Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA

PERASMIAN KEMERDEKAAN SKAJ 2022

PERINGATAN KEPADA PARA DIRI SENDIRI/GURU

1. PASTIKAN ADA PEMBERITAHU KETIBAAN GB


2. PASTIAN PEMBACA DOA BERSEDIA
3. PASTIKAN SEMUA PELAJAR DIAM BERSEDIA
4. PASTIKAN READY SEMUA LAGU
5. PASTIKAN ADA JURU GAMBAR

BIL TEKS CUE


Persediaan Ahli dewan bersedia.
ahli dewan
Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan, Yang berusaha Ready lagu.
Tuan Guru Besar Cikgu Abdul Roni bin
Mustafa dan barisan pentadbiran Sekolah
Kebangsaan Alor Janggus.

Barisan vip masuk berdiri atas pentas.

Negaraku Nyanyian
-Lagu Negaraku

Terima kasih, diatas nyanyian yang


bersemangat sebentar tadi.

Aluan MC Anak kecil menyusun papan,


Papan disusun diatas sampan,
Selamat datang kami ucapkan,
Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.

Assalammualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Address
Yang Berusaha, Cikgu Abdul Roni bin
Mustafa, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Alor Janggus.

1
Yang dihormati, Cikgu Fazillah binti
Sulieman, Penolong kanan Pentadbiran.

Yang dihormati, Cikgu Bohari bin Sanip,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Yang dihormati, Cikgu Rusmani binti Abdul


Rashid , Penolong Kanan Kokurikulum.

Guru-guru, staf-staf, yang hadir pada hari


ini serta murid-murid Sekolah Kebangsaan
Alor Janggus yang dirahmati Allah sekalian.

Para hadirin yang dihormati. Kami bagi pihak


majlis mengalu-alukan kehadiran
Tuan puan ke Majlis Pelancaran Bulan
Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Alor
Janggus kali ke 65.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan


syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah
dan kurnia Nya maka kita dapat bersama-
sama berhimpun pada pagi ini untuk
meraikan majlis kita. untuk pengetahuan
hadirin sekalian, tema kemedekaan pada
tahun ini ialah Keluarga Malaysia Teguh
Bersama.

Bacaan Doa Hadirin sekalian,

Bagi memulakan dan memuliakan majlis,


marilah kita bersama-sama menadah tangan
memohon keberkatan Ilahi, agar majlis hari
ini berjalan lancar.

Untuk itu, majlis dengan hormatnya


menjemput…………..…………………………….untuk
memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.
Amin… Amin… ya robbalalamin
Majlis merakamkan ucapan terima kasih
atas bacaan doa sebentar tadi.

2
Ucapan GB Ceria wajah terserlah manis,

Hati berkobar semangat dibawa,

Sambutan merdeka penyeri majlis,

Sematkan gagah di dalam jiwa

Majlis diteruskan lagi dengan


mempersilakan, Cikgu Rosmiza binti Yem,
Ketua Panitia Sejarah untuk menyampaikan
ucapan beliau. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih


atas ucapan sebentar tadi.

Gimik Majlis diteruskan lagi dengan acara gimik


kemerdekaan. Dipersilakan.

Pentomen Yang baru sahaja kita saksikan merupakan


gimik persembahan yang cukup menarik
sebagai simbolik pelancaran bulan
Kemerdekaan peringkat Sekolah. Terima
kasih diucapkan.
Ucapan Menjemput tuan untuk berdiri,
Perasmi Memberikan ucapan kepada kami,
Kepada tuan ruang diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Dengan itu, majlis dengan sukacitanya


menjemput dan mempersilakan Yang
Berusaha, Cikgu Abdul Roni bin Mustafa,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Alor
Janggus untuk menyampaikan ucapan dan
sekali gus merasmikan Majlis Pelancaran
Bulan Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan
Alor Janggus.

Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas


kesudian yang Berusaha guru besar untuk
merasmikan majlis.

3
Persembaha Seterusnya marilah bersama-sama kita
n Nyanyian menonton persembahan nyanyian yang
akan disampaikan oleh saudari Nur Diyana
binti Abu Hassan.

Beliau akan mempersembahkan lagu


Bahtera Merdeka dan Warisan.

Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan.
Tarian Sungguh merdu sekali nyanyian yang
disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya majlis akan diserikan lagi dengan


persembahan tarian oleh pelajar tahun 5
dibawah bimbingan Puan Rosmieza Yem.

Dipersilakan.
Pantun Seterusnya marilah kita saksikan
persembahan yang bakal memukau hati,
dijemput Nur Natrah Adynia binti
Khairulnizam dan Aisya Sofea binti Mohd
Iralatif untuk mendeklamasikan pantun

Dipersilakan.
Syair Usai sudah deklamasi pantun, Majlis
perpaduan diteruskan lagi dengan dendangan syair
perpaduan yang akan disampaikan oleh
Qasih Nur Fatima bt Nazri.

Dipersilakan.

Sajak Seterusnya marilah bersama-sama kita


mendengar deklamasi sajak yang akan
disampaikan oleh Nur Balqis binti Abu Bakar
dan Fatimah Azzahra binti Mazdiramzi.

Dipersilakan.
Nyanyian Majlis akan diteruskan lagi dengan nyanyian
Lagu Patriotik lagu patriotik. Dengan itu marilah kita
bersama-sama mendendangkan lagu
patriotik dengan penuh semangat.

Penutup Dengan berakhirnya nyanyian yang


bersemangat sebentar tadi, maka
berakhirlah majlis pelancaran bulan
kemerdekaan kali ke 65 Sekolah Kebangsaan

4
Alor Janggus.

Kami mewakili pihak majlis merakamkan


ucapan terima kasih kepada semua yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam merealisasikan majlis pelancaran
sambutan bulan kemerdekaan tahun 2022
ini. Sekian. Wabillahitaufik walhidayah
wassalammualaikum w.b.t.

Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai