Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PENGETUA

PROGRAM PELANCARAN INTERVENSI


SPM 5.0 SIRI 4 2018

SMK GUNSANAD

TAHUN 2018

PENGETUA

PN. JEMIRA EKONG

TARIKH

1 MAC 2018 (KHAMIS)


Terima kasih Pengacara Majlis,

- Yang Dihormati En Sabdin Saribin, Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum,

- Puan Rosmenam Binti Hj Pungut, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

- En. Zaimi Salagan , Penolong Kanan Kokurikulum

- Ketua - Ketua Bidang

- Guru-guru

- seterusnya pelajar -pelajar yang dikasihi

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita berkumpul

pada hari ini bagi menjayakan satu agenda dalam acara takwim sekolah iaitu pelancaran Intevensi

SPM 5.0 siri 4 2018, bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM pada tahun ini.

Saya berpendapat pelajar-pelajar yang hadir pada hari ini ialah pelajar-pelajar yang benar-

benar mengharapkan kecemerlangan diri sendirI. sesungguhnya penglibatan para pelajar dalam

aktiviti sebegini merupakan salah satu faktor pendorong yang boleh menjadi motivasi kepada diri

pelajar untuk memajukan diri dalam pelbagai bidang.

Pelajar Sekalian,

Secara umumnya SPM merupakan satu peperiksaan penting dan merupakan titik tolak

pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Menduduki peperiksaan adalah

salah satu peristiwa yang menjadi sejarah dalam hidup individu. Oleh itu dalam menempuh

sesuatu peristiwa penting sebegini, para calon perlu ditempatkan dalam persekitaran peperiksaan

agar pelajar lebih bersemangat, bermotivasi dan yakin diri.

Bagi kami warga pendidik perkara tersebut bukan perkara mustahil atau angan-angan Mat

Jenin sahaja, atau ibarat indah dilafazkan tetapi sukar dilaksanakan, jika para pelajar dapat

memberi sepenuh kerjasama dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sekolah, kejayaan yang

diimpikan ini sebenarnya tidak mustahil. Syaratnya, kemahuan yang tinggi, disiplin yang terarah,
dan kebersamaan dalam tindakan merupakan resepi utama dalam sesebuah kejayaan. Maka,

saya berharap para pelajar dapat memberi kerjasama kepada guru-guru dalam menempuh

hambatan dan cabaran baru, ibarat cangkat sama didaki, lurah sama dituruni. Marilah sama-sama

kita merintis denai, menebas semak-samun agar kita dapat menggapai kejayaan.

Pelajar yang dikasihi sekalian

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, pihak sekolah telah merancang pelbagai program

agar murid-murid dapat belajar dengan baik. Antara program yang telah dirancang ialah program

Intervensi SPM dimana program ini dilihat mampu membantu murid untuk lebih menguasai tajuk-

tajuk dalam matapelajaran. Diharapkan dengan adanya program ini, ia mampu menarik minat

murid untuk belajar dengan lebih fokus dan bermotivasi.

Para pelajar sekalian,

Saya dan seluruh warga sekolah sentiasa mendoakan agar anda dapat menjejakkan kaki

ke menara gading dan seterusnya mencapai impian anda. Di sini saya ingin memetik kata Bob

Budler (1992) dalam bukunya bertajuk “You Can Do It” yang menyatakan kejayaan itu tiada ternilai

harganya. Beliau menegaskan seseorang itu perlulah bersedia mengorbankan tenaga,

berdedikasi dan berusaha dengan gigih sebagai bayaran ke arah kejayaan iaitu ganjaran yang

ingin dicapainya. Dalam erti kata yang lain, tiada kejayaan tanpa usaha. Tiada siapa yang dapat

membantu kita selagi diri kita tidak mahu bergerak membantu diri sendiri.

Akhir kata, sebagai pengetua di sini, saya begitu mengharapkan para pelajar sekalian

memberikan sokongan padu kepada saya dan pihak sekolah khususnya, agar murid-murid

sekolah ini mampu mencapai kecemerlangan dalam semua bidang. Dengan ini, saya dengan

rasminya melancarkan program intervensi SPM 5.0 siri 4 2018.

Sekian, terima kasih dan assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai