Anda di halaman 1dari 54

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara membangun menuju ke arah negara

maju menjelang tahun 2020. Pembangunan yang dikecapi kini adalah proses
daripada kewibawaan pihak kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan tersohor
pemimpin negara yang sedaya upaya mengorak langkah pembangunan melalui
pembangunan dan kepesatan ekonomi yang mampan. Semua ini hanya dapat
dikecapi dengan perpaduan dan kemakmuran negara yang berterusan atas sifat
kerjasama antara berbilang kaum, keutuhan muafakat dan hormat-menghormati.
Keprihatinan pihak kerajaan terhadap pembangunan negara ini juga merupakan hasil
daripada perancangan dan perlaksanaan program dan dasar kerajaan yang positif
seperti Dasar Pandang Ke Timur, Dasar Ekonomi Baru, dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan.
Sebagai sebuah negara membangun yang sedang mengorak langkah menuju
ke arah negara maju, segalanya adalah bermula dengan kesinambungan kepimpinan
negara yang cemerlang. Secara am, golongan remaja merupakan golongan pelapis
yang akan menggantikan pemimpin yang sedia ada. Mengikut Ibrahim (1997)
golongan remaja merupakan golongan pelapis yang akan menggantikan golongan
dewasa, mengambilalih semua urusan negara dari segi politik, sosial, ekonomi dan
keselamatan negara. Sebahagian mereka akan menjadi pemimpin negara, bekerja
dalam bidang profesional dan ada juga yang menjadi tenaga pekerja yang mahir
dalam dan luar negara. Adalah dianggarkan 41% daripada penduduk negara

2
kini terdiri daripada golongan yang berumur antara 15 hingga 40 tahun. (Statistik
Penduduk Malaysia, 2008). Pada tahun 2020, sungguh pun peratusannya akan
menurun kepada 29 %, namun bilangan mereka akan bertambah daripada 6.9 juta
kepada 7.9 juta. Ini bermakna golongan muda harus diberi perhatian dan keutamaan
dalam pelbagai aspek perancangan dan pembangunan negara kerana mereka
merupakan golongan pelapis yang akan mewarisi kepimpinan dan mendukung
Wawasan negara.
Di sesetengah negara di Asia Barat seperti di Palestin, cabaran terhadap
golongan remaja adalah usaha untuk mempertahankan kedaulatan tahah air daripada
di jajah kaum Israel. Ketidakstabilan politik, sosial ekonomi di bumi Palestin ini
pasti mencetuskan pengorbanan golongan remaja ini dimana pada zaman usia
mereka terpaksa berlatih dan berjuang menggunakan senjata demi mempertahankan
hak dan maruah diri, dan tanah air (Hafidzi Mohd, 2010). Mereka perlu menerima
hakikat dalam kehidupan sebenar bahawa zaman perkembangan sepatutnya
digunakan untuk pendidikan. Kesannya tentu memberi impak negatif dalam
kehidupan remaja seperti memiliki personaliti yang suka melakukan sifat-sifat
ganas, bermusuhan, dan bergaduh antara satu sama lain.
Namun begitu di negara kita, cabaran-cabaran yang berkait dengan isu
remaja adalah berbeza dengan cabaran remaja di luar negara. Langkah Perdana
Menteri melancarkan program satu keluarga, satu kaunselorpada 4 Februari 2007
menerusi

Kementerian

Pembangunan

Wanita,

Keluarga

dan

Masyarakat

mencerminkan betapa seriusnya gejala sosial yang melanda golongan muda mudi
masa kini. Antara masalah itu ialah Mat Rempit, penagihan dadah, gejala ponteng
sekolah dan lepak. Kebimbangan yang sama disuarakan (Siti Hasmah, 1992;
Ibrahim, 1997; dan Nurul Ain dalam Md Noor, 2006) terhadap masalah gejala sosial
yang melanda golongan remaja dan belia pada beberapa tahun yang lalu seperti
melepak, rempit, bohsia, bohjan, pelayan kelab (GRO), mengambil arak, dan
penyalahgunaan dadah. Di samping itu, terdapat juga sesetengah golongan remaja
yang turut mempunyai akhlak dan peribadi yang rendah seperti biadap dan kurang
ajar kepada guru, ibu bapa dan penjaga.

3
Menurut surat pekeliling ikhtisas Bil. 9/ 1975 berkaitan disiplin di sekolah
peraturan-peraturan sekolah untuk murid-murid lampiran C dalam panduan tatacara
disiplin sekolah untuk guru besar dan guru (1988) adalah seperti berikut:
Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah
masing-masing
mengandungi

secara
maksud

bertulis.
yang

Peraturan-peraturan

jelas

dan

tiap-tiap

ini
murid

hendaklah
mestilah

mengetahuinya. Satu salinan peraturan sekolah hendaklah dipamerkan di


tiap-tiap bilik darjah, di bilik guru dan juga di papan kenyataan sekolah.
Guru-guru Besar dan pengetua hendaklah selalu menarik perhatian muridmurid kepada peraturan-peraturan sekolah yang telah digubal itu.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bahagian Hal Ehwal
Agama Islam ke 39 pada 21 September 1995 yang dikeluarkan Jabatan Agama
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjelaskan sesuatu perbuatan maksiat yang
boleh membawa dosa apabila bertentangan dengan aspek akidah, syariat dan akhlak
Islam. Ini bermaksud sesuatu perbuatan yang dilakukan itu melakukan perkara yang
dilarang Allah s.w.t. dan meninggalkan perkara yang wajib. (Pusat Maklumat
Rakyat, 2010). Perbuatan tersebut memberi kesan kepada kehidupan seseorang
dalam akidah, syariat ataupun akhlak. Mengikut Siti Hairaney (2004) beberapa jenis
salah laku yang dilakukan pelajar berkaitan permasalahan kerohanian adalah:
i.

Berjudi

ii.

Persetubuhan haram, sumbang mahram, rogol dan seks bebas

iii.

Meminum minuman keras

iv.

Kurang ajar atau biadap kepada guru, guru besar, pengetua dan ibu bapa

v.

Penyalahgunaan dadah

vi.

Pelacuran

vii.

Murtad

viii.

Terlibat dengan kumpulan Black Metal

ix.

Cubaan membunuh diri


Berdasarkan betapa seriusnya permasalahan disiplin baru-baru ini, pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia bercadang melakukan rombakan garis panduan

4
untuk memudahkan menangani masalah disiplin pelajar. Menurut Alimuddin
Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran (2007) berpandangan bahawa sudah tiba
masanya peraturan disiplin dirombak semula memandangkan peraturan sedia
ada yang membatas tugas pendidik untuk menjalankan tanggungjawab sebagai
ibu bapa kepada pelajar selama mereka di sekolah. Antara cadangan pemantapan
disiplin di sekolah adalah:
i. Rombakan terhadap beberapa pekeliling dan akta pelajaran
ii. Mewujudkan semula hukuman secara terbuka
iii. Memberi kuasa merotan kepada lebih ramai guru
iv. Melantik pegawai khas yang mengendalikan urusan Hal Ehwal Murid
(HEM)
v. Memberi lebih ruang dan kuasa kepada guru mendisiplin pelajar
vi. Mengkaji pembabitan PIBG dan NGO dalam membantu mendisiplin pelajar
Menurut Azril Affandy (2007) beberapa pekeliling berkaitan disiplin yang
perlu dirombak atau dihapuskan kerana tidak jelas adalah:
i. Surat pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran bil. 6/68 pembuangan
murid-murid daripada sekolah kerana kelakukan curang (10 september
1968).
ii. Surat pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran bil. 8/68 tatatertib di
sekolah (18 September 1968).
iii. Surat pekeliling ikhtisas bil. 1/1972 peraturan-peraturan (tatatertib sekolah)
pelajaran 1959 (4 Februari 1972).
iv. Surat pekeliling ikhtisas bil. 8/1983 mengenakan hukuman terhadap murid
yang melakukan perbuatan salah laku yang tidak dinyatakan dalam peraturan
pelajaran (7 November 1983).
Inisiatif pihak Kementerian Pelajaran Malaysia merombak peraturan disiplin
sekolah menandakan bahawa masalah gejala sosial yang berlaku di kalangan pelajar
semakin meruncing dan memerlukan suatu Kaunseling Pendekatan Islam yang lebih
spesifik bagi menangani permasalahan ini daripada semakin berlarutan.

5
1.2

Latar Belakang Masalah


Inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia secara rasmi melancarkan kempen

menangani gejala disiplin murid yang disempurnakan Datuk Noh Omar dengan
usahasama Majlis Aspirasi Pemangkin Negara (MAPAN) iaitu badan bukan
kerajaan membabitkan pasukan polis, bomba, Kementerian Kesihatan dan Agensi
Dadah Kebangsaan yang mengadakan gerak gempur di sekolah-sekolah di seluruh
negara pada awal Julai 2007 memberi petanda betapa serius masalah disiplin di
negara kita. Menurut Fakrulrazi (2006) penglibatan golongan remaja terutama
pelajar sekolah dalam kegiatan tidak bermoral amat membimbangkan kerana kadar
peningkatan bilangan kes jenayah juvana yang dilaporkan setiap tahun di seluruh
negara. Statistik yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada tahun 2005,
sebanyak 3936 kes jenayah juvana dilaporkan dengan 5996 tangkapan remaja
dilakukan di seluruh negara. Berdasarkan jumlah itu, seramai 5393 orang remaja
lelaki dan 603 orang remaja perempuan. Semua kes ini membabitkan pelbagai
kesalahan jenayah melibatkan tiga kategori utama iaitu jenayah kekerasan seperti
membunuh, cubaan membunuh, samun menggunakan senjata api, rogol, jenayah
harta benda seperti pecah rumah, curi motosikal, curi kenderaan, ragut, mencuri
dalam bangunan, merusuh dan melakukan ugutan bersifat jenayah. Terdapat juga
kes serangan sehingga menyebabkan kecederaan, persetubuhan luar tabii dan
menjual bahan lucah. Secara purata jumlah kes bagi tempoh setahun adalah 11 kes
sehari.
Menurut Pirdaus (2006) penglibatan remaja Melayu dalam jenayah juvana
harus dipandang berbeza dengan remaja bangsa lain. Penglibatan remaja Melayu
dalam kegiatan perjudian, minum arak, bersekedudukan, dan khalwat merupakan
perilaku yang mempamerkan ketandusan nilai dikalangan mereka. Perbuatan ini
bukan sahaja bertentangan dengan ajaran Islam bahkan budaya masyarakat
tempatan.
Perangkaan yang dikeluarkan oleh Pusat Islam Iskandar Johor, Bahagian
Penguatkuasa, Jabatan Agama Johor (JAJ) dalam tempoh 4 tahun (2004-2007)
pegawai penguatkuasa agama telah menangkap seramai 8628 pasangan remaja
Melayu yang berumur 18 hingga 25 tahun. Berdasarkan jumlah itu, daerah Johor

6
Bahru merupakan daerah paling ramai iaitu (32.4%) berbanding daerah Muar
(15.9%), Batu Pahat (16.8%), Segamat (11.5%), Kluang (8.3%), Pontian (5.7%),
Kota Tinggi (5.6%) dan Mersing (3.4%). (Rujuk jadual 1.1)
Jadual 1.1 : Statistik Pelajar Melayu Terlibat Dalam Kesalahan Jenayah
Syariah di Negeri Johor Bagi Tahun 2004 Hingga 2007
Daerah

2004

2005

2006

2007

Johor Bahru

606

690

713

630

Muar

288

213

355

310

Batu Pahat

321

458

378

328

Segamat

168

123

259

224

Kluang

274

248

206

162

Pontian

145

259

133

112

Kota Tinggi

62

260

219

109

Mersing

32

137

138

68

Sumber : Pusat Islam Iskandar Johor (2007)


Kajian yang dilakukan oleh Pertubuhan Kebajikan, Ekonomi dan Sosial
Islam Malaysia (PEKESIM) terhadap remaja Islam di Semenanjung Malaysia
mendapati bahawa sebanyak (90%) golongan remaja yang berumur 15 sehingga 20
tahun tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas, (80%) remaja berumur 14
sehingga 20 tahun terlibat dalam kegiatan mukadimah zina seperti bercumbu, (73%)
ibu bapa tidak mengambil tahu kehidupan remaja, (70%) remaja tidak menghormati
ibu bapa, (65%) remaja tidak takut Tuhan dan tidak mengerjakan solat, (64%) tidak
mempedulikan nasihat, (56%) tidak mendapat pendidikan agama secara formal,
(42%) tidak tahu membaca Al Quran, (30%) tidak lancar melafaz syahadah, (25%)
pernah melakukan hubungan seks, berpakaian seksi dan menghisap rokok, (20%)
kerap melakukan seks bebas, 11 % menguna dadah, (9%) meminum arak dan (2%)
bersedia menukar agama. Menurut Pengerusi PEKESIM, Ghafar Nin (2007) punca
utama masalah ini adalah kerana ibu bapa jahil agama, bersikap tidak mengambil
tahu dan tidak pernah menegur sikap anak-anak mereka. Beliau mencadangkan
supaya jabatan dan agensi tertentu diberi kuasa untuk menangkap remaja yang
berzina, berpakaian tidak senonoh dan berkeliaran selepas jam 11 malam.

7
Terdapat banyak kes yang berlaku sejak akhir-akhir ini menunjukkan betapa
seriusnya keperluan Kaunseling Pendekatan Islam dilaksanakan di sekolah. Menurut
Siti Hairaney (2004) laporan disiplin pelajar sekolah Malaysia pada tahun 1991
melaporkan jenis salahlaku pelajar sekolah adalah seperti berikut iaitu (14.98%)
pelajar terlibat dengan jenayah, (2.12%) pelajar membuat isyarat lucah, (16.6%)
berkelakuan kurang sopan, dan (28.41%) terlibat dengan gejala ponteng sekolah.
Manakala pelajar yang berjudi adalah seramai 3827 orang, pelajar bercumbuan
adalah 297 orang, terlibat kes khalwat 236 orang, mengunakan kata-kata lucah
seramai 1428 orang dan melukis gambar lucah seramai 653 orang. Maklumat seperti
ini menggambarkan bahawa pelajar yang terdiri daripada remaja bukan sahaja
terlibat dengan salah laku disiplin jenayah bahkan melibatkan aspek salah laku yang
bertentangan dengan peraturan agama dan norma dan budaya masyarakat tempatan
yang kaya dengan adab ketimuran.
Fenomena yang melanda golongan remaja di negara kita seperti isu Black
Metal turut merupakan salah laku yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
Mustafa (2006) menyatakan bahawa (99.9%) pengikut Black Metal adalah di
kalangan bangsa Melayu. Menurutnya lagi, orang melayu mudah terpesong dan
mempercayai sesuatu benda baru sedangkan mereka tahu semua perkara tersebut
bertentangan dengan ajaran yang dibawa dalam Al-Quran dan sunnah nabi. Ini jelas
menunjukkan bahawa perbuatan mereka bertentangan dengan akidah Islam.
Hairulazim (2007) pernah melaporkan penglibatan pelajar sekolah dalam kegiatan
Black Metal melibatkan 15 buah sekolah termasuk sekolah agama dan sebuah
sekolah rendah di daerah Kuala Muda, Kedah. Peristiwa penahanan 105 remaja
dalam lingkungan usia 20an sehingga 30an yang datang dari Singapura, Perlis,
Selangor, Kuala Lumpur dalam satu konsert Black Metal di Negeri Sembilan pada 4
Disember 2006. Menurut Abdul Shukor (2006) Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah
Fatwa Kebangsaan terdapat segelintir remaja di negara ini terlibat dengan aliran
Black Metal yang mengamalkan unsur-unsur yang bertentangan dengan syariah
Islam seperti memijak Al-Quran, minum arak, seks bebas dan perasaan anti-tuhan.
Amalan seks bebas yang di kalangan remaja yang merupakan pelajar ini jelas
menunjukkan bahawa mereka mempunyai pengetahuan dan amalan keagamaan
yang rendah sehingga memudahkan mereka terpesong dengan propaganda barat
melalui lagu-lagu yang memuja syaitan. Ini jelas menunjukkan bahawa golongan

8
pelajar tersebut memerlukan kaunselor yang dapat membantu mereka kembali ke
jalan yang benar melalui Pendekatan Kaunseling Islam.
Menurut Muhammad Haffy (2006) pada masa kini timbul satu aliran baru di
Malaysia yang melanda golongan remaja iaitu pengaruh gaya hidup Gothik. Budaya
Gothik merupakan satu lagi subbudaya negatif yang dibawa dari barat yang bermula
dengan era Black Metal, kemudian beralih kepada punk, diikuti dengan Skinhead
dan gaya hidup Gothik. Menurut Muhammad Haffy (2006) remaja Gothik
merupakan golongan remaja yang berumur belasan tahun, masih bersekolah, dan
berbangsa Melayu daripada golongan masyarakat kelas biasa. Faktor kesibukan dan
kurang perhatian ibu bapa mengakibatkan remaja bebas mencari keseronokan
mengikut naluri remaja. Mereka dikaitkan dengan remaja yang menghadapi tekanan
perasaan, kemurungan dan masalah psikologi. Bagi mengisi jiwa yang kosong,
mereka tampil dengan etika pakaian tersendiri untuk memperlihatkan dunia
kegelapan mereka. Remaja yang terlibat dengan Gothik adalah kerana mahu mengisi
kekosongan jiwa dan keseronokan. Mereka mengamalkan perlakuan seks bebas
dengan faktor suka sama suka. Mereka mengamalkan seks bebas dilokasi tertentu
seperti di bahagian tangga bangunan kosong, lorong gelap belakang bangunan, dan
tandas awam. Amalan seks bebas yang dibawa oleh kumpulan Gothik ini adalah
manifestasi bahawa golongan remaja kini memerlukan Pendekatan Kaunseling
Islam sebagai wahana untuk menangani kemelut keruntuhkan akhlak yang sedang
dialami oleh mereka.
Suatu fenomena yang membimbangkan adalah berkaitan dengan isu remaja
yang berumur dalam lingkungan 18 sehingga 25 tahun yang terlibat dalam lumba
haram yang kini mereka dikenali sebagai Mat Rempit. Menurut Nurul Huda (2007)
peristiwa di lebuh raya Butterworth- Kulim, Kedah yang melibatkan anggota polis
cedera parah dikepala akibat diserang oleh 200 Mat Rempit ketika mengadakan
operasi lalu lintas mempamerkan satu lagi salah laku negatif yang membabitkan
golongan remaja. Kegiatan Mat Rempit ini berlaku di kalangan pelajar sekolah dan
juga kolej. Aktiviti seks bebas dan amalan bertukar pasangan selepas tanda kejayaan
daripada aktiviti lumba haram membuktikan bahawa golongan Mat Rempit yang
terdiri daripada pelajar mempunyai amalan kerohanian yang rendah. Oleb itu,

9
mereka perlu kembali ke jalan yang benar yang berkait dengan soal keagamaan
melalui Pendekatan Kaunseling Islam.
Kemuncak kepada perlakuan seks bebas di kalangan muda mudi masa kini
dapat dilihat daripada fenomena kelahiran anak luar nikah melibatkan pasangan
berbangsa Melayu beragama Islam yang menunjukkan pertambahan angka yang
semakin meningkat dari tahun 2005 sehingga 2009. (Rujuk jadual 1.2)
Jadual 1.2 : Statistik Kelahiran Anak Luar Nikah Bangsa Melayu (2005-2009)
Tahun

Jumlah

2005

11,234

2006

13,545

2007

16,100

2008

16,541

2009

17,303

Jumlah keseluruhan

74,723
Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara (2010)

Mengikut Nor Shamsinor (2010) laporan statistik dari Jabatan Pendaftaran


Negara (JPN) sejak tahun 2005 sehingga 2009 menunjukkan pertambahan jumlah
dari tahun 2005 sehingga tahun 2009 melibatkan kelahiran anak luar nikah bangsa
Melayu beragama Islam seramai 74,723 orang bayi. Secara am, dalam tempoh
lima tahun berkenaan, pendaftaran anak luar nikah bagi pasangan Melayu
beragama Islam seramai 72,723 orang bayi, merupakan jumlah kedua tertinggi
selepas bangsa lain seramai 92,922 orang bayi, diikuti bangsa India seramai
23,696 orang bayi dan bangsa Cina seramai 23, 692 orang bayi. Menurut Alwi
Ibrahim (2010) yang merupakan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara
(JPN) merujuk pada seksyen 13, kelahiran anak luar nikah bagi orang melayu
beragama Islam merupakan anak yang dilahirkan mempunyai status tidak sah
mengikut undang-undang negara. Pertambahan angka anak luar nikah berkenaan
menunjukkan perlakuan penyelewengan tingkah laku seksual berlaku di kalangan
masyarakat Melayu pada masa kini. Perlakuan seksual merupakan suatu fenomena
yang telah menjadi suatu kebiasaan di kalangan pasangan muda mudi bangsa

10
Melayu beragama Islam. Mengikut sistem perundangan negara berdasarkan
seksyen 13, bayi yang dilahirkan berkenaan merupakan anak yang dilahirkan hasil
perkahwinan yang tidak teratur dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah
menetapkan bayi tanpa bapa daripada keturunan Melayu beragama Islam hanya
boleh diletakkan nama diikuti bin atau binti Abdullah atau nama-nama pilihan
Asma Al Husna (nama-nama Allah s.w.t).
Fenomena perlakuan seksual di kalangan muda mudi tidak hanya
membabitkan kelahiran anak luar nikah, malah peristiwa yang semakin
membimbangkan adalah melibatkan kes-kes pembuangan bayi. Berdasarkan tempoh
dua tahun berikut iaitu 2009 dan 2010, kes-kes pembuangan bayi di kalangan
pasangan bangsa Melayu beragam Islam menunjukkan golongan muda mudi
tersebut mengalami permasalahan keruntuhan akhlak yang membimbangkan.
Jadual 1.3: Statistik Kes Pembuangan Bayi di Malaysia (2009-2010)
Jantina

2009

2010

Lelaki

25

26

Perempuan

29

25

Masih janin

25

14

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (2010)


Berdasarkan statistik Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (2010), kes
pembuangan bayi bagi tahun 2009 secara keseluruhan adalah seramai 79 orang bayi.
Berdasarkan jumlah berkenaan, bayi lelaki adalah seramai 25 orang bayi, bayi
perempuan adalah seramai 29 orang bayi dan yang masih janin adalah seramai 25
orang bayi. Sehingga September 2010, pembuangan bayi lelaki adalah seramai 26
orang, bayi perempuan adalah seramai 25 orang bayi dan yang masih janin adalah
serama 14 orang bayi. Pertambahan kepada bayi berkenaan adalah menunjukkan
perlakuan seksual di kalangan pasangan muda mudi yang tidak mahu bertanggung
jawab dengan kelahiran bayi berkenaan, faktor malu untuk menerima kelahiran anak
luar nikah, faktor keluarga yang tidak mahu menerima kelahiran anak luar nikah,
dan faktor kewangan dimana tidak mampu menyara anak. Sapora (2010) turut
menjelaskan faktor kerapuhan institusi keluarga, penularan filem berunsur lucah dan

11
program hiburan yang melampau merupakan faktor yang mengakibatkan
berleluasanya kejadian pembuangan bayi. (Rujuk jadual 1.3)
Amalan dan gaya hidup bebas di kalangan muda mudi ini adalah berkait
dengan arus pemodenan yang pesat berlaku di seluruh dunia. Abdullah Ahmad
Badawi (2004) menegaskan bahawa keprihatinan keluarga terhadap anak-anak
mampu mengatasi masalah gejala sosial yang berlaku kini di kalangan remaja.
Kebahagiaan itu boleh dicetuskan dengan setiap ibu bapa menjalinkan hubungan
yang akrab dan menanam rasa sayang dengan anak-anak mereka. Menurutnya jika
keluarga berkecamuk dan tidak ada nilai-nilai yang baik dalam keluarga seperti sifat
ikhlas, rajin bekerja dan belajar di kalangan generasi muda, ini bermakna
masyarakat akan menghadapi keruntuhan dan kesannya membawa kepada negara.
Saranan yang sama disuarakan oleh Mahathir dalam Mohd Ismail (2006) seperti
berikut:
Tanda-tanda menunjukkan bahawa peranan ibu bapa dalam mendidik
anak-anak sudah agak berkurangan. Mungkin ini disebabkan oleh keduadua ibu bapa bekerja. Tetapi belia yang terlibat bukan semuanya
mempunyai ibu bapa yang bekerja sepanjang hari. Hakikatnya ialah ramai
ibu bapa tidak memberi perhatian serius kepada pendidikan anak-anak
mereka. Kawalan terhadap kebebasan anak-anak juga lemah. Ibu bapa
harus mengetahui siapa kawan anak-anak mereka dan di mana mereka
bersiar-siar dan menghabiskan masa
(Mahathir Mohamad, 1 Julai 1995, Berita Minggu)
Selain itu, faktor kurangnya didikan agama juga boleh mendorong ke arah
penglibatan gejala sosial. Remaja yang masih mentah untuk mengenal identiti diri
akan keliru untuk memilih mana satu keseronokan yang betul dan yang salah.
Kurangnya kemantapan asas kekuatan dalaman dan kewarasan akal fikiran dalam
membuat keputusan menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.
Rakan sebaya merupakan orang terhampir dengan remaja dan amat dipercayai
selepas ibu bapa. Apabila ibu bapa tidak memainkan peranan dengan baik, secara
semulajadi remaja akan merujuk kepada rakan sebaya dalam membentuk identiti
diri. Segala yang dilakukan oleh rakan sebaya adalah betul bagi mereka. Sebab
itulah, pengaruh rakan sebaya merupakan salah satu faktor penting yang
menyebabkan remaja terlibat dengan gejala sosial.

12
Faktor persekitaran merupakan salah satu faktor yang menyebabkan remaja
mudah terlibat dengan masalah ini. Dalam arus pemodenan hari ini, banyak budaya
luar mudah meresap ke dalam negara kita akibat pertembungan kemajuan saluran
komunikasi dengan proses modenisasi budaya barat yang menarik tetapi melanggar
adat ketimuran dan agama. Dengan adanya sistem telekomunikasi yang canggih,
remaja turut berpeluang memperoleh maklumat tentang budaya barat secara bebas
dan mudah tanpa sebarang sekatan. Maklumat boleh dicapai melalui internet tanpa
tapisan. Mengikut Mohammad Shatar (2010) kepesatan pembangunan teknologi
maklumat dan komunikasi sekarang mendedahkan remaja terhadap dunia luar
dengan lebih mudah. Pengaruh luaran ini memudahkan remaja memuat turun
gambar lucah melalui telefon bimbit dan melayari laman web lucah sebagai suatu
hobi yang dilakukan pada masa lapang. Menurutnya lagi, golongan remaja juga
didapati kerap menonton video lucah ketika ibu bapa tiada di rumah, mahu pun
senyap-senyap di dalam bilik menggunakan telefon bimbit atau pun komputer
masing-masing. Video lucah mudah diperoleh remaja sekarang sama ada membeli
daripada penjual VCD cetak rompak, memuat turun daripada internet, atau secara
langsung daripada rakan-rakan mereka.
Usaha untuk menggerakkan 9 kementerian dalam menangani masalah
keruntuhan akhlak dan gejala sosial remaja turut dibincangkan diperingkat
kementerian. Ini bermula apabila jemaah menteri telah mencadangkan Jawatankuasa
Induk Menangani Gejala Disiplin untuk memerangi habis-habisan masalah salah
laku pelajar melalui 10 kementerian. Kementerian yang dimaksudkan ialah Jabatan
Perdana

Menteri,

Kementerian

Keselamatan

Dalam

Negeri,

Kementerian

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kesihatan Malaysia,


Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Pengajian
Tinggi,

Kementerian

Perumahan

dan

Kerajaan

Tempatan,

Kementerian

Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan terakhir Kementerian Penerangan.

13
1.3

Pernyataan Masalah
Statistik Jabatan Agama Johor, Pusat Islam Iskandar, Johor pada tahun 2010

menunjukkan kes-kes kesalahan jenayah syariah seperti persetubuhan luar nikah


bagi lelaki sebanyak 41 kes, persetubuhan luar nikah bagi perempuan sebanyak 40
kes, khalwat bagi lelaki sebanyak 201 kes, dan khalwat bagi perempuan sebanyak
195 kes. Statistik kes di bawah kesalahan jenayah syariah negeri Johor sebanyak
6,422 kes pada tahun 2009 melaporkan daerah Johor Bahru menunjukkan jumlah
tertinggi iaitu (37.1%), diikuti Batu Pahat (12.7%), Muar (9.79%), Kluang (8.65%),
Kota Tinggi (7.97%), Pontian (6.75%), Segamat (6.63%), Mersing (3.7%), Kulai
Jaya (3.6%) dan Ledang (3%). Ini menunjukkan bahawa jenayah syariah di kalangan
pasangan muda mudi beragama Islam adalah membimbangkan khususnya
melibatkan kes-kes persetubuhan luar nikah dan pasangan berkhalwat.
Banyak kajian di Malaysia membuktikan peningkatan gejala sosial dan
tingkah laku seksual pelajar disebabkan kurangnya amalan kerohanian. Contohnya
seperti pelajar tidak bersolat, tidak berpuasa, kurang melakukan perbuatan
mengingati Allah s.w.t. seperti berzikir, berwirid, bermuhasabah diri dan tidak mahu
mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Kajian Mohd Yusuf (1986), Ismail Dollah
(1986), Wan Rosmini Omar (1987), Mat Sidi Salleh (1989), Patemah Ibarhim
(1989), Rashidah Sadi (1991), Alizanariah Ali (1993), Mahmood Nazar (2001),
Mohd Nor Ibrahim (2001), dan Adam Drahman (2002) menunjukkan bahawa
masalah disiplin yang berlaku di kalangan pelajar adalah berpunca dari kurangnya
pengetahuan dan amalan kerohanian di kalangan mereka.
Fenomena yang membimbangkan ini terjadi di kalangan pelajar berbangsa
Melayu dan beragama Islam. (Pirdaus, 2006). Walaupun Pendekatan Kaunseling
Barat diamalkan kaunselor di Malaysia sebagai suatu pendekatan untuk menangani
isu-isu permasalahan disiplin pelajar, namun bagi menghadapi permasalahan yang
berkaitan dengan isu kerohanian, Pendekatan Kaunseling Barat adalah kurang sesuai
untuk menghadapi isu yang berkaitan dengan kerohanian. Malik Badri (1980) dan
Abdul Halim (1986) menjelaskan Pendekatan Kaunseling Barat tidak menekankan
aspek kerohanian dalam pendekatan psikologi. Hassan Langgulung (1990) pula
mendakwa semua mazhab psikologi barat tidak mengkaji roh atau jiwa tetapi

14
mengkaji tingkah laku manusia. Malik Badri (1994) menjelaskan ahli psikologi
barat tidak menekankan aspek kerohanian kerana syarat yang tidak menghukum
(non judgemental) klien, sebaliknya kaunselor disyaratkan menerima klien tanpa
syarat. Akibatnya, situasi ini menimbulkan kekeliruan di kalangan kaunselor Islam
kerana berasa dilema sama ada mengutamakan kepentingan klien atau mengikut
ajaran Islam. Menurut Hassan Langgulung (1990) isu yang lebih membimbangkan
kepada kaunselor-kaunselor Islam adalah dari segi amalan Pendekatan Kaunseling
Barat yang bertentangan akidah, sosial, dan hukum-hakam agama masyarakat Islam
di Malaysia. Isu-isu kerohanian pelajar seperti murtad, masalah melibatkan tingkah
laku seks, pergaulan bebas, berjudi, biadap terhadap guru dan ibu bapa, minum arak,
sengaja meninggalkan puasa, dan tidak mendirikan solat memerlukan Pendekatan
Kaunseling Islam sebagai kaedah rawatan memulihkan diri mereka.
Berdasarkan aspek sosiobudaya dan nilai masyarakat setempat pula,
Pendekatan Kaunseling Barat turut kurang sesuai diamalkan dalam konteks di
Malaysia. Menurut Corey (2001) kebanyakan teknik kaunseling dibina berasaskan
orang kulit putih dan sesuai untuk orang kulit putih dan daripada kelompok kelas
pertengahan. Oleh itu, ia dianggap tidak beretika jika digunakan terhadap klien yang
berlainan bangsa, etnik dan latarbelakang budaya. Ini disokong oleh Baruth dan
Huber (1985), Hamzah dalam Arthur dan Aminah (1994), Abdul Halim (2001) dan
Mohd Tajudin (2006) yang menegaskan Pendekatan Kaunseling Barat berbeza
dengan pandangan hidup masyarakat Malaysia dari aspek nilai, bias dan andaian
tentang tingkah laku manusia. Peralihan terhadap keperluan kaunseling mengikut
sosiobudaya masyarakat tempatan pernah ditegaskan oleh Mohd Tajudin (2006)
yang menyatakan bahawa ahli-ahli profesional dalam bidang kaunseling di Asia
mula menilai dan membincangkan semula beberapa teori dan Pendekatan
Kaunseling Barat. Ini selaras dengan Pedersen dan rakan-rakan (1989) yang
menyatakan kaunselor di Asia perlu peka dengan keperluan dan kehendak
masyarakat timur yang mempunyai nilai budaya dan pengalaman yang berbeza.
Mohd Tajudin (2006) turut berpandangan supaya kaunselor-kaunselor di Malaysia
bersedia melakukan anjakan paradigma membentuk teori dan pendekatan yang
menjurus ke arah nilai dan psikologi orang Malaysia. Justeru itu, Pendekatan
Kaunseling Islam dilihat sebagai suatu pendekatan yang sesuai dan memenuhi
keperluan hidup manusia tanpa mengira agama dan bangsa.

15
Berdasarkan keadaan sebenar yang dinyatakan, satu kajian dilakukan untuk
mengkaji aspek perlakuan dan kesedaran penyelewengan tingkah laku seksual di
kalangan pelajar. Aspek perlakuan adalah berkait dengan tingkah laku menyentuh,
memegang, meraba, berkomunikasi lucah, melihat bahan lucah, dan melakukan
temu janji dengan pasangan untuk membincangkan perlakuan seks. Manakala aspek
kesedaran pula adalah berkait dengan kesedaran pelajar untuk berubah kesan
Bimbingan Kelompok Pendekatan Al Ghazali. Antara aspek kesedaran pelajar yang
dikaji dan diukur adalah kebesaran Allah, balasan azab neraka, muhasabah diri,
batasan pergaulan, batasan pancaindera, mendedahkan aurat, memilih rakan dan
tanggung jawab diri. Penyelidik mengaplikasikan Bimbingan Kelompok Pendekatan
Al Ghazali untuk menangani perlakuan dan kesedaran penyelewengan tingkah laku
seksual pelajar. Keperluan kajian ini adalah kerana sehingga kini tidak ada sebarang
bentuk

program

khusus

dalam

konteks

ajaran

Islam

untuk

menangani

penyelewengan tingkah laku seksual pelajar. Justeru itu, Bimbingan Kelompok


Pendekatan Al Ghazali yang berteraskan Model Kaunseling Sifat-Sifat Al Ghazali
(Yatimah dan Mohd Tajudin, 2008) dijadikan sebagai sumber kerana sesuai untuk
menangani masalah penyelewengan tingkah laku seksual pelajar khususnya
melibatkan aspek kerohanian manusia.

16
1.4

Tujuan Kajian
Tujuan kajian adalah seperti berikut:
i. Mengukur kesan Bimbingan Kelompok Pendekatan Al Ghazali antara
kelompok rawatan dan kelompok kawalan
ii. Mengukur kesan Bimbingan Kelompok Pendekatan Al Ghazali terhadap
pemboleh ubah perlakuan dan kesedaran penyelewengan tingkah laku
seksual pelajar
iii. Meneroka kesan perubahan Bimbingan Kelompok Pendekatan Al
Ghazali terhadap aspek perlakuan penyelewengan tingkah laku seksual
pelajar selepas mengikuti rawatan bimbingan kelompok
iv. Meneroka kesan perubahan Bimbingan Kelompok Pendekatan Al
Ghazali terhadap aspek kesedaran penyelewengan tingkah laku seksual
pelajar selepas mengikuti rawatan bimbingan kelompok

1.5

Objektif Kajian
Berdasarkan tujuan kajian tersebut, objektif kajian dapat dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu objektif menerusi analisis data kuantitatif dan
objektif menerusi analisis data kualitatif.

1.5.1

Objektif Kajian Menerusi Analisis Kuantitatif


Objektif kajian ini adalah mengukur kesan rawatan bimbingan kelompok
terhadap konstruk dan subkonstruk perlakuan penyelewengan tingkah
laku seksual pelajar secara keseluruhan
i. Mengukur kesan rawatan antara kelompok rawatan dan kelompok
kawalan terhadap pra kajian bagi konstruk perlakuan penyelewengan
tingkah laku seksual pelajar secara keseluruhan

17
ii. Mengukur kesan rawatan antara kelompok rawatan dan kelompok
kawalan terhadap pra kajian dan pos kajian bagi konstruk perlakuan
penyelewengan tingkah laku seksual pelajar secara keseluruhan
iii. Mengukur kesan rawatan antara kelompok rawatan dan kelompok
kawalan terhadap pra kajian dan pos kajian bagi subkonstruk perlakuan
penyelewengan tingkah laku seksual pelajar secara keseluruhan
iv. Mengukur kesan rawatan antara kelompok rawatan dan kelompok
kawalan terhadap pra kajian dan pos kajian bagi konstruk kesedaran
penyelewengan tingkah laku seksual pelajar secara keseluruhan
v. Mengukur kesan rawatan antara kelompok rawatan dan kelompok
kawalan terhadap pra kajian dan pos kajian bagi subkonstruk kesedaran
penyelewengan tingkah laku seksual pelajar secara keseluruhan
vi. Mengukur kesan rawatan antara kelompok rawatan dan kelompok
kawalan terhadap pra kajian dan pos kajian bagi konstruk perlakuan
penyelewengan tingkah laku seksual pelajar lelaki
vii. Mengukur kesan rawatan antara kelompok rawatan dan kelompok
kawalan terhadap pra kajian dan pos kajian bagi subkonstruk perlakuan
penyelewengan tingkah laku seksual pelajar lelaki
viii. Mengukur kesan rawatan antara kelompok rawatan dan kelompok
kawalan terhadap pra kajian dan pos kajian bagi konstruk kesedaran
penyelewengan tingkah laku seksual pelajar lelaki
ix. Mengukur kesan rawatan antara kelompok rawatan dan kelompok
kawalan terhadap pra kajian dan pos kajian bagi subkonstruk kesedaran
penyelewengan tingkah laku seksual pelajar lelaki

18
x. Mengukur kesan rawatan antara kelompok rawatan dan kelompok
kawalan terhadap pra kajian dan pos kajian bagi konstruk perlakuan
penyelewengan tingkah laku seksual pelajar perempuan
xi. Mengukur kesan rawatan antara kelompok rawatan dan kelompok
kawalan terhadap pra kajian dan pos kajian bagi subkonstruk perlakuan
penyelewengan tingkah laku seksual pelajar perempuan
xii. Mengukur kesan rawatan antara kelompok rawatan dan kelompok
kawalan terhadap pra kajian dan pos kajian bagi konstruk kesedaran
penyelewengan tingkah laku seksual pelajar perempuan
xiii. Mengukur kesan rawatan antara kelompok rawatan dan kelompok
kawalan terhadap pra kajian dan pos kajian bagi subkonstruk kesedaran
penyelewengan tingkah laku seksual pelajar perempuan
1.5.2

Objektif Kajian Menerusi Analisis Kualitatif


Objektif analisa data kualitatif adalah untuk meneroka kesan Bimbingan
Kelompok Pendekatan Al Ghazali terhadap perlakuan dan kesedaran
penyelewengan tingkah laku seksual di kalangan pelajar menerusi kaedah
temubual dan laporan bertulis. Data kualitatif ini merupakan suatu kaedah
untuk menyokong dapatan kuantitatif untuk membuktikan kesan rawatan
bimbingan kelompok terhadap pelajar. Dua objektif kajian adalah seperti
berikut;
i. Apakah kesan perubahan Bimbingan Kelompok Pendekatan Al Ghazali
terhadap aspek perlakuan penyelewengan tingkah laku seksual sebelum
dan selepas mengikuti rawatan bimbingan kelompok?
ii. Apakah kesan perubahan Bimbingan Kelompok Pendekatan Al Ghazali
terhadap aspek kesedaran penyelewengan tingkah laku seksual sebelum
dan selepas mengikuti rawatan bimbingan kelompok?

19
1.6

Persoalan Kajian
i. Adakah terdapat perbezaan kesan rawatan antara kelompok rawatan dan
kelompok

kawalan

terhadap

pra

kajian

bagi

konstruk

perlakuan

penyelewengan tingkah laku seksual pelajar secara keseluruhan?


ii. Adakah terdapat perbezaan kesan rawatan antara kelompok rawatan dan
kelompok kawalan terhadap pra kajian dan pos kajian bagi konstruk
perlakuan penyelewengan tingkah laku seksual pelajar secara keseluruhan?
iii. Adakah terdapat perbezaan kesan rawatan antara kelompok rawatan dan
kelompok kawalan terhadap pra kajian dan pos kajian bagi subkonstruk
perlakuan penyelewengan tingkah laku seksual pelajar secara keseluruhan?
iv. Adakah terdapat perbezaan kesan rawatan antara kelompok rawatan dan
kelompok kawalan terhadap pra kajian dan pos kajian bagi konstruk
kesedaran penyelewengan tingkah laku seksual pelajar lelaki?
v. Adakah terdapat perbezaan kesan rawatan antara kelompok rawatan dan
kelompok kawalan terhadap pra kajian dan pos kajian bagi subkonstruk
kesedaran penyelewengan tingkah laku seksual pelajar lelaki?
vi. Adakah terdapat perbezaan kesan rawatan antara kelompok rawatan dan
kelompok kawalan terhadap pra kajian dan pos kajian bagi konstruk
perlakuan penyelewengan tingkah laku seksual pelajar lelaki?
vii. Adakah terdapat perbezaan kesan rawatan antara kelompok rawatan dan
kelompok terhadap pra kajian dan pos kajian bagi subkonstruk perlakuan
penyelewengan tingkah laku seksual pelajar lelaki?
viii. Adakah terdapat perbezaan kesan rawatan antara kelompok rawatan dan
kelompok terhadap pra kajian dan pos kajian kawalan bagi konstruk
kesedaran penyelewengan tingkah laku seksual pelajar lelaki?

20
ix. Adakah terdapat perbezaan kesan rawatan antara kelompok rawatan dan
kelompok kawalan terhadap pra kajian dan pos kajian bagi subkonstruk
kesedaran penyelewengan tingkah laku seksual pelajar lelaki?
x. Adakah terdapat perbezaan kesan rawatan antara kelompok rawatan dan
kelompok kawalan terhadap pra kajian dan pos kajian bagi konstruk
perlakuan penyelewengan tingkah laku seksual pelajar perempuan?
xi. Adakah terdapat perbezaan kesan rawatan antara kelompok rawatan dan
kelompok kawalan terhadap pra kajian dan pos kajian bagi subkonstruk
perlakuan penyelewengan tingkah laku seksual pelajar perempuan?
xii. Adakah terdapat perbezaan kesan rawatan antara kelompok rawatan dan
kelompok kawalan terhadap pra kajian dan pos kajian bagi konstruk
kesedaran penyelewengan tingkah laku seksual pelajar perempuan?
xiii. Adakah terdapat perbezaan kesan rawatan antara kelompok rawatan dan
kelompok kawalan terhadap pra kajian dan pos kajian bagi subkonstruk
kesedaran penyelewengan tingkah laku seksual pelajar perempuan?

21
1.7

Hipotesis Kajian

1.7.1

Kesan Eksperimen Terhadap Perlakuan dan Kesedaran


Penyelewengan Tingkah laku Seksual Pelajar Secara Keseluruhan

Untuk melihat kesan eksperimen terhadap perlakuan dan kesedaran penyelewengan


tingkah laku seksual pelajar secara keseluruhan, empat hipotesis dibentuk;
Hipotesis 1
Tidak terdapat perbezaan signifikan kesan rawatan antara kelompok rawatan dan
kelompok kawalan terhadap pra kajian dan pos kajian bagi konstruk perlakuan
penyelewengan tingkah laku seksual pelajar secara keseluruhan
Hipotesis 2
Tidak terdapat perbezaan signifikan kesan rawatan antara kelompok rawatan dan
kelompok kawalan terhadap pra kajian dan pos kajian bagi subkonstruk perlakuan
penyelewengan tingkah laku seksual pelajar secara keseluruhan
Hipotesis 3
Tidak terdapat perbezaan signifikan kesan rawatan antara kelompok rawatan dan
kelompok kawalan terhadap pra kajian dan pos kajian bagi konstruk kesedaran
penyelewengan tingkah laku seksual pelajar secara keseluruhan
Hipotesis 4
Tidak terdapat perbezaan signifikan kesan rawatan antara kelompok rawatan dan
kelompok kawalan terhadap pra kajian dan pos kajian bagi subkonstruk kesedaran
penyelewengan tingkah laku seksual pelajar secara keseluruhan

22
1.7.2

Kesan Eksperimen Terhadap Perlakuan dan Kesedaran


Penyelewengan Tingkah laku Seksual Pelajar Lelaki

Untuk melihat kesan eksperimen terhadap perlakuan dan kesedaran penyelewengan


tingkah laku seksual pelajar lelaki, empat hipotesis dibentuk;
Hipotesis 5
Tidak terdapat perbezaan signifikan kesan rawatan antara kelompok rawatan dan
kelompok kawalan terhadap pra kajian dan pos kajian bagi konstruk perlakuan
penyelewengan tingkah laku seksual pelajar lelaki
Hipotesis 6
Tidak terdapat perbezaan signifikan kesan rawatan antara kelompok rawatan dan
kelompok kawalan terhadap pra kajian dan pos kajian bagi subkonstruk perlakuan
penyelewengan tingkah laku seksual pelajar lelaki
Hipotesis 7
Tidak terdapat perbezaan signifikan kesan rawatan antara kelompok rawatan dan
kelompok kawalan terhadap pra kajian dan pos kajian bagi konstruk kesedaran
penyelewengan tingkah laku seksual pelajar lelaki
Hipotesis 8
Tidak terdapat perbezaan signifikan kesan rawatan antara kelompok rawatan dan
kelompok kawalan terhadap pra kajian dan pos kajian bagi subkonstruk kesedaran
penyelewengan tingkah laku seksual pelajar lelaki

23
1.7.3

Kesan Eksperimen Terhadap Perlakuan dan Kesedaran


Penyelewengan Tingkah laku Seksual Pelajar Perempuan

Untuk melihat kesan eksperimen terhadap perlakuan dan kesedaran penyelewengan


tingkah laku seksual pelajar perempuan, empat hipotesis dibentuk;
Hipotesis 9
Tidak terdapat perbezaan signifikan kesan rawatan antara kelompok rawatan dan
kelompok kawalan terhadap pra kajian dan pos kajian bagi konstruk perlakuan
penyelewengan tingkah laku seksual pelajar perempuan
Hipotesis 10
Tidak terdapat perbezaan signifikan kesan rawatan antara kelompok rawatan dan
kelompok kawalan terhadap pra kajian dan pos kajian bagi subkonstruk perlakuan
penyelewengan tingkah laku seksual pelajar perempuan
Hipotesis 11
Tidak terdapat perbezaan signifikan kesan rawatan antara kelompok rawatan dan
kelompok kawalan terhadap pra kajian dan pos kajian bagi konstruk kesedaran
penyelewengan tingkah laku seksual pelajar perempuan
Hipotesis 12
Tidak terdapat perbezaan signifikan kesan rawatan antara kelompok rawatan dan
kelompok kawalan terhadap pra kajian dan pos kajian bagi konstruk subkesedaran
penyelewengan tingkah laku seksual pelajar perempuan

24
1.8

Kerangka Konsep Kajian

1.8.1

Keperluan Pendekatan Kaunseling Islam


Pendekatan kaunseling di Malaysia adalah berdasarkan beberapa teori barat

seperti psikoanalisis yang diperkenalkan oleh Sigmund Freud, teori pemusatan


perorangan diperkenalkan oleh Rogers, teori Gestalt oleh Perls, teori Analisis
Transaksi oleh Eric Berne, teori Terapi Realiti oleh William Glasser, dan teori
Tingkah laku oleh BF Skinner. (Zakaria, 2007). Pendek kata, keenam-enam mazhab
ini digunakan sebagai panduan bagi melihat tingkah laku manusia daripada pelbagai
sudut yang berbeza.
Ramai cendekiawan Islam dan penyelidik tempatan mempertikaikan
kesesuaian amalan pendekatan barat dalam konteks agama dan budaya masyarakat
tempatan seperti Hassan Langgulung (1979), Abdul Halim (1986), Malik Badri
(1994) dan beberapa penyelidik tempatan seperti Mahzatun (1992), Noraini (1992),
Rohana (1992), Eani Rashidah (1992), Kamal (1995), Siti Hairaney (2004), Rohani
(2002) dan Shahabuddin (2003). Sarjana tempatan seperti Hassan Langgulung
(1979), Abdul Halim (1986) dan Malik Badri (1994) turut menegaskan bahawa
kebanyakan mazhab psikologi barat tidak mengkaji jiwa tetapi tingkah laku
manusia.

Hassan

Langgulung

(1990)

menimbulkan

kebimbangan

apabila

menyatakan pendekatan barat amat bertentangan dengan soal akidah dan hukum
hakam agama dalam Islam. Malik Badri (1994) turut menyatakan amalan
pendekatan barat menimbulkan kekeliruan di kalangan kaunselor Islam.
Satu daripada aspek pendekatan barat yang ketara adalah bersifat dinamik,
sentiasa mengalami transformasi dan perubahan mengikut kesesuaian masalah
penyakit dan konteks zaman (Mahmood Nazar, 2001). Ini menandakan betapa
pendekatan barat mengalami kecelaruan dan kelemahan berdasarkan akal logik
fikiran sarjana barat semata-mata. Suatu aspek yang nyata apabila pendekatan barat
cuba menggabungkan beberapa teori klasik dan moden sebagai nilai tambah sesuatu
teori untuk menghasilkan suatu kaedah rawatan yang berkesan.

25
Berdasarkan limitasi Pendekatan Kaunseling Barat apabila berdepan dengan
aspek kerohanian khususnya di kalangan kaunselor yang beragama Islam kepada
klien Islam (pelajar) maka penyelidik berpandangan perlunya model Pendekatan
Kaunseling Islam untuk menangani kes-kes kerohanian di kalangan pelajar.
Pendekatan Kaunseling Islam adalah bersumberkan Al Quran dan Al Sunah. Sumber
Al Quran diturunkan dari wahyu Allah s.w.t., sesuai untuk semua umat, sepanjang
zaman dan tempat. Menurut Wan Hashim dan Mahayudin (1996) kedua-dua sumber
ini mempunyai peraturan yang lengkap sebagai panduan hidup manusia di dunia dan
akhirat. Peraturan hidup kedua sumber ini memberi petunjuk kepada hubungan
manusia dengan tuhan dan hubungan manusia dengan manusia.
Tumpuan kajian ini adalah melihat kesan Bimbingan Kelompok Pendekatan
Al Ghazali untuk menangani masalah tingkah laku seksual di kalangan pelajar. Oleh
itu, penyelidik menggunakan reka bentuk kajian gabungan (mixed method) yang
melibatkan dua fasa yang berbeza (Creswell dan Plano Clark, 2007). Fasa pertama
menggunakan kaedah kuantitatif manakala fasa kedua menggunakan kaedah
kualitatif. Menurut Newman dan rakan-rakan (2001) kajian yang terbaik adalah
menggabungkan ciri-ciri yang terdapat dalam kajian berbentuk kauntitatif dan
kualitatif. Ini kerana kelemahan dalam kajian kuantitatif mampu ditampung oleh
kebaikan dalam kajian kualitatif atau sebaliknya. Creswell (1994) turut menyatakan
gabungan dua kaedah memberi kelebihan kepada penyelidik untuk memahami
persoalan kajian dan memperkukuhkan lagi dapatan kajian. Penghuraian kaedah
kualitatif dapat menyokong dan menguatkan lagi data-data yang dikumpul,
disamping memperoleh maklumat yang lebih mendalam tentang isu-isu yang sukar
diperoleh melalui skala ujian tertentu. Kaedah kuantitatif yang bersifat mengukur
tingkah laku dan fikiran adalah tidak sesuai untuk mencungkil perlakuan dan
kesedaran penyelewengan tingkah laku seksual yang bersifat taboo dan terlalu
peribadi. Hanya melalui hubungan rappo yang akrab dibina antara penyelidik dan
pelajar sahaja dapat merungkai luahan dan isi hati pelajar tentang perlakuan
penyelewengan tingkah laku seks pelajar berkenaan.

26
1.8.2

Pendekatan Al Ghazali Sebagai Kerangka Teori Kajian


Al Ghazali atau nama sebenarnya Abu Hamid Ibnu Muhammad al Tusi al

Ghazali merupakan ulama Islam tersohor dalam bidang tasawuf yang dilahirkan di
bandar Tus, Khurasan, Iran pada tahun 450 Hijrah. Beliau digelar Al Ghazali
sempena gelaran bapanya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing atau al
Ghazzal. Al Ghazali turut dikenali sebagai hujjatul Islam kerana mempunyai daya
ingatan yang kuat dan bijak berhujah. Sejak kecil beliau telah menunjukkan
kemampuan luar biasa dengan menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan seperti
tauhid, mantik, fekah, dan falsafah serta mengkaji empat mazhab hingga mahir
dalam

bidang-bidang

tersebut.

Kecintaannya

terhadap

ilmu

pengetahuan

mendorongnya mengembara ke beberapa negeri seperti Mekah, Madinah, Mesir dan


Jerusalam untuk berjumpa dengan ulama-ulama untuk menuntut ilmu pengetahuan.
Sewaktu dalam pengembaraannya, beliau telah menulis kitab Ihya Ulumuddin. Kitab
ini yang kemudiannya diringkaskan dikenali sebagai bimbingan mukmin yang
dijadikan umat Islam sebagai panduan dalam menangani masalah umat berkaitan
agama. (Abu dan Arni, 1995). Kitab ini memberi sumbangan besar kepada
masyarakat dan pemikir Islam. Kandungan penulisan kitab ini adalah berkisar
tentang aspek akidah, fekah, falsafah, akhlak dan tasawuf. Kitab ini merupakan
sumbangan besar dan berharga Al Ghazali kerana merupakan karya agung yang
sentiasa menjadi sumber rujukan masyarakat dan umat Islam seluruh dunia
khususnya yang berkaitan dengan permasalahan sosial manusia.
Kerangka teori kajian ini bersumberkan Model Kaunseling Sifat-Sifat
Manusia Al Ghazali yang dibangunkan oleh Yatimah dan Mohd Tajudin (2008).
Model Kaunseling Sifat-Sifat Manusia Al Ghazali, Yatimah dan Mohd Tajudin
(2008) dipilih kerana berpandukan kitab Ihya Ulumuddin yang mengkaji tentang
sifat-sifat manusia berdasarkan Al Quran dan Al Sunah. Ia menepati kaedah ilmu
Islam yang berasaskan ilmu naqli iaitu ilmu wahyu dan ilmu aqli iaitu akal. Ilmu
zahir berkaitan dengan muamalat iaitu ibadat dan adat kebiasaan manusia, manakala
ilmu batin berkait dengan hati. Aspek spiritual manusia kuat mempengaruhi
kehidupan mereka. Ia menjadi pendorong perlakukan jasad yang dikenali sebagai
tingkah laku.

27
Aspek Luaran
Roh

Tubuh fizikal dan pancaindera

Aspek Dalaman
Rangsangan yang diterima
Hati
Akal
Jiwa

pancaindera terhadap aspek


dalaman manusia mencetuskan
dorongan tingkah laku positif
atau dorongan tingkah laku
negatif

Rajah 1.1: Model Kaunseling Berdasarkan Sifat-Sifat Manusia Al Ghazali


(Yatimah dan Mohd Tajudin, 2008)
Berdasarkan Model Kaunseling Sifat-Sifat Manusia Al Ghazali (Yatimah
dan Mohd Tajudin, 2008), aspek dalaman manusia terdiri daripada hati, akal dan
jiwa. Aspek dalaman ini dipengaruhi oleh rangsangan yang diterima pancaindera.
Rangsangan positif mencetuskan dorongan tingkah laku positif, manakala
rangsangan negatif mencetuskan dorongan tingkah laku negatif. Mengikut Yatimah
dan Mohd Tajudin (2008) model ini menekankan hati sebagai organ yang memberi
kesan terhadap seluruh perbuatan manusia. Organ hati berfungsi seperti raja dalam
tubuh manusia yang memberi isyarat dan mengawal seluruh anggota tubuh manusia
seperti tangan, kaki, mata, telinga, dan lidah. Secara naluri, seluruh anggota tubuh
manusia perlu patuh kepada hati.

Rasulullah saw pernah bersabda bahwa di dalam tubuh kamu ada segumpal darah,
jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh manusia itu jika dia buruk maka manusia
itupun menjadi buruk pula, maka ketahuilah ia ialah hati.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sumber: Al Ghazali Darusalam (1997)

28
Model Al Ghazali (Yatimah dan Mohd Tajudin, 2008) menjelaskan hati atau
qalbu merupakan bahagian penting dalam diri manusia yang tetap berfungsi sejak
hidup di dunia hingga ke hari akhirat. Fungsi hati atau qalbu tidak berhenti atau
putus akibat datangnya kematian. Bahagian tubuh lain seperti mata, telinga, otak dan
seluruh tubuh tidak berfungsi lagi setelah datangnya kematian. Namun hati akan
tetap berperanan di alam barzakh, di hari berbangkit sampai dihari berhisab kelak.
Hati yang jernih dan bersih akan membawa kita pada penghidupan yang sejahtera
dan kekal selamanya di sisi Allah s.w.t. baik di dunia mahu pun di akhirat. Hati yang
kotor, busuk dan penuh penyakit akan membawa manusia melakukan perkaraperkara mazmumah seperti khianat, bermusuh-musuhan, mengadu domba,
melakukan tabiat zina, angkuh dan bakhil.
Dalam konteks ini, pelajar yang mempunyai hati yang kotor, rosak, keras
membatu dan akhirnya tertutup hatinya untuk menerima petunjuk dan hidayah Allah
s.w.t, sebaliknya gemar melakukan sifat-sifat tercela melibatkan pergaulan sosial
yang bebas dan hubungan seks tanpa perkahwinan. Ini jelas daripada Al Ghazali
(1975), Yatimah dan Mohd Tajudin (2008), hati mempunyai pengaruh yang besar ke
atas diri manusia kerana ia mampu menarik manusia kepada keselamatan atau
kebinasaan dunia dan akhirat. Ini bermaksud manusia yang bertindak mengikut hati
sehingga menurut hawa nafsu mampu membinasakan manusia akibat perbuatannya
yang merugikan itu.
Al Ghazali (2002) menyatakan setiap manusia memiliki hawa nafsu. Hawa
nafsu bertindak mengikut kata hati. Syaitan mendorongnya untuk memenuhi
tuntutan nafsu dan memperlihatkan keindahan dan kebaikan daripada sifat-sifatnya
yang tercela itu. Di sini, mereka berasa seperti orang yang benar dan mendapat
petunjuk, tetapi tahukah bahawa syaitan telah menipu tanpa mereka sedari.
Manusia yang bertindak mengikut hawa nafsu sanggup merendahkan
martabatnya sebagai seorang khalifah bagi memenuhinya dengan pelbagai cara dan
bertindak rakus seperti memuaskan nafsu seksual, memuaskan nafsu makan,
memuaskan nafsu mengumpul harta, dan suka dengan pujian. Penghidupannya
hanya tunduk dan mengabdikan diri kepada runtunan nafsu. Tambah menyedihkan,
mereka tidak peduli dengan hukum halal dan haram yang ditetapkan Allah s.w.t,
bahkan memenuhi tuntutan hawa nafsu merupakan perkara yang lebih penting.

29
Dalam konteks ini, ahli tasawuf menjelaskan bahawa nafsu manusia yang
cenderung melakukan perbuatan keji dan mungkar seperti perzinaan, khianat,
mengadu domba, tamak haloba, dan rakus adalah golongan yang memiliki nafsu
amarah. Nafsu amarah berada pada tingkat yang paling rendah.
Al Ghazali Darusalam (1997) menjelaskan manusia menyedari hati
merupakan unsur paling penting dalam kehidupan yang tetap berfungsi sampai akhir
zaman. Oleh itu, manusia harus merawat dan memeliharanya dengan baik agar tidak
rosak dan dipenuhi penyakit yang dapat memberi kesengsaraan kepada diri manusia.
Hati yang bersih dan jernih adalah hati yang selalu ingat kepada Allah s.w.t,
setiap saat melakukan komunikasi dengan Allah s.w.t, sehingga selalu berada dalam
bimbingan dan hidayahNya. Seluruh anggota tubuh manusia sentiasa dibimbing oleh
hati untuk selalu memandang, mendengar dan menerima nasihat dan petunjuk dari
Allah s.w.t dengan hati yang terbuka.
Beberapa cara untuk menjaga dan merawat hati supaya bersih adalah:
1. Selalu ingat pada Allah s.w.t dimanapun kita berada
2. Selalu memuji kebesaranNya
3. Mengambil wuduk jika mengalami tuntutan nafsu
4. Segera memohon keampunan atas kesilapan dan dosa yang lepas
5. Selalu berzikir untuk mensucikanNya
6. Selalu memohon perlindungan dari godaaan syaitan dan tipu daya dunia yang
melalaikan
7. Selalu mohon bimbingan dan tutunan Allah s.w.t dalam menjalani kehidupan
8.

Selalu membaca dan mendengar ayat-ayat

suci Al

Quran dan

mentadabburinya setiap hari.


9. Melatih hati dengan sifat-sifat mahmudah untuk menjadi insan bertaqwa
seperti tawakkal, sabar, ikhlas, jujur, amanah, redha, kasih sayang, menahan
amarah, dan menahan nafsu.

30
10. Bersihkan hati dari sifat-sifat mazmumah seperti sombong, takabbur, riya,
dengki, dendam, khianat, kikir, tamak haloba, dan memperturutkan hawa nafsu.
Dalam konteks kajian ini, hati adalah punca segala perbuatan dan sifat-sifat
manusia yang tercela. Pelajar yang berdampingan dengan perbuatan maksiat dan
zina adalah manusia yang memiliki hati yang kotor, rosak dan mati. Perintah Tuhan
diabaikan sebaliknya cenderung mengikut kata hati atas pujukan dan tipu daya
syaitan. Justeru itu, dengan menularnya isu dan permasalahan pergaulan bebas di
kalangan muda mudi masa kini, sudah tiba masanya suatu bentuk rawatan dikenali
Bimbingan Kelompok Pendekatan Al Ghazali diamalkan untuk merawat dan
memulih pelajar yang terlibat dalam perlakuan penyelewengan tingkah laku seksual.
Bimbingan Kelompok Pendekatan Al Ghazali ini menekankan untuk mengajak
manusia melakukan perkara-perkara kebaikan (amar makruf) dan mencegah
manusia melakukan perkara-perkara kebatilan (nahi mungkar) (Roslee dan rakanrakan, 2008b). Di harap menerusi pengisian berbentuk kerohanian Islam tersebut,
para pelajar yang mengikuti sesi latihan bimbingan kelompok mempunyai pengisian
kerohanian terhadap aspek pembangunan akhlak dan mempunyai kesedaran untuk
melakukan perubahan minda untuk berfikir melakukan perkara-perkara yang positif
dalam hidup. Langkah ini membantu membina pembentukan minda yang positif
sekaligus membentuk pembangunan akhlak yang mulia berlandaskan syariat Islam.
1.9

Kepentingan Kajian
Kajian ini bukan untuk mengenepikan rawatan dan Pendekatan Kaunseling

Barat tetapi bertujuan mengemukakan suatu pendekatan alternatif dalam bidang


terapi kaunseling berdasarkan konteks kerohanian Islam. Cadangan Bimbingan
Kelompok Pendekatan Al Ghazali merupakan alternatif terhadap pendekatan
kaunseling sedia ada untuk menangani permasalahan tingkah laku seksual yang
berlaku di kalangan pelajar sekolah masa kini. Cadangan Bimbingan Kelompok
Pendekatan Al Ghazali diperkenalkan kepada kaunselor sekolah secara profesional
dengan tujuan membantu menangani kes-kes tingkah laku seksual yang berlaku di
kalangan pelajar sekolah.

31
Bagi pihak Kementerian Pelajaran pula, kajian ini dapat dijadikan panduan
yang lebih berfokus memandangkan permasalahan yang dihadapi pihak sekolah
seperti pengetua, guru disiplin, kaunselor dan guru adalah mencari suatu formula
untuk menangani permasalahan disiplin yang berkaitan dengan isu-isu pergaulan
bebas, tingkah laku seks dan hamil tanpa nikah di kalangan pelajar.
Dapatan kajian dapat memberi kesedaran khususnya kepada kaunselor
bahawa Pendekatan Kaunseling Islam perlu dilaksanakan secara terancang,
sistematik dan profesional bagi menangani permasalahan pelajar yang berkaitan
dengan tingkah laku seksual. Mereka perlu sedar bahawa Pendekatan Kaunseling
Islam yang diamalkan oleh sesetengah kaunselor tanpa sebarang suatu garis panduan
yang khusus adalah sukar untuk dijadikan panduan kepada mana-mana kaunselor
yang mahu meneroka sesuatu pendekatan yang baru kelak. Dengan adanya, analisis
secara khusus dan mendalam ini, Bimbingan Kelompok Pendekatan Al Ghazali
dapat dibentuk dan distandardkan bagi memudahkan para kaunselor menangani keskes tingkah laku seksual di kalangan para pelajar sekolah secara lebih profesional
dan berkesan. Langkah ini, bukan sahaja dapat membantu para kaunselor untuk
meningkatkan peranan, profesionalisme dan keilmuan dalam bidang kaunseling,
bahkan dapat membantu mereka meningkatkan pencapaian akademik para pelajar
apabila fokus pembelajaran dapat ditingkatkan ke tahap yang maksima.
Bimbingan Kelompok Pendekatan Al Ghazali juga juga dapat membantu
kaunselor yang masih tercari-cari bentuk pendekatan kaunseling kerohanian
mengikut Al Quran dan Al Sunah. Usaha ini bukan sahaja meningkatkan
pengetahuan, kefahaman dan kemahiran kaunselor dalam menangani kes-kes
tingkah laku seksual di kalangan pelajar, bahkan meningkatkan keyakinan dalam
amalan Pendekatan Kaunseling Islam.
Penyelidikan ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada kaunselor
di institusi-institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang memberikan rawatan untuk
menangani kes-kes pergaulan bebas, persetubuhan haram, hamil tanpa nikah,
sumbang mahram dan seks luar tabii. Maklumat dan dapatan kajian ini diharap dapat
memberi pengetahuan dan panduan yang bermanfaat kepada para kaunselor yang
bakal menghadapi dunia pekerjaan khususnya bagi mereka yang akan bertugas di

32
sekolah, agensi atau organisasi samada kerajaan mahupun swasta yang memerlukan
pengetahuan berkaitan kemahiran menolong pelajar-pelajar di institusi awam dan
swasta.
1.10

Skop kajian
Kajian ini memberi fokus kepada tingkah laku seksual yang dialami pelajar

sekolah tingkatan 4 di dua buah sekolah menengah di negeri Johor. Mereka akan
dipilih berdasarkan latarbelakang pendidikan, sosioekonomi keluarga, latar belakang
sekolah, dan bersifat homogenius. Dengan memiliki sifat-sifat tersebut, diharap
persampelan tidak mengalami biasdan memudahkan urusan tadbiran penyelidikan.
Oleh

kerana,

masalah

yang

dihadapi

berkait

perlakuan

dan

kesedaran

penyelewengan tingkah laku seksual di kalangan pelajar sekolah, maka fokus


penyelidik adalah mengaplikasikan langkah intervensi dalam bentuk Bimbingan
Kelompok Pendekatan Al Ghazali terhadap kelompok pelajar sekolah. Para pelajar
menjalani intervensi secara berkelompok selama 8 minggu berturut-turut menerusi
bimbingan fasilitator terlatih untuk merawat tingkah laku seksual yang bermasalah
dalam konteks kerohanian Islam.
1.11

Batasan Kajian
Kajian ini adalah berbentuk mixed method (kaedah gabungan) iaitu gabungan

kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif. Kajian ini melibatkan tempoh masa yang
terhad iaitu selama tiga tahun. Maka untuk melihat kesan intervensi Bimbingan
Kelompok Pendekatan Al Ghazali terhadap perubahan pelajar daripada aspek
perlakuan dan kesedaran penyelewengan tingkah laku seksual dalam tempoh yang
panjang tidak dapat dilaksanakan.
Di samping itu, proses intervensi berbentuk pencegahan yang sepatutnya
melibatkan ibu bapa dan komuniti setempat seperti jiran tetangga turut tidak dapat
dilaksanakan. Ini kerana keterbatasan masa dan interaksi dengan ibu bapa yang
sibuk bekerja. Namun begitu, penyelidik hanya melibatkan komuniti sekolah iaitu
kaunselor

sekolah

yang

mempunyai

pengetahuan

dan

kemahiran

dalam

mengendalikan kes-kes pelajar di sekolah. Di sebabkan fenomena permasalahan

33
yang dikaji melibatkan penyelewengan tingkah laku seksual dikalangan pelajar
mengikut perspektif Islam, maka hanya pelajar yang berumur 16 tahun yang terlibat
dalam gejala penyelewengan tingkah laku seksual dipilih dalam kajian ini. Ini
kerana penyelidik menggunakan Kaunseling Pendekatan Islam untuk merawat
permasalahan penyelewengan tingkah laku seksual yang berlaku di kalangan remaja
muslim. Walaupun pendekatan Barat mempunyai kaedah tertentu untuk merawat
permasalahan ini tetapi pendekatan Islam dilihat lebih sesuai untuk merawat klien
yang beragama Islam.
Terdapat dua pembolehubah yang digunakan untuk melihat kesan
Bimbingan Kelompok Pendekatan Al Ghazali terhadap pelajar yang mempunyai
permasalahan penyelewengan tingkah laku seksual. Dua pembolehubah tersebut
iaitu yang pertama ialah pembolehubah perlakuan dan yang kedua ialah pemboleh
ubah kesedaran. Pembolehubah perlakuan penyelewengan tingkah laku seksual
melibatkan beberapa aspek iaitu memegang, menonton, komunikasi lucah, batasan
aurat dan temu janji. Manakala pembolehubah kesedaran penyelewengan tingkah
laku seksual pula melibatkan aspek kebesaran Allah, balasan azab neraka,
muhasabah diri, batasan pergaulan, batasan pancaindera, memilih rakan dan
tanggung jawab diri.
1.11.1 Sampel Kajian
Sampel kajian melibatkan pelajar yang beragama Islam sahaja. Sampel yang
terlibat adalah di kalangan pelajar yang terlibat dalam tingkah laku seksual. Mereka
dipilih berdasarkan rujukan kaunselor, guru disiplin, pihak pentadbir sekolah dan
pengakuan pelajar mengikut Soal Selidik Perlakuan Penyelewengan Tingkah laku
Seksual Mengikut Islam. Pelajar berada di tingkatan 4 di dua buah sekolah
menengah di negeri Johor. Pemilihan pelajar tingkatan 4 kerana mereka tidak
menduduki sebarang peperiksaan penting dan mudah memberikan kerjasama
sepanjang pengendalian latihan dalam kelompok yang diberikan kepada mereka. Ini
memberi kelebihan kepada pelajar untuk memberi komitmen dan kosentrasi
terhadap bimbingan fasilitator dan pengendalian latihan intervensi Bimbingan
Kelompok Pendekatan Al Ghazali. Oleh kerana reka bentuk kajian adalah (mixed
method) kaedah gabungan iaitu kaedah kuantitatif dan kualitatif yang melibatkan

34
kajian eksperimen, temubual dan laporan dokumen. Dalam kajian eksperimen,
sampel yang terlibat adalah seramai 80 orang pelajar. Berdasarkan jumlah itu, 40
orang pelajar terdiri daripada kumpulan kelompok rawatan dan 40 orang pelajar
daripada kumpulan kelompok kawalan. Kemudian, 8 orang subjek yang mengalami
perubahan dalam aspek perlakuan dan kesedaran penyelewengan tingah laku seksual
akan menjalani sesi temubual dan membuat laporan dokumen untuk diri masingmasing.
1.11.2 Lokasi
Sampel kajian adalah di kalangan pelajar sekolah menengah di negeri Johor.
Dua buah sekolah telah dipilih sebagai lokasi kajian iaitu Sekolah Menengah Sri
Rahmat, Johor sebagai sekolah rawatan dan Sekolah Menengah Bandar Kota Tinggi,
Johor sebagai sekolah kawalan. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah Bandar.
Sekolah ini mempunyai komposisi kaum kebangsaan (90 peratus Melayu, 5 peratus
Cina dan 5 peratus India). Sewaktu memilih sekolah-sekolah berkenaan beberapa
faktor dikenalpasti melibatkan faktor latar belakang sekolah yang sama iaitu sekolah
gred A, dan mempunyai populasi pelajar berbangsa Melayu beragama Islam.
Pelajar-pelajar ini tinggal di kawasan taman perumahan kos sederhana dan
mempunyai latar belakang status sosioekonomi keluarga iaitu berpendapatan
sederhana. Sekolah-sekolah berkenaan mempunyai kelengkapan fizikal yang
mencukupi dan sesuai untuk penyelidik menjalankan tujuan kajian.
1.12

Pengertian Istilah Konsep dan Operasional Kajian

1.12.1 Kaunseling Pendekatan Islam


Menurut Hassan (1990) Pendekatan Kaunseling Islam adalah suatu proses
pengajaran dan pembelajaran psikososial yang berlaku dalam bentuk bersemuka
antara seorang pakar dalam psikologi kaunseling atau kaunselor dengan seorang lain
yang ditujukan kaunseling itu atau klien. Teknik dan kaedah teknikal secara
profesional digunakan bertujuan menolong klien untuk memahami diri, memahami
kebolehan dan mendorong menerima takdir berteraskan syariat Islam bagi mencapai
kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

35
Menurut Ali Yacob (1995) Pendekatan Kaunseling Islam merujuk kepada
suatu proses pertolongan yang diberi untuk meredakan sebarang permasalahan yang
berkaitan psikologi yang wujud oleh tekanan perasaan seperti takut, sedih, dan
marah disamping mengenalpasti dan memperkembangkan potensi diri ke arah
mengubah sikap dan tingkah laku yang lebih sesuai, dan mencapai kesejahteraan di
dunia dan akhirat dengan banyak bersyukur ketika senang dan bersabar ketika susah.
Ishammudin (2000) menyatakan Pendekatan Kaunseling Islam sebagai suatu
proses hubungan yang berlaku secara bersemuka antara seorang kaunselor yang
profesional dengan seorang yang memerlukan bantuan (klien) sehingga terjadi
hubungan keinsanan di mana berlaku penerokaan potensi diri klien bagi
memperkembangkan semula segala sumber dalaman insan untuk menerima
kebenaran (Al Haq) dan bertanggungjawab pada diri sendiri ke arah keredhaan
Allah s.w.t.
Mizan Adiliah dan rakan-rakan (2006) menjelaskan dalam kaunseling
mengandungi unsur tolong-menolong. Ini bermaksud individu yang menolong
mempunyai kelebihan dari segi ilmu, kemahiran, kekuatan emosi, kekuatan rohani
berbanding individu yang memerlukan pertolongan. Oleh itu, barulah proses
pertolongan dapat dilaksanakan dengan baik.
Konsep tolong menolong merupakan salah satu tuntutan Islam yang bersifat
universal. Dalam Islam, kaunseling boleh dikategorikan sebagai fardu kifayah.
Memberi pertolongan melalui kaunseling dianggap sebagai ibadat, selaras dengan
luasnya skop ibadat dalam Islam. Ini bermakna pertolongan kaunseling adalah
tertakluk pada hukum dan adab Islam. Menurut Mizan Adiliah dan rakan-rakan
(2006) konsep al amru bi al maruf wa an nahyu an al munkar menjadi teras utama
dalam tindakan seseorang menurut perspektif Islam. Jadi pertolongan kaunselor
mestilah terarah kepada perkara berbuat baik dan menjauhi keburukan.

36
Firman Allah s.w.t:
Dan hendaklah kamu tolong-menolong membuat kebajikan dan bertakwa, dan
jangan tolong-menolong pada melakukan dosa dan pencerobohan..
(Surah al-Maidah, 5:2)
Dalam konteks Islam, Allah s.w.t. memerintahkan setiap individu yang
menghadapi masalah yang tidak diketahuinya secara pasti perlu merujuk kepada
orang yang pakar. Firman Allah s.w.t. bermaksud:
Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang lelaki yang Kami beri
wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai
pengetahuan jika kamu tidak mengetahui, dengan membawa keterangan-keterangan
(mukjizat) dan kitab-kitab. Dan Kami turunkan kapadamu Al-Quran, agar kamu
menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan
supaya mereka memikirkan.
(Surah al-Nahl, 16: 43-44)
Tolong-menolonglah kamu dalam berbuat kebajikan dan takwa dan janganlah
kamu tolong-menolong dalam melakukan perbuatan dosa dan permusuhan
(Surah al-Maidah, : 2)
Model penerapan nilai dakwah boleh dilihat dalam konteks hisbah yang
diperkenalkan oleh Saidina Umar Al Khattab. Dari segi syarak hisbah bermaksud
perintah mengamalkan kebaikan (makruf) dan meninggalkan segala perkara yang
mendorong kejahatan (kemungkaran). (Fariza dan rakan-rakan, 2006)
Dalam konteks kajian ini, Pendekatan Kaunseling Islam merujuk kepada
proses pertolongan antara kaunselor yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran
dalam memberi rawatan psikologi mengikut konteks Islam kepada klien yang
menghadapi masalah disiplin yang berkait dengan kerohanian. Pertolongan ini
adalah atas syariat Islam untuk mencapai kesejahteraan psikologi, jasmani, emosi,
rohani dan intelektual ke arah kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

37
1.12.2

Penyelewengan Tingkah laku Seksual


Penyelewengan ditakrifkan deviant atau tingkah laku manusia yang

menyimpang (abnormal) daripada sesuatu norma tingkah laku manusia secara


kebiasaannya (Dictionary of Psychology, 2009). Arbak (2005) mendefinisikan
penyelewengan sebagai perihal menyimpang dari arah yang sebenarnya atau tidak
menurut syarat-syarat yang telah ditentukan. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
(2005) menakrifkan tingkah laku sebagai gerak-geri, kelakuan dan perbuatan.
Manakala Kamus Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (2005) merujuk tingkah laku
sebagai perangai, kelakuan, telatah, gelagat, gerak geri, tindak tanduk, watak, lagak,
sifat, gaya, cara atau tabiat. Seksual pula ditakrifkan sebagai peranan seks atau
dorongan seks. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2005) pula menakrifkan seksual
sebagai sifat, tabii atau dorongan seks. Kamus Psikologi (1982) mendefinisikan
penyelewengan tingkah laku seksual sebagai sexual deviation yang bermaksud
setiap perlaku seksual manusia yang menyimpang daripada perilaku seksual normal
dimana terdapat perilaku ganjil, ekslusif dan disertai perasaan bersalah dan emosi
yang cemas. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2009) menakrifkan istilah tingkah
laku remaja yang terlibat dalam perbuatan memegang, meraba, melancap, menonton
video lucah, bertemu janji dan bergaul bebas ialah merujuk pada penyelewengan
tingkah laku seksual.
Muzakarah Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Bahagian Hal Ehwal Islam ke
39 tahun 1995 (JAKIM) menggariskan tingkah laku atau perbuatan yang berdosa
adalah memberi kesan pada akidah, syariat dan akhlak. Jabatan Agama Johor (JAJ)
mentakrifkan maksud penyelewengan tingkah laku seksual sebagai segala perbuatan
yang mendorong nafsu seks sehinggalah berlakunya persetubuhan haram. Kesan
persetubuhan haram itu, maka berlakulah kejadian hamil anak luar nikah. Amir
Hassan (2007) pula mendefinisikan penyelewengan tingkah laku seksual adalah
perbuatan menghampiri zina. Perbuatan menghampiri zina bermaksud segala
perbuatan yang boleh mendorong nafsu seks terhadap persetubuhan haram.
Contohnya seperti memakai pakaian menjolok mata, melihat gambar bogel,
menonton video lucah, menonton siaran televisyen berunsur seksual, membaca
bahan-bahan porno, temu janji (dating), bersentuhan, berdua-duaan di tempat sunyi
atau tersembunyi, dan bercium.

38
Ajaran Islam mempunyai alasan tersendiri menegah perbuatan menghampiri
zina. Menurut Islam perbuatan menghampiri zina adalah hasutan syaitan untuk
mendorong seseorang pelaku melakukan maksiat yakni daripada maksiat kecil
hinggalah kepada melakukan zina, sama ada secara sukarela ataupun secara paksa
seperti rogol. Apabila manusia telah terlibat dengan zina, pelbagai permasalahan
lain boleh timbul seperti mangsa boleh menanggung perasaan malu, membunuh diri,
gangguan emosi, pergaduhan, pembunuhan, pelacuran dan hilang kepercayaan orang
ramai.
Amir Hassan (2007) menyatakan perlakuan penyelewengan tingkah laku
seksual merupakan perlakuan seseorang yang mendorong kepada tingkah laku zina
seperti berikut;
i.

Anggota badan Mendedahkan aurat, dan berdating untuk


melakukan perlakuan seks

ii.

Tangan Menyentuh, memegang dan meraba untuk melakukan


perlakuan seks

iii.

Mulut Bercakap, memujuk, menggoda dan mengucup untuk


melakukan perlakua seks

iv.

Telinga Mendengar perbualan seks

v.

Mata Melihat dan mengenyit untuk tujuan perlakuan seks

Dalam konteks kajian ini, penyelidik mengkaji perlakuan dan kesedaran


penyelewengan tingkah laku seksual yang digariskan ajaran Islam meliputi tingkah
laku memegang, berkomunikasi lucah, menonton bahan-bahan lucah, dan
mengadakan temu janji. Ini adalah kerana sejak akhir-akhir ini, isu tentang
perlakuan penyelewengan tingkah laku seksual paling ramai berlaku di kalangan
bangsa Melayu beragama Islam berbanding bangsa lain yang kurang terlibat dalam
masalah penyelewengan tingkah laku seksual. Kes-kes remaja yang melibatkan
kerohanian ini perlu ditangani dengan Kaunseling Pendekatan Islam yang dilihat
lebih sesuai untuk menangani permasalahan yang melibatkan kerohanian remaja
Islam masa kini.

39
1.12.3

Perlakuan Penyelewengan Tingkah laku Seksual Mengikut Islam


Dictionary of Psychology (2009) menakrifkan perlakuan sebagai to do

something habitually or frequently. Kamus Lengkap Psikologi Chaplin (2000)


mendefinisikan perlakuan sebagai practice yang bermaksud pengulangan sesuatu
perbuatan, sesuatu yang menjadi kebiasaan, atau sesuatu hal yang khas. Kamus
Istilah Agama Islam (1995) menakrikan perlakuan sebagai amal iaitu segala macam
perbuatan yang dilakukan manusia. Manakala Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
(2005) menakrifkan perlakuan sebagai tabiat yang biasa dilakukan, perangai,
perbuatan atau apa yang dilakukan. Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
(2005) dalam konteks kajian ini, perlakuan merupakan amalan yang merupakan
penyakit sosial berlaku dalam masyarakat, tidak bermoral, tidak beretika dan
tingkah lakunya dilakukan berulang-ulang.
Muzakarah Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Bahagian Hal Ehwal Islam ke
39 tahun 1995 (JAKIM) menggariskan tingkah laku atau perbuatan yang berdosa
adalah memberi kesan pada akidah, syariat dan akhlak. Ini bermaksud seluruh
anggota tubuh, mata, telinga, mulut, dan hati yang mendorong tingkah laku seksual
atau maksiat adalah perbuatan berdosa kerana memberi kesan kepada keruntuhan
akhlak dan bertentangan dengan syariat Islam. Ajaran Islam turut menjelaskan
amalan penyelewengan tingkah laku seksual merupakan perlakuan yang boleh
mendorong seseorang untuk melakukan tingkah laku zina. Dalam konteks kajian ini,
perlakuan penyelewengan tingkah laku seksual merujuk Amir Hassan (2007) adalah
seperti berikut;
i.

Anggota Tingkah laku menyentuh dan memegang

ii.

Mulut Komunikasi lucah

iii.

Telinga Mendengar perbualan lucah

iv.

Mata Melihat bahan-bahan lucah

v.

Perlakuan Temu janji dan bersekedudukan

40
i. Tingkah laku Memegang
Dewan Bahasa dan Pustaka (2005) mendefinisikan tingkah laku memegang
sebagai memaut, mengenggam atau mencapai dengan tangan. Mengikut Kamus
Kamus Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (2005) menakrifkan tingkah laku
memegang sebagai menyentuh, menjamah, mencekuh, meraba, memaut dan
mengenggam.
Dalam konteks kajian ini, tingkah laku memegang merujuk kepada
perbuatan menyentuh, memegang, dan meraba yang dilakukan seseorang remaja
dengan individu lain dalam konteks pergaulan harian. Mengikut ajaran Islam, lelaki
dan perempuan yang bukan mahram dilarang bersentuhan, berpegangan dan meraba
di antara satu sama lain. Mengikut aliran fahaman ahli sunnah wal jamaah, pasangan
yang bukan mahram ditegah bersentuhan, berpegangan dan meraba dibahagian
anggota tubuh seperti dahi, telinga, muka, kening, hidung, bibir, mulut, leher, dada,
payu dara, tangan dan punggung. Ajaran Islam menitikberatkan tingkah laku
hubungan yang ditegah ini kerana akan mendorong seseorang individu untuk
melakukan perbuatan zina.
ii. Tingkah laku Menonton
Dewan Bahasa dan Pustaka (2005) mendefinisikan tingkah laku menonton
sebagai melihat atau menengok. Mengikut Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (2005)
tingkah laku menonton ditakrifkan sebagai menengok, melihat, memandang,
menyaksikan, memerhati dan menatapi.
Dalam konteks kajian ini, tingkah laku menonton merujuk individu yang
melihat segala jenis bahan, rancangan dan tingkah laku lucah yang ditunjuk atau
diaksikan oleh seseorang individu lain. Tingkah laku menonton bahan-bahan yang
lucah termasuklah kalendar lucah, majalah lucah, rancangan atau program yang
berunsur lucah, VCD/DVD lucah dan wayang gambar lucah. Kepesatan teknologi
masa kini turut menyumbang kepada penyebaran bahan dan kemudahcapaian akses
muat turun bahan-bahan lucah dari telefon bimbit dan internet turut diambilkira
dalam kajian ini. Misalnya, telefon bimbit pada zaman ini mudah memuat turun

41
gambar lucah dan mms lucah, manakala menerusi internet pula lebih banyak akses
lucah boleh dicapai menerusi Youtube, video ringkas dan paparan online akses.
iii. Tingkah laku Komunikasi Lucah
Komunikasi bermaksud berhubung, berurusan, bercakap, berbincang,
bertukar-tukar pendapat dan berinteraksi. (Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, 2005).
Kamus Zaba (2001) menakrifkan komunikasi sebagai perhubungan antara makhluk
dengan makhluk (manusia dengan manusia) secara langsung atau menggunakan
perantaraan media massa. Arbak (2005) mendefinisikan komunikasi merujuk kepada
perhubungan secara langsung atau dengan kiriman surat, pos, dan telegram.
Dictionary of Psychology (2009) menakrifkan lucah sebagai obscene,
indecent, offensive atau immoral. Perkataan lucah merujuk Kamus Tesaurus Bahasa
Melayu Dewan (2005) sebagai cabul, tidak senonoh, tidak sopan, keji, jijik, hina,
rosak akhlak dan rosak moral. Arbak (2001) menakrifkan lucah sebagai sangat
rendah, hina, keji dan tidak bermoral. Manakala Kamus Bahasa Melayu Nusantara
(2003) menakrifkan lucah sebagai tidak senonoh, tidak sopan, hina, keji, dan cabul
tentang perangai, percakapan, dan gambar. Lucah merujuk Kamus Zaba (2001) ialah
tidak sopan dan tidak senonoh.
Dalam konteks kajian ini, komunikasi lucah bermaksud perhubungan antara
seorang remaja dengan remaja yang lain sama ada dalam bentuk lisan atau bukan
lisan. Ini termasuklah gerak badan (body gesture), surat yang dihantar dalam bentuk
tulisan tangan atau dicetak, sms dan mms menerusi telefon bimbit, perbualan
menerusi telefon dan berchating menerusi internet. Segala bentuk komunikasi ini
berbentuk godaan, kata-kata lucah dan perbuatan yang mendorong kepada
berlakunya penyelewengan tingkah laku seksual.
iv. Tingkah laku Membuka Aurat
Membuka menurut Kamus Tesaurus Bahasa Melayu Times (1992) merujuk
kepada

membentangkan,

memperlihatkan,

mendedahkan,

melucuti,

dan

menanggalkan. Mengikut Kamus Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (2005) membuka

42
bermaksud menyelak, menanggalkan, melucutkan, melepaskan dan melondehkan
yang dikenakan pada pakaian. Arbak (2005) pula mendefinisikan membuka sebagai
mendedahkan atau menjadikan pakaian tidak tertutup.
Mengikut Shofian dan Lotfiah (2004) perkataan aurat berasal daripada
bahasa Arab iaitu menerusi kata dasar aar bermaksud sesuatu yang aib, cela dan keji
yang patut disembunyikan sama ada ia berbentuk perbuatan, sifat atau perkataan.
Menurut Kamus Zaba (2001) aurat ialah bahagian badan yang tidak boleh
ditunjukkan kepada orang yang bukan mahram (aurat perempuan Islam kecuali
tapak tangan dan muka, manakala lelaki ialah dari bahagian pusat hingga bawah
lutut). Aurat turut didefinisikan sebagai bahagian anggota manusia yang wajib
ditutup ketika sembahyang. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2005) merujuk
aurat sebagai bahagian tubuh yang tidak boleh kelihatan atau wajib ditutup menurut
hukum Islam.
Mengikut Shofian dan Lotfiah (2004) rumusannya aurat ialah sesuatu yang
memalukan, perlu dijaga, dikawal atau disembunyikan supaya tidak terbuka
sehingga boleh menyebabkan seseorang berasa malu atau dimalukan apabila
terbuka. Pengertian bahasa ini jelas menggambarkan betapa tepatnya hukum syarak
dalam Islam yang mewajibkan manusia supaya menutup aurat mereka.
Dalam konteks kajian ini, tingkah laku membuka aurat bermaksud individu
yang membuka dan mendedahkan aurat dengan cara berpakaian yang ditegah ajaran
Islam. Mengikut aliran fahaman ahli sunnah wal jamaah, aurat seorang perempuan
muslimah ialah seluruh anggota tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan.
Manakala aurat seorang lelaki muslim ialah dari bahagian pusat hingga ke bahagian
lutut. Ajaran Islam menitikberatkan urusan menjaga dan memelihara aurat melalui
cara berpakaian kerana perbuatan ini boleh mendorong, membuka ruang dan
membangkitkan nafsu ghairah seseorang individu untuk berkeinginan melakukan
penyelewengan tingkah laku seksual.

43
v. Tingkah laku Temu janji
Kamus Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (2005) mendefinisikan temu
sebagai berjumpa, bersua, bersemuka, dan bertentang mata. Kamus Zaba (2001)
mentakrifkan temu merujuk pada berjumpa, bersua, bertembung, bercantum,
tempuh, jumpa, mendekatkan, dan merapatkan. Arbak (2005) pula menakrifkan
temu sebagai bersua dan berjumpa. Manakala perkataan janji pula ialah persetujuan
untuk melaksanakan atau memberikan sesuatu. (Arbak, 2005). Kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka (2005) mendefinisikan janji sebagai pernyataan kesediaan untuk
berbuat atau memberi sesuatu. Kamus Pelajar Delta (1988) menakrifkan janji
sebagai persetujuan untuk melaksanakan sesuatu. Kamus Tesaurus Bahasa Melayu
Dewan (2005) merujuk janji pada waad, waadat, komitmen, iltizam, pengakuan, dan
jaminan.
Dalam sesetengah kamus didapati perkataan temu janji dikenali sebagai
dating. Merujuk Oxford Dictionary of English (2005) dating didefinisikan sebagai
see person socially, go out with, go together or keep company. Perkataan dating kini
telah diterima pakai sebagai satu perkataan dalam Bahasa Melayu. Mengikut Kamus
Dewan Bahasa dan Pustaka (2005) dating ialah temu janji dengan seseorang yang
berlainan jantina. Contohnya antara seorang pemuda dengan teman wanita untuk
keluar makan, dan menonton wayang gambar. Arbak (2005) turut menakrifkan temu
janji sebagai perjanjian sebelum bertemu seseorang pada masa dan tempat yang
telah ditetapkan dan dipersetujui bersama.
Dalam kajian ini, temu janji bermaksud individu yang mengadakan temu
janji dengan pasangan berlainan jantina dengan hasrat untuk melakukan perbuatan
maksiat. Ajaran Islam melarang seseorang individu mengadakan tingkah laku temu
janji khususnya melibatkan pasangan yang berlainan jantina. Islam melarang
tingkah laku temu janji kerana pertemuan diantara dua pasangan yang bukan
mahram terdapat orang ketiga iaitu syaitan. Natijahnya adalah syaitan akan cuba
menghasut dan mendorong nafsu manusia untuk mengerjakan perbuatan maksiat.
Nafsu yang tidak dikawal tadi boleh mengakibatkan berlakunya hubungan seks yang
hukumnya haram disisi Islam.

44
1.12.4

Kesedaran Penyelewengan Tingkah laku Seksual Mengikut


Islam
Kesedaran merujuk pada tahu, ingat, insaf dan mengerti (Kamus Dewan

Bahasa dan Pustaka, 2005). Kamus Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (2005)
mendefinisikan kesedaran sebagai mengetahui, menginsafi, mengerti, merasai,
memahami dan memaklumi. Kamus Zaba (2001) pula menakrifkan kesedaran ialah
ingat, tahu dan insaf. Perkataan kesedaran turut dikenali sebagai insaf, mengerti, dan
ingat (Kamus Tesaurus Bahasa Melayu Times, 1992).
Dalam konteks kajian ini kesedaran penyelewengan tingkah laku seksual
bermaksud individu yang melakukan penyelewengan tingkah laku seksual sedar
bahawa perlakuan penyelewengan tingkah laku seksual yang dilakukan adalah
menyalahi akidah, syariat dan akhlak. Ini selaras dengan ajaran Islam yang
menjelaskan perlakuan penyelewengan tingkah laku seksual merupakan perlakuan
seseorang yang mendorong kepada tingkah laku zina adalah memberi kesan pada
keruntuhan akhlak dan bertentangan dengan syariat Islam. Justeru itu, berdasarkan
Model Kaunseling Berdasarkan Sifat-Sifat Manusia Al Ghazali (Yatimah dan Mohd
Tajudin, 2008) dan strategi intervensi untuk menangani penyelewengan tingkah laku
seksual penyelidik membina lapan subkonstruk iaitu kebesaran Allah, balasan azab
neraka, muhasabah diri, batasan pergaulan, batasan pancaindera, batasan aurat,
memilih rakan dan tanggungjawab diri.
i. Kebesaran Allah
Kebesaran bermaksud sifat, keadaan besar atau keagungan. (Kamus Bahasa
Melayu Nusantara, 2003). Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2005) menakrifkan
kebesaran sebagai perihal sifat besar, kemuliaan, dan kehormatan. Manakala Kamus
Dewan Bahasa dan Pustaka (2005) merujuk Allah ialah Tuhan Yang Esa. Kamus
Bahasa Melayu Nusantara (2003) pula menakrifkan Allah ialah nama Tuhan dalam
bahasa Arab, pencipta alam semesta Yang Maha Sempurna, Tuhan Yang Maha Esa
yang disembah oleh orang yang beriman. Arbak (2005) turut menakrifkan Allah
ialah nama Tuhan dalam Islam, Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan yang termulia
dengan segala kepujian dan pencipta sekalian alam.

45
Dalam konteks kajian ini, Kebesaran Allah bermaksud sifat-sifat Kebesaran
yang dimiliki Allah s.w.t. sehingga membawa kesedaran kepada pelajar untuk
mengingati dan menginsafi terhadap penyelewengan tingkah laku seksual yang
pernah dilakukan oleh mereka. Subkonstruk Kebesaran Allah ini mengukur
kesedaran pelajar tentang kebesaran Allah seperti Allah s.w.t. maha melihat,
mendengar, mengetahui, dan mengadili setiap tingkah laku manusia. Ia turut
memberi kesedaran kepada pelajar tentang penyelewengan tingkah laku seksual
amat dimurkai Allah s.w.t. dan merupakan suatu dosa besar.
ii. Balasan Azab Neraka
Perkataan balasan merujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2005) ialah
ganjaran atau hukuman. Kamus Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (2005)
mendefinisikan balasan sebagai hukuman, ganjaran, dan habuan. Perkataan azab
pula bermaksud hukuman dan seksaan (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005).
Arbak (2001) menakrifkan azab sebagai hukuman, seksaan yang dideritai atau
kesusahan yang amat sangat. Manakala Kamus Tesaurus Bahasa Melayu Times
(1992) mendefinisikan azab merujuk pada hukuman, kesengsaraan, kesusahan, dan
seksaan. Perkataan neraka mengikut Kamus Istilah Agama Islam (1995) merujuk
kepada api iaitu tempat bagi orang yang mengingkari perintah Allah s.w.t. dan
RasulNya yang diazab selama-lamanya manakala bagi orang mukmin merupakan
tempat penebusan dosa sebanyak dosa yang dilakukan di dunia kecuali jika
mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w. atau rahmat Allah s.w.t. Manakala
perkataan neraka merujuk Kamus Zaba (2005) ialah tempat pembalasan di akhirat
bagi orang yang mengingkari perintah Allah semasa hidup di dunia. Neraka
mengikut Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2003) ialah alam akhirat tempat
berbagai-bagai penyeksaan yang semuanya dijadikan oleh Allah s.w.t untuk orang
yang berdosa kerana melanggar perintahNya dan menderhaka kepadaNya (untuk
selama-lamanya bagi orang kafir dan sementara bagi orang Islam yang banyak
dosanya).
Dalam konteks kajian ini, balasan azab neraka bermaksud gambaran tentang
azab neraka yang dialami penghuni-penghuni neraka digambarkan kepada pelajar. Ia
mengukur kesedaran pelajar tentang penyelewengan tingkah laku seksual (perbuatan

46
maksiat) adalah suatu dosa kecil. Ini termasuklah memberi kesedaran kepada pelajar
bahawa setiap anggota tubuh akan menjadi saksi terhadap tingkah laku manusia di
dunia, dan mereka yang melakukan tingkah laku maksiat akan dibalas dengan azab
seksaan yang pedih. Subkonstruk ini mengukur kesedaran pelajar melalui gambaran
azab neraka setiap kali pelajar ingin melakukan penyelewengan tingkah laku
seksual.
iii. Muhasabah Diri
Mengikut Kamus Besar Arab Melayu Dewan (2006) mendefinisikan
muhasabah sebagai menghitung, memeriksa dan memperbetulkan diri. Manakala
Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2003) muhasabah ialah membuat penilaian atau
meninjau perasaan, fikiran dan pendirian diri sendiri atau introspeksi. Kamus Zaba
(2005) mendefinisikan muhasabah sebagai perhitungan yang dilakukan terhadap diri
sendiri sewaktu di dunia sebelum tiba hari perhitungan di akhirat. Manakala Kamus
Dewan Bahasa dan Pustaka (2005) merujuk muhasabah sebagai perbuatan menilai
diri, fikiran dan pendirian untuk pembaikan diri sendiri.
Dalam konteks kajian ini, muhasabah diri bermaksud menghitung dan
menilai amalan baik dan amalan buruk yang pernah dilakukan ketika hidup.
Subkonstruk ini mengukur kesedaran pelajar tentang perlakuan penyelewenganpenyelewengan tingkah laku seksual yang pernah dilakukan dan perbuatanperbuatan baik yang pernah dilakukan. Matlamat subkonstruk ini meminta pelajar
untuk berfikir sejenak, merenung dan membuat pertimbangan tentang perbuatan
baik dan perbuatan buruk yang pernah dikerjakan di dunia dan konsep pembalasan
syurga dan neraka yang akan diperolehi selepas selesai menghitung dan menilai
amalan masing-masing.
iv. Batasan Pergaulan
Batasan bermaksud batas, sempadan atau sesuatu keadaan yang menyekat
(Kamus

Zaba,

2005).

Kamus

Tesaurus

Bahasa

Melayu Dewan

(2005)

mendefinisikan batasan sebagai had, takat, dan sempadan. Manakala Kamus

47
Tesaurus Bahasa Melayu Times (1992) merujuk batasan ialah had, sempadan,
pemisah, menyekat, dan menghadkan.
Perkataan pergaulan didefinisikan mengikut Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka (2005) ialah perihal bergaul, percampuran dan berkawan secara mesra.
Kamus Zaba (2005) menakrifkan pergaulan sebagai percampuran persahabatan.
Manakala Kamus Tesaurus Bahasa Melayu Times (1992) merujuk pergaulan
sebagai berkawan, bersahabat, beraduk dan bercampur.
Dalam konteks kajian ini, batasan pergaulan bermaksud kesedaran pelajar
untuk menjaga batas-batas pergaulan dalam kehidupan seharian. Mengikut aliran
fahaman ahli sunnah wal jamaah, terdapat batas-batas pergaulan antara lelaki dan
perempuan. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan adalah faktor yang
dikenalpasti menyumbang kepada penyelewengan tingkah laku seksual. Justeru itu,
subkonstruk ini mengukur kesedaran pelajar tentang batas-batas pergaulan antara
lelaki dan perempuan. Di samping itu, pelajar perlu mempunyai kesedaran untuk
membezakan antara individu yang mahram dan bukan mahram serta mengetahui
perkara-perkara asas yang perlu dipelihara apabila berhadapan dengan seseorang
yang bukan mahram.
v. Batasan Pancaindera
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2005) mendefinisikan pancaindera
sebagai deria rasa, deria bau, deria dengar, deria lihat dan deria sentuh. Kamus
Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (2005) menakrifkan pancaindera sebagai kelimalima deria yang terdapat pada anggota badan iaitu deria lihat, rasa, bau, dengar, dan
sentuh.
Dalam konteks kajian ini, batasan pancaindera merujuk lima pancaindera
yang dikurniakan Allah s.w.t. kepada setiap manusia yang sempurna. Lima
pancaindera dikurniakan kepada manusia digunakan untuk melihat, mendengar,
menyentuh, merasa dan bau. Ajaran Islam memesan umatnya supaya menjaga dan
memelihara batas-batas pancaindera dalam kehidupan seharian. Ajaran Islam
memberi contoh berlakunya kejadian maksiat, sumbang mahram dan rogol adalah

48
kerana umatnya yang tidak menjaga dan memelihara batasan pancaindera. Justeru
itu, subkonstruk ini mengukur kesedaran pelajar tentang batasan pancaindera yang
sering disalahgunakan untuk melakukan penyelewengan tingkah laku seksual. Hal
ini bertentangan dengan Islam yang menyuruh manusia menggunakan fungsi
pancaindera untuk kesejahteraan diri, perkara-perkara yang bermanfaat dan diredhai
Allah s.w.t.
vi. Batasan Aurat
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2005) mendefinisikan aurat sebagai
bahagian tubuh yang tidak boleh kelihatan atau wajib ditutup menurut hukum Islam.
Menurut Kamus Zaba (2001) aurat ialah bahagian badan yang tidak boleh
ditunjukkan kepada orang yang bukan mahram (aurat perempuan Islam seluruh
anggota kecuali tapak tangan dan muka, manakala lelaki ialah dari bahagian pusat
hingga bawah lutut). Aurat turut didefinisikan sebagai bahagian anggota manusia
yang wajib ditutup ketika sembahyang. Mengikut mazhab Imam Syafie berpendapat
lelaki wajib menutup aurat di antara pusat dengan lutut daripada dilihat oleh lelaki
dan perempuan bukan mahramnya. Manakala para ulama fuqaha bersepakat bahawa
aurat perempuan kepada lelaki bukan mahram ialah seluruh tubuh kecuali muka dan
tapak tangan.
Dalam konteks kajian ini, batasan aurat mengikut mazhab Imam Syafie yang
menekankan kesedaran pelajar untuk menjaga batas-batas aurat dalam pergaulan
seharian seperti bagi pelajar perempuan keperluan untuk memakai tudung, memakai
pakaian yang tidak terlalu ketat sehingga boleh menampakkan susuk badan, dan
memakai pakaian yang labuh sebagaimana yang ditetapkan syariat Islam. Fenomena
masa kini banyak memperlihatkan remaja tidak menghiraukan tentang batas-batas
aurat dalam pergaulan sosial. Mereka bersikap sambil lewa dalam soal menutup
aurat atau dipengaruhi oleh fesyen Barat sedangkan ajaran Islam amat
mementingkan umatnya supaya menjaga dan memelihara batas aurat dalam
pergaulan seharian. Natijahnya perbuatan ini boleh mengundang berlakunya
penyelewengan tingkah laku seksual. Justeru itu, subkonstruk ini mengukur
kesedaran pelajar tentang pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang tidak
menutup aurat. Di samping itu, subkonstruk ini turut mengukur kesedaran pelajar

49
terhadap perbezaan antara pakaian orang lelaki dan pakaian orang perempuan. Ia
turut mengukur kesedaran untuk menjaga dan memelihara batas aurat melalui cara
berpakaian yang dapat membangkitkan nafsu syahwat kepada orang lain.
vii. Memilih Rakan
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2005) menakrifkan memilih sebagai
mengasihi atau memihak kepada sesuatu pihak dalam membuat sesuatu keputusan.
Kamus Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (2005) pula mendefinisikan memilih
sebagai menentukan, menetapkan, menyisih, menyaring, melantik dan menamakan.
Manakala Arbak (2001) memberi maksud memilih sebagai menentukan dan
menetapkan sesuatu. Perkataan rakan pula ditakrifkan sebagai sahabat, handai taulan
atau teman (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005). Kamus Zaba (2001)
menakrifkan rakan sebagai sahabat, kawan dan teman.
Secara umumnya, memilih rakan bermaksud menekankan pentingnya
memilih sahabat yang memiliki keperibadian dan akhlak yang soleh. Ajaran Islam
amat menekanan kepentingan memilih rakan sebagai suatu keutamaan kerana boleh
mempengaruhi seseorang melakukan perkara ke arah kebaikan dan keburukan.
Subkonstruk ini mengukur kesedaran pelajar tentang pemilihan rakan yang
berakhlak baik atau rakan berakhlak buruk. Memilih rakan yang baik merupakan
perkara yang disarankan Islam. Ia turut mengukur kesedaran pelajar untuk memilih
ciri-ciri rakan untuk mengelakkan diri daripada pergaulan bebas.
viii.

Tanggungjawab Diri

Tanggungjawab ditakrifkan sebagai kewajiban yang dipikul atau segala yang


wajib ditanggung oleh seseorang (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005). Arbak
(2005) memberi maksud tanggungjawab sebagai kewajipan yang mesti dilakukan.
Manakala Kamus Zaba (2005) mendefinisikan tanggungjawab ialah kewajipan
seseorang atau segala yang wajib ditanggungnya. Diri pula bermaksud orang
seorang atau empunya badan (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005).

50
Dalam konteks kajian ini, tanggungjawab diri merujuk kesedaran tentang
tanggungjawab diri sebagai seorang khalifah di dunia. Mengikut ajaran Islam, tujuan
kejadian manusia di muka bumi adalah berperanan sebagai khalifah di muka bumi.
Sebagai seorang khalifah, manusia perlu memikul tanggungjawab diri kepada Allah
s.w.t., ibu bapa, guru, diri sendiri dan masyarakat.
Subkonstruk ini mengukur kesedaran pelajar berazam untuk berubah
daripada melakukan penyelewengan tingkah laku seksual kepada perubahan untuk
melakukan tingkah laku positif. Kesedaran tanggungjawab diri ini diukur secara
objektif selaras dengan tanggungjawab manusia sebagai khalifah seperti ketaatan
perintah Allah s.w.t., patuh perintah ibu bapa dan guru, prihatin dengan nasib
masyarakat dan memiliki jati diri yang teguh.
1.12.5 Bimbingan Kelompok
Perkataan bimbingan mengikut Arbak (2005) ialah perbuatan memberi
tunjuk ajar, memberi petunjuk dan pimpinan. Mengikut Kamus Bahasa Melayu
Nusantara (2003) bimbingan merujuk petunjuk, penjelasan, cara mengerjakan,
pimpinan, dan asuhan. Kamus Zaba (2005) pula menakrifkan bimbingan sebagai
perbuatan membimbing, memberi petunjuk dan huraian. Perkataan kelompok
mengikut Kamus Zaba (2005) ialah kumpulan yang kecil bilangan dan jumlahnya.
Manakala Kamus Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (2005) memberi definisi
kelompok sebagai himpunan, gabungan dan kesatuan.
Trotzer (1999) mendefinisikan kelompok bimbingan sebagai kelompok yang
membekalkan maklumat dan kemahiran yang berguna secara peribadi dan
mengalakkan interaksi interpersonal, perbincangan dan perkongsian demi membantu
ahli kelompok memahami diri, perkembangan dan dunia mereka. Semua ini boleh
memudahkan proses membuat keputusan secara berkesan, penyesuaian diri dan
perkembangan peribadi yang memuaskan.
Shertzer dan Stone (1981) menegaskan bimbingan kelompok adalah suatu
proses yang membantu individu-individu memahami diri mereka dan dunia mereka.
Ini bermaksud individu-individu akan dibantu oleh pembimbing atau guru

51
bimbingan untuk menyedari kekuatan-kekuatan dan kelemahan-kelemahan diri
mereka. Dengan itu, mereka akan menentukan aras aspirasi yang lebih realistik
dengan kebolehan dan minat mereka. Melalui cara ini, individu akan dapat
mengembangkan kemampuan ke satu tahap yang maksimum serta mencapai
kesejahteraan dalam hidup.
Mengikut George Gadza (1984) bimbingan kelompok adalah suatu aktiviti
kelompok yang menekankan penyediaan maklumat dan pengalaman menerusi
aktiviti-aktiviti yang terancang dan tersusun rapi. Kelompok bimbingan menekankan
pencegahan terhadap permasalahan psikologi individu. Ini bermaksud bimbingan
kelompok merupakan langkah persediaan untuk mengelakkan permasalahan
diperingkat awal seperti tingkah laku seksual.
Amla dan rakan-rakan (2006) mentakrifkan bimbingan sebagai bantuan atau
nasihat yang diberikan kepada seseorang atau secara berkumpulan. Bimbingan yang
diberikan secara berkumpulan turut dikenali sebagai bimbingan kelompok. Tujuan
bimbingan ini dilakukan adalah untuk menyampaikan maklumat dan programprogram berbentuk pencegahan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Biasanya,
matlamat sesi bimbingan kelompok ditentukan oleh seorang ketua atau fasilitator.
Sesi pengendalian boleh dijalankan di dalam bilik darjah atau dewan yang mampu
menempatkan bilangan pelajar atau ahli-ahli kelompok yang ramai.
Dalam konteks kajian ini, bimbingan kelompok rawatan terdiri seramai 40
orang ahli kelompok yang mengandungi 20 orang pelajar lelaki dan 20 orang pelajar
perempuan. Pengasingan kelompok berdasarkan jantina lelaki dan perempuan
dilakukan bagi menyesuaikan dengan matlamat, peranan ahli dan aktiviti selaras
dengan syariat Islam. Dengan jumlah yang ramai itu, bimbingan kelompok ini
diklasifikasikan sebagai bimbingan kelompok besar. Myrick (1993) menakrifkan
bimbingan kelompok besar mengandungi ahli kelompok melebihi 15 orang dan
boleh mencapai sehingga 150 orang pelajar atau lebih. Semasa pengendalian
kelompok besar, fasilitator memastikan sesi kelompok dapat dijalankan dengan
lancar dan mencapai matlamat. Sesuai dengan ahli kelompok yang ramai iaitu 40
orang dalam sesuatu tempat, maka Zuraidah (2001) menyarankan pemilihan tempat
yang sesuai dan selesa seperti di dalam dewan, surau, kantin, atau di tempat yang

52
lapang seperti gelanggang atau padang. Mengikut Thompson dan Poppen (1979)
salah satu fokus bimbingan kelompok di sekolah adalah berperanan untuk
membantu ahli-ahli kelompok untuk menangani permasalahan tingkah laku disiplin.
Ini selaras dengan matlamat kajian ini melalui bimbingan kelompok iaitu melibatkan
pelajar yang terlibat dalam kes-kes penyelewengan tingkah laku seksual. Tiap-tiap
kelompok akan menjalani sesi bimbingan sebanyak lapan sesi bimbingan kelompok
di mana tiap-tiap sesi akan mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Semasa
sesi bimbingan kelompok dengan jumlah ahli yang ramai, fasilitator menggunakan
beberapa peralatan bagi membantu dan melancarkan aktiviti-aktiviti pelajar.
Beberapa alat bantuan bimbingan kelompok adalah seperti wisel, peralatan
komputer seperti projector LCD, papan layar putih dan penggunaan perisian yang
mengandungi power point untuk menarik minat dan perhatian ahli-ahli kelompok.
Manakala kelompok kawalan merupakan kelompok yang tidak mengikuti sebarang
rawatan. Mereka mengikuti sesi bimbingan individu, bimbingan kelompok atau sesi
kaunseling yang ditentukan oleh kaunselor atau pihak sekolah.
1.12.6 Pendekatan Pencegahan
Mengikut Dictionary of Psychology (2009) pencegahan bermaksud to keep
something from happening. Pencegahan yang dimaksudkan di sini ialah intervensi
atau usaha untuk mengubah atau mengganggu proses yang berlaku pada masa akan
datang. Justeru, tindakan intervensi merupakan tindakan diperingkat awal yang
bertujuan mencegah daripada terjadinya perlakuan diperingkat kedua. Mengikut
Burt, Resnick dan Novik (1998) intervensi peringkat awal berbentuk pencegahan
dan perkembangan boleh membantu untuk mengenalpasti ciri-ciri remaja berisiko
dan seterusnya menjalankan usaha-usaha pencegahan untuk membantu remaja
berkenaan untuk menghindari daripada terlibat dengan tingkah laku bermasalah
seperti terlibat dalam penyelewengan seksual, ponteng sekolah, penyalahgunaan
dadah, lari dari rumah dan terlibat dalam kelompok rakan sebaya delinkuen.
Jamaluddin (2007) turut menjelaskan bimbingan kelompok perkembangan adalah
membantu indvidu yang mempunyai masalah dari segi sifat, sikap, pegangan dan
pandangan.

53
Gadza (1984) menjelaskan bimbingan kelompok berbentuk pencegahan dan
perkembangan adalah terdiri daripada kumpulan yang kecil dan sihat yang
memerlukan pertemuan secara bersemuka oleh fasilitator terlatih. Ahli kumpulan
akan berinteraksi antara satu sama lain dengan fokus kepada topik permasalahan
yang diberi seperti perkembangan kemahiran sosial, dan penyalahgunaan dadah.
Tujuan utama kepada ahli-ahli kelompok adalah memperoleh dan mengumpul
seberapa banyak maklumat dan kemahiran supaya mereka dapat mencegah dan
mengelakkan diri terjebak ke dalam aktiviti yang merosakkan diri, memperbaiki dan
menjalani kehidupan yang lebih bermakna dan lebih produktif pada masa akan
datang.
Dalam konteks kajian ini, kajian berbentuk intervensi awal melibatkan
Bimbingan Kelompok Pendekatan Al Ghazali dengan memberi penekanan kepada
proses pencegahan dan perkembangan. Untuk mengelakkan penyelewengan tingkah
laku seksual, usaha pencegahan perlu dilakukan diperingkat awal melalui
penyediaan dan penyebaran maklumat serta pengalaman ahli-ahli kelompok melalui
aktiviti secara sistematik. Di samping itu, perkembangan remaja yang terlibat dalam
penyelewengan tingkah laku seksual boleh dibantu melalui usaha meningkatkan
kesedaran perlakuan penyelewengan tingkah laku seksual adalah suatu perlakuan
yang negatif yang perlu dibantu.
1.13

Rumusan
Kaunseling Pendekatan Islam merupakan suatu pendekatan alternatif untuk

menangani kes-kes kaunseling yang melibatkan soal kerohanian di kalangan pelajar


sekolah (Roslee dan rakan-rakan, 2008a). Kes-kes kaunseling melibatkan pelajar
sekolah yang melibatkan masalah disiplin seperti ponteng sekolah, vandalisme,
rokok, dan penyalahgunaan dadah boleh ditangani menerusi pendekatan kaunseling
bersifat tradisional. Namun begitu, apabila kes-kes pelajar yang melibatkan soal
kerohanian, permasalahan ini lebih sesuai ditangani menerusi pendekatan berbentuk
kerohanian atau intervensi khusus seperti Bimbingan Kelompok Pendekatan Al
Ghazali. Antara kes-kes yang melibatkan salah laku pelajar yang perlu ditangani
menerusi Kaunseling Pendekatan Islam ialah tingkah laku pergaulan bebas, seks
bebas, minum arak, biadap terhadap guru, sengaja meninggalkan solat dan amalan

54
tidak berpuasa di bulan Ramadan (Roslee dan rakan-rakan, 2009b). Ini kerana keskes permasalahan sosial berkenaan semakin membimbangkan berlaku di kalangan
remaja berbangsa Melayu dan beragama Islam yang melibatkan aspek akidah,
syariat dan akhlak. Oleh itu, Kaunseling Pendekatan Islam dilihat lebih sesuai
dengan konteks sosio budaya dan agama masyarakat Islam di Malaysia. Ini selaras
dengan pandangan Abdul Halim (2001), Mohd Tajudin (2006) dan Pedersen dan
rakan-rakan (1989) yang menegaskan keperluan ahli-ahli profesional dalam bidang
kaunseling untuk menilai, membentuk teori dan pendekatan yang menjurus dengan
nilai dan psikologi orang Malaysia. Justeru itu, usaha penyelidik untuk
mengaplikasikan Bimbingan Kelompok Pendekatan Al Ghazali untuk menangani
tingkah laku seksual di kalangan remaja beragama Islam adalah tepat pada masanya.
Adalah diharapkan sumbangan pendekatan berbentuk intervensi ini kelak akan dapat
membantu para kaunselor dan guru-guru yang berkhidmat di sekolah bagi
menangani kes-kes pelajar yang berkaitan dengan masalah tingkah laku seksual
yang semakin membimbangkan pada masa kini.

Anda mungkin juga menyukai