Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN KANAK-KANAK SK.

JALAN BELLAMY
2017

Nyanyian Lagu Negaraku, Maju dan Sejahtera dan Watan Negara.

Yang berusaha, Puan Faridah binti Baharum,


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jalan Bellamy,
Yang dihormati, Barisan Penolong Kanan,
En. Nazry bin Jabar, Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum ,
Puan Lee Siew Geok , Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid,
En. Fadil bin Abdullah, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,
Rakan-rakan guru seterusnya

Yang dikasihi, anak-anak murid sekalian..

Assalamualaikum. W.b.t

Hari ini menanam jagung,


Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis Hari Kanak-kanak penuh ceria.

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke


hadrat Allah kerana dengan limpah dan izin-Nya, kita dipertemukan lagi pada
pagi ini.

Zikir Munajat Pembersih jiwa,


Doa dipohon menjana taqwa

Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama
menadah tangan penuh kehambaan kepada-Nya,.. untuk itu, majlis
menjemput Us. Ahmad Hafizan bin Ariffin untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.......

Amin, amin Ya Rabbal ‘Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Us Ahmad


Hafizan atas bacaan doa sebentar tadi.
Seterusnya, majlis berbesar hati menjemput Adik Muhammad Qaem Khuarizmi
bin Adli untuk menyampaikan ucapan wakil murid. Dipersilakan........

Terima kasih diucapkan kepada Adik Qaem atas ucapan itu yang diberikan.

Seterusnya, majlis berbesar hati mempersilakan Yang berusaha, Puan Faridah


binti Baharum, Guru Besar SK. Jalan Bellamy untuk menyampaikan ucapan
perasmian. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Buah Longan beli sekati,


Buat makan di atas jambatan,
Pesanmu Cikgu kami ingati,
Jadi azimat dalam ingatan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha, Puan Faridah binti Baharum.
Semoga kita dapat mengambil iktibar.

Sebelum kita menyaksikan beberapa persembahan yang akan


persembahkan oleh murid-murid Sk.Jalan Bellamy. Jom kita mencergaskan
badan dengan melakukan senamrobik yang akan dikendalikan oleh En.
Ramizam.

Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid dari Tahun Satu untuk


membuat persembahan Pendidikan Kesenian. Mereka akan membuat
persembahan nyanyian beramai-ramai. Persembahan dimulakan dengan
mempersilakan murid kelas 1 Inovatif dengan tajuk lagunya Suasana Hutan.
Seterusnya dipersilakan murid kelas 1 Kreatif menyampaikan nyanyian mereka
yang bertajuk Aku Mimpi.

Begitulah seronok dan hebatnya persembahan yang dipertontonkan


sebentar tadi.

Untuk pengetahuan semua, persembahan murid Tahun 1 di bawah


bimbingan Puan Wan Nor Azlina dan Puan Nor Asyikin.

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan persembahan pakaian beragam


mengelip.
Betapa cilik dan bergayanya adik-adik memperagakan pakaian beragam lip
– lip. Semoga sidang hadirin terhibur........

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan nasyid murid Tahun 5.


Persembahan nasyid ini di bawah bimbingan Ust Ahmad Hafizan.
Dipersilakan........

Begitulah merdunya suara anak-anak Tahun Lima memperdengarkan


persembahan nasyid sebentar tadi. Terima kasih diucapkan.

Dengan berakhirnya persembahan nasyid sebentar tadi maka kita akan


berehat seketika.
Burung kelicap makan padi,
Padi datang dari Medan,
Perut kini sudah berbunyi
Tibalah masa untuk santapan.

Di minta semua guru kelas untuk bersedia mengagihkan makanan kepada


murid-murid mengikut kelas masing-masing.
___________________________________________________________________________
Bertemu kita sekali lagi selepas menjamu selera.

Majlis kita akan diteruskan lagu dengan persembahan pergerakan kreatif


yang diwakili oleh murid Tahun 6. Mereka menggelarkan kumpulan mereka
Wanderous. Dipersilakan........
Majlis mengucapkan terima kasih.

Seterusnya, marilah kita sama-sama saksikan Sketsa Muzik murid Tahun 6 .


Sketsa ini di bawah bimbingan Puan Wan Nor Azlina. Dipersilakan........

Inilah yang ditunggu-tunggu. Acara cabutan bertuah. Majlis dengan segala


hormatnya merpersilakan Pn. Lee Siew Geok GPK Hal Ehwa Murid untuk
mengiringi Puan Faridah Binti Haji Baharum, Guru Besar SK. Jalan Bellamy naik
ke pentas untuk membuat cabutan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar dan GPK Hal Ehwal
Murid untuk acara cabutan bertuah sebentar tadi.
Majlis belum sampai ke penghujungnya.

Marilah kita sama-sama saksikan persembahan Tarian Moden oleh murid –


murid Tahun 6 yang berbakat. Persembahan tarian ini di bawah bimbingan
Pn. Wan Nor Azlina. Dipersilakan.

Begitu lembut gemalai rentak tarian yang dipersembahkan. Majlis


mengucapkan terima kasih atas persembahan yang begitu menghiburkan.

Majlis diteruskan lagi dengan menyaksikan persembahan pergerakan kreatif


oleh murid-murid Tahun 6 yang menggelarkan diri mereka Superkick.
Dipersilakan.
Terima kasih.

Sebelum acara cabutan bertuah yang seterusnya, marilah kita saksikan dulu
persembahan nasyid duet yang akan disampaikan oleh adik Ibnu Naufal dan
Wardah Nafirah. Dipersilakan.

Begitu lunak dan merdunya alunan suara mereka menyanyi lagu nasyid yang
menyentuh jiwa. Majlis mengucapkan terima kasih.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn. Lee Siew Geok , GPK HEM
mengiringi Guru Besar Sk.Jalan Bellamy naik pentas untuk acara cabutan
bertuah.

Majlis mengucapkan terima kasih.

Tibalah untuk acara kemuncak iaitu pengumuman Tokoh murid mengikut


kategori Penampilan Kemas, Rajin Menolong dan Hormat-menghormati.
Majlis berbesar hati menjemput Puan Faridah binti Baharum, Guru Besar SK.
Jalan Bellamy diiringi Pn. Lee Siew Geok, GPK Hal Ehwal Murid naik ke pentas
untuk menyampaikan piala tokoh murid kepada murid-murid yang terpilih.

Berakhirnya penyampaian hadiah tokoh murid sebentar tadi maka


berakhirlah sudah majlis sambutan Hari kanak-Kanak peringkat Sk. Jalan
Bellamy 2017.

Ribuan kemaafan dipohon andai ada salah dan silap sepanjang


mengacarakan majlis ini.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu


`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai