHANI
ADALAH SUMBANGAN DARIPADA KELAB GURU DAN
STAF, PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU, PELAJAR-
PELAJAR SESI PAGI JUGA PELAJAR-PELAJAR SESI PETANG
AQIRA DAN PANITIA BAGI BIDANG ………..

USTAZ MOHD SETIA BIN ABD GHANI Atas kesudian menerima


cenderahati itu tadi.

6
Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian cenderahati kepada yang
diraikan seterusnya iaitu
PUAN NG WEI MEIN

Majlis menjemput yang diraikan


PUAN NG WEI MEIN
Untuk naik ke pentas bagi sesi penyampaian cenderahati.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

UNTUK MAKLUMAN SEMUA CENDERAHATI YANG


DITERIMA OLEH PUAN NG WEI MEIN ADALAH
SUMBANGAN DARIPADA KELAB GURU DAN STAF,
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU, PELAJAR-PELAJAR SESI
PAGI JUGA PELAJAR-PELAJAR SESI PETANG DAN PANITIA
BAGI BIDANG ………..

Majlis mengucapkan ucapan terima kasih kepada yang diraikan


HANANI PUAN NG WEI MEIN
Atas kesudian menerima cenderahati itu tadi.

*Majlis juga merakamkan ucapan terima kasih kepada


Yang berusaha Puan HOO LAI LAI atas kesudian menyempurnakan
majlis penyampaian cenderahati itu tadi.

HADIRIN SEKALIAN,

Begitulah tadi upacara penyampaian cenderahati kenang-kenangan


khusus untuk Yang diraikan

ENCIK MOHD FIRAS BIN RUS BAKARURAINI


USTAZ MOHD SETIA BIN ABD GHANI DAN
PUAN NG WEI MEIN

TIDUR LENA DI BILIK BERADU


HUJAN LEBAT DI KAMPUNG BARU
BAGAIMANA KAMI TAKKAN RINDU
CIKGU MENDAPAT TEMPAT BAHARU

PANJANG SUNGGUH JAMBATAN PULAU PINANG


SEMPAT BERHENTI DI TANJUNG UBAN
JASA KALIAN TETAP DIKENANG
SEMOGA DIBERKATI DIREDHAI TUHAN

HADIRIN SEKALIAN,

7
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai ke destinasi

Kita telah pun berada di hujung acara.

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Majlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan

ENCIK MOHD FIRAS BIN RUS BAKARURAINI


USTAZ MOHD SETIA BIN ABD GHANI DAN
PUAN NG WEI MEIN

Kerana sudi melapangkan masa untuk bersama-sama pada hari yang


penuh bermakna ini.

Dikesempatan ini juga, saya mewakili pengacara majlis ingin


memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami
mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua Kembali

Sekian, Wabillahi Taufiq Wal Hidayah,


Assalamualaikum wbt.

*Mohon semua guru dan murid untuk berdiri dan mengambil tempat
bagi Lambaian dan Salam Terakhir buat yang Diraikan

ENCIK MOHD FIRAS BIN RUS BAKARURAINI


USTAZ MOHD SETIA BIN ABD GHANI DAN
PUAN NG WEI MEIN

*Semua murid diminta terus berada di Dewan Gemilang ini.

Sekian terima kasih

8
DISEDIAKAN
……………………………….
(NOR AQIRA BINTI ROSLI)
KETUA PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN

Anda mungkin juga menyukai