Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARAAN

MAJLIS AKU JANJI MURID TAHUN 6 SESI 2016


Masa 11.30 tengahari
Cue Murid dan Ibu Bapa mengambil tempat

Tuan-tuan, puan-puan, hadirin sekalian,

Supaya majlis kita berjalan dengan lancarnya, pihak majlis memohon


kerjasama para hadirin untuk memenuhi ruangan hadapan terlebih
dahulu serta menyah fungsikan atau menukarkan nada deringan telefon
bimbit masing-masing kepada mode senyap.

Kerjasama hadirin sekalian terlebih dahulu diucapkan terima kasih.

Sebagai pembuka tirai acara, bersama-sama kita menadah tangan


memohon restu agar majlis mendapat berkat. Dengan sukacitanya majlis
menjemput Al Fadhil Ustaz ………………………………………………
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Amin, ya rabbal a’lamin.

Majlis diteruskan lagi dengan Nyanyian lagu NegaraKu. Hadirin di pohon


untuk berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu kebangsaan.

Hadirin dipersilakan duduk.

# Pegawai daripada Jabatan Pendidikan Daerah Besut


……………………………………………..

Bissmillah hirrahma nirrahim,

Alhamdulillah hirrabil alamin wasolla tuwassalamu ala ahsrafil ambiya


iwalmursalin wa ala alihi wasohbihi ajmain.

Assalammualaikum W.B.T, Salam Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Kalimah Bismillah pembuka bicara
Yang Berusaha Encik Wan Zaki bin Wan Ahmad, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Alor Peroi

Yang Berusaha Puan Rahimah binti Md Yasin, Guru Penolong Kanan


Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Alor Peroi

Yang Berusaha Encik Zu bin Jusoh Penolong Kanan Ko- Kurikulum


Sekolah Kebangsaan Alor Peroi

Yang Berusaha Encik Zailani bin Hamzah Penolong Kanan Pendidikan


Khas Sekolah Kebangsaan Alor Peroi

Yang Dihormati Puan Roshaitulliani binti Hassan Penyelaras Murid


Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Alor Peroi

Yang Dihormati Puan Latifah binti Mohamad Guru Bimbingan dan


Kaunseling Sekolah Kebangsaan Alor Peroi

Seterusnya,
Guru-guru, ibu-ibu, bapa-bapa dan

Yang dikasihi murid-murid Tahun 6 sekalian

Masa 11.45 pagi


Cue Aluan Pengacara Majlis

Ann Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT, kerana masih


memberikan kesempatan kepada kita, untuk meneruskan pertemuan
dan duduk pepat di sini, bersama-sama dalam Majlis Aku Janji Murid
Tahun 6. Sebelum jauh kita berlayar, pihak majlis mengambil ruang
seawal acara untuk menyatakan apresiasi setulus hati kepada pihak
pentadbir sekolah, guru-guru dan seluruh warga dewan atas kesudian
tuan-tuan dan puan-puan untuk memenuhi jemputan pada hari ini.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, pada hari ini pihak sekolah telah
menganjurkan program motivasi murid tahun 6 yang telah bermula pada
awal pagi ini dan diteruskan lagi dengan majlis temu murni bersama ibu
bapa dan guru tahun 6.
Cue Ucapan Guru Besar
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak tuan yang berbicara

Besar langit di tepi busut,


Besar tak muat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Tanpa melengahkan masa majlis dengan penuh takzim menjemput dan


mempersilakan Yang Berusaha Guru Besar Sekolah Kebangsaan Alor
Peroi Encik Wan Zaki bin Wan Ahmad untuk menyampaikan amanat.

Dengan penuh takzimnya majlis mempersilakan.

Cue Selepas ucapan Guru Besar

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik


Wan Zaki bin Wan Ahmad atas kesudian beliau menyampaikan ucapan
sebentar tadi.

Majlis akan diteruskan lagi dengan aturcara menandatangani banner


ikrar aku janji. Majlis dengan rendah diri mempersilakan Yang Berusaha
Tuan Guru Besar bagi memulakan aturcara majlis

diikuti
1. Yang Berusaha Puan Rahimah binti Md Yasin, Guru Penolong
Kanan Pentadbiran
2. Yang Berusaha Encik Zu bin Jusoh Penolong Kanan Ko-
Kurikulum dan
3. Yang Berusaha Encik Zailani bin Hamzah Penolong Kanan
Pendidikan Khas untuk meneruskan acara tandatangan banner
ikrar aku janji.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada barisan pentadbir


sekolah di atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput ketua murid Sekolah
Kebangsaan Alor Peroi iaitu adik Nazrin Daniel bin Zulkafli untuk
menandatangani banner.

Seterusnya dijemput penolong ketua murid Sekolah Kebangsaan Alor


Peroi iaitu adik Iwana Qistyna binti Mat Zahad untuk menandatangani
banner.

Majlis diteruskan lagi dengan upacara tandatangan banner ikrar aku janji
oleh calon-calon UPSR.

Dipersilakan semua calon-calon lelaki UPSR.

Seterusnya dipersilakan calon – calon perempuan UPSR 2016


12.30 tengahari
Cue Tandatangan Replika Ikrar Aku Janji
Majlis sekali lagi mempersilakan dan menjemput adik Nazrin Daniel bin
Zulkafli mewakili calon UPSR 2016 untuk menandatangani dan
menyerahkan Replika Ikrar kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar
seterusnya mengetuai bacaan Ikrar Aku Janji.
Majlis mempersilakan
12.45 tengahari
Cue Nyanyian dua buah lagu
Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian dua buah lagu.
Hadirin dipohon untuk berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu
Selamat Sultan dan lagu Sekolah.
Cue Selepas Nyanyian Dua Buah Lagu
Dengan berakhirnya nyanyian dua buah sebentar tadi, maka berakhirlah
sudah majlis kita pada hari ini.

Majlis sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Berusaha Encik Wan Zaki bin Wan Ahmad, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Alor Peroi kerana sudi menyempurnakan majlis.

Saya mohon beribu ampun, dari jauh menjunjung duli, sudah dekat
mengangkat sembah.
Dengan lafaz yang mulia, saya Azhar bin Husin mengucapkan
Wabilahitaufiqwalhidayah wasalammualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai