Anda di halaman 1dari 4

Saya bercita-cita untuk menjadi

pengusaha yang berjaya. Saya ingin


mengikut jejak langkah datuk sebagai
pengusaha. Datuk saya telah
mendapat Anugerah Usahawan Luar
Bandar pada tahun ini.
Terdapat beberapa perkara yang
perlu saya lakukan sebagai
persediaan saya untuk menjadi
pengusaha berjaya. Saya perlu
menimba ilmu pengetahuan melalui
datuk dan internet. Saya akan dapat
mengetahui tips dan teknik untuk
mencapai kejayaan sebagai
pengusaha yang berjaya.
Perniagaan yang saya ingin
usahakan ialah perniagaan
memproses buah-buahan tempatan
untuk dibuat produk kesihatan. Saya
dapat membantu orang yang tidak
berkemampuan untuk mendapatkan
rawatan di hospital kerana kos
perubatan yang tinggi. Buah-buahan
tempatan juga sangat baik untuk
dijadikan sebagai makanan kesihatan.
Sifat-sifat yang kita perlu ada
sebagai pengusaha yang berjaya
ialah seperti berusaha bersungguh-
sungguh,gigih, rasional dan
berhemah. Kita perlu mengekalkan
sifat ini walaupun ,menghadapi
pelbagai masalah dalam perniagaan
yang kita lakukan.

Anda mungkin juga menyukai