Anda di halaman 1dari 4

SULIT 1 032

Bahagian A I[10 markah]


[Masa dicadangkan: 15 minit]
Gambar di bawah menunjukkan cara-cara menjaga keselamatan di jalan raya.
Tulis lima ayat lengkap berdasarkan gambar tersebut.

1. Kita hendaklah menggunakan lintasan belang yang disediakan di jalan raya


apabila kita hendak melintas jalan raya.

2. Murid-murid sekolah mestilah beratur semasa hendak menaiki bas sekolah


supaya tidak berlaku kemalangan.

3. Orang ramai wajiblah menggunakan jejantas apabila hendak menyeberang


jalan raya untuk mengelakkan kemalangan.

4. Setiap penunggang motosikal mahupun pembonceng haruslah memakai topi


keledar keselamatan supaya keselamatan mereka sentisa terjaga.

5. Pemandu dan penumpang kereta haruslah memakai tali pinggang keledar untuk
mengurangkan kecederaan jika berlaku kemalangan.
SULIT 2 032

Bahagian B [15 markah]


[Masa dicadangkan : 25 minit]
Gambar di bawah menunjukkan pengukuhan semangat kejiranan. Tulis ulasan
tentang cara-cara memupuk semanagat kejiranan tersebut dalam bentuk
perenggan. Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah
perkataan.

Jiran merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan kita. Hubungan


sesama jiran hendaklah dijagai selalu. Kita hendaklah selalu menziarahi jiran
serta bertanya khabar. Di samping itu, kita juga boleh menghadiri majlis rumah
terbuka pada musim perayaan. Seterusnya, apabila kita berjumpa jiran, kita
hendaklah bertegur sapa dengan jiran agar hubungan mesra terjlain. Seterusnya,
kita juga boleh membantu jiran yang perpindah rumah dengan mengangkat
barang-barang mereka. Akhir sekali, kita wajiblah menziarahi jiran yang sakit di
hospital dengan membawa buah tangan serta mendoakan supaya jiran yang sakit
cepat sembuh.
SULIT 3 032

Bahagian C (25 markah]


[Masa dicadangkan: 35 minit]
Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja. Panjangnya
jawapan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Soalan 1

- Taman bunga yang cantik - Bilik tidur yang selesa

- Kolam ikan yang indah - ruang bacaan yang luas dan selesa

Rumah ialah tempat tinggal untuk manusia. Terdapat pelbagai jenis rumah,
antaranya ialah rumah teres, banglo, rumah pangsa dan rumah panjang. Semua
orang mesti mengimpikan sebuah rumah yang selesa.
Tulis sebuah karangan tentang rumah impian kamu.

Saya ingin membina sebuah rumah bertingkat dua yang moden. Rumah ini
akan saya bina di kampung saya. Rumah impian saya akan mempunyai 6 buah
bilik tidur. Bilik-bilik tidur ini adalah untuk ibu bapa saya, saya dan adik-beradik
saya. Saya juga akan menyediakan sebuah bilik tidur untuk saudara-mara atau
pelawat. Bilik-bilik tidur ini dilengkapi dengan katil yang selesa, penghawa
dingin, lampu yang terang, bilik air serta perabot yang lain.
Saya juga akan membina beberapa pondok kecil di luar rumah. Pondok-
pondok ini digunakan untuk kami berehat dan berbual-bual pada waktu petang.
Pondok-pondok ini dibina menggunakan kayu dan beratapkan daun nipah supaya
kelihatan cantik dan sejuk. Saya juga akan menanam pokok-pokok bunga yang
cantik di sekeliling rumah saya. Pokok-pokok bunga ini akan mencantikkan lagi
halaman rumah saya. Selain itu, saya juga akan membina sebuah kolam ikan yang
cantik di tepi rumah. Saya akan membela ikan-ikan yang cantik di dalam kolam
ini. Seterusnya, saya akan memasang jubin yang bermutu tinggi dan berwarna-
wani pada lantai rumah saya.
Saya akan mengecat dinding rumah dengan cat yang bermutu tinggi supaya
SULIT 4 032

rumah saya kelihatan cantik dan tahan cuaca. Akhir sekali, saya akan
menyediakan sebuah bilik khas untuk bacaan. Bilik bacaan ini dilengkapi dengan
perabot seperti meja, kerusi, lampu yang terang, komputer, sambungan Internet
dan lain-lain lagi. Saya berharap Tuhan akan membantu saya mendirikan rumah
impian saya ini.

Soalan 2
Anda diminta menulis surat kepada rakan anda untuk menceritakan tentang
persediaan yang anda lakukan bagi menghadapi peperiksaan UPSR.

Kanagambigai A/P Rajan,


15, Jalan Jelawat 1,
Taman Sri Putra,
42700 Banting.

8 Ogos 2018.

Kepada saudari Yoshini yang tinggal di Perak. Apa khabar saudari di sana?
Saya di sini sihat-sihat belaka.
Saudari, tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan tentang
persediaan saya menghadapi UPSR pada tahun ini. Sebagai langkah pertama,
saya telah menyediakan jadual waktu khas untuk mengulang kaji pelajaran di
rumah. Seterusnya, saya berlatih menjawab soalan-soalan tahun-tahun yang lepas.
Di samping itu, saya juga menghadiri kelas tambahan yang diadakan di sekolah
saya tanpa mengambil cuti.
Saya juga sering berlatih menulis karangan dengan tajuk-tajuk yang
diberikan oleh guru saya. Saya memberikan karangan-karangan yang saya tulis
kepada guru saya untuk disemak. Pada waktu lapang saya juga rajin membaca
nota-nota yang diberikan oleh guru saya. Saya juga rajin membaca supaya dapat
menambahkan perbendahraan kata saya. Langkah ini akan membantu saya
menulis karangan yang baik.
Selain itu, pada hari Ahad saya menghadiri kelas tuisyen. Kadang-kala
saya menggunakan komputer untuk mencari maklumat tambahan serta mejawab
soalan kuiz. Sekian sahaja untuk kali ini. Saya berharap saudari juga berbuat
demikian. Semoga kita berdua mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR
nanti.

Sekian, terimah kasih.

Yang ikhlas,
kanagambigai.

Disediakan oleh, K.SHAN/GB/SJKTSM/2018

Anda mungkin juga menyukai