Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS PELANCARAN HARI SUKAN NEGARA 2022

PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh : 11 Oktober 2022 (Selasa)


Masa : 7:30 pagi
Tempat : Dataran Warga, SMK Ghafar Baba

MASA ACARA TEKS


7:30 pagi Salutasi Bismillahirrahmanirrahim.

Dalam diam mata bertentang,


Jiwa pun rela hati dah suka,
Pemanis kalam selamat datang,
Majlis bermula tirai dibuka.

Yang Berusaha,
Puan Hajah Sahreah binti Md Zin
Pengetua SMK Ghafar Baba

Encik Muhd Radhi bin Masah


Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Puan Hajah Che Ku Norazah binti Che Ku Salim


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Puan Normah binti Ali


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Puan Normahizam binti Ariffin


Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam,

Guru-guru Kanan Mata Pelajaran,


Guru-guru Cemerlang,
guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

1
MASA ACARA TEKS
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam sejahtera, Salam Melakaku Maju Jaya,
Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia,
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik,
Negara Sejahtera, #JPNMelaka,
Jenama Kerajaan Nombor 1.

Alu-aluan Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi, kerana


dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat berkumpul
pada pagi ini untuk sama-sama menjayakan
program Hari Sukan Negara peringkat sekolah.

Buat pengetahuan semua, Hari Sukan Negara ini


bertujuan menggalakkan dan menjadikan Malaysia
sebagai negara yang mempunyai rakyat yang
sentiasa bersukan sehingga menjadi budaya hidup.

Ucapan perasmian Sudilah tuan tampil ke depan,


Tampil ke depan tersenyum manis,
Sudilah tuan beri ucapan,
Beri ucapan merasmi majlis.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan
Yang Berusaha,
Puan Hajah Sahreah binti Md Zin
Pengetua SMK Ghafar Baba
untuk memberikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Hari Sukan Negara peringkat sekolah.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

*** UCAPAN PERASMIAN ***

2
MASA ACARA TEKS
Gimik Majlis seterusnya mempersilakan Puan Hajah
Sahreah binti Md Zin diiringi barisan pentadbir
untuk sama-sama menyempurnakan gimik
perasmian. Dipersilakan.

*** GIMIK PERASMIAN ***

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


dan ucapan terima kasih kepada Pengetua dan
barisan pentadbir atas kesudian menyempurnakan
gimik sebentar tadi.

Senamrobik Terbang kenari lintas ke sana,


Hinggap di dahan pohon meranti,
Bertambah seni indah suasana,
Dengan persembahan dari hati.

Untuk itu, marilah kita sama-sama bersedia dan


mengambil tempat masing-masing bagi acara
senamrobik. Dipersilakan.

*** SENAMROBIK ***

Dengan berakhirnya acara senamrobik sebentar


tadi, maka, majlis kita telah sampai ke
penghujungnya. Majlis mengucapkan jutaan terima
kasih kepada semua warga sekolah yang telah
menjayakan program kita pada hari ini.

Sekian. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai