Anda di halaman 1dari 17
BAB4 ANALISIS ISTILAH EKONOMI 4.0 PENGENALAN Dalam bab ini, saya akan menjelaskan maksud yang didukung oleh istilah ekonomi dalam laras bahasa ekonomi. Seterusnya, saya akan mengemukakan beberapa pandangan tentang istilah ekonomi ini berpandukan teori yang sedia ada. Selain itu, saya juga akan menyenaraikan istilah ekonomi yang ada pada korpus kajian dengan berdasarkan bukti iaity ryjukan melalui Kamus Ekonomi oleh Osman Rani Hassan (1987), Dalam hal ini, saya akan membuktikan kewujudan istilah ekonomi dalam korpus kajian supaya kajian saya yang seterusnya terhadap istilah ekonomi akan terbukti kebenarannya 4.1 ISTILAH EKONOME Seperti yang dijelaskan dalam Bab 2, pengenalpastian sesuatu laras dalam sesebuah teks itu amat bergantung terhadap cara penggunaan sesuatu bahasa itu dan pastinya perkataan-perkataan yang mendukung maksud atau makna Khusus akan membuktikan taraf sesuatu teks itu dalam laras bahasa yang tertentu Begitu juga istilah ditakrifkan sebagai penggunaan perkataan-perkataan tertentu yang dapat memperkatakan sesuatu bidang itu secara khusus dalam sesuatu teks dan 29 istilah ekonomi di sini boleh ditakrifkan sebagai perkataan-perkataan tertentu yang secara khususnya memperkatakan bidang ekonomi, Ini bererti, penggunaan istilah yang memperkatakan bidang tertentu akan membuktikan kehadiran laras bahasa yang tertentu dalam sesebuah teks tersebut. Misalnya dalam laras bahasa istana, penggunaan istilah “patik”, “hamba”, “bersiram”, dan “beradu” jelas memperkatakan kewujudan laras bahasa istana dalam teks tertentu. Seperti yang diketahui umum, keempat-empat contoh perkataan tersebut hanya digunakan di dalam istana dan tidak digunakan oleh rakyat biasa Begitu juga dengan istilah yang lain yang masing-masing akan memperkatakan laras bahasa yang ingin disampaikan. Jadi, penggunaan perkatean-perkataan yang khusus merujuk bidang ekonomi atau istilah ekonomi akan memperkatakan Jaras ekonomi dalam sesuatu teks. Menurut Sulaiman Masri dalam karyanya ‘Inilah Bahasa Baku’ (1989:133), istilah dimaksudkan sebagai satu perkataan atau gabungan kata yang dengan jelas menerangkan suatu konsep, makna proses, keadaan atau sifat khusus dalam bidang tertentu, yang disepakati oleh pakar-pakar bidang berkenaan, Penggunaan istilah yang efektif akan menentukan kelancaran penggunaan bahasa dalam sesuatu bidang tertentu dan secara tidak langsung, pengguna bahasa akan lebih memahami dan mendapat maklumat yang ingin disampaikan dengan lebih tepat dan jitu Selain itu, kekerapan penggunaan istilah ekonomi dalam sesebuah artikel atau Fencana ekonomi akan menguji sesuatu tahap kemahiran penulis dalam bidang ekonomi. Dengan kata lain, kajian seumpama ini akan memperkenalkan dan mendedahkan dunia ekonomi yang semakin berkembang maju kepada para pembaca 30 Kepertuan ini amat dititikberatkan memandangkan keberkesanan penerimaan maklumat secara menyeluruh oleh para pembaca bergantung sepenuhnya kepada golongan ini Sekiranya penulis menggunakan istilah-istilah ekonomi yang berkaitan secara menyeluruh, golongan pembaca pastinya akan lebih memahami konteks yang ingin disampaikan sebenarnya, 4.2 ISTILAH EKONOMI DALAM KORPUS KAJIAN Daripada kesemua istilah ekonomi yang dikaji, didapati bahawa terdapat 25 patah perkataan yang mencatat kekerapannya melebihi 10 kali iaitu seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah, Istilah Ekonomi Frekuensi/ Kekerapan | saham syarikat pasaran BSKL | ekonomi | dana pelaburan ‘modal peniaga untung usahawan perdagangan eksport tunai broker kontrak bon ekuiti pendapatan B | perusahaan 2 | import 20 wang 16 | francais 15 | pemasaran 15 akaun 10 Jadual | Taburan Frekuensi {stilah Ekonomi Dalam Korpus Kajian 3 AsINK4OBS F PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYA Istilah ekonomi yang mencatat kekerapan paling tinggi ialah ‘sham’ iaitu sebanyak 369 kali dalam kesemua 107 fail data yang dikaji. Keadaaan ini menunjukkan bahawa ekonomi negara kita pada masa sekarang amat berkait rapat dengan sistem kedudukan saham di negara kita. Sekiranya indeks saham menurun, ekonomi negara turut akan terjejas, Saham berkait rapat dengan pasaran semasa yang wujud pada masa tertentu, Penurunan indeks saham bermaksud harga pasaran semakin menurun kerana kegiatan pasaran tidak aktif, Duit yang dilaburkan tidak mendatangkan keuntungan kepada syarikat tertentu, Ini bermakna pendapatan negara berkurangan dan seterusnya perkembangan ekonomi negara turut tergugat. Jadi, bidang ekonomi yang paling aktif pada masa sekarang ialah bidang saham. Selain itu, istilah ‘syarikat’ pula mencatat kekerapan sebanyak 271 kali dalam 107 fail data dan istilah ekonomi ‘pasaran’ sebanyak 199 kali, Istilah-istilah ini jelas membuktikan bahawa pasaran dan syarikat amat berkaitan antara satu sama tain dengan perkataan saham, Sckiranya saham negara bergiat aktif, maka kedudukan syarikat terjamin dan seterusnya pasaran ekonomi juga kukuh 43 KLASIFIKASI ISTILAH Secara keseluruhannya, istilah-istilah yang dikaji ini boleh dikategorikan dalam kumpulan-kumpulan tertentu, [stilah-istilah yang dikaji melibatkan kekerapan melebihi 10 kali sahaja. Untuk istilah yang tidak mencatat kekerapan melebihi 10 kali, saya tidak memasukkannya dalam mana-mana kumpulan tertentu kerana pengiraan istilah-istilah ini tidak praktikal. Walau bagaimanapun, saya akan mengemukakan beberapa 2 perkataan yang mencatat kekerapan kurang daripada 10 kali untuk menjelaskan keadaan yang berkaitan dalam ekonomi negara kita masa ini dalam Bab 4.4. Di sini, saya mengklasifikasikan istilah-istilah yang dikaji ke dalam empat kumpulan utama iaitu seperti berikut: (a) Keperluan ekonomi, (b) Tempat, (©) Aktiviti ekonomi, dan (4) Pelaku, 4.3.1 KATEGORI KEPERLUAN EKONOMI Kategori keperluan ekonomi memperkatakan keperluan-keperluan yang perlu ada dalam sesebuah ekonomi sesebuah negara, Tanpa keperluan-keperluan ini, mungkin ekonomi sesebuah negara itu akan menjadi tidak lengkap. Dalam korpus kajian, antara istilah-istilah yang tergolong dalam Kategori ini termasuklah istilah ‘saham’, *bon’, ‘ekuiti’, ‘akaun’, ‘pendapatan’, ‘untung’, ‘wang’, ‘modal’, ‘dana’ dan “tunai’. Didapati bahawa kesemua perkataan ini mempunyai satu Ppersamaan iaitu kesemuanya melibatkan wang sebagai keperluan asas dalam bidang ekonomi. Walaupun kesemuanya memperkatakan nilai wang dalam bidang ekonomi, tetapi konsep yang didukung oleh setiap perkataan adalah berlainan. Di sini, saya akan memilih beberapa istilah yang berkenaan dan menjelaskannya berdasarkan ekonomi negara masa kini. Menurut Osman Rani Hassan (1987:234), ‘saham’ boleh dimaksudkan seperti berikut: 3 Saham modal bagi sesebuah syarikat yang mana pemegang saham ini boleh memperolehi pendapatan dan aset-aset syarikat tanpa had setelah semua tuntutan dipenuhi. Saham biasa menunjukkan ekuiti atau milikan pemegangnya dalam syarikat berkenaan. Pemegang-pemegang saham biasa mempunyai hak-hak asas tertentu secara sah seperti hak mengundi lembaga pengarah, iaitu mereka yang sebenamya mengurus syariket tersebut, hak memindahkan sebahagian atau semua saham yang dimiliki dan hak menerima dividen-dividen apabila diisytiharkan oleh lembaga pengarah. Daripada huraian yang dikemukakan di atas, jelas membuktikan bahawa istilah ekonomi ‘saham" ini amat terperinci penjelasannya. Istilah ini menerangkan harta kepunyaan seseorang dalam sesebuah syarikat. Mengikut kebiasaannya, saham melibatkan urusan jual beli harta syarikat yang melibatkan nilai mata wang, Sescorang pembaca yang tidak didedahkan dengan maksud ini mungkin sukar untuk memahaminya. Bagi perkataan ‘dana’ pula, Osman Rani Hassan(ibid:32) mentakrifkan “dana’ seperti berikut: Kumpulan wang atau seumpamanya yang tersimpan dan diasingkan untuk kegunaan tertentu, Bentuk kegunaannya biasanya dicatatkan di bawah nama dana tersebut. Dana boleh juga disebut tabung, yayasan dan sebagainya. Contohnya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Tabung Perwira dan Yayasan Tun Abdul Razak. Daripada penjelasan yang diberikan, jelas menunjukkan bahawa_perkataan ‘dana’ mendukung maksud yang berkaitan dengan wang sahaja. Sekiranya huraian maksud bagi perkataan ini tidak didedahkan, mungkin pembaca tidak memahami isi kandungan sebenar perkataan ini, Sekiranya dana negara banyak, pastinya ekonomi negara berkembang pesat. Perkataan ‘modal’ (ibid: 141) pula mendukung maksud seperti berikut: Semua barangan yang digunakan dalam pengeluaran barang-barang lain, termasuk logi dan alat-alat jentera, Dalam perniagaan, modal ialah 34

Anda mungkin juga menyukai