Anda di halaman 1dari 6

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

UPSR 2016
BAHAGIAN A
( 10 markah )
[Masa dicadangkan : 15 minit ]
Gambar di bawah menunjukkan suasana di pasar tani pada waktu pagi.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang suasana tersebut berdasarkan gambar.

__________________________________________________________

BAHAGIAN B
( 15 markah )
[ Masa dicadangkan : 25 minit ]
Gambar di bawah menunjukkan situasi di perpustakaan sekolah. Tulis ulasan
tentang faedah menggunakan perpustakaan dalam bentuk perenggan. Panjang
ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

15

BAHAGIAN C
( 25 markah )
[ Masa dicadangkan : 35 minit ]
Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.
Soalan 1
Pada cuti persekolahan baru-baru ini, kamu telah pergi bercuti bersama keluarga.
Ceritakan pengalaman kamu tentang percutian tersebut.

ATAU
Soalan 2

Berdasarkan gambar di atas tulis satu karangan tentang kepentingan menjaga


kebersihan bilik darjah

Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga telah pulang ke rumah nenek
saya di kampung. Sehari sebelum ke sana, kami semua sibuk mengemas barang
masing-masing untuk dimasukkan ke dalam beg sebelum diletakkan di dalam
bonet kereta. Kakak saya mengemas rumah kerana kami akan bercuti lama di
kampung.

Keesokan harinya, kami bangun awal pagi untuk membersihkan diri.


Setelah solat Subuh, kami segera bertolak ke rumah nenek saya. Disebabkan
terlalu gembira, saya langsung tidak dapat melelapkan mata. Kami singgah di
perhentian untuk bersarapan pagi. Saya agak terkejut apabila mendapati harga
makanan- makanan yang dijual sangat mahal tidak standing dengan makanan yang
disediakan. Setelah membeli sebungkus nasi lemak, saya makan bersama keluarga
di tempat yang telah disediakan.

Walaupun masih awal, tetapi perhentian itu semakin penuh. Mungkin


mereka bertolak awal untuk mengelakkan kesesakan jalan raya pada sebelah
petang. Kemudian, kami meneruskan perjalanan. Setelah empat jam perjalanan,
kami pun tiba di rumah nenek.

Nenek dan datuk kelihatan gembira dengan kedatangan kami semua.


Mereka menyambut kami dengan mesra. Saya dan kakak berlumba untuk memeluk
nenek. Kemudian kami mengangkat barang yang dibawa ke dalam kereta. Setelah
semua selesai, kami makan tengah hari yang dimasak oleh nenek. Masakan nenek
yang sungguh enak membuatkan saya dan kakak tidak berhenti makan. Ibu dan
ayah hanya melihat tingkah laku kami sambil tergelak kecil.

Pada petang itu ,datuk telah membawa kami ke dusun buahnya yang tidak
jauh dari rumah. Di dusun datuk terdapat pelbagai jenis pokok buah-buahan
seperti rambutan, durian, manggis dan banyak lagi. Saya dan kakak memakan
buah rambutan yang dikait datuk. Kami membawa pulang beberapa ikat buah
rambutan ke rumah.

Keesokan harinya, kami bersama-sama pergi memancing ikan di sungai.


Saya berasa sungguh seronok apabila mendapat banyak ikan. Kami memasak asam
pedas menggunakan ikan-ikan tersebut. Setelah seminggu, kami pun berkemaskemas untuk pulang ke rumah. Walaupun agak sedih, namun saya tetap gembira
dapat bercuti di kampung.

25

Anda mungkin juga menyukai