Anda di halaman 1dari 6

SULIT PEMAHAMAN/011-TAHUN 4

SK BANDARAN SIBU NO.2

UJIAN PERTENGAHAN PENGGAL 1/2018

BAHASA MELAYU ( PEMAHAMAN/011)

TAHUN 4

NAMA CALON : _____________________________________________ KELAS : _____________

Arahan : Kamu dikehendaki menjawab semua soalan. Bagi Bahagian A, setiap soalan diikuti
oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, Cdan D. Bagi setiap jawapan, pilih satu jawapan sahaja.
Bagi Bahagian B, jawab semua soalan dalam ruang jawapan yang disediakan.

BAHAGIAN A

Soalan 1 hingga 7
1. Kami memberikan makanan kepada anak-anak rusa yang ________________ di Laman Bayu.
A. Jinak
B. Liar
C. Baik
D. Ganas

2. Kami sekeluarga akan bercuti ke Sabah. Semasa berada di _________________, kami akan
menginap di rumah Pak Usu.
A. Itu
B. Sini
C. Situ
D. Sana

3. Mereka bekerjasama untuk mendirikan _____________________ di kawasan lapang di


Hutan Lipur itu.
A. rakit
B. khemah
C. pondok
D. jambatan

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah


1 SK BANDARAN SIBU NO.2
SULIT PEMAHAMAN/011-TAHUN 4

4. Makanan yang terdedah di gerai itu telah _________________________ oleh lalat.


A. dicuit
B. disentuh
C. dihinggapi
D. dipegang

5. Kanak-kanak __________________ itu sedang menikmati sarapan yang berkhasiat di kantin


sekolah.
A. prasejarah
B. prasekolah
C. prasarana
D. prasyarat

6. Ubat yag sangat ____________________ itu memang tidak dapat ditelan oleh adik.
A. manis
B. pahit
C. tawar
D. masin

7. Murid itu menjalankan eksperimen pengaratan di ____________ dengan berhati-hati.


A. Denai Alam
B. Taman Sains
C. Makmal Bestari
D. Dewan Ilmuwan

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

2 SK BANDARAN SIBU NO.2


SULIT PEMAHAMAN/011-TAHUN 4

8. Idham mengambil ____________________kasut sukannya dari rak kasut untuk berlatih acara
lompat tinggi.
A. Sebentuk
B. Sekawan
C. Sekeping
D. Sepasang

9. “ __________________ berikan kerjasama semasa majlis pelancaraan Program Insan


Prihatin diadakan,” kata guru besar kepada murid-murid.
A. Tolong
B. Jangan
C. Diarah
D. Diseru

Soalan 10 berdasarkan gambar dibawah.

10. Encik Tan membeli dua __________________ rojak di Gerai Tunas Selera itu.
A. Ikat

3 SK BANDARAN SIBU NO.2


SULIT PEMAHAMAN/011-TAHUN 4

B. Cawan
C. Mayang
D. Bungkus

11. Kakak gemar membaca majalah untuk mengisi masa senggangnya.


Pilih perkataan sinonim bagi senggang.
A. sibuk
B. lapang
C. suntuk
D. segera

12. Banyak orang gemar memancing di Sungai Pari yang bersih itu.
Pilih perkataan antonim bagi bersih.
A. jernih
B. kelabu
C. cerah
D. cemar

13. Pilih ayat - ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I. Perkara itu harus difikirkan masak sebelum membuat keputusan.
II. Kita haruslah minum air yang masak semasa musim banjir.
III. Pisang emas yang ditanam oleh datuk itu sudah masak.
IV. Ibu sudah masak dengan perangai adik yang kuat merajuk.
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
E.
14. Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.
Murid-murid __________________semasa mendengar ceramah kebakaran di dewan itu.
A. telinga nipis
B. telinga lintah
C. langkah kanan
D. pasang telinga

15. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Mereka menaiki tangga ke tingkat tiga Blok Bestari dengan berhati hati.

4 SK BANDARAN SIBU NO.2


SULIT PEMAHAMAN/011-TAHUN 4

A. Tangga ke tingkat tiga Blok Bestari dinaiki oleh mereka dengan berhati-hati.
B. Menaiki tangga mereka ke tingkat tiga Blok Bestari dengan berhati-hati.
C. Ke tingkat tiga Blok Bestari mereka dinaiki tangga dengan berhati-hati.
D. Dengan berhati-hati mereka ke tingkat tiga Blok Bestari tangga dinaiki.

Pilih ayat yang betul.


16. A. Ibu buangi sisa makanan itu ke dalam tong sampah.
B. Mereka belajar secara berkumpulan di waktu petang.
C. Kita perlu makan makanan seimbang demi untuk kesihatan kita.
D. Walaupun usianya telah lanjut, namun nenek masih sihat kerana dia selalu bersenam.

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Bersukan memang baik untuk menyihatkan badan. Badan yang sihat dapat menjamin kesihatan
yang baik. Kita biasa mendengar ungkapan badan yang sihat otak menjadi cerdas. Ungkapan ini
bermaksud kesihatan yang baik, kita mampu berfikir dengan bernas atau secara rasional. Oleh
itu, kita haruslah bersukan untuk mendapakan kesihatan yang baik.

Di sekolah, murid-murid memang digalakkan untuk menyertai aktiviti bersukan. Pelbagai


aktiviti sukan telah disediakan untuk murid-murid. Aktiviti sukan ini dapat mencungkil bakat
atau kebolehan seseorang murid dalam bidang sukan. Di samping itu, murid-murid juga dapat
berkeyakinan apabila mampu mengharumkan nama sekolah melalui aktiviti sukan.

Bersukan juga dapat mengisi masa terluang. Hal ini dapat menggelakkan kita daripada
membuang masa dengan sia-sia. Secara tidak langsung, kita dapat menghindarkan diri daripada
terlibat dalam gejala negatif.

Bersukan juga dapat dijadikan kerjaya yang menguntungkan. Misalnya, pemain


badminton yang mewakili negara dan meraih kejayaan dalam pelbagai kejohanan mampu
memperoleh pendapatan yang lumayan. Tambahan pula, mereka sering mendapat tajaan
daripada syarikat besar.

Bersukan juga dapat meningkatkan disiplin murid. Hal ini demikian kerana atlet yang
ingin berjaya dalam bidang sukan mestilah mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal
diri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Misalnya, pemain pasukan bola sepak sekolah,
mereka mestilah menepati masa, rajin berlatih dan mematuhi arahan jurulatih. Dengan
demikian, secara tidak langsung aktiviti sukan dapat membentuk disiplin murid.
17. Mengapakah kita digalakkan untuk bersukan ?
A. Untuk mendapatkan wajah yang cantik .

5 SK BANDARAN SIBU NO.2


SULIT PEMAHAMAN/011-TAHUN 4

B. Untuk mengekalkan kecerdasan otak.


C. Untuk menguatkan pertahanan badan.
D. Untuk menyihatkan tubuh badan kita.

18. Murid-murid amat digalakkan untuk menyertai aktiviti sukan di sekolah kerana
A. Dapat melahirkan atlet yang terkenal.
B. Dapat mencungkil bakat murid dalam bidang sukan.
C. Dapat mempopularkan diri mereka dalam kalangan rakan-rakan.
D. Dapat menambahkan pendapatan sampingan.

19. Apakah kebaikan yang diperoleh oleh murid dengan bersukan pada waktu lapang?
A. Mengelakkan diri daripada teribat dengan gejala negatif.
B. Merapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang sibuk.
C. Meningkatkan kemahiran murid dalam sesuatu acara sukan.
D. Memperoleh pendapatan yang sangat lumayan.

20. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A. Apabila badan kita lesu, kita dapat berfikir secara rasional.
B. Murid-murid akan ditaja oleh syarikat besar apabila gemar brsukan.
C. Pemain badminton negara yang meraih kejayaan dalam pelbagai kejohanan
memperoleh pendapatan yang lumayan.
D. Masa lapang kita akan terbuang dengan sia-sia sekiranya kita berssukan.

6 SK BANDARAN SIBU NO.2

Anda mungkin juga menyukai