Anda di halaman 1dari 9

HOTEL HIJAU

1. Ciri-ciri hotel hijau.

Dipenuhi dengan pokok hijau di


dalam dan di luar hotel.

2. Mengapakah sabun dan


syampu yang bebas bahan kimia
digunakan di hotel hijau?

Sabun dan syampu yang bebas


bahan kimia digunakan untuk
mengurangkan pencemaran.
3. Bagaimanakah penggunaan
bumbung lut cahaya bilik baik
untuk alam sekitar?

Penggunaan bumbung lut cahaya


bilik baik untuk alam sekitar
kerana mengurangkan
penggunaan elektrik.
Karangan
Rumah saya
Rumah merupakan tempat
perlindungan daripada hujan dan
panas. Selain itu, rumah juga
merupakan tempat untuk kita
merehatkan diri.

Keluarga saya juga ingin memiliki


sebuah rumah yang sederhana
besarnya. Kami akan membina rumah
itu di atas sebidang tanah. Rumah itu
akan beratap genting kerana ianya
tahan lama.
    Rumah impian keluarga saya
ini akan dibina dengan
menggunakan bahan-bahan yang
berkualiti.  Penggunaan bahan
yang berkualiti akan memastikan
rumah ini kemas dan
kukuh.  Rumah ini akan menjadi
lebih lengkap dengan halaman
yang luas. Keluarga saya akan
menanam pokok-pokok hiasan
yang berwarna warni menghiasi
landskap rumah impian saya.
     Rumah yang
akan  kami bina ini
mempunyai pelbagai
kelengkapan. Sebuah bilik
bacaan yang dilengkapi
dengan rangkaian tanpa
wayar akan diwujudkan.
Di dalam bilik bacaan ini
juga akan ditempatkan
buku, surat khabar dan
majalah. Seluruh keluarga
akan memanfaatkan
kelengkapan ini.
Kawasan rumah
keluarga saya ini juga
mempunyai kebun buah-
buahan yang luas.
Beberapa batang pokok
mangga dan pokok
rambutan akan di tanam
dikawasan kebun ini.
Disamping itu, ibu dan
adik juga akan
memelihara beberapa
ekor arnab sebagai hobi
sampingan.
    Kami amat berharap
agar  rumah impian yang
diimpikan seperti di atas
akan menjadi kenyataan
suatu hari nanti.

Anda mungkin juga menyukai