Anda di halaman 1dari 6

Kata Perintah digunakan untuk menunjukkan silaan, larangan, suruhan dan

permintaan.

Ayat Suruhan

1. Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah.

2. Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan melembutkan ayat.

Contoh Ayat Suruhan:

1. Hantar buku itu sebelum pulang.

2. Turunlah dari sana sekarang juga.

3. Cuci kasut kamu.

Ayat Permintaan

1. Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan.

2. Ia menggunakan perkataan harap, tolong dan minta pada permulaan ayat.

Contoh Ayat Permintaan :

1. Tolong bawakan minuman ini ke dapur.

2. Minta hadirin semua bergerak ke bilik jamuan.

3. Tolong jemurkan pakaian itu.

Ayat Larangan

1. Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu.

2. Ia menggunakan kata silaan seperti usah, dilarang dan jangan.

3. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat.

Contoh Ayat Larangan :

1. Jangan minum air itu.

2. Usahlah menangis lagi.

3. Jangan petik bunga itu.


Ayat Silaan

1. Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang.

2. Ia membangunkan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat.

3. Partikel -lah boleh digunakan.

Contoh Ayat Silaan :

1. Sila bawa sejadah bila ke surau.

2. Jemputlah menikmati lauk-pauk itu.

3. Datanglah ke rumah saya petang ini.

Kata Perintah Ayat Perintah


Sila Sila duduk di tempat masing-masing, kata Cikgu Amir.
Jemput Jemput masuk, Encik Harun, kata Ahmad kepada tetamunya.
Tolong Ina, tolong ibu bawa minuman ini ke hadapan, kata Mak Jah
kepada anaknya.
Harap Harap para peserta telah bersedia.
Minta Minta semua pelajar ke dewan sekarang juga.
Usah / Usah dikenang peristiwa malang itu.
Jangan / Jangan petik buah rambutan yang masih muda itu.

Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan kata perintah yang sesuai.

1. _________Tolong_________(Jemput, Tolong) jemurkan pakaian-pakaian itu.

2.______________Minta____(Sila, Minta) semua hadirin berdiri ketika menyanyikan


lagu Negaraku.

3. ___________Jangan_______(Jangan, Harap) berbuat bising di dalam kelas.

4._____________Sila______(Sila, Usah) duduk di tempat yang disediakan.

5.______________Jemput_____(Jemput, Jangan) datang ke majlis hari lahir saya.

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling
sesuai.

1. ___________ ambil makanan yang terhidang di meja itu, kata Sudin kepada
kawan-kawannya.

A. Tolong C. Harap

B. Minta D. Sila

2. __________ bercakap kuat-kuat kerana akan menganggu pesakit, Kata


jururawat itu kepada Adli.

A. Jangan C. Minta

B. Sila D. Tolong

3. ___________ percaya akan khabar angin yang belum tentu sahih


Kebenarannya.

A. Jemput C. Usah

B. Harap D. Sila

4. Kata Cikgu Tan kepada murid-murid Tahun 6 Ungu,___________ jawab


kesemua soalan Matematik dalam masa 15 minit sahaja.

A. Jangan C. Jemput

B. Sila D. Tolong

5. ___________ penduduk di kawasan pedalaman itu akan menerima bekalan air


dan elektrik kelak.

A. Minta C. Harap

B. Usah D. Jemput
6. _____________ makan pisang goreng ini.

A. Jemput C. Usah

B. Harap D. Sila
Tuliskan jenis-jenis ayat perintah bagi setiap ayat di bawah dalam ruangan
yang disediakan.

1. Jangan bermain mercun, nanti terbakar tangan. (______)

2. Sila tinggalkan tempat ini dengan segera. (__________)

3. Tolong belikan saya sebungkus nasi lemak di gerai itu. (____________)

4. Sila isi borang permohonan itu dengan lengkap. (_______)

5. Usah difikirkan perkara itu lagi. (___________)


Adakah anda dapat menjawab semua soalan dengan tepat? Untuk kepastian, sila
rujuk jawapan di bawah......

1. Ayat larangan

2. Ayat penyata

3. Ayat seruan

4. Ayat penyata

5. Ayat silaan

6. Ayat suruhan

7. Ayat silaan

8. Ayat seruan

9. Ayat larangan

10. Ayat seruan

2. Bumbung rumah itu rosak kerana dihempap pokok kelapa. (____________)

3. Wah, cantiknya bunga-bunga di taman itu! (___________)

4. Lima orang pelajar telah terbunuh dalam kemalangan yang mengerikan itu.
(____________)

8. Ah, aku tidak mahu bersubahat dengan kamu! (_________)

10. Murid-murid itu sedang tekun membaca buku di perpustakaan. (___________)

Anda mungkin juga menyukai