Anda di halaman 1dari 5

AYAT MAJMUK

a) Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi ayat majmuk.

1. Wanita itu menunggu teksi.

Wanita itu membaca majalah.

__________________________________________________________________________.

2. Datuk pergi ke stor di belakang rumah.

Datuk mengambil sebatang cangkul.

3. Emak membasuh pinggan mangkuk.

Kakak mengelap meja makan.

4. Syazrin tidak dapat hadir ke majlis hari lahir Anthony.

Syazrin pulang ke kampung.
Syazrin memberitahu rakan baiknya.

5. Anzalna akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan dalam

masa terdekat.
Nabila akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan dalam

6. Mujahid ke kedai buku.

Mujahid hendak membeli buku Matematik.

b) Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi ayat majmuk.

1. Kami baru mendapat berita.

Charles telah melanjutkan pelajaran ke luar negara.

__________________________________________________________________________.

2. Banglo-banglo mewah di kawasan itu kurang elok binaannya.

Harga banglo-banglo mewah di kawasan itu sangat mahal.

3. Pemuda yang berjaket hitam itu bakal suami kepada kakak saya.
Pemuda yang berseluar biru gelap itu bakal suami kepada kakak saya.

4. Semua pelajar Tingkatan 3 Cemerlang berkumpul di dewan sekolah.

Marsha tidak berkumpul di dewan sekolah.

5. Akmal didenda oleh guru disiplin.

Akmal menghisap rokok di belakang kantin.

6. Jalan raya itu licin-licau.

Hujan turun dengan lebat sejak pagi tadi.

Skema

1. Wanita itu menunggu teksi.

Wanita itu membaca majalah.

Wanita itu menunggu teksi sambil membaca majalah.

2. Datuk pergi ke stor di belakang rumah.

Datuk mengambil sebatang cangkul.

Datuk pergi ke stor di belakang rumah lalu mengambil sebatang

cangkul.

3. Emak membasuh pinggan mangkuk.

Kakak mengelap meja makan.

Emak membasuh pinggan mangkuk manakala kakak mengelap meja

makan.

4. Syazrin tidak dapat hadir ke majlis hari lahir Anthony.

Syazrin pulang ke kampung.
Syazrin memberitahu rakan baiknya.

Syazrin memberitahu rakan baiknya yang dia tidak dapat hadir ke

majlis hari lahir Anthony kerana pulang ke kampung.

5. Anzalna akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan dalam

masa terdekat.
Nabila akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan dalam
masa terdekat.

Anzalna dan Nabila akan melangsungkan perkahwinan dengan

jejaka pilihan masing-masing dalam masa terdekat.

6. Mujahid ke kedai buku.

Mujahid hendak membeli buku Matematik.
Mujahid ke kedai buku kerana hendak membeli buku Matematik.

Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi ayat majmuk.

1. Kami baru mendapat berita.

Charles telah melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Jawapan: Kami baru mendapat berita bahawa Charles telah

melanjutkan pelajaran ke luar negara.

2. Banglo-banglo mewah di kawasan itu kurang elok binaannya.

Harga banglo-banglo mewah di kawasan itu sangat mahal.

Jawapan: Harga banglo-banglo mewah di kawasan itu sangat mahal

walaupun kurang elok binaannya.

3. Pemuda yang berjaket hitam itu bakal suami kepada kakak saya.
Pemuda yang berseluar biru gelap itu bakal suami kepada kakak saya.

Jawapan: Pemuda yang berjaket hitam dan berseluar biru gelap itu
bakal suami kepada kakak saya.

4. Semua pelajar Tingkatan 3 Cemerlang berkumpul di dewan sekolah.

Marsha tidak berkumpul di dewan sekolah.

Jawapan: Semua pelajar Tingkatan 3 Cemerlang berkumpul di dewan

sekolah kecuali Marsha.

5. Akmal didenda oleh guru disiplin.

Akmal menghisap rokok di belakang kantin.

Jawapan: Akmal didenda oleh guru disiplin kerana menghisap rokok

di belakang kantin.

6. Jalan raya itu licin-licau.

Hujan turun dengan lebat sejak pagi tadi.
Jawapan: Jalan raya itu licin-licau kerana hujan turun dengan lebat
sejak pagi tadi.

Anda mungkin juga menyukai