Anda di halaman 1dari 1

LATIHAN KATA SENDI NAMA

LATIHAN A

Isi tempat kosong di bawah dengan kata sendi nama yang sesuai.

1. Pemudi itu sentiasa sugul ______________ peristiwa itu.


2. Asrama ___________ pelajar-pelajar perempuan sangat lengkap.
3. Pasangan pengantin baharu itu _______________ pinang dibelah dua.
4. Ayahnya bertanya, “ ______________ siapakah kamu akan berguru?”
5. Perasaan kasih dan belas kasihan ______________ binatang amat dipuji.
6. Kenderaan yang baru dibeli itu ______________ kegunaan rasmi sahaja.
7. Pendatang asing itu kebingungan __________ rusa masuk ke kampung.
8. Rakyat Malaysia hendaklah Bersatu padu _______________ kestabilan negara.
9. Cerita yang didengarnya itu hanyalah rekaan, _________ pendapat kami.
10. Mereka yang sedang berbincang ____________ masalah politik dari pejabat Menteri Besar.

LATIHAN B

Kenal pasti kata sendi nama dalam petikan berikut.

“Terdapat bukti yang boleh dipercayai bahawa perubatan forensik di China pada Zaman
Pertengahan adalah lebih maju jika dibandingkan dengan amalan perubatan forensik di Eropah pada
ketika itu. Sebuah buku telah ditulis pada pertengahan abad ke-13, berjudul Hsi Yuan Lu, bermaksud
“pencucian segala dosa” atau apabila diterjemahkan secara lebih bebas berbunyi “ Panduan untuk
Hakim”. Berdasarkan kerja-kerja terdahulu, penggunaannya telah berterusan hingga akhir abad ke-
19. Buku ini telah mengemukakan prosedur medicolegal yang menyeluruh. Dalam buku itu,
dihuraikan betapa perlunya pemeriksaan luka-luka yang terdapat pada tubuh si mati bagi
memastikan kesahihan pengakuan saksi atau pesalah. Pengamal perubatan forensik juga diingatkan
oleh pihak berkuasa supaya tidak membiarkan keadaan mayat menghalangnya daripada
pemeriksaan post-mortem dilakukan dengan telitinya. Kesukaran yang dihadapi ketika pemeriksaan
terhadap mayat ada juga dibincangkan. Selain itu, turut disentuh akan kemungkinan berlakunya
kekeliruan dengan luka-luka palsu yang dibuat kemudian”.

LATIHAN C

Betulkan kesalahan kata sendi nama dalam ayat-ayat berikut.

1. Sejak dari peristiwa itu, mereka semakin akrab.


2. Sila kembalikan borang ini ke setiausaha persatuan.
3. Bagi kami tanah tinggalan ayat itu tanah pusaka.
4. Mereka berazam untuk berjuang demi untuk negara.
5. Majikan itu sentiasa curiga terhadap kejujuran pekerjanya.
6. Selain daripada ke Selatan, mereka juga akan ke Utara.
7. Di dalam masyarakat majmuk, perpaduan amat penting.
8. “ Kusangka panas hingga ke petang,” bunyi seni kata lagu itu.
9. Orang yang selalu bercakap mengenai dengan isu politik itu ialah Mohd Faisal.
10. Ahmad dan Halim di antara pelajar yang terpilih untuk menyertai pertandingan itu.

Anda mungkin juga menyukai