Anda di halaman 1dari 3

TEKS JURUACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA

Aluan Pengerusi Majlis Yang Berusaha

En. Yang Sharkawi Bin Shaharom


(Pengetua SMK Dato’ Wan Ahmad
Rasdi)
Tn. Hj. Sulaiman Bin Abdul Ghani
(Penolong Kanan Pentadbiran)
Cik Norhayati Binti Mohamed (Penolong
Kanan HEM)
Pn. Bohiyah Binti Zakaria (Penolong
Kanan Kokurikulum)

Yang dihormati,
Barisan guru – guru kanan guru-guru, serta murid-
murid yang dikasihi sekalian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bersongkok sampin segak bergaya


Berbaju kurung anggun jelita
Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Raya
Tangan dihulur maaf dipinta

Kuih bahulu tradisi kita


Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan


limpah kurniaNya jua maka kita masih diberikan
kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah
sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga
kerana kita sama-sama dapat berkumpul di dewan
ini bagi meraikan majlis Sambutan hari raya Aidilfitri
peringkat sekolah bagi tahun 2023.

Jamuan Ketupat lemang menu tradisi


Dihidang bersama rendang dan nasi
Kinilah tiba masa yang dinanti
Masa santapan perut diisi.

Dipersilakan semua guru dan pelajar menjamu


selera dengan juadah yang telah disediakan. Sambil
menjamu kita dengarkan gemersik alunan lagu-lagu
raya sepanjang zaman. Para pelajar bolehlah
beramah mesra sambil menjamu selera dengan para
guru, ini ibarat rumah terbuka warga SMKDWAR,
jadi jangan malu-malu, jangan segan-segan,
nikmatilah juadah yang telah disediakan oleh guru-
guru dan ada juga yang disumbangkan oleh para
pelajar sendiri.
Arahan Murid Bergerak Untuk itu, diminta
untuk Mengambil 1.Semua murid Tingkatan 1 Perempuan berdiri dan
Makanan bergerak secara tertib untuk mengambil makanan.
2.Murid Tingkatan 2 Perempuan
3.Murid Tingkatan 3 Perempuan
4.Murid Tingkatan 4 Perempuan
5.Murid Tingkatan 5 Perempuan

Kemudian,
1.Semua murid Tingkatan 1 Lelaki berdiri dan
bergerak secara tertib untuk mengambil makanan.
2.Murid Tingkatan 2
3.Murid Tingkatan 3
4.Murid Tingkatan 4
5.Murid Tingkatan 5

Persembahan Awan bersua citra berkisah


Ukiran sukma kilauan kelisa
Sambil berbual nikmati juadah
Persembahan pelajar dan guru ceria acara

Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara


lagu-lagu raya yang akan didendangkan oleh pelajar
dan guru serta kakitangan

1. Dipersilakan wakil murid Tingkatan 2 untuk


mempersembahkan Lagu Lemak Manis.

Terima kasih diucapkan kepada wakil murid


Tingkatan 2 atas persembahan itu tadi.

2. Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan


Saudara Azril untuk mempersembahkan Lagu
Dendang Perantau.

Terima kasih diucapkan kepada saudara Azril.

3. Seterusnya, dipersilakan Farfen and Friends untuk


menyanyikan lagu Liplap Hari.
Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Farfen and Friends


di atas persembahan sebentar tadi.

4. Majlis menjemput Saudara Fakihin untuk


mempersembahkan lagu Selamat Hari Raya.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada saudara Fakihin.

5. Majlis dengan ini, menjemput dan mempersilakan


Tuan Pengetua Encik Yang Sharkawi Bin Shaharom
bergandingan dengan Puan Siti Halimahton untuk
mendendangkan Lagu Seloka Hari Raya.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua dan


Puan Siti di atas persembahan yang menarik
sebentar tadi.

6. Seterusnya, dijemput wakil murid Tingkatan 5


untuk mempersembahkan lagu Warna Warni Hari
Raya.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada wakil murid


Tingkatan 5 di atas persembahan sebentar tadi.

7. Untuk akhirnya, majlis dengan ini membuka ruang


kepada mana-mana murid atau guru-guru dan
kakitangan untuk mendendangkan Lagu Meriah
Raya Lemak Manis.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada


__________________ di atas persembahan
sebentar tadi.

Penutup Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis


mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung
ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
dalam memastikan majlis sambutan Hari Raya
Aidilfitri peringkat sekolah ini dapat dilangsung
dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan
kepada semua pelajar atas kerjasama yang
diberikan bagi meharmonikan majlis ini.

Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat Hari


Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Anda mungkin juga menyukai