Anda di halaman 1dari 31

LATIHAN : KATA GANTI NAMA

(TAHUN 4 & 5)

Pilih kata ganti nama yang sesuai bagi jawapan yang diberi.

1.  "Apa perasaan __________ apabila terpilih menyertai latihan intensif selama lima bulan
di Jerman?" tanya wartawan itu kepada Zulhamizan.

A. beliau
B. engkau
C. saudara
D. kamu

2. __________ bukan sahaja aktif dalam kokurikulum malah cemerlang dalam pencapaian
akademik," kata Azman kepada Bidin sambil menunjuk ke arah Jamil.
A. Dia
B. Mereka
C. Engkau
D. Kalian

3. "Sudah lama ibu saya ingin mengenali __________ dengan lebih dekat lagi," kata Syam
kepada Nurul.

A. engkau
B. kita
C. anda
D. awak

4. "Sebagai pelajar, __________ hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan guru-


guru," kata Andrew kepada rakan-rakannya.

A. kita
B. saya
C. kami
D. mereka
44
Soalan 5 berdasarkan gambar 1

Gambar 1

5. Pencuri itu telah ditangkap oleh polis dan __________ akan didakwa di mahkamah.

A. dia
B. beliau
C. mereka
D. kita

6. Pesan Aisyah dan Alif kepada bapanya," Ayah, tolong belikan __________ ais krim
apabila pulang dari pejabat."

A. saya
B. aku
C. hamba
D. kami

7. Penagih dadah itu akan dihantar ke pusat pemulihan. __________ akan tinggal di sana
selama beberapa bulan.
A. Dia
B. Saya
C. Awak
D. Beliau

8. "Biar __________ yang menyelesaikan masalah serangan lanun itu," kata Panglima Ali
kepada Sultan Melaka.

A. aku
B. beta
C. saya 45
D. patik
9. Murid-murid Tahun Lima Elit dinasihati oleh guru besar kerana __________ membuat
bising semasa perhimpunan pagi.

A.dia
B.kalian
C.beliau
D.mereka

10. __________ hendaklah menutup pintu dan tingkap sebelum keluar dari pusat sumber
ini," kata Cikgu Rosni kepada murid-murid Tahun 6 Amanah.

A. Kita
B. Kami
C. Kalian
D. Mereka

46
Soalan 11 berdasarkan gambar 2.
Gambar 2

11. Fatin dan Amelia merupakan sahabat karib. Lebih-lebih lagi, __________ tinggal
berjiran.

A. dia
B. kalian
C. mereka
D. engkau

12. "Bunyi bedilan itu datangnya dari __________," kata Ali kepada inspektor polis itu.

A. begini
B. begitu
C. situ
D. itu

13. "__________ dikehendaki berhati-hati semasa menyeberangi jalan raya yang sibuk itu,"
pesan guru kepada Azlin.

A. Dia
B. Kamu
C. Anda
D. Hamba
14. "__________ yang menyediakan persalinan itu kepada laksamana, tuanku," kata inang
kepada sultan.

A. Beta
B. Hamba
47
C. Patik
D. Tuan hamba

15. Para peladang akan berkumpul di balai raya pada pagi esok. __________ akan diberi
penerangan tentang penanaman kelapa sawit.

A. Dia
B. Kami
C. Kamu
D. Mereka

16. Datuk Malek seorang yang dermawan. Oleh sebab itu, __________ disenangi oleh jiran-
jirannya.

A. Dia
B. mereka
C. beliau
D. baginda

17. "__________ akan mempertahan tanah air daripada serangan musuh," kata perajurit-
perajurit itu.

A. Saya
B. Kami
C. Kalian
D. Engkau
18. Sultan Alaudin Riayat Shah sangat prihatin terhadap rakyat. __________ selalu
membuat rondaan pada waktu malam.

A. Beliau
B. Baginda
C. Dia
D. Mereka

Soalan 19 berdasarkan gambar 3


Gambar 3

48
19. "Siapakah yang membenarkan __________ masuk ke bilik ini?" tanya Cikgu Malik
kepada Samsul.

A. patik
B. hamba
C. kamu
D. aku

49
Soalan 20 berdasarkan gambar 4
Gambar 4

20. "Siapakah yang memulakan pergaduhan ini, __________ atau dia?" tanya guru disiplin
kepada Subramaniam dan Rajagopal.

A. saya
B. kami
C. kamu
D. beliau

Soalan 21 berdasarkan Gambar 5


Gambar 5

21. Tunku Abdul Rahman merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Semasa
hayatnya, __________ telah berjuang menuntut kemerdekaan daripada British.

A. ia
B. dia
C. beliau
D. baginda

22. “____________ percaya bahawa _____________ tidak bersalah,” kata Suhana dan
Farid kepada Nathan.

50
A. Kami ………… kamu
B. Kalian ……….. dia
C. Kita …………. awak
D. Mereka ………… beliau

23. "Oh, Tuhanku! Hanya kepada __________ tempat aku berlindung dan meminta
pertolongan!" keluh Hamzah.

A. dia
B. anda
C. awak
D. mu

24. Sharif menumpang kereta bapa __________ ke sekolah jika hari hujan.

A. patik
B. saya
C. awak
D. baginda

51
Soalan 25 berdasarkan gambar 6
Gambar 6

25. "Kalau tidak silap patik, pokok tempat __________ bersandar ini namanya pokok
Melaka," ujar Panglima Ali kepada Sultan Muzaffar.

A. baginda
B. tuanku
C. hamba
D. beta

26. Sempena Hari Kesihatan Sedunia, Datuk Dr. Balakrishnan telah diundang untuk
memberikan ceramah. Ceramah __________ berkaitan dengan penyakit jantung.

A. dia
B. kita
C. beliau
D. baginda

27. __________ akan memberi taklimat ringkas kepada semua kontijen tentang perbarisan
pada hari kejohanan olahraga nanti.

A. Baginda
B. Saya
C. Kalian
D. Beliau
Soalan 28 berdasarkan gambar 7
Gambar 7

52
28. Adam dimarahi oleh ibu__________ kerana memecahkan cermin almari itu.

A. anda
B. kalian
C. mereka
D. nya

29. Hakim menjatuhi penjenayah itu hukuman gantung sampai mati. __________ didapati
bersalah kerana memiliki senjata api.

A. Dia
B. Kamu
C. Beliau
D. Mereka

30. Laden dan Laleh ialah kembar siam dari Iran. Kematian __________ selepas menjalani
pembedahan di Singapura menggemparkan dunia.

A. dia
B. kami
C. beliau
D. mereka

Soalan 31 berdasarkan gambar 8


Gambar 8

53
31. "Apa pendapat __________, sekiranya kita berlima pergi berguru dengan Adi Putra di sebuah gua yang
tidak jauh dari Melaka?" tanya Hang Kasturi kepada Hang Tuah.

A. patik
B. tuanku
C. hamba
D. tuan hamba

32. Syafikah dan Hidayah menangis kerana __________ diugut oleh sekumpulan budak
nakal.

A. kalian
B. awak
C. dia
D. mereka

33. Pemuda yang menipu itu telah berjaya diberkas oleh polis dan __________ akan
didakwa di mahkamah.

A. dia
B. beliau
C. awak
D. kalian

34. “Bilakah _________________akan ke Kuala Lumpur?” tanya Ramli kepada rakan-rakannya.

A. awak
B. kamu
C. kalian

54
D. beliau

35. Putera mahkota yang berjiwa rakyat itu sentiasa disenangi oleh rakyat __________.

A. beta
B. patik
C. tuanku
D. baginda

36. Ani dan Fatimah hanya anak angkat Puan Mariam tetapi __________ berdua dianggap
seperti anaknya sendiri.

A. kami 37. Sultan


B. mereka
C. kita
D. dia

Pahang Sultan Pahang berkenan menganugerahkan bintang-bintang kebesaran kepada


pemimpin yang berjasa pada Hari Keputeraan ____________________.

A. dia
B. beta
C. beliau
D. baginda

55
38. "Marilah __________ bergotong-royong membersihkan kampung kita," kata tok
penghulu kepada penduduk kampung.

A. kita
B. kami
C. kalian
D. baginda

39. "Lima orang murid sekolah ini dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama
penuh. __________ akan mendaftar pada 5 Januari ini," kata guru besar.

A. Dia
B. Kita
C. Beliau
D. Mereka

Soalan 40 berdasarkan gambar 9

Gambar 9

40. "__________ akan menempuh perjalanan yang sukar kali ini," kata ketua ekspedisi
kepada semua peserta.
A. Beta
B. Kita
C. Kami
D. Hamba
41. "__________ mengarahkan Datuk Temenggung ke Pulau Tiga untuk menghapuskan
lanun-lanun bedebah itu," titah Sultan kepada Temenggung.

A. Aku
B. Beta
56
C. Saya
D. Kami

42. “ _________ ingin sekali pergi ke Kelantan kerana belum pernah ke sana, cikgu,” kata
murid-murid kelas 6 Bestari kepada guru kelasnya.

A. Kita
B. Kami
C. Saya
D. Mereka

Soalan 43 berdasarkan gambar 10

Gambar 10

43. ____________ mesti mengamalkan sikap tolong-menolong, “ kata tok penghulu kepada
anak-anak buahnya.

A. Kita
B. Kalian
C. Kamu
D. Anda
44. Walaupun Encik Halim seorang yang kaya, tetapi __________ tidak bakhil.

A. ia
B. dia
C. beliau
D. baginda

45. "Bilakah __________ akan pergi ke Perlis?" Yusri bertanya kepada rakan-rakannya.

57
A. anda
B. awak
C. kalian
D. mereka

46. “__________ semua dikehendaki berkumpul di dewan Sri Intan selepas pendaftaran,"
kata urusetia kem motivasi itu kepada peserta-peserta kem.

A. Anda
B. Kalian
C. Kita
D. Kamu

47. "Di manakah __________ tinggal?" tanya Zamri kepada Zainal.

A. nya
B. kami
C. awak
D. kalian

58
48. Walaupun Milah aktif dalam bidang sukan, tetapi __________ tetap cemerlang dalam
pelajaran.

A. dia
B. nya
C. beliau
D. mereka

49. __________ Sultan Kedah akan meraikan sambutan Hari Raya Aidil Fitri bersama-sama
rakyat selepas bersembahyang pada hari raya pertama.

A. Beta
B. Patik
C. Beliau
D. Baginda

50. "Mengapakah __________ bermuram durja?" tanya Deli kepada sahabatnya, Damak.

A. beta
B. patik
C. tuanku
D. tuan hamba

59
Soalan 51 berdasarkan gambar 11
Gambar 11

51. Tun Abdul Razak merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kedua dan __________
digelar Bapa Pembangunan.

A. ia
B. dia
C. anda
D. beliau

52. Perdana Menteri telah ke Kulim baru-baru ini. __________ telah merasmikan
pembukaan sebuah kilang baru.

A. Ia
B. Dia
C. Beliau
D. Baginda

53. "Sejak kemalangan menimpa suami saya, kehidupan __________ sekeluarga


bertambah susah," adu Mak Timah kepada penghulu itu.

A. dia
B. kita
C. kami
D. mereka
54. Budak yang kecil itu adik David. __________ berusia 10 tahun.

A. Patik
B. Dia
C. Kita
D. Beliau 60
55. "Bukan __________ yang mengambil buku itu," kata Syamir kepada Cikgu.

A. saya
B. kami
C. patik
D. hamba

56. "Bolehkah __________ bermalam di sini?" tanya Hang Tuah kepada Hang Nadim.

A. beta
B. saya
C. patik
D. hamba

57. "Cis, berani_________ cuba menentang aku!," kata Laksamana Bentan kepada lanun
itu.

A. tuan hamba
B. kau
C. kamu
D. kalian

58. "Pihak pasukan penyiasat tidak menemukan sebarang bukti semasa menggeledah
rumah itu maka ______________ terpaksa menerus siasatan," kata Sarjan Abu kepada
Inspektor Hassan.

A. kalian
B. mereka
C. kami
D. dia

59. Jali berasa kehidupan keluarga__________ bertambah senang sejak abangnya bekerja
di kilang itu.

61
A. beliau
B. nya
C. dia
D. ia

60. Peragut itu berjaya ditangkap dan __________ akan dihadapkan ke mahkamah tidak
lama lagi.

A. tuanku
B. dia
C. beliau
D. mereka

62
Soalan 61 berdasarkan gambar 12
Gambar 12

61. "__________ cadangkan supaya pantai ini dipagari dengan batang pisang sebagai
menggantikan manusia," sembah Hang Nadim kepada sultan.

A. Beta
B. Saya
C. Patik
D. Hamba

62. "Ahmad tidak ke __________ hari ini kerana bapanya tiada di rumah.

A. apa-apa
B. bila-bila
C. siapa-siapa
D. mana-mana

63. Ya Allah, kepada __________lah aku memanjatkan doa. Perkenankan doaku ini.
A. engkau
B. awak
C. kamu
D. dia

64. "Jagalah buku teks kamu __________baik-baik. Kalau rosak, kamu mesti
menggantinya,"pesan cikgu kepada Azlin.

A. Ini
B. sini
63
C. situ
D. sana

65. "__________ yang tidak menyiapkan tugasan akan didenda," kata Cikgu Ramlan
kepada murid-muridnya.

A. Apa-apa
B. Bila-bila
C. Siapa-siapa
D. Mana-mana

66. "Saya berharap __________ akan memberi tumpuan walaupun suasana di dewan ini
agak panas," kata guru besar kepada murid-murid dalam perhimpunan itu.

A. dia
B. awak
C. kalian
D. beliau

64
Soalan 67 berdasarkan gambar 13

Gambar 13

67. __________ mangkat dalam perjalanan menuju ke Palembang.


A. Ia
B. Dia
C. Beliau
D. Baginda

68. "Marilah __________ makan bersama-sama, sikit sama sikit," kata Ina kepada Hanim.

A. kita
B. kami
C. kamu
D. awak

69. "Orang yang berbaju biru itu __________?" tanya Ali kepada emaknya.

A. apa
B. siapa
C. awak
D. dia

70. "__________ sekeluarga akan melancong ke luar negara pada bulan hadapan," ayah
memberitahu abang.

A. Ia
B. Kita
C. Saya
D. Kami
65
71. “Guru besar menyuruh _____________ berjumpa _______ di bilik mesyuarat selepas
waktu rehat,” Amir memberitahu Alif.

A. kami ….baginda
B. saya ....beliau
C. saya ….dia
D. kita ….dia

72. Tidak ada __________ di dalam kotak ini," kata ahli silap mata itu.

A. apa-apa
B. siapa-siapa
C. siapa
D. mana-mana

66
Soalan 73 berdasarkan gambar 14

Gambar 14

73. Faiz dimarahi oleh gurunya kerana __________ tidak menyiapkan kerja sekolahnya.

A. kamu
B. dia
C. beliau
D. nya

Soalan 74 berdasarkan gambar 15

Gambar 15

74. Zainab dan Ismail telah selamat diijabkabulkan. __________ bercadang berbulan madu
ke Pulau Langkawi.

A. Ia
B. Dia
C. Beliau
D. Mereka

67
75. "__________ mesti belajar bersungguh-sungguh jika mahu berjaya," kata Cikgu Aziz
kepada kami.

A. Kamu
B. Anda
C. Awak
D. Kalian

76. "Dia tinggal di hujung kampung __________," jelas Pak Akil.

A. situ
B. sini
C. sana
D. di sini

77. "Pilihlah __________ barang yang adik suka dari kedai mainan ini," kata kakak kepada
adik kesayangannya.

A. apa-apa
B. bila-bila
C. siapa-siapa
D. mana-mana

78. "Bilakah __________ hendak membina khemah di sini?" tanya Cikgu Azli kepada ahli-
ahli Kumpulan Perkasa.

A. kami
B. awak
C. kamu
D. kalian

79. Ahmad mempunyai ramai kawan kerana __________ sangat peramah.

A. dia
B. saya
C. kami
D. kamu

80. Bolehkah __________ mulakan mesyuarat ini ? Nampaknya semua ahli telah datang.
68
A. awak
B. anda
C. kita
D. kami

81. "Saya mahu __________ lulus dengan cemerlang dalam UPSR nanti," kata guru besar
kepada murid-murid tahun enam.

A. kita
B. anda
C. awak
D. kalian

82. __________ bertiga ialah ahli Persatuan Matematik dan Sains sekolah kita.

A. Ia
B. Dia
C. Kamu
D. Mereka

Soalan 83 berdasarkan gambar 15.

Gambar 15

83. Datuk dan nenek baru sahaja pulang dari Muar, setelah berada di __________ selama
dua minggu.

69
A. mana
B. sini
C. sana
D. situ

84. Cikgu Kamal berasal dari Sarawak. __________ sudah lama menetap di sini.

A. Dia
B. Anda
C. Kamu
D. Beliau

85. "__________ anak kambing Wak Satar yang hilang itu dijumpai?" tanya Datuk
Penghulu Abu.

A. Apakah
B. Siapakah
C. Di manakah
D. Mengapakah

86. "__________ berasa sangat gembira kerana negara kita berada dalam keadaan aman
sentosa," titah Sultan Muzaffar Shah.

A. Baginda
B. Hamba
C. Patik
D. Beta

87. Kata Hang Tuah kepada Hang Jebat, "Maafkan __________ kerana terlewat.
___________ sudah lama menunggu?"

A. kita...awak
B. beta...tuan
C. saya....kamu
D. hamba...Tuan hamba

88. Pemain-pemain bola sepak sekolah itu meraikan kejayaan __________ dalam majlis
makan malam di sebuah restoran.
A. dia
B. saya
70
C. beliau
D. mereka

89. "Bilakah __________ akan ke sana?" tanya Aiman kepada Azizan.

A. kami
B. awak
C. patik
D. kalian

71
90. "Dengan siapa __________ datang ke sini ?" tanya Azamli kepada Ayub.

A. awak
B. saya
C. kami
D. kalian

91. Walaupun saya dan Rosli tinggal sekampung, tetapi __________ jarang berjumpa.

A. kita
B. kami
C. kalian
D. mereka

92. "__________ harus berbangga menjadi rakyat Malaysia," kata Timbalan Perdana
Menteri kepada hadirin.

A. Kita
B. Kami
C. Mereka
D. Baginda

93. "__________ tidak dapat hadir pada hari perkahwinan awak nanti kerana pada hari
yang sama saya sekeluarga akan melancong ke Indonesia," kata Yusof kepada Aida.

A. Beta
B. Saya
C. Kamu
D. Hamba

72
94. Beberapa buah rumah di kampung __________ telah dimasuki pencuri malam tadi.

A. Itu
B. situ
C. begini
D. begitu

Soalan 95 berdasarkan gambar 16


Gambar 16

95. Zaa’im menulis surat untuk __________nya yang sedang belajar di Amerika Syarikat.
A. kita
B. kami
C. mereka
D. saudara

96. Encik Muhamad seorang jurutera. __________ tinggal di pinggir bandar itu.

A. Ia
B. Nya
C. Dia
D. Beliau

73
97. Saya tidak pasti __________dia bermalam malam kelmarin, setelah dia menghilang dari
rumah.

A. apa
B. siapa
C. di mana
D. mana-mana

98. Pegawai itu menafikan bahawa __________ terlibat dengan kes rasuah itu.

A. beliau
B. tuanku
C. engkau
D. tuan hamba

99. Sejak kejadian __________ dia tidak pulang ke kampungnya.

A. itu
B. ini
C. begini
D. begitu

100. “Tolong letakkan barang-barang_______di atas meja di __________,” kata cikgu


sambil menghulurkan beberapa kotak barang kepada Azlina.

A. itu...situ
B. ini...sana
C. itu....sana
D. ini...sini

74

Anda mungkin juga menyukai