Anda di halaman 1dari 1

Nama: Tingkatan: Tarikh:

Nota Kata Ganti Nama Diri

Kata Ganti Nama Diri terdiri daripada tiga jenis iaitu:

Kata Ganti Nama Diri Pertama : Saya, aku, patik, hamba, beta, kami, kita
Kata Ganti Nama Diri Kedua: Awak, kamu, engkau, kau, tuan hamba, tuanku, kalian
Kata ganti Nama Diri Ketiga: Dia, baginda, mereka

Latihan Ganti Kata Nama Diri

1. Tentukan jenis Kata Ganti nama Diri yang terdapat dalam petikan ini. Tulis ringkasan sama ada
KGD1, KGD2 atau KGD3

Rahman : Apa khabar? Lama saya (________ ) tak dengar berita tentang awak( _________)
Kevin : Khabar baik. Sebenarnya saya (________) berada di Kedah selama tiga bulan
kerana terperangkap dengan Perintah Kawalan Pergerakan daripada kerajaan
akibat Covid-19. Saya (________) melawat bapa saudara di sana bersama-sama
keluarga (_________) sempena cuti penggal persekolahan.
Rahman : Wah! Lamanya awak (_________) di sana. Apa aktiviti untuk memenuhi masa
sepanjang berada di Kedah?
Kevin : Mujurlah sepupu saya, Martin (_________) ada, tidaklah saya (______)kebosanan.
Kami (_______) memenuhi masa dengan belajar bersama-sama menerusi
pembelajaran dalam talian. Selain itu kami(__________) bermain badminton di
halaman rumah pada waktu petang. Sekali-sekala kami (_________) bermain
karom bersama-sama sepupu saya yang lain.

2. Isikan tempat kosong dengan kata ganti nama diri yang sesuai dalam setiap ayat berikut:

baginda tuan hamba beta hamba tuanku patik

1. “Segala titah dan perintah daripada tuanku akan ________________ junjung,” kata Hang
Tuah kepada Sultan Mansur Syah.

2. “___________________ perintahkan orang kaya untuk menangkap penderhaka itu,” titah


Sultan kepada Laksamana.

3. _____________________ sedang bersemayam di atas singgahsana.

4. “____________________ datang dari negara Inderapura,” kata Arjuna kepada penghulu.

5. “Patik kurang periksa, ____________________,” kata Bendahara kepada Sultan Melaka.

6. “___________________ hendak ke mana?” Tanya Hang Tuah kepada Hang Kasturi.

Anda mungkin juga menyukai