Anda di halaman 1dari 4

LATIHAN

AYAT AKTIF / AYAT PASIF

A) Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif dengan melengkapkan


ayat yang diberikan.

CONTOH

Mereka berjaya mengangkat setandan kelapa sawit yang berat itu.

Setandan kelapa sawit yang berat itu berjaya diangkat oleh mereka.

1 Raymond akan menyertai pertandingan pidato pada minggu depan.

Pertandingan pidato akan disertai _______________________________.

2 Pihak polis akan memantau kawasan yang dianggap hitam itu.

Kawasan yang dianggap hitam itu _______________________________.

3 Abang mendapat surat tawaran kerja pada minggu yang lalu.

Surat tawaran kerja diterima ___________________________________.

4 Faiz menendang bola dengan kencang ke sasaran .

Bola ditendang _____________________________________________.

5 Syahirah telah membeli baju yang berwarna merah di pasar raya itu.

Baju yang berwarna merah telah ________________________________.


6 Kakak membeli cenderahati untuk kami semasa dia berkunjung ke Jepun.

Cenderahati dibeli____________________________________________.

7 Gayatri dapat menyelesaikan masalah Sains itu dengan cepat.

Masalah Sains itu dapat


_______________________________________.

8 Pihak sekolah akan mengadakan sukan tahunan pada bulan depan.

Sukan tahunan
______________________________________________.

9 Mereka menonton perlawanan bola sepak itu di Stadium Shah Alam..

Perlawanan bola sepak itu ________________________________________.

10 Pihak kastam telah merampas beberapa buah buku yang diharamkan di


pasaran.

Beberapa buah buku


_____________________________________________.
B) Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif. (Pilihan jawa pan diberikan)

1. Saya akan memulangkan buku itu esok.

A Buku itu akan saya pulangkan esok.

B Buku itu akan dipulangkan oleh saya esok.

2. Saya telah mengecat kelas yang kotor itu..

A Kelas yang kotor itu telah dicat oleh saya.

B Kelas yang kotor itu telah saya cat.

3. Kita patut mematuhi peraturan sekolah.

A Peraturan sekolah patut kita patuhi.

B Peraturan sekolah kita patut patuhi.

4. Kamu patut membantu budak itu.

A Budak itu patut kamu bantu.

B Budak itu patut dibantu oleh kamu.

5. Tuan hamba perlu membantu hamba dalam hal ini.

A Dalam hal ini, .hamba perlu tuan hamba bantu.

B Dalam hal ini, .hamba perlu dibantu oleh tuan hamba.

6. Saya telah menjemur pakaian yang basah itu.

A Pakaian yang basah itu telah dijemur oleh saya.

B Pakaian yang basah itu telah saya jemur.


7. Kami memetik buah betik di belakang rumahnya.

A Buah betik di belakang rumahnya kami petik.

B Buah betik di belakang rumahnya dipetik kami.

8. Saya mencatat isi-isi penting yang disampaikan oleh guru.

A Isi-isi penting yang disampaikan oleh guru dicatat oleh saya.

B Isi-isi penting yang disampaikan oleh guru saya catat.

9. Kami berjaya memberkas dua orang pencuri malam tadi.

A Dua orang pencuri berjaya kami memberkas malam tadi.

B Dua orang pencuri berjaya kami berkas malam tadi.

10. Kami berjaya menyelesaikan masalah yang rumit itu.

A Masalah yang rumit itu berjaya kami selesaikan.

B Masalah yang rumit itu berjaya diselesaikan oleh kami .

Anda mungkin juga menyukai