Anda di halaman 1dari 13

BAHAGIAN A

Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “Biarlah ____________ yang menghapuskan lanun-lanun itu,” kata Laksamana Bijaya


kepada Sultan Mahmud.
A beta
B saya
C patik
D hamba

2 Cikgu Abu Bakar telah ______________ pendapat yang bernas tentang cara mendisiplinkan
murid-murid kepada Cikgu Haslinda.

A meluahkan
B memberikan
C memberitahu
D mengemukakan
3 Air mata Nurainul kelihatan ____________ memenuhi kelopak matanya yang kuyu itu.
A bertitisan
B bercucuran
C berlinangan
D bergenangan

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4 Kambing itu ___________ pada pangkal pokok oleh ayah.


A ditambat
B tambatan
C menambat
D penambat
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5 Puan Shimatul sedang ___________ permaidani yang baru dibelinya itu di ruang tamu
rumahnya.
A membuka
B mengulung
C menghampar
D mendedahkan

6 Pihak pencadang telah menyampaikan hujah-hujahnya tentang kebaikan memelihara alam


sekitar dengan _____________ sekali sewaktu perbahasan sedang berlangsung.
A keras
B kuat
C terang
D lantang

7 Sarjan Hussin dan anak buahnya bersembunyi di belakang ____________ buluh apabila
dikejar oleh _______________ askar Jepun .
A serawan ... sepasukan
B sebuah ... sekawan
C serumpun ... sekumpulan
D sebatang ... segerombolan

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.


8 Adik hanya makan beberapa __________ sate dan se _____________ kek semasa majlis
hari jadi rakannya.
A bilah ... biji
B cucuk ... buah
C cucuk ... potong
D batang ... potong

9 “Dengar cakap emak, jangan ___________ supaya kawan _____________ untuk


bersahabat dengan kamu,” kata ibu kepada Salman.
A berat tulang ... buta hati
B buang diri ... geli hati
C keras kepala ... senang hati
D tajam lidah ... gelap mata

10 Sarjimi menerima tawaran kerja sementara itu sebagai ___________ untuk mendapat
pekerjaan yang lebih baik pada masa hadapan.
A buah tangan
B batu loncatan
C membuka jalan
D tulang belakang

11 Zulhelmi tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan kawan karibnya. _______________ ,


dia telah mengirimkan hadiah kepada kawannya itu.
A Kalau begitu
B Namun begitu
C Di samping itu
D Oleh kerana itu

12 Ketua kampung mengarahkan kami agar bekerjasama menangkap pencuri yang


_______________ di kawasan kampung ini.
A berserakan
B berkeliaran
C berhamburan
D bertempiaran
Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13 Baginda diberi persalinan pakaian keemasan __________ ratna mutu manikam.


A bertaburan
B bersulamkan
C bertekadkan
D bertatahkan

Soalan 14 - 15
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
14 I Murid – murid menyusun buku-buku itu dengan kemas.
II Wanita itu sedang memilih barang kemas.
III Kemas barang-barang kamu sebelum pulang.
IV Ubat batuk itu kemas rasanya.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

15 I Amira sentiasa berusaha mencungkil pelajarannya.


II Datuk Ariff cuba mencungkil rahsia kejayaan daripada Datuk Seri Mala.
III Abang sedang mencungkil batu kecil yang terlekat pada tapak kasutnya.
IV Aktiviti mencungkil emas di sungai itu giat dijalankan oleh penduduk setempat.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

16 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Berapa lamakah Karnival Bahasa itu berlangsung?

A Karnival Bahasa itu akan berlangsung tidak berapa lama lagi.


B Karnival Bahasa itu akan berlangsung dua minggu lagi.
C Karnival Bahasa itu berlangsung selama dua minggu.
D Karnival Bahasa itu berlangsung tidak lama.

Soalan 17 - 20
Baca iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

CUTI-CUTI 1MALAYSIA “DEKAT JE”

Pakej 1: SAFARI PAYA BAKAU LANGKAWI

(2 hari/1malam)-Bertolak dari Langkawi. Kadar terendah RM199.

 Kemudahan : Penginapan, pengangkutan pergi dan balik dari jeti/lapangan terbang ke hotel
dan makanan.
 Aktiviti : memberi helang makanan, melawat ke kilang arang, safari di sungai paya bakau,
melawat kolam air, berenang di pantai tersembunyi, dan meneroka gua – Gua Kelawar, Gua
Legenda dan Gua Buaya.

Pakej 2: TAMAN NEGARA ENDAU- ROMPIN

(3 hari/2 malam) – Bertolak dari Kahang. Kadar terendah RM440.

 Kemudahan : penginapan, makanan dan pengangkutan.


 Aktiviti : merentas hutan, berenang, memancing, berkayak, berjalan pada waktu malam, dan
melawat ke Taman Herba
Pakej 3: AIR TERJUN SEKAYU

Bermula di Kuala Terengganu. Lawatan harian dengan kadar terendah RM55


(Minimum 3 orang )

 Kemudahan : makan tengah hari, pengangkutan dan pemandu pelancong.


 Aktiviti : bersiar-siar dan melawat ke pusat penerangan, menikmati pemandangan tasik dan
Sungai Terengganu, menikmati buah-buahan di dusun buah-buahan tropika Sekayu, dan
merentas Air Terjun Sekayu hingga sampai ke puncaknya.

Pakej 4: SUNGAI REJANG

(Lawatan separuh hari) - Bertolak dari Sibu. Kadar terendah RM150.

 Kemudahan : pengangkutan bot laju menyusuri Sungai Rejang.


 Aktiviti : menikmati pemandangan Bandar Sibu, melawat ke kilang membina kapal, kilang
kayu balak, kilang papan lapis, perkampungan nelayan dan rumah panjang.

Ayuh,bercuti dan berehatlah bersama-sama keluarga tersayang! Pilihlah mana-mana


destinasi hebat kami yang andai sukai. Bersedialah untuk perjalanan yang hebat cabarannya.
Hubungi kami, Agensi Pelancongan Rafflesia di talian 03- 7299114 untuk keriangan anda.

17 Apakah perkara utama berkaitan iklan di atas?

A Destinasi pelancongan di Malaysia


B Agensi pelancongan yang menawarkan pakej percutian
C Program khusus untuk menjayakan kempen Cuti-cuti 1Malaysia
D Pakej pelancongan bersempena dengan kempen Cuti-cuti 1Malaysia

18 Pakej pelancongan manakah yang sesuai untuk keluarga yang tidak menggemari aktiviti
lasak?
A Pakej 1
B Pakej 2
C Pakej 3
D Pakej 4
19 Mengapakah kemudahan penginapan tidak disediakan dalam Pakej 3 dan Pakej 4?

A Kerana kadar bayaran yang dikenakan agak rendah


B Kerana tempoh lawatan kurang daripada semalam
C Kerana pengunjungnya dalam kalangan penduduk tempatan
D Kerana menjalankan aktiviti bersiar-siar dan melawat kilang

20 Secara keseluruhannya, semua pakej pelancongan tersebut menggalakkan para pengunjung

A melawat sambil berhibur


B menghilangkan tekanan perasaan
C menjamu selera di samping berpesta
D beriadah dan menikmati keindahan alam

BAHAGIAN B
[30 markah]

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

dari daripada oleh dengan

kepada hingga tentang demi

Media massa ialah alat komunikasi yang penting dalam sesebuah negara. Oleh sebab itu,
media massa memainkan peranan penting dalam usaha mewujudkan masyarakat berpengetahuan.
Setiap hari pelbagai maklumat penting disebarkan ________________ media massa
________________ rakyat. Hal ini amat penting dalam usaha kerajaan ingin mewujudkan
masyarakat berpengetahuan _________________mencapai Wawasan 2020. Selain itu, media
massa mestilah menyampaikan maklumat yang tepat, padat, dan berasas agar pemikiran
masyarakat negara kita tidak terpesong ______________ landasan kebenaran.
( 4 markah )
Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat Tanya

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

Jawapan : Kerugian yang dialami oleh mangsa banjir di negeri Johor melebihi RM1
juta.

( 2 markah )

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

( 2 markah )

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.


Nyatakan simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

______________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

( 2 markah )

Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Wayang kulit merupakan satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya
dan bayang. Wayang kulit bukan sahaja mencerminkan unsur kebudayaan, tetapi juga menjadi
hiburan bagi masyarakat Melayu. Persembahan wayang kulit lazimnya dilakukan di sebalik tabir
putih. Patung-patung kulit ditayangkan dengan digerak-gerakkan di antara tabir dengan pelita
minyak. Cahaya pelita akan menjadikan bayang-bayang patung bergerak-gerak di atas layar
putih.

Dalam setiap persembahan wayang kulit, Tok Dalang memainkan peranan yang amat
penting. Tok Dalang akan diiringi oleh satu kumpulan pemuzik yang memainkan alat-alat muzik.
Satu keistimewaan Tok Dalang ialah dia dapat mengubah-ubah suaranya mengikut watak-watak
penting yang dimainkannya.

Wayang kulit telah melalui banyak perubahan serta penyesuaian selari dengan
penerimaan dan cara hidup masyarakat setempat. Perubahan ini disebabkan wayang kulit
merupakan satu alat perhubungan masyarakat Melayu melalui kesenian. Wayang kulit jelas
menonjolkan unsur-unsur tempatan dari segi bahasa dan peristiwa-peristiwa yang disentuh dalam
persembahannya. Aliran cerita, bentuk patung-patung dan watak terdapat adegan-adegan kelakar
disepanjang cerita wayang kulit itu.

a. Gelaran kepada orang yang memainkan wayang kulit ialah _______________________.


[ 1 markah ]

b. Siapakah yang akan mengiringi Tok Dalang dalam persembahan wayang kulit?

______________________________________________________________________________

[ 1 markah ]

c. Mengapakah persembahan wayang kulit menggunakan pelita minyak?

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

[ 2 markah )

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah


ditunjukkan sebagai contoh.

Wayang kulit merupakan satu bentuk teater


tradisional.

Tok Dalang boleh memainkan pelbagai alat


betul
muzik.

Tok Dalang mengubah-ubah suaranya


salah
mengikut keperluan watak.

Persembahan wayang kulit biasanya


dilakukan di sebalik dinding putih.
[ 2 markah ]

Soalan 24

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-solan berikutnya.


Pada cuti persekolahan yang lalu, aku dan keluarga pergi berkelah di Batu Ferringhi.
Kami turut membeli-belah di situ sempena pesta pantai musim cuti persekolahan. Ketika kami
sampai di situ, orang ramai sudah membanjiri kawasan pantai tersebut. Kami terus menuju ke
tapak pesta yang diadakan di pesisir pantai. Suasana di tapak pesta itu sungguh meriah. Selain
menyaksikan pertunjukan hiburan, orang ramai turut mengunjungi gerai jualan barangan
cenderahati, pakaian, permainan dan gerai makanan. Aku tidak melepaskan peluang untuk
membeli cenderahati untuk kenangan. Aku berasa seronok mengunjungi pesta itu kerana terdapat
banyak jenis gerai jualan serta pelbagai jenis makanan dijual. Kami meninggalkan tapak pesta
tersebut setelah tidak cukup tangan untuk membawa barangan yang telah dibeli. Kami pulang
dengan gembira.

a. Perkataan cenderahati dalam petikan boleh diganti dengan perkataan ______________


(1
markah)

b. Apakah tujuan penulis dan keluarganya pergi ke Batu Ferringhi?

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

(2 markah)

c. Selain daripada bercuti, apakah DUA aktiviti lain yang boleh dilakukan ketika cuti
persekolahan?

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

( 3 markah )

Soalan 25

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-solan berikutnya.


Tidak layu si mawar merah,
Buat menghias tepian kolam,
Bahasa Melayu mencatat sejarah,
Luas tersebar seluruh alam.

Gadis ayu bagaikan ratu,


Cantik menawan bersih pakaian,
Bahasa Melayu bahasa penyatu,
Bahasa Kebangsaan bahasa perpaduan.

Lembut bicara Puteri Salju,


Bergurau senda bersama rakan,
Jika berjaya ingin maju,
Bahasa Ibunda jangan dipinggirkan.

Hati terpikat memendam rasa,


Suara merdu pandai bergaya,
Mari mengangkat martabat bahasa,
Tekad dipadu pasti berjaya.
a. Jika kita ingin negara maju, kita ____________________________________________
( 1 markah )

b. Apakah maksud rangkap kedua pantun tersebut?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________
( 2 markah )

c. Tandakan ( / ) bagi pernyataan yang betul berdasarkan pantun tersebut.

Bahasa Melayu menyatukan bangsa

Bahasa Melayu bahasa dunia

( 2 markah)
d. Pada pendapat kamu, mengapakah kamu perlu menguasai bahasa Melayu?

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

( 3 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai