Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SEKOLAHKU SEJAHTERA:

SEPAKAT DAN SELAMAT

Tarikh : 18 Ogos 2022 (Khamis)


Masa : 8:00 hingga 10:30 pagi
Tempat : Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba

CUE TEKS
Pantun Bismillahirrahmanirrahim.
pembuka

Elok malam berhias bintang,


Sinar berseri tiap ketika,
Molek kalam selamat datang,
Majlis dirai tabir dibuka.

Salutasi Yang berusaha,


Pn Hjh Sahreah binti Md Zin,
Pengetua SMK Ghafar Baba,

En Muhd Radhi bin Masah,


Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Pn Hjh Che Ku Norazah binti Che Ku Salim,


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Pn Normah binti Ali,


Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Pn Normahizam binti Ariffin,


Guru Penolong Kanan Pra-U,

barisan guru kanan mata pelajaran, guru-guru


cemerlang, guru-guru, serta, murid-murid yang dikasihi
sekalian.

1
CUE TEKS
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
salam sejahtera.

Alhamdulillah, kita panjatkan syukur ke hadrat Illahi,


dengan izin dan limpah rahmat-Nya kita dapat
berhimpun dalam Majlis Pelancaran Program
Sekolahku Sejahtera: Sepakat dan Selamat.

Nyanyian lagu Majlis pada hari ini dimulakan dengan nyanyian lagu
Negaraku dan
Sekolahku Negaraku dan lagu Sekolahku Sejahtera. Hadirin
Sejahtera dimohon untuk berdiri.

Selesai
nyanyian lagu
Negaraku dan Hadirin dipersilakan duduk.
Sekolahku
Sejahtera
Bacaan doa Tepi berangan rumpunan buluh,
Buluh merimbun subur teramat,
Diangkat tangan jemari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini,


majlis dengan ini mempersilakan,
_____________________________________________
untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

*BACAAN DOA

Selesai bacaan Majlis mengucapkan terima kasih kepada,


doa
_____________________________________________
atas pimpinan bacaan doa tadi.

2
CUE TEKS
Siaran langsung Buah kedangsa letak di peti,
pelancaran
program Dimakan burung di tepi paya,
Sekolahku Tibalah masa dinanti-nanti,
Sejahtera
Siaran langsung dari Putrajaya.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Marilah kita bersama-sama menyaksikan siaran


langsung Majlis Pelancaran Program Sekolahku
Sejahtera: Sepakat dan Selamat yang dipancarkan
secara langsung dari Sekolah Menengah Kebangsaan
Presint 14(1), Putrajaya. Dipersilakan.

Selesai siaran
langsung
Demikianlah tadi Majlis Pelancaran Program
pelancaran Sekolahku Sejahtera: Sepakat dan Selamat yang
program telah dipancarkan secara langsung dari Putrajaya.
Sekolahku
Sejahtera
Penutup Majlis Dengan berakhirnya siaran langsung sebentar tadi,
maka majlis kita telah sampai ke penghujungnya.

Inilah yang dikatakan


Ibarat menanam sudah dituai
Ibarat musafir sudah sampai
Umpama belayar telah sampai ke pelabuhan
Umpama berjalan telah sampai ke destinasi

Maka dengan itu, lengkaplah sudah majlis kita pada hari


ini. Sekian, wabillahitaufik walhidayah
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai