Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN

*** Diminta para murid dan guru untuk bersedia dan mengambil tempat masing- masing kerana majlis akan
bermula sebentar sahaja lagi.

Bismillahirrahmanirrahim…alhamdulillahirobiil alamin……….
Yang Berusaha, Encik Jainuddin Bin Haji Hajimi, Guru penolong kanan
pentadbiran, Encik Noh bin Mik, Penolong Kanan Kokurikuluk dan Puan
Octovia anak Rampai, Penolong Kanan Hem SK Lela Pahlawan, yang
diraikan, Pn Khadijah binti Hussain, Barisan Warga Pendidik, Rakan
AKP, Rakan guru kafa, Rakan pekerja swasta serta murid-murid yang
dikasihi sekalian.
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi


kerana dengan limpah rahmatNya , kita diberi kesempatan pada pagi
ini,untuk sama-sama berkumpul dalam Majlis Penutup Bulan
Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia peringkat SK Lela Pahlawan
seterusnya meraikan rakan guru yang akan berpindah.

Bagi memberkati lagi majlis pada pagi ini dipersilakan Encik Jainuddin
bin Haji Hajimi untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala
hormatnya dipersilakan.
**bacaan doa
Amin2 Ya Rabbal Alamin
Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi

QUE: Nyanyian lagu negaraku dan ibu pertiwiku


Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan nyayian lagu negaraku, lagu ibu
pertiwiku, lagu sekolah. Diminta semua berdiri tegak.

---nyanyi----

Hadirin semua diminta terus berdiri bagi menyanyikan dua buah lagu
patriotik iaitu lagu bahtera merdeka dan lagu Jalur Gemilang.
1. QUE:UCAPAN CIKGU NOH
Pergi ke kota membeli selasih
Sayang si dara buat halwa
Berilah kata simpulan kasih
Sulamkan mesra satukan jiwa
Hadirin sekalian,
Kelangsungan majlis diteruskan lagi dengan menjemput , Encik Noh bin
Mik, Penolong Kanan Kokurikulum SK Lela Pahlawan untuk
menyampaikan ucapan, seterusnya merasmikan majlis Penutup Bulan
Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia Tahun 2022. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
**ucapan
Terima kasih diucapkan kepada cikgu Noh atas ucapan yang dititipkan
dan sudi merasmikan majlis penutupan bulan kemerdekaan dan sambutan
Hari Malaysia sebentar tadi.

Seterusnya, kita menjemput yang diraikan, Ustazah Khadijah binti


Hussain untuk memberikan ucapan, dipersilakan

Ustazah khadijah diminta untuk terus berdiri diatas pentas untuk sesi
bersalaman dengan murid. Semua murid diminta berdiri dan naik ke
pentas untuk bersalaman, memohon maaf dan mengucapkan selamat
tinggal kepda ustazah Khadijah yang akan meninggalkan Sk Lela
Pahlawan.

Dipersilakan pelajar tahun 6,5,4,3,2,

Dengan berakhirnya sesi lambaian kasih sebentar tadi maka berakhirnya


majlis kita pada hari ini. Saya selaku pengacara majlis ingin memohon
seribu kemaafaan jika terdapat salah dan silap dari pihak kami. Sekian
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai