Anda di halaman 1dari 6

MODUL AKTIVITI PASUKAN BADAN BERUNIFORM

BANTU MULA

1. Pertolongan cemas bermaksud pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan
tidak mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak
hospital.
2. Prinsip asas pertolongan cemas adalah seperti berikut:
a. Menyelamatkan nyawa
b. Mengurangkan kesakitan
c. Mengelakkan keadaan kecederaan menjadi bertambah teruk.
d. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital
3. Peraturan Am Pertolongan Cemas adalah seperti berikut:
a. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
b. memberi keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar iaitu menjaga terutamanya
pernafasan pesakit itu.
c. Jangan menanggalkan pakaian mangsa (hanya sekadar melonggarkannya sahaja dengan
tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa).
d. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital
4. Matlamat aktiviti Bantu Mula
a. Untuk menyelamat mangsa yang mengalami kecederaan
b. Untuk mengelak kecederaan menjadi bertambah bertambah parah
c. Untuk mengurangkan kesakitan mangsa yang mengalami kecederaan sebelum dihantar ke
hospital
d. Untuk menerapkan nilai murni seperti bertanggungjawab, saling bantu dan kasih sayang.

5. Kandungan dalam Peti Pertolongan Cemas:


a. Savlon (anti-septic) - Kegunaannya untuk membunuh kuman . (Letak sedikit ke atas kapas
dan sapu ke atas kawasan kulit yang terluka dengan sapuan sehala.
b. Yellow lotion / iodin - Kegunaan untuk menyembuhkan luka (Disapu pada kawasan luka
iaitu selepas luka dibersihkan dengan savlon)
c. Calamine Lotion - Kegunaannya untuk menyembuhkan ruam, alergik dan gatal iaitu untuk
penyakit kulit sahaja. (Bersih dan keringkan kawasan yang terjejas dan sapu kawasan
tersebut dengan kapas.
d. Burnol - Kegunaan untuk membunuh kuman, untuk luka terlecur. (Keringkan luka dan sapu
ke bahagian lecur tersebut. Tidak dibenarkan sapu pada luka kebakaran tahap 2 dan 3).
e. LMS (Laminate Menthol Solution) dan Menzza Cream – Kegunaannya untuk melegakan
kecederaan otot dan terseliuh. (Letak sedikit ke atas tangan, dan gosok tangan sehingga
panas lalu sapu ke atas bahagian kecederaan. Menzza boleh disapu terus pada
kecederaan tanpa perlu digosok pada tapak tangan).
f. Ammonium Salt - Kegunaannya untuk menyedarkan mangsa yang pengsan. (Buka penutup
botol dan hidukan kepada mangsa dari jarak 10cm.
g. Kain anduh atau triangular bandage - Kegunaannya untuk membalut luka dan patah serta
boleh juga sebagai alat untuk mengangkat dan memindahkan mangsa
h. Crepe bandage - Kegunaan untuk merawat kecederaan terkehel dan terseliuh, luka
berdarah.
i. Roller bandage - Kegunaan untuk merawat luka tercalar. (Boleh dipotong kepada bahagian
kecil untuk dijadikan sebagai gauze).
j. Gauze - Kegunaannya untuk menutup luka kecil sambil memberi tekanan langsung selepas
disapu ubat.
k. Plaster - Kegunaannya untuk menutup luka terpotong yang kecil.
l. Kapas atau cotton ball - Kegunaannya untuk membersihkan luka dan memberi tekanan
langsung untuk menghentikan pendarahan.
m. Gunting - Kegunaannya untuk menggunting lebihan pembalut.
n. Forsep - Kegunaannya untuk memegang kapas dan gauze.
o. Micropore - Kegunaannya untuk melekatkan pembalut pada luka mangsa
p. Sarung tangan atau surgical glove - Kegunaan untuk melindungi diri kita daripada terkena
luka mangsa atau darah mangsa.

5. Kegunaan Kain Anduh

a. Untuk mengampu bahagian yang cedera atau patah.


b. . Untuk menghenti atau menahan pendarahan.
c. Untuk menetapkan bahagian yang cedera.
d. Untuk menutup tempat yang luka atau cedara.
e. Sebagai pengelap dan karung tuaman sejuk
umumnya terdapat 5 jenis balutan anduh iaitu:
a. Anduh Lengan
- Untuk mengampu bahagian atas yang cedera seperti tangan. Ikatan buku sila
diikat pada atas bahu
b. Anduh kepala
- Untuk merawat kecederaan dan luka atau pendarahan pada bahagian kulit
kepala
c. Anduh lutut / sikut
- Untuk menutup kecederaan / kesakitan pada bahagian lutut
d. Anduh Pergelangan Tangan / Tapak Kaki
- Membalut kecederaan pada tangan (seperti terkena air panas)
e. Pembalut Cincin
- Untuk merawat luka tertusuk objek tajam seperti kayu dan sebagainya bagi
mengelakkan kecederaan bertambah parah.

6. Luka – (Definisi – Pendarahan pada bahagian dermis kulit di mana kulit terkoyak, dipotong
atau tercucuk atau terkana benda tumpul yang menyebabkan lebam pada kulit)
a. Jenis-jenis luka adalah seperti berikut:
1. Luka terhiris (luka yang disebabkan oleh benda-benda tajam. Contohnya luka disebabkan
oleh hirisan pisau).
2. Luka terkoyak ( luka yang berkeadaan terkoyak yang kebiasaannya
disebabkan oleh kemalangan jalan raya, cakaran atau gigitan binatang).
3. Luka lebam ( luka yang mencederakan tisu-tisu dalam yang biasanya disebabkan oleh
benda-benda yang tidak tajam. Contohnya kesan tumbukan, terhimpit benda yang berat dan
sebagainya)
4. Luka tembus (luka atau kecederaan yang disebabkan oleh objek tajam dan mengeluarkan
darah yang banyak. Contohnya tusukan pisau, jarum, paku, duri dan sebagainya).
5. Luka tembakan.
b. Urutan bagi merawat luka adalah seperti berikut:
i. Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan berhenti.
ii. Jika darah masih mengalir, balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan ke atas
kawasan yang luka.
iii. Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari jantung dan
otak.
iv. Tenangkan mangsa.
v. Hantar mangsa dengan segera ke hospital
.
LATIHAN PENGUKUHAN

ASAS BANTU MULA


1. Maksud bantu mula ialah
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________

2. Tuliskan 4 tujuan aktiviti Bantu Mula.

a. ________________________________________________________

b. ________________________________________________________

c. ________________________________________________________

d. ________________________________________________________

3. Tuliskan Prinsip Asas Pertolongan Cemas

a. ________________________________________________________

b. ________________________________________________________

c. ________________________________________________________

d. ________________________________________________________
6. Tuliskan 10 bahan yang terdapat dalam peti pertolongan cemas serta kegunaannya

Bil Bahan Kegunaan

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Tuliskan 5 fungsi kain anduh


a. ________________________________________________________

b. ________________________________________________________

c. ________________________________________________________

d. ________________________________________________________

e. ________________________________________________________

LUKA
Jawab soalan di bawah dengan betul.
1. Maksud luka ialah
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

2. Luka terbahagi kepada _________________ jenis iaitu:

a. ________________________________________________________

Maksud :
_________________________________________________________________________

b. ________________________________________________________

Maksud :
__________________________________________________________________________

c. ________________________________________________________

Maksud :
_________________________________________________________________________
d. ________________________________________________________
Maksud :
___________________________________________________________________________

e. ________________________________________________________

Maksud :
___________________________________________________________________________

5. Jawab soalan di bawah menggunakan pilihan jawapan yang telah


diberikan.

Anduh hospital kecemasan parah kuman Pertolongan tangan Basuh

badan merawat doktor luka

a. Kita perlu merawat _____________________ dengan segera bagi


mengelakkan kuman daripada memasuki _______________________ kita.
b. Luka akan menjadi bertambah teruk jika dijangkiti ________________.
c. Kain _____________________ boleh digunakan untuk membalut
____________________.
d. Peti ______________________________ Cemas hendaklah
disediakan di rumah kita untuk digunakan ketika _________________.
e. Luka yang __________________________ hendaklah dibawa ke

___________________ untuk mendapat rawatan ________________.


f. _________________ tangan menggunakan pencuci ______________
setelah selesai _____________________________ luka.

Anda mungkin juga menyukai