Anda di halaman 1dari 3

Mengumumkan perarakan masuk pasukan unit-unit beruniform yang diketuai oleh

Komanden Muhammad Syafiq bin Azizul bergerak masuk ke dataran.


# Tahap 1 diminta bergerak ke sebelah kiri dataran dengan senyap
# Tahap 2 diminta bergerak ke sebelah kanan dataran dengan senyap

Acara nyanyian 4 buah lagu rasmi sekolah.


1. Lagu Negaraku
2. Lagu Wilayah
3. Lagu Watan SKJB
4. Lagu Aku Negaraku

Hadirin diminta bersedia dan berdiri tegak.

#Semua hadirin dipersilakan duduk.

Yang berusaha, Puan Faridah binti Hj Baharum, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Jalan Bellamy,
Yang dihormati En. Nazry bin Jabar, Guru Pen Kanan Tadbir dan Kurikulum,
Yang dihormati Pn. Lee Siew Geok, Guru Pen. Kanan HEM,
Yang Dihormati En. Muhammad Fadil bin Abdullah, Guru Pen. Kanan Kokurikulum,
Rakan-rakan guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalammualaikum dan salam 1Malaysia….

Ceria wajah dalam majlis,


Hati berkobar semangat di bawa,
Sambutan merdeka penyeri majlis,
Sematkan gagah di dalam jiwa.

Bersyukur dengan limpah rahmatnya dapat kita berkumpul di pagi yang penuh
barakah ini untuk sama-sama meraikan Majlis Pelancaran Sambutan kemerdekaan
kali ke-60 peringkat Sekolah Kebangsaan Jalan Belllmy 2017 yang bertemakan
Negaraku Sehati Sejiwa. Semoga penyatuan tekad dan semangat ini senantiasa
diiringi dengan kedamaian dan keamanan yang berpanjangan.

Hadirin sekalian,
Bagi memberkati majlis Pelancaran Sambutan Kemerdekaan ini, majlis
mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Ahmad Hafizan bin Ariffin untuk membacakan doa.
Dipersilakan.

Alhamdulillah semoga kita mendapat keberkatan sepanjang hayat.

Majlis diteruskan lagi dengan pembacaan perutusan Merdeka yang akan dibacakan
oleh En. Muhammad Fadil bin Abdullah, GPK Kokurikulum. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada GPK Kokurikulum atas bacaan perutusan sebentar
tadi.

Hadirin sekalian,
Sempena bulan kemerdekaan kali ke-60 ini, pihak penganjur program akan
menjalankan beberapa aktiviti bagi menyemarakkan sambutan. Untuk tujuan itu majlis
diteruskan dengan menjemput Ustaz Rohaimi bin Musali selaku penyelaras program
bagi memberi penjelasan lebih lanjut.
Majlis mengucapkan terima kasih.

Tanpa membuang masa majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn. Faridah
bin Haji Baharum, Guru Besar SK. Jalan bellamy untuk memberikan ucapan sekali
gus merasmikan majlis Pelancaran Sambutan Kemerdekaan ke – 60 peringkat SK.
Jalan Bellamy 2017.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar atas ucapan dan
perasmian sebentar tadi.
Hadirin sekalian,
Marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan murid Tahun 5 Inovatif dan 5
Kreatif. Mereka akan mempersembahkan persembahan Sketsa Merdeka dan
Nyanyian. Untuk pengetahuan semua persembahan ini di bawah bimbingan Ustaz
Rohaimi dan Sir Ramizam. Dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih.
___________________________________________________________________

Seterusnya majlis mempersilakan semua murid 3 Produktif untuk membuat


persembahan. Persembahan ini di bawah bimbingan Cikgu Ramizam bin Abdul Kadir.
Majlis mengucapkan terima kasih.
___________________________________________________________________

Persembahan yang terakhir marilah sama-sama kita saksikan persembahan nyanyian


yang akan sampaikan oleh adik Tuan Huzaifah dari kelas 5 Inovatif. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada semua murid yang telah menghiburkan kita pada pagi
ini

Sebelum mengakhiri majlis, dipersilakan En. Nirubaan naik ke pentas untuk acara
Laungan Merdeka dan Kibaran Jalur Gemilang. Semua hadirin berdiri supaya kita
sama-sama dapat melaungkan Merdeka dan menyanyikan:
1. Lagu Tanggal 31 Ogos
2. Jalur Gemilang
3. Keranamu Malaysia
4. Lagu tema Merdeka: Negaraku Sehati Sejiwa
___________________________________________________________________

Akhir kata, tamatlah sudah majlis kita pada pagi ini. Sekali lagi syabas dan tahniah
kepada semua warga SK. Jalan Bellamy kerana dapat sama-sama meraikan majlis
sambutan pelancaran kemerdekaan pada kali ini.

Anda mungkin juga menyukai