Anda di halaman 1dari 1

Jong Wan Qi,

PISMP BI (SK) 2 Ambilan Jun 2017,


Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang,
Jalan College,
93200 Kuching, Sarawak.

Tuan Jamiran Bin Salam,


Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang,
Jalan College,
93200 Kuching, Sarawak. 04 Oktober 2019

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK BERCUTI PADA 25hb DAN 28hb OKTOBER 2019.

Perkara seperti di atas adalah dirujuk.

2. Saya seperti nama dan kumpulan di atas ingin memohon cuti pada 25hb dan
28hb Oktober 2019.

3. Untuk makluman pihak tuan, saya telah menempah tiket penerbangan saya
berdasarkan cuti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk balik bercuti bersama
keluarga saya yang berada di Sibu dari 25hb Oktober 2019 hingga 28hb Oktober 2019
sebelum notis yang menyatakan ketiadaan cuti untuk IPG dikeluarkan. Tarikh
pembelian tiket penerbangan adalah pada 21 September 2019 seperti yang dilampirkan.

4. Bercuti pada tarikh yang dinyatakan di atas tidak akan mengganggu peperiksaan
yang akan saya duduki pada hujung semester ini.

5. Saya sangat berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangan dan seterusnya
meluluskan permohonan saya ini. Saya juga memohon maaf kerana terlepas pandang
akan kalendar akademik IPG Kampus Batu Lintang dan berjanji tidak akan mengulangi
kesilapan ini lagi.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

____________
(JONG WAN QI)
No. Matrik : 201606059
Kumpulan : PISMP BI (SK) 2 AMBILAN JUN 2017

Anda mungkin juga menyukai