Anda di halaman 1dari 21

PENANDA WACANA

OLEH CIKGU FATIN

Penanda wacana ialah perkataan yang digunakan untuk menyambung idea antara ayat pertama dengan ayat kedua.

Penanda wacana boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu :

Menandakan pertentangan maklumat


bagaimanapun biarpun demikian meskipun begitu meskipun demikian namun namun begitu namun demikian sebaliknya sungguhpun demikian walau bagaimanapun walaupun begitu walaupun demikian meskipun

Para peserta tidak mahu mengikut jalan itu. Itulah satu-satunya jalan untuk sampai ke tempat tersebut. Para peserta tidak mahu mengikut jalan itu. Namun begitu, itulah satusatunya jalan untuk sampai ke tempat tersebut.

Ayah kelihatan terlalu uzur. Dia membanting tulang empat keratnya untuk mencari rezeki demi anak-anaknya. Ayah kelihatan terlalu uzur. Namun demikian , dia membanting tulang empat keratnya untuk mencari rezeki demi anak-anaknya.

Encik Dahlan seorang yang tegas dan tidak banyak bercakap. Dia sabar melayan kerenah anak anaknya. Encik Dahlan seorang yang tegas dan tidak banyak bercakap. Walau bagaimanapun , dia sabar melayan kerenah anak anaknya.

Menandakan sesuatu yang kian bertambah


lagipun lebih-lebih lagi malah tambahan lagi tambahan pula

Irdina suka menonton filem kartun. Filem yang berkaitan Upin dan Ipin.

Irdina suka menonton filem kartun. Lebih lebih lagi filem yang berkaitan Upin dan Ipin.

Farzana mendapat tawaran belajar di luar negara. Perbelanjaannya akan ditanggung oleh kerajaan negeri. Farzana mendapat tawaran belajar di luar negara. Malah,perbelanjaannya akan ditanggung oleh kerajaan negeri.

Ramai suri rumah berbelanja di pasar raya itu kerana terdapat pelbagai jenis barang. Harganya murah. Ramai suri rumah berbelanja di pasar raya itu kerana terdapat pelbagai jenis barang. Tambahan pula, harganya murah.

Menunjukkan akibat atau kesimpulan


akhir kata akhirnya dengan itu justeru kalau begitu lantaran itu malangnya oleh itu semenjak itu oleh sebab itu

Batrisya selalu ponteng sekolah. Ibu bapanya telah dipanggil oleh pihak sekolah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Batrisya selalu ponteng sekolah. Lantaran itu, ibu bapanya telah dipanggil oleh pihak sekolah untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Rohaida seorang murid yang rajin dan berdisiplin. Dia sentiasa mendapat pujian daripada guru-gurunya.

Rohaida seorang murid yang rajin dan berdisiplin. Oleh sebab itu ,dia sentiasa mendapat pujian daripada gurugurunya.

Ramai peserta menarik diri. Program lawatan itu dibatalkan.

terpaksa

Ramai peserta menarik diri. Justeru ,program lawatan itu terpaksa dibatalkan.

Menimbulkan maksud sesuatu yang berikutnya


kemudian lepas itu selanjutnya selepas itu

Mula-mula tumiskan bawang lada. Masukkan santan pula.

dan

Mula-mula tumiskan bawang dan lada. Kemudian, masukkan santan pula.

Kami berjalan-jalan di City Park. Kami pun pulang ke rumah. Kami berjalan-jalan di City Park. Selepas itu, kami pun pulang ke rumah.

Menunjukkan dalam masa yang sama atau pada masa itu


dalam pada itu di samping itu selain itu sebelum itu

Kita mestilah menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas untuk berjaya. Kita juga mestilah rajin mengulangkaji pelajaran. Kita mestilah menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas untuk berjaya. Di samping itu, kita juga mestilah rajin mengulangkaji pelajaran.

Membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Membaca juga dapat mengisi masa lapang dengan lebih berfaedah.

Membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Selain itu, membaca juga dapat mengisi masa lapang dengan lebih berfaedah.

Anda mungkin juga menyukai