Anda di halaman 1dari 2

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim, guru - guru dan rakan sekalian.

Selamat petang dan salam sejahtera. Berdirinya saya di sini, untuk menyampaikan
syarahan yang bertajuk " Ibu Bapa Berperanan dalam Membentuk Disiplin Pelajar".
Ini bermaksud ibu bapa lebih bertanggungjawab dalam mendidik pembentukan
sahsiah anak - anak mereka.

Para hadirin yang dihormati,

Bagi seorang pelajar masanya lebih lama berada di rumah berbanding di


sekolah. Oleh itu, ibu bapa lebih lama bersama mereka daripada guru. Tentulah ibu
bapa dapat memberikan perhatian dalam pembentukan disiplin anak mereka.Ibu
bapa juga lebih memahami tingkah laku anak - anak mereka. Melalui kesedaran ini,
tentulah mudah bagi ibu bapa untuk membentuk peribadi anak - anak mereka.

Sebagai ibu bapa tentulah mereka lebih bertanggungjawab dalam soal


mendidik anak. Mereka tidak mahu anak mereka terlibat di dalam gejala - gejala
yang negatif. Ibu bapa tidak boleh mengharapkan pihak lain untuk membentuk
disiplin anak - anak mereka.Ibu bapa lebih ikhlas dalam mendidik anak. Mereka juga
tidak mengharapkan apa - apa balasan daripada usaha yang dibuat. Ibu bapa lebih
mengharapkan kejayaan anak - anak mereka.

Para hadirin yang dihormati,

Melalui huraian di atas, jelaslah ibu bapa memainkan peranan yang penting
dalam pembentukan disiplin anak - anak mereka. Kejayaan pelajar sering dikaitkan
dengan kemampuan diri seseorang itu memperoleh sesuatu yang membanggakan
diri dan keluarga dalam pelajaran serta kokurikulum. Antaranya kejayaan pelajar
memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan mewakili sekolah atau
negara dalam acara sukan. Jadi, apakah yang membawa seseorang pelajar itu
berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum itu. Sudah pasti sebab utama
melibatkan galakan ibu bapa pelajar itu sendiri. Golongan tua ini perlulah
memberikan galakan kepada anak dengan menyediakan ruang untuk belajar dan
membeli keperluan kokurikulum anak seperti pakain seni pertahanan diri itu.
Jelaslah, pelajar akan lebih berusaha dalam akademik dan kokurikulum jika mereka
melihat kesungguhan ibu bapa dalam memberikan sokongan itu.
Hadirin sekalian,
Selain itu, kejayaan pelajar juga banyak bergantung pada kemampuan diri
sendiri. Maknanya, pelajar hanya menyedari betapa pentingnya kejayaan dalam
akademik dan kokurikulum akan berusaha untuk mencapainya walaupun
menghadapi pelbagai rintangan. Ringkasnya, pelajar yang berjaya itu mempunyai
naluri ini melakukan sesuatu dengan sebaik mungkin tanpa mengira masalah yang
bakal berlaku. Malah, pengaruh rakan sebaya juga amat penting dalam membawa
kejayaan kehidupan pelajar itu. Rakan yang baik bukan sahaja memberikan galakan
tetapi juga satu persaingan positif yang membawa pelajar memberikan usaha terbaik
mereka dalam akademik dan kokurikulum. Jelaslah, rakan yang tepat akan
memberikan satu kelebihan kepada pelajar untuk berjaya dalam kehidupannya.
Tambahan pula, kejayaan pelajar turut ditentukan oleh pihak sekolah. Sudah
banyak pihak sekolah yang menganjurkan pelbagai kelas tambahan dan bengkel
motivasi serta latihan kokurikulum tertentu kepada pelajarnya. Sesungguhnya,
usaha murni lagi gigih daripada pihak pengurusan sekolah itu sendiri membawa
kejayaan dalam diri pelajar mereka.
Kesimpulannya, semua faktor tadi membuktikan bahawa kejayaan pelajar
dalam aspek akademik dan kokurikulum boleh diperoleh dengan baiknya. Pelajar
harus menyedari semua penyebab ini lalu berusaha untuk melakukan yang terbaik
dalam kehidupan itu. Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyungnya manakan
dapat sagunya yang membuktikan kejayaan memerlukan usaha gigih yang tinggi
sahaja.

Anda mungkin juga menyukai