Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARAAN MAJLIS MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN

SEKOLAH KEBANGSAAN BINJAI JAYA 2017

BIL. PERKARA CATATAN


PEMBUKA MAJLIS Dalam kerelaan majumu dewi
Pantang rebah culas berdiri
Salam kemerdekaan buatmu pertiwi
Bertatang sembah pantun penyeri

Irama beralun gendang dipalu…


Langkah diayun berpasang-pasangan
5 dekad telah berlalu.
Malaysia megah menyambut kemerdekaan..

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih junjung buat hantaran
Hadirin hadirat selamat datang
Ke majlis penutupan bulan kemerdekaan

Bismillahirahmanirahim… assalamualaikum dan


salam sejahtera…
Salam kemerdekaan buat warga sk tengku
mariam

Yang berusaha, en. Ajni bin ishak ,


Guru besar sekolah kebangsaan binjai jaya

Yang berusaha,

En. Ahmad azman bin johar , penolong kanan


pentadbiran

Yang berusaha ,

En. Nasimmusobah bin a. Beni , penolong kanan


hem

Yang berusaha ,

Tuan haji jamauddin bin abdul rahim, pk


kokurikulum

Yang berusaha

Puan norhayati binti hamid, gpk ppki

Guru cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan


guru, staf sokongan, pekerja swasta serta anak-
anak murid yang disayangi sekalian .
PEMBUKA MAJLIS Hati-hati membuka peti,
2 Peti pusaka zaman berzaman;
55 tahun janji ditepati,
Malaysia merdeka penuh keamanan.

Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran


dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan
limpah rahmat-nya pada pagi yang penuh
barakah ini, kita diberi kesempatan untuk sama-
sama berkumpul bagi majlis sambutan penutup
bulan kemerdekaan dan hari malaysia dengan
penuh kedamaian dan keamanan.

Kedamaian dan keamanan ini sebagai tanda


bahawa negara ini berada dalam kestabilan
politik dan kita mampu berkongsi muafakat
untuk hidup bersama .

Sesungguhnya sambutan kemerdekaan ini


diadakan sebagai tanda bahawa para guru dan
pelajar sekolah ini dapat seiring dan sederap
melangkah, dengan semangat kesungguhan
yang berkobar-kobar dan beriiltizam tinggi untuk
menjadi warganegara yang patriotic

BACAAN DOA Anugerah dikecap si anak watan,


Mengangkat senjata bidalan suara;
Menadah tangan memohon keberkatan,
Mendapat restu hidup sejahtera.

-Bagi memberkati majlis pada pagi ini,


dipersilakan al-fadzil Ustaz _______________
untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

-Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

-Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


dan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Semoga majlis nan berlangsung diberkati.


NYANYIAN LAGU Sebagai pembuka acara, majlis menjemput para
guru dan murid berdiri dan bersama-sama
menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri
Selangor, lagu sekolah keranamu malaysia, jalur
gemilang serta lagu tema sehati sejiwa

Hadirin dipersilakan duduk


UCAPAN GURU Pahlawan melayu gagah perkasa
BESAR Musuh datang habis dibasmi
Puan sudah diberi kuasa
Sudilah kira pohon merasmi.

Para guru dan murid sekalian…


bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini,
dengan sukacitanya dijemput Yang
Berusaha, Encik Ajni bin Ishak, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Binjai Jjaya ke pentas
untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan majlis penutupan
Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah
Kebangsaan Binjai Jaya bagi tahun 2017.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih


kepada Encik Ajni bin Ishak atas ucapan
perasmian penutupan sebantar tadi.

Hadirin sekalian,
-Pihak sekolah telah mengadakan pelbagai
aktiviti sempena Sambutan Bulan
Kemerdekaan dan Hari Malaysia bagi Tahap
1. Kini tibalah masanya untuk majlis
penyampaian hadiah.

Anda mungkin juga menyukai