Anda di halaman 1dari 4

NOTA BANTU MULA (TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH)

1. PERTOLONGAN CEMAS
Pertolongan cemas bermaksud pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak
mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan doktor atau pihak hospital.

2. Prinsip asas pertolongan cemas adalah seperti berikut:


a. Menyelamatkan nyawa
b. Mengurangkan kesakitan
c. Mengelakkan keadaan kecederaan menjadi bertambah teruk.
d. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital

3. Peraturan Am Pertolongan Cemas adalah seperti berikut:


a. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
b. memberi keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar iaitu menjaga terutamanya
pernafasan pesakit itu.
c. jangan menanggalkan pakaian mangsa (hanya sekadar melonggarkannya sahaja
dengan tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa).
d. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital

4. Matlamat aktiviti Bantu Mula


a. Untuk menyelamat mangsa yang mengalami kecederaan
b. Untuk mengelak kecederaan menjadi bertambah bertambah parah
c. Untuk mengurangkan kesakitan mangsa yang mengalami kecederaan sebelum
dihantar ke hospital
d. Untuk menerapkan nilai murni seperti bertanggungjawab, saling bantu dan kasih
saying.

5. Kandungan dalam Peti Pertolongan Cemas:


a. Savlon (anti-septic) - Kegunaannya untuk membunuh kuman . (Letak sedikit ke
atas kapas dan sapu ke atas kawasan kulit yang terluka dengan sapuan sehala.
b. Yellow lotion / iodin - Kegunaan untuk menyembuhkan luka (Disapu pada kawasan
luka iaitu selepas luka dibersihkan dengan savlon)
c. Calamine Lotion - Kegunaannya untuk menyembuhkan ruam, alergik dan gatal iaitu
untuk penyakit kulit sahaja. (Bersih dan keringkan kawasan yang terjejas dan sapu
kawasan tersebut dengan kapas.
d. Burnol - Kegunaan untuk membunuh kuman, untuk luka terlecur. (Keringkan luka
dan sapu ke bahagian lecur tersebut. Tidak dibenarkan sapu pada luka kebakaran
tahap 2 dan 3).
e. LMS (Laminate Menthol Solution) dan Menzza Cream – Kegunaannya untuk
melegakan kecederaan otot dan terseliuh. (Letak sedikit ke atas tangan, dan gosok
tangan sehingga panas lalu sapu ke atas bahagian kecederaan. Menzza boleh disapu
terus pada kecederaan tanpa perlu digosok pada tapak tangan).
f. Ammonium Salt - Kegunaannya untuk menyedarkan mangsa yang pengsan. (Buka
penutup botol dan hidukan kepada mangsa dari jarak 10cm.
g. Kain anduh atau triangular bandage - Kegunaannya untuk membalut luka dan patah
serta boleh juga sebagai alat untuk mengangkat dan memindahkan mangsa
h. Crepe bandage - Kegunaan untuk merawat kecederaan terkehel dan terseliuh, luka
berdarah.
i. Roller bandage - Kegunaan untuk merawat luka tercalar. (Boleh dipotong kepada
bahagian kecil untuk dijadikan sebagai gauze).
j. Gauze - Kegunaannya untuk menutup luka kecil sambil memberi tekanan langsung
selepas disapu ubat.
k. Plaster - Kegunaannya untuk menutup luka terpotong yang kecil.
l. Kapas atau cotton ball - Kegunaannya untuk membersihkan luka dan memberi
tekanan langsung untuk menghentikan pendarahan.
m. Gunting - Kegunaannya untuk menggunting lebihan pembalut.
n. Forsep - Kegunaannya untuk memegang kapas dan gauze.
o. Micropore - Kegunaannya untuk melekatkan pembalut pada luka mangsa
p. Sarung tangan atau surgical glove - Kegunaan untuk melindungi diri kita daripada
terkena luka mangsa atau darah mangsa.

6. Luka
a. Jenis-jenis luka adalah seperti berikut:
1. Luka terhiris (luka yang disebabkan oleh benda-benda tajam. Contohnya luka
disebabkan oleh hirisan pisau).
2. Luka terkoyak ( luka yang berkeadaan terkoyak yang kebiasaannya
disebabkan oleh kemalangan jalan raya, cakaran atau gigitan binatang).
3. Luka lebam ( luka yang mencederakan tisu-tisu dalam yang biasanya
disebabkan oleh benda-benda yang tidak tajam. Contohnya kesan
tumbukan, terhimpit benda yang berat dan sebagainya)
4. Luka tembus (luka atau kecederaan yang disebabkan oleh objek tajam dan
mengeluarkan darah yang banyak. Contohnya tusukan pisau, jarum, paku,
duri dan sebagainya).
5. Luka tembakan.
b. Urutan bagi merawat luka adalah seperti berikut:
i. Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan
berhenti.
ii. Jika darah masih mengalir, balut kawasan yang berdarah atau tambahkan
tekanan ke atas kawasan yang luka.
iii. Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari
jantung dan otak. iv. Tenangkan mangsa.
v. Hantar mangsa dengan segera ke hospital.

7. Patah
a. Jenis-jenis patah adalah seperti berikut:
1. Patah tebu/tertutup (Patah yang tidak disertai dengan luka di bahagian patah).
2. Patah riok (Hujung tulang yang patah terkeluar di bahagian luar kulit).
3. Patah melarat. (Patah yang menyebabkan organ lain turut mendapat
kecederaan).
4. Patah Remok. (Patah beberapa Bahagian).
5. Patah Terenyok (Tulang patah kepada dua bahagian dan salah satunya
terbenam ke dalam tulang yang patah itu.
6. Patah Rebung (Patah secara menyungkap dan tidak terus putus. Biasanya
terjadi kepada tulang kanak-kanak dan bayi).
7. Pecah Remok (Tulang yang pecah terbenam ke bawah dan menghimpit organ
lain. Contohnya, tengkorak kepala yang terbenam menghimpit otak.
b. Tanda-tanda patah
i. Sakit pada bahagian patah atau kawasan berhampiran. ii.
Bengkak dan lebam pada bahagian yang tercedera.
iii. Sukar atau tidak dapat bergerak atau mengangkat bahagian tercedera.
iv. Terdapat kecatatan bahagian patah seperti bengkok ataupun anggota menjadi
lebih pendek.
v. Dapat merasa geselan tulang bila dipegang bahagian patah

Anda mungkin juga menyukai