Anda di halaman 1dari 19

MODUL AKTIVITI / PERJUMPAAN

PASUKAN BADAN BERUNIFORM (SM)

TAJUK : BANTU MULA


NAMA GURU :

PERSATUAN ………..
PERTOLONGAN CEMAS

“Bermaksud pertolongan segera yang diberikan


kepada pesakit tanpa mengira bangsa atau keturunan
sebelum mendapat rawatan lanjut dari doktor atau
pihak hospital”
PRINSIP-PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS
1. Menyelamatkan nyawa
2. mengurangkan kesakitan
3. Mengelakkan keadaan kecederaan menjadi bertambah teruk
4. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospita

PERATURAN AM PERTOLONGAN CEMAS


1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu;
2. Memberi keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar (menjaga
terutamanya pernafasan);
3. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar
melonggarkannya untuk memudahkan pernafasan mangsa;
4. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital
Pembebatan (dressing)
Dilakukan untuk mengawal dan mencegah
pendarahan dan melindungi luka daripada
jangkitan kuman.

Pembalutan (bandaging)
Dilakukan untuk mengekalkan tekanan ke atas
pembebatan, memegang pembebat dan
penganduh pada tempatnya, mengurangkan
kebengkakan, mengurangkan pergerakan,
mengurangkan kesakitan dan tahap kecederaan.
UJI MINDA
• Dilakukan untuk mengekalkan tekanan ke atas pembebatan, memegang pembebat dan penganduh pada
tempatnya, mengurangkan kebengkakan, mengurangkan pergerakan, mengurangkan kesakitan dan tahap
kecederaan.

• Dilakukan untuk mengawal dan mencegah pendarahan dan melindungi luka daripada jangkitan kuman

Pembebatan (dressing)
Dilakukan untuk mengawal dan mencegah pendarahan dan melindungi luka
daripada jangkitan kuman.

Pembalutan (bandaging)
Dilakukan untuk mengekalkan tekanan ke atas pembebatan, memegang pembebat dan
penganduh pada tempatnya, mengurangkan kebengkakan, mengurangkan pergerakan,
mengurangkan kesakitan dan tahap kecederaan.
Peti pertolongan cemas
Peti pertolongan cemas digunakan untuk menyimpan alatan
atau ubatan bagi melakukan pertolongan cemas untuk
menyelamatkan nyawa, menghalang dan menghentikan
kecederaan daripada menjadi semakin teruk
KANDUNGAN Peti pertolongan cemas
• Savlon (anti-septic) - Digunakan untuk membunuh kuman. (Letak sedikit ke atas kapas dan sapu ke atas kawasan
kulit yang terluka dengan sapuan sehala).
• Yellow lotion / iodin - Digunakan untuk menyembuhkan luka (disapu pada luka selepas ldibersihkan dengan savlon).
• Calamine Lotion - Kegunaannya untuk menyembuhkan ruam, alergik dan gatal iaitu untuk penyakit kulit sahaja.
(Bersih dan keringkan kawasan yang terjejas dan sapu kawasan tersebut dengan kapas.
• Burnol - Digunakan untuk membunuh kuman, untuk luka terlecur. (Keringkan luka dan sapu ke bahagian
lecur tersebut. Tidak dibenarkan sapu pada luka kebakaran tahap 2 dan 3).
• Kain anduh - Kegunaannya untuk membalut luka dan patah serta boleh juga sebagai alat untuk mengangkat
dan memindahkan mangsa
• Crepe bandage - Kegunaannya untuk merawat kecederaan terkehel dan terseliuh, luka berdarah.
• Roller bandage - Kegunaan untuk merawat luka tercalar. (Boleh dipotong kepada bahagian kecil untuk dijadikan
sebagai gauze).
• Gauze - Kegunaannya untuk menutup luka kecil sambil memberi tekanan langsung selepas disapu ubat.
• Plaster - Kegunaannya untuk menutup luka terpotong yang kecil.
• Kapas - Kegunaannya untuk membersihkan luka dan memberi tekanan langsung untuk menghentikan
pendarahan.
• Gunting - Kegunaannya untuk menggunting lebihan pembalut.
• Forsep - Kegunaannya untuk memegang kapas dan gauze.
• Micropore - Kegunaannya untuk melekatkan pembalut pada luka mangsa.
• Sarung tangan - Kegunaannya untuk melindungi diri kita daripada terkena luka mangsa atau darah mangsa
UJI MINDA
Kegunaan alatan dalam peti pertolongan cemas
• Digunakan untuk menyembuhkan luka (selepas dibersihkan dengan savlon).
• Digunakan untuk membunuh kuman, untuk luka terlecur
• Kegunaannya untuk membalut luka dan patah
• Kegunaannya untuk menutup luka terpotong yang kecil.
• Kegunaannya untuk melindungi diri kita daripada terkena luka mangsa atau darah mangsa

KOMPONEN FUNGSI
Sarung tangan Kegunaannya untuk melindungi diri kita daripada terkena luka atau darah mangsa

Kain anduh Kegunaannya untuk membalut luka dan patah

Iodin / Yellow Digunakan untuk menyembuhkan luka (selepas ldibersihkan dengan savlon)
lotion
Burnol Digunakan untuk membunuh kuman, untuk luka terlecur

Plaster Kegunaannya untuk menutup luka terpotong yang kecil


luka
Jenis luka
1. Luka terhiris (luka yang disebabkan oleh benda-benda tajam. Contohnya luka disebabkan oleh hirisan pisau).
2. Luka terkoyak (luka yang berkeadaan terkoyak yang kebiasaannya disebabkan oleh kemalangan jalan raya,
cakaran atau gigitan binatang).
3. Luka lebam ( luka yang mencederakan tisu-tisu dalam yang biasanya disebabkan oleh benda-benda yang tidak
tajam. Contohnya kesan tumbukan, terhimpit benda yang berat dan sebagainya)
4. Luka tembus (luka atau kecederaan yang disebabkan oleh objek tajam dan mengeluarkan darah yang banyak.
Contohnya tusukan pisau, jarum, paku, duri dan sebagainya).
5. Luka tembakan (luka terkena tembakan)
•  

Cara merawat luka


1. Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan berhenti.
2. Jika darah masih mengalir, balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan ke atas kawasan yang luka.
3. Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari jantung dan otak.
4. Tenangkan mangsa.
5. Hantar mangsa dengan segera ke hospital.
Cara merawat luka
UJI MINDA
Cara merawat luka
1. Hantar mangsa dengan segera ke hospital
2. Tenangkan mangsa
3. Jika darah masih mengalir, balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan ke atas kawasan yang luka
4. Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari jantung dan otak
5. Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan berhenti.

BIL LANGKAH
1 Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan berhenti
2 Jika darah masih mengalir, balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan ke atas
kawasan yang luka
3 Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari jantung dan otak
4 Tenangkan mangsa

5 Hantar mangsa ke hospital


Jenis patah
patah
• Patah tebu / tertutup  (patah yang tidak disertai dengan luka di bahagian patah).
• Patah riok (hujung tulang yang patah terkeluar di bahagian luar kulit).
• Patah melarat. (patah yang menyebabkan organ lain turut mendapat kecederaan).
• Patah Remok. (patah beberapa bahagian).
• Patah Terenyok (tulang patah kepada dua bahagian dan salah satunya terbenam ke dalam tulang yang patah itu.
• Patah Rebung (patah secara menyungkap dan tidak terus putus. Biasanya terjadi kepada kanak-kanak dan bayi).
• Pecah Remok (Tulang yang pecah terbenam ke bawah dan menghimpit organ lain. Contohnya, tengkorak kepala
yang terbenam menghimpit otak 

Cara merawat patah


• Letak pesakit dalam keadaan selesa.
• Rawatan patah hendaklah dilakukan di tempat kejadian kecuali keadaan merbahaya di situ.
• Tenangkan mangsa sekiranya mangsa dalam keadaan sedar.
• Sekiranya mangsa pengsan, periksa pernafasan dan nadinya. Lakukan CPR sekiranya nadi dan pernafasan
terhenti.
• Apabila mangsa pulih, rawatan pendarahan hendaklah dilakukan.
• Hentikan pendarahan secara kaedah langsung atau tidak langsung mengikut kesesuaian.
• Ampu bahagian yang patah dengan menggunakan tuap atau anduh mengikut keadaan dan tempat yang patah.
• Dapatkan bantuan perubatan segera
Cara merawat patah
UJI MINDA
• patah di beberapa bahagian
Jenis patah • hujung tulang yang patah terkeluar di bahagian luar kulit
• patah yang tidak disertai dengan luka di bahagian patah
• patah yang menyebabkan organ lain turut mendapat kecederaan.

Patah tebu Patah yang tidak disertai dengan luka di bahagian patah

Patah riok Hujung tulang yang patah terkeluar di bahagian luar kulit

Patah melarat Patah yang menyebabkan organ lain turut mendapat


kecederaan
Patah remuk Patah di beberapa bahagian
Rawatan cpr kaedah abc
• A - AIRWAY – Memeriksa saluran pernafasan (merupakan tindakan pertama yang perlu dilakukan dalam proses CPR
untuk memastikan saluran pernafasan adalah terbuka. Kaedahnya ialah dengan mendongakkan kepala mangsa ke
belakang dan angkat dagu mangsa. Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak supaya ia
tidak menghalang laluan udara. Pemeriksaan visual boleh dilakukan dalam mulut mangsa dengan menggunakan jari
untuk membuang sebarang bahan asing dari mulut).

• B - BREATHING – Memeriksa pernafasan (Dekatkan telinga anda di sisi mulut dan hidung mangsa sambil memandang ke
arah dada mangsa untuk memeriksa pernafasan mangsa. Keadaan tersebut membolehkan anda mendengar bunyi
nafas, merasa hembusan nafas dan mata anda memandang tepat ke arah dada untuk melihat pergerakan turun naik
dada. (Kaedah 3M=Mendengar, Merasa, Melihat). Jika tiada nafas anda perlu memberikan pernafasan bantuan.
Contohnya mulut ke mulut.

• C - CIRCULATION – Membantu peredaran darah (Langkah ini perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa telah terhenti
atau nadi mangsa tidak berdenyut. Sekiranya mangsa mempunyai denyutan nadi anda hanya perlu meneruskan langkah
kedua iaitu bantuan pernafasan sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri. Langkah ketiga ini dilakukan dengan
memberi tekanan atau mampatan di dada mangsa. Semasa tekanan dilakukan, tangan anda hendaklah sentiasa lurus.
Gunakan berat badan anda untuk melakukan tekanan. Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada (sternum) dan
sekitar dua jari dari atas hulu hati).
6 langkah Rawatan cpr kaedah abc
1. Posisi mangsa dan penyelamat dengan betul - Pastikan mangsa berbaring pada permukaan yang
kukuh.  Duduk melutut di sisi mangsa dan letakkan tapak tangan anda di tengah-tengah dada
mangsa dengan genggaman jari secara berselang-seli antara tangan kanan dan kiri).
2. Buat mampatan dada – Posisikan anda condong sedikit ke hadapan dengan bahu anda berada
tegak pada dada mangsa dan tekan ke bawah.  Lepaskan tekanan (tangan masih pada dada
mangsa) dan biar dadanya kembali naik ke atas.  Ulang sebanyak 30 kali dengan kadar 100 kali
seminit.
3. Buka laluan udara - Bergerak sedikit kepada kepala mangsa.  Dongakkan kepala mangsa dan angkat
dagunya untuk membuka laluan udara .  Biarkan mulut mangsa ternganga sedikit.
4. Beri pernafasan penyelamatan - Picit hidung mangsa agar lubang hidungnya tertutup. Pegang dagu
mangsa dengan tangan anda sebelah lagi.  Tarik nafas seperti biasa, letakkan mulut anda pada
mulut mangsa dan hembuskan sehingga anda nampak dadanya ternaik.
5. Lihat dada mangsa turun -  Alihkan mulut anda dari mulut mangsa dan lihat dada mangsa turun. 
Ulang pernafasan penyelamatan ini (iaitu langkah D dan E) sebanyak 2 kali.
6. Ulang mampatan dada dan pernafasan penyelamatan - Letakkan tangan anda pada dada semula
dan ulang buat mampatan dada.  Buat 30 mampatan dada diikuti 2 pernafasan penyelamatan. 
Ulangi urutan rawatan ini hingga bantuan tiba
Rawatan cpr kaedah abc
6 langkah Rawatan cpr kaedah abc
• Buka laluan udara
• Posisi mangsa dan penyelamat dengan betul –
• Buat mampatan dada
• Ulang mampatan dada dan pernafasan penyelamatan
• Beri pernafasan penyelamatan
• Lihat dada mangsa turun

1 2 3
Posisi mangsa dan Buat mampatan dada Buka laluan udara
penyelamat dengan betul

6 5 4
Ulang mampatan dada dan Beri pernafasan
Lihat dada mangsa turun
pernafasan menyelamat menyelamat
Terima Kasih …….
(NAZAR BIN MAMAT, BSKK, KPM)

Anda mungkin juga menyukai