Anda di halaman 1dari 8

BM (PEN)

MODUL 6
2018

SUCCESS IS OURS - 6A’S


Salam Sejahtera adik – adik yang dikasihi. Hari ini pula kita akan meneliti Bahagian B iaitu MEMBUAT
ULASAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN. Bahagian ini merupakan elemen baru dalam
format terkini. Adik-adik dikehendaki membuat ulasan berdasarkan bahan grafik yang diberi. Ulasan ini
mestilah ditulis secara ringkas dan jelas. Sila memberi tumpuan dan menguasai bahagian ini. Jom, kita
mula pelajaran minggu ini. Selamat belajar!
Murugan Thunai ~ Vetri Nichayam!

BAHAGIAN B :
MEMBUAT ULASAN BERDASARKAN
BAHAN RANGSANGAN

Panduan Am

 Dalam bahagian ini, murid dikehendaki membuat ulasan berdasarkan bahan


grafik dan maklumat yang diberi.
 Ulasan ini perlu ditulis dalam satu perenggan.
 Markah penuh ialah 15 markah.
 Panjang ulasan hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Teknik Membuat Ulasan

 Mengumpul dan menganalisis fakta-fakta penting dalam bahan grafik


yang diberikan.
 Menghuraikan fakta dengan jelas dan ringkas.
 Menggunakan kosa kata yang sesuai dan menarik.
 Mengaplikasikan penanda wacana dan kata bantu yang sesuai.
 Memberikan contoh yang sesuai.

1
CONTOH ULASAN

Contoh 1
Gambar di bawah ini menunjukkan kepentingan bersukan kepada masyarakat. Tulis
ulasan tentang kepentingan tersebut dalam bentuk perenggan. Panjangnya ulasan
kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Kepentingan bersukan dapat meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan. Tubuh kita
lebih sihat dan tidak mudah dijangkiti penyakit. Di samping itu, bersukan juga dapat mengisi
masa lapang. Antaranya, melakukan aktiviti yang berfaedah seperti bermain badminton.
Selain itu, bersukan juga dapat mengelakkan kita daripada terjerumus dalam kegiatan
yang tidak sihat seperti ponteng sekolah. Bersukan juga dapat membantu kita mengasah
bakat dalam sesuatu jenis sukan yang kita minati. Seterusnya, bersukan membantu kita
mengharumkan nama sekolah. Kesimpulannya, semua pihak haruslah melibatkan diri
dalam aktiviti sukan supaya dapat melahirkan warga yang sihat.

2
Contoh 2
Gambar di bawah ini menunjukkan iklan Hari Kantin sekolah. Tulis ulasan tentang
kepentingan tersebut dalam bentuk perenggan. Panjangnya ulasan kamu hendaklah
antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Hari Kantin 2016 ini dianjurkan oleh SK. Paya Keladi. Program ini akan diadakan
pada 17 September, Sabtu pada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Anda bukan
sahaja dating berbelanja malahan dapat beramal. Ini kerana objektif program ini
dilaksanakan bagi mengumpul dana untuk memasang penghawa dingin di dewan
dan melengkapkan alatan sukan serta melengkapkan bilik darjah Abad ke-21. Antara
aktiviti yang diadakan ialah, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak bawah 7 tahun
dan pertandingan basikal lambat. Di samping itu, pertandingan melukis kolum
menggunakan pasir berwarna turut dipertandingkan. Terdapat 30 gerai makanan dan
minuman semasa program ini berlangsung.

3
Praktis 1
Gambar di bawah menunjukkan cara-cara memupuk nilai murni dalam kalangan anak-
anak. Tulis ulasan tentang cara-cara memupuk nilai murni tersebut dalam bentuk perenggan.
Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

4
Praktis 2
Gambar di bawah menunjukkan keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak. Tulis
ulasan tentang keburukkan makanan ringan tersebut dalam bentuk perenggan. Panjang
ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

5
Praktis 3
Gambar di bawah menunjukkan iklan Kempen Sukan Satu Negara. Tulis ulasan tentang
iklan tersebut dalam bentuk perenggan. Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50
hingga 80 patah perkataan.

6
Praktis 4
Gambar di bawah menunjukkan poster tentang kegiatan menjaga kebersihan. Tuliskan
ulasan tentang aktiviti tersebut dalam bentuk perenggan. Panjangnya ulasan kamu
hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

7
Praktis 5 Percubaan Negeri Johor

Gambar di bawah menunjukkan poster langkah-langkah mengelakkan keracunan makanan.

Tulis ulasan tentang langkah-langkah mengelakkan keracunan makanan dalam bentuk


perenggan.
Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Kita mestilah Ibu bapa


mengamalkan berperanan untuk
kebersihan diri mengelakkan
sebelum dan selepas makan di luar.
makan

Pemeriksaan Pengusaha
pihak berwajib di makanan harus
kedai makanan. memastikan
makanan sentiasa
bertutup

Anda mungkin juga menyukai