Anda di halaman 1dari 4

Kata Perintah:

1. Kata perintah bertujuan untuk menimbulkan tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan
dan sebagainya.
2. Contoh kata perintah:

KATA PERINTAH FUNGSI CONTOH AYAT PERINTAH


Harap Meminta supaya terjadi Harap hantarkan semua buku
sesuatu perkara. latihan esok.
Jangan Melarang seseorang daripada Jangan petik bunga itu.
melakukan sesuatu
Jemput Membawa maksud mengajak Jemputlah masuk.
Tolong Meminta bantuan Tolong belikan saya sebungkus
nasi lemak.
Sila Meminta dengan hormat Silalah makan kuihmuih yang ada
supaya melakukan sesuatu di atas meja itu.
Usah Menyatakan maksud larangan Usah bermain di tepi jalan.
atau tegahan daripada
melakukan sesuatu.

Latihan:
Isi tempat kosong dengan jawapan tang betul.

Jangan Sila Harap Jangan Sila


Tolong Jangan Jemput Harap Tolong

1. __________ makan hidangan di atas meja itu.


2. __________ bermain bola dekat dengan jalan raya.
3. __________ kamu dapat mematuhi peraturan ini.
4. __________ beratur mengikut kumpulan masing-masing.
5. __________ berlari atau bermain di tangga.
6. __________ susun buku-buku ini.
7. __________ ambilkan buku itu.
8. __________ kamu dapat bersabar.
9. __________ ambil ubat di kaunter.
10. __________ berbuat bising kerana adik sedang tidur.
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “__________ pastikan nama kamu ditulikan pada kertas jawapan,” kata pengawas
peperiksaan kepada calon-calon.
A. Jemput C. Tolong
B. Jangan D. Usah
2. “__________ para hadirin mengambil tempat masing-masing kerana tetamu kehormat akan
tiba sebentar lagi,” kata juruacara itu.
A. Jangan C. Minta
B. Tolong D. Usah
3. __________ buangkan tulang ikan ke dalam tong sampah.
A. Harap C. Usah
B. Jemput D. Tolong
4. __________ nikmati ketupat dan lemang yang disediakan oleh nenek.
A. Jemput C. Jangan
B. Tolong D. Minta
5. __________ kamu membuang masa dengan melakukan kerja yang tidak berfaedah ini.
A. Sila C. Usah
B. Tolong D. Harap
6. “__________ kalian bersabar, persembahan akan bermula sebentar lagi,” kata pengacara
majlis.
A. Harap C. Jangan
B. Usah D. Tolong
7. __________ tuangkan saya segelas jus oren.
A. Harap C. Sila
B. Jemput D. Tolong
8. __________ lah datang ke majlis rumah terbuka saya pada hari Ahad ini.
A. Sila C. Minta
B. Usah D. Jangan
9. __________ bertenang, semua soalan tuan-tuan akan dijawab oleh pegawai itu.
A. Jangan C. Jemput
B. Minta D. Usah
10. __________ berebut-rebut semasa menaiki bas.
A. Tolong C. Jemput
B. Sila D. Jangan
11. “__________ lah makan kuih-muih yang dihidangkan,” ajak Puan Susie.
A. Usah C. Jemput
B. Minta D. Tolong
12. “__________ pasangkan wayar di belakang televisyen ini,” kata kakak kepada rakannya.
A. Usah C. Harap
B. Tolong D. Jangan
13. “__________ main dengan alat-alat yang tajam itu,” tegah emak kepada adik.
A. Jangan C. Sila
B. Harap D. Tolong
14. “__________ catatkan nama murid-murid yang lewat datang ke sekolah,” kata guru
disiplin kepada beberapa orang pengawas.
A. Minta C. Tolong
B. Usah D. Jemput
15. “__________ perhatian murid-murid, bawalah alat melukis kamu pada hari esok,” kata
Cikgu Seroja.
A. Minta C. Usah
B. Jangan D. Jemput
16. “__________ masuk ke dalam bilik Encik Lim,” kata setiausaha itu.
A. Harap C. Tolong
B. Sila D. Usah
17. __________ membuat perkara yang menyusahkan orang lain.
A. Usah C. Sila
B. Harap D. Tolong
18. “__________ kejadian sebegini tidak akan berulang lagi,” kata bapa budak itu.
A. Sila C. Harap
B. Minta D. Jemput
19. __________ jaga kebersihan taman sains.
A. Tolong C. Jemput
B. Usah D. Jangan
20. “__________ ganggu kawan kamu yang sedang belajar di dalam kelas,” nasihat Cikgu
Teng kepada murid-muridnya.
A. Tolong C. Jangan
B. Harap D. Minta
21. “___________ daftarkan diri di sini dan ___________ beri perhatian semasa sesi taklimat,”
kata pegawai kepada semua peserta kursus itu.
A. Tolong …. Minta C. Tolong …. Sila
B. Sila …. Tolong D. Sila …. Minta
22. “_________, kita bertolak sekarang,” kata Mona kepada kawan-kawannya.
A. Ayuh C. Tolong
B. Harap D. Minta
23. “___________ letakkan buku yang dibaca di tempat asal,” kata Helmi kepada rakannya.
A. Sila C. Jangan
B. Tolong D. Usah
24. _____________ makan pisang goreng ini.
A. Jemput C. Usah
B. Harap D. Sila
25. ___________ penduduk di kawasan pedalaman itu akan menerima bekalan air dan elektrik
kelak.
A. Minta C. Harap
B. Usah D. Jemput
26. “__________ bercakap kuat-kuat kerana akan menganggu pesakit,” Kata jururawat itu
kepada Adli.
A. Jangan C. Minta
B. Sila D. Tolong

Anda mungkin juga menyukai