Anda di halaman 1dari 7

Pengenalan

Disiplin memainkan peranan yang penting ke arah pembentukan sahsiah para


pelajar. Ia adalah salah satu komponen penting dalam sistem persekolahan yang
berkait rapat berkenaan tatatertib, tatasusila, keadaan, akhlak dan kesopanan.
Perkataan disiplin merupakan satu perkara yang begitu sinonim dalam kehidupan
kita seharian. Perkataan disiplin ini membawa pengertian yang begitu luas sama ada
pengertian yang negatif ataupun pengertian yang positif. Walau bagaimanapun,
pengertian negatifnya yang sering menjadi tumpuan dan menjadi satu isu yang amat
popular jika ia melibatkan individu atau kumpulan yang rapat dengan masyarakat.

Menurut Kamus Dewan, disiplin merujuk kepada latihan pemikiran dan


kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib (DBP, 2002 :
308). Mok Soon Sang (1995) pula menyatakan pada peringkat sekolah, disiplin
adalah peraturan-pertauran yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar dengan tujuan
mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran. Manakala, laporan
Jawatankuasa Kabinet 1979, menjelaskan disiplin bermakna kesanggupan
seseorang untuk melakukan sesuatu dengan tertib, menghormati hak orang lain,
mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain.
(Abdullah Sani, 2006 : 1)

Di sekolah, disiplin menjadi satu kawalan sosial bagi mewujudkan suasana


tenteram supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan
teratur dan lancar. Bagi masyarakat di luar sekolah, disiplin adalah asas penting bagi
membentuk kerukunan hidup selaras dengan norma, nilai dan aspirasi negara. Guru
adalah golongan yang perlu memberi pemupukan disiplin pelajar-pelajar berada di
sekolah. Manakala ibu bapa dan masyarakat perlu memupuk disiplin semasa pelajar
pelajar berada di luar sekolah (C. Karuppaya K.Shoba, 2007).

Datuk Dr. Abdul Hamid Othman dalam akhbar tempatan (Berita Harian: 15hb
Februari 1994) menegaskan bahawa remaja yang melepak berasal daripada
masyarakat yang mendiami perkampungan bari di sekitar bandar. Suasana dalam
keluarga dan masyrakat tersebut tidak wujud sifat tegur menegur atau nasihat
menasihati antara satu dengan yang lain kerana mereka mempunyai sikap hidup
yang tidak mahu mencampuri hal-hal orang lain.
Menurut Bahaudin. N.H (2018), Sebanyak 1,440 kes jenayah membabitkan
pelbagai kesalahan oleh pelajar sekolah direkodkan di seluruh negara tahun 2015,
meningkat berbanding 1,302 pada 2016 (Berita Harian, 2018). Kemudiannya,
menurut Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pula, statistik indeks jenayah melibatkan
pelajar sekolah mencatatkan penurunan iaitu 1,285 kes pada 2018 berbanding 1,722
kes pada tahun sebelumnya (FMT News, 2019). Namun, pengukuran tersebut masih
tidak dapat dibendung untuk mencapai anggaran sifar dalam setiap kes.

Selain itu, Aziz (1997), juga membuat tinjauan dalam kajiannya di tiga buah
sekolah di daerah Marang, Terengganu dan beliau merumuskan faktor yang paling
kuat mempengaruhi pelajar-pelajar terlibat dalam salah laku adalah rakan sebaya,
jika dibandingkan dengan faktor-faktor lain.

Masalah disiplin disekolah terutamanya lebih sesuai dirujuk sebagai masalah


salah laku pelajar atau tingkah laku devian. Salah laku atau devian merupakan
bentuk tingkah laku yang menyimpang daripada norma-norma soaial masyarakat.
Mereka yang devian adalah mereka yang melanggar peraturan. Para pelajar yang
melanggar peraturan-peraturan sekolah digelar sebagai pelajar salah laku atau
pelajar devian.

Menurut Harre dan Lamp (1983), remaja mula melakukan penyesuaian diri
yang lebih kompleks dengan keluarga, teman sebaya dan guru, melalui aktiviti
seharian dan kehidupan sosial sesuai dengan perasaannya. Ini menunjukkan
keadsan sekeliling memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah diri
seseorang individu ataupun pelajar.

Peningkatan kes kemerosotan disiplin di kalangan pelajar boleh dijadikan


sebagai ukuran di dalam menilai sejauh manakah keberkesanan sistem pelajaran
yang dilaksanakan sekarang dalam usaha melahirkan insan yang kamil. Kurikulum
yang dirancangkan oleh kementerian Pendidikan mencakupi segala bidang ilmu
pengetahuan untuk menjadikan seseorang pelajar itu insan yang berakhlak mulia
dan beramal soleh (Sufean Hussin, 1993).

Pengawasan terhadap masalah disiplin pelajar sentiasa diberi perhatian oleh


semua pihak baik oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri
mahupun oleh pihak sekolah. Pengetua atau Guru Besar sentiasa mengambil
tindakan yang perlu di dalam usaha membendung masalah disiplin pelajar Laporan
Salah Laku Pelajar, 1994/95). Peraturan dan hukuman yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan menjadi panduan semasa melaksanakan pengawasan
disiplin (Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979).

Mengikut Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979): “Rakyat yang berdisiplin


adalah penting untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang bertatasusila, bersatu
padu, demokratik, adil, liberal dan progresif, seperti cogan kata yang berbunyi:
Rakyat Berdisiplin, Negara Maju.” Disiplin merupakan suatu jenis latihan yang
melahirkan individu supaya menjadi insan yang berakhlak mulia, berfikiran rasional,
sanggup mematuhi undang-undang dan hak-hak individu lain, bertanggungjawab
serta sanggup memberi sumbangan kepada masyarakat dan Negara. Ia juga
menekankan bahawa disiplin bilik darjah yang baik akan membawa
implikasiimplikasi pengajaran dan pembelajaran seperti berikut:

i. Pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan secara lancar, sistematik


serta dalam suasana kondusif dan berkesan.
ii. Keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bawah kawalan
bilik darjah secara berdiplin akan dapat dipertingkatkan lagi.
iii. Guru dapat melaksanakan rancangan pelajarannya mengikut masa yang
ditetapkan tanpa sebarang gangguan.
iv. Objektif pelajaran yang telah ditetapkan dapat dicapai dengan berkesan.
v. Murid-murid merasa selamat dan gembira menyertai aktiviti pembelajaran,
di samping mengikut pelajaran dalam keadaan berdisiplin.
vi. Keterangan, arahan dan bimbingan guru dapat diikuti dan dipatuhi oleh
semua murid dengan tepat dan tanpa sebarang keraguan.
vii. Kemalangan di bilik darjah ataupun di bengkel dan makmal dapat
dielakkan.
viii. Nilai-nilai moral dapat dipupuk dengan berkesan dalam bilik darjah yang
berdisiplin.
ix. Murid-murid dapat memperoleh kemahiran dan ilmu pengetahuan dengan
sempurna dan mencukupi. Sehubungan dengan itu, semua pihak
terutama para ibu bapa dan guru harus mengembeleng tenaga untuk
memastikan masalah disiplin dapat dibendung supaya ia tidak terus
menular.
Pernyataan masalah

Generasi muda merupakan pelapis yang akan meneruskan legasi


pembangunan Negara. Namun jika golongan ini semakin hilang pertimbangan,
kemungkinan besar berlaku keruntuhan dan kemerosotan terhadap masa depan
kerana merekalah yang bakal meneruskan generasi pada hari ini. Desakan hidup
serta mudah terpengaruh dengan anasir luar merupakan antara punca masalah
disiplin pelajar semakin berleluasa di sekolah. Berdasarkan peningkatan kes juvana
setiap tahun seakan menggambarkan Gen Y semakin kurang berilmu kerana mudah
mengikut perasaan melakukan kesalahan (Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan
Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam, Akhbar Harian Metro, 4 Oktober 2014).

Beliau merupakan salah seorang yang bertanggungjawab dalam isu berkaitan


telah menyatakan kes jenayah yang membabitkan juvana meningkat dari tahun ke
tahun. Menurut beliau, statistik tangkapan pelajar dalam jenayah indeks pada 2017
merekodkan seramai 1,722 pelajar ditahan manakala 2018 pula 1,286 pelajar
ditahan. Menurutnya, bagi kategori jenayah kekerasan pada 2017, seramai 611
pelajar ditahan berbanding 471 pada 2018 dan bagi kategori jenayah harta benda
pula pada 2017 seramai 1,111 ditahan berbanding 815 pelajar pada tahun
sebelumnya (Berita Harian, 11 Nov 2019)

Hal ini tidak harus dipandang remeh. Semua pihak sama ada sekolah, ibu
bapa, masyarakat, pihak polis juga masyarakat sekeliling perlu memberi perhatian
serius terhadap isu ini. Tanpa tindakan segera, keadaan akan menjadi semakin
membimbangkan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Dewan Parlimen pada Jun
2014, ada menyatakan bahawa purata indeks jenayah di negara ini adalah sebanyak
15 kes dalam tempoh sejam yang mana bersamaan 368 kes dicatatkan dalam masa
sehari.dicatatkan kes kecurian motosikal merupakan kes tertinggi yang dicatatkan
iaitu 858 kes dalam tempoh tujuh hari. Diikuti mencuri 409 kes, pecah rumah 405
kes, samun berkumpulan tanpa bersenjata 300 kes dan mencuri kereta di catatkan
sebanyak 257 kes.
Nilai ini tidak akan dapat diubah melainkan kesedaran yang lahir dalam diri
pesalah itu sendiri. Kesalahan juvana dan masalah disiplin pelajar adalah sangat
erat dan mempunyai hubungkait antara kedua-duanya. Kebiasaannya masalah
disiplin pelajar yang berlaku di sekolah akan berlarutan menjadi kesalahan juvana
sekiranya tidak ditangani dari peringkat awal di sekolah. Oleh itu, wajar sekali
masalah disiplin pelajar di sekolah dibendung dari melarat umpama barah yang
merosakkan tubuh. Masalah disiplin pelajar sangat mengganggu kelancaran proses
PdP guru di dalam kelas secara langsung mengagalkan misi dan visi sekolah. Dari
kes masalah disiplin sekecil-kecil seperti kegagalan menyiapkan kerja sekolah atau
menganggu proses PdP guru di kelas hinggalah kes masalah disiplin berat seperti
mencuri barang kelengkapan pelajar. Ia bakal memberi kesan negatif kerana boleh
mendatangkan kemaslahatan terhadap semua pihak khususnya pelajar lain yang
merasakan tidak selesa dan selamat untuk menuntut ilmu di sekolah dari perbuatan
pelajar yang melanggar atau melakukan masalah disiplin.

Secara umumnya, masalah disiplin dalam kalangan pelajar-pelajar adalah


berpunca dari pelbagai seperti punca biologi dan perangai, sosio ekonomi dan
budaya keluarga, rakan sebaya dan persekitaran namun, penyumbang utama
kepada masalah disiplin ini adalah dari punca budaya keluarga seperti yang
dikemukakan Syeikh Abdul Rahman al-Nahlawi (1995) di dalam bukunya
“Pendidikan Islam di Rumah, Sekolah danMasyarakat’, iaitu “ jika ibu bapa atau
suami isteri bersatu di atas landasan kasih sayang dan ketenteraman psikologi yang
interaktif, maka anakanak akan membesar dalam suasana bahagia, harmoni,
percaya dan yakin diri, kasih sayang serta jauh daripada gangguan emosi dan
penyakit rohani yang melemahkan keperibadian anak.

Hakikat sekarang masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah


semakin serius dan kita tidak perlu menuding jari kepada mana-mana pihak. Semua
pihak harus memberi perhatian yang serius kerana ia melibatkan asset Negara yang
tidak ternilai. Jika masalah ini tidak dibendung dari peringkat awal lagi maka Negara
kita yang akan menanggung hakikatnya.
Objektif kajian

Kajian ini adalah merupakan satu kajian untuk mendapatkan maklumat


berkaitan dengan faktor - faktor yang mempengaruhi berlakunya masalah disiplin di
kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato’ Haji Abbas. Faktor –
faktor yang dikenal pasti untuk dibuat kajian ialah pengaruh ibu bapa dan rakan
sebaya, pengaruh sikap pelajar, pengaruh guru dan pengaruh peraturan sekolah
terhadap masalah disiplin pelajar. Kajian ini bagi memastikan faktor yang manakah
yang dapat memberi pengaruh yang kuat terhadap berlakunya masalah disiplin di
kalangan pelajar sekolah.

Objektif Am

Ada beberapa faktor yang dikenalpasti menyebabkan masalah kemerosotan


disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah. Oleh yang demikian, tujuan kajian ini
dijalankan adalah untuk mencapai beberapa objektif. Antara objektif yang hendak
dicapai adalah:

i. Mengenal pasti faktor yang paling dominan yang menyebabkan


kemerosotan disiplin pelajar iaitu sikap pelajar, rakan sebaya, keluarga,
suasana sekolah, guru dan persekitaran di kalangan pelajar sekolah
menengah dari persepsi guru disiplin
ii. Mengenal pasti persepsi guru disiplin terhadap kemahiran dalam
mengurus disiplin
iii. Mengenal pasti keperluan latihan untuk guru disiplin dalam menangani
masalah disiplin pelajar
iv. Mengenal pasti masalah-masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah
menengah dari persepsi guru disiplin
v. Untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara
faktorfaktor yang menyebabkan kemerosotan disiplin pelajar iaitu sikap
pelajar, rakan sebaya, keluarga, suasana sekolah, guru dan persekitaran
mengikut jantina
vi. Untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan signifikan antara
persepsi guru disiplin terhadap kemahiran dalam mengurus disiplin pelajar
mengikut jantina
vii. Untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara
keperluan latihan untuk guru displin pelajar mengikut jantina
viii. Untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara
persepsi guru disiplin terhadap masalah-masalah disiplin mengikut jantina

Rujukan

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/11/627250/jenayah-dalam-
kalangan-pelajar-masih-membimbangkan

file:///C:/Users/Nurul%20Hana/Desktop/devian/faktor-faktor-kemerosotan-disiplin-
siswa.pdf

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/10/489910/1440-kes-jenayah-
babit-pelajar-sekolah-tahun-lalu

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/02/532222/10154-kes-disiplin-
babit-pelajar-tahun-lalu

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/02/08/kpn-pelajar-
berjinak-jinak-dalam-jenayah-ekstrem/

Anda mungkin juga menyukai