Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 2023

EMCE CUE ANNOUNCE


E
MAKLUMAN Guru dan pelajar berada di tempat masing-masing.
AWAL
GIMIK AUDIO DAN PERARAKAN HJ HASNI BERSAMA GURU DAN
PELAJAR

UCAPAN GPK SELESAI LAUNGAN MERDEKA 7X , Tunggu Cg Hasni dan guru -


PETANG guru mengambil tempat duduk masing-masing. Baru
mulakan salutasi.

SALUTASI SAMBUT MERDEKA SEKALI SETAHUN


KERINGAT TERCURAH PEJUANG BERJASA
MALAYSIAKU MERDEKA 66 TAHUN
ITULAH SEJARAH PERJUANGAN BANGSA

INDAH BERBALAM SI AWAN PETANG


BERARAK DICELAH PEPOHON ARA
PEMANIS KALAM SELAMAT DATANG
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum W.B.T , Salam Sejahtera
Salam kemerdekaam dan salam Malaysia Madani.

Yang Berusaha,
ENCIK NAJIB BIN SIPAN,
Pengetua SMK Tengku Mahkota.

Yang DiHormati
PN ZUHRIYAH BT ABD HAMID,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Yang DiHormati
En Razmi bin Othman
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang DiHormati
Tuan Hj Esa bin Mohd Amin
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Yang DiHormati
Tn Hj Hassni bin Hussin
Guru Penolong Kanan Petang
SMK Tengku Mahkota

Guru-guru
Dan rakan pelajar yang dikasihi sekalian.
SELAMAT DATANG KE MAJLIS PENUTUPAN BULAN
KEMERDEKAAN 2023

“TEKAD PERPADUAN PENUHI HARAPAN”

DOA ALHAMDULILLAH..
Marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat
Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya dapat
sama-sama kita menjayakan Majlis Penutupan Bulan
Kemerdekaan peringkat sekolah bagi tahun 2023.

MOHON DOA PADAMU TUHAN


AGAR MAJLIS BERJALAN LANCAR
BIARLAH BERKAT KITA AMINKAN
APA DIHAJAT MOGA TERPANCAR.

( Guru dan pelajar diminta untuk berdiri untuk mengamin


doa dan seterusnya menyanyikan lagu Bangsa Johor,
Negaraku dan lagu Sekolah.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput


__________________________________________________
Untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Doa

Terima kasih diucapkan kepada ……………………………………………


….…………………………… yang telah sudi memimpin bacaan doa.

Nyanyian lagu Majlis diteruskan dengan Nyanyian Lagu Bangsa Johor,


Negaraku dan Lagu Sekolah.

Hadirin dipersilakan duduk.

TAYANGAN Hadirin sekalian,


MULTIMEDIA Marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia
yang telah disediakan.

- selesai tayangan multimedia -

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas persembahan


multimedia sebentar tadi.

PERSEMBAHAN Hadirin yang dimuliakan,


PELAJAR Majlis dihangatkan lagi dengan persembahan daripada
pelajar-pelajar sesi petang. Majlis mempersilakan.
-
-
-
-

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan


sebentar tadi.
Untuk makluman para hadirin , persembahan tersebut
mendapat bimbingan daripada
-
-
-

PENYAMPAIAN Hadirin dan hadirat sekalian,


HADIAH Kini tibalah saat yang ditunggu-tunggu iaitu acara
penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi setiap
pertandingan yang telah dilaksanakan sepanjang sambutan
bulan kemerdekaan.
Dengan itu, Majlis sukacitanya mempersilakan Yang
DiHormati Tn Hj Hassni bin Hussin , Guru Penolong Kanan
Petang dengan diiringi oelh Cg Amin bin Bengan , Guru
Disiplin Sesi Petang untuk menyampaikan hadiah.
Dipersilakan.

- rujuk senarai nama pemenang -


- selesai penyampaian hadiah -

Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Hassni bin Hussin


kerana sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang.

NYANYIAN Hadirin yang dihormati,


LAGU Agenda majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu-lagu
PATRIOTIK patriotik . Para pelajar dan guru diminta untuk berdiri.

-selesai nyanyian lagu patriotik-

MAJLIS TAMAT Hadirin sekalian,


Mengakhiri acara penutup Bulan Kemerdekaan Peringkat
Sekolah , marilah kita sama-sama laungkan kata keramat
MERDEKA sebanyak 7 kali.
- laungan merdeka-

Terima kasih.

TENANG-TENANG AIR DI KALI


TEMPAT MANDIAN PUTRA PUTERI
SEMPURNA SUDAH MAJLIS DIRAI
SALAH DAN SILAP HARAP DIMAAFI.

Wabillahi Taufik Walhidayah..


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKTUH
DAN SALAM SEJAHTERA.

Anda mungkin juga menyukai