Anda di halaman 1dari 3

Kata Ganti Nama Diri

Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata
nama dan terbahagi kepada:

Kata ganti Penggunaan Contoh Ayat contoh


nama diri
Pertama Digunakan untuk aku, saya, beta, Saya berumur
menggantikan patik, tujuh tahun pada
nama diri orang hamba,kita,kami tahun ini.
yang bercakap.
Kedua Digunakan untuk awak, anda, “Awak hendak
orang yang dilayan kamu, engkau, pergi ke mana?”
atau diajak saudara, tanya ibu kepada
bercakap. saudari,kalian Swee Ling.
Ketiga Digunakan bagi dia, mereka, Mereka sedang
orang yang beliau, baginda, menyepak bola di
dicakapkan. -nya padang.

Latihan 1 – Isikan tempat kosong dengan kata ganti nama diri.

Awak, Kita, saya, -nya, kamu.


1. Nama _____________ Lee Jia Yi.
2. Kotak pensel _____________ sangat cantik.
3. _____________ suka makan apa?
4. _____________ mesti berdiri tegak semasa menanyikan lagu
Negaraku.
5. Di manakah _____________ tinggal?

Latihan 2 – Isikan tempat kosong dengan kata ganti nama diri.

Kita, Mereka, awak, Dia, Saya.


1. 1. Wah, cantiknya baju _____________.

2. _____________ perlu bersenam selalu untuk menjaga kesihatan.


3. Samy mempunyai seekor anjing. _____________ bermain dengan
anjingnya pada masa lapang.
4. Saya murid tahun satu. _____________ suka membaca buku.
5. Ethan dan Ken berkawan baik. _____________ pergi ke sekolah
bersama-sama.
Lengkapkan ayat dengan kata ganti nama diri yang sesuai.

dia kami saya mereka kita

1. Cikgu memarahi__________ kerana bermain semasa belajar.

2. ________ menangis kerana duitnya hilang.

3. Ini kucing_________. Namanya comot.

4. Zeti, Aida dan Nisa pergi ke sekolah. __________ berjalan kaki.

5. ________ dikehendaki menghormati Jalur Gemilang.

Latihan 5 : Kata Ganti Diri

Gariskan jawapan yang betul.

1. (Dia, Aku ) adik saya.


2. Itu kantin sekolah (saya, kamu).
3. (Mereka, Aku) guru di sekolah ini.
4. (Saya, Kamu) sudah makan?
5. Saya Sonn Kitt. (Saya, Kami) suka membaca buku.
6. Saya suka makan durian. (Kamu, Kami) suka makan apa?
7. Ali, Raju dan Karim sedang bermain bola di padang. (Mereka, Kamu) bermain
semasa hujan turun.
8. “Saya dan Suzana hendak ke kantin. (Mereka, Kami) hendak membeli makanan,”
kata Ayu kepada Kamal.
9. Nama kawan baik saya Razif. (Dia, Kamu) berasal dari Melaka.

10. Saya dan Kim Kim rakan sekelas. (Mereka, Kami) tinggal di Taman Naluri.
KATA KERJA
Kata yang menerangkan perbuatan yang dilakukan oleh manusia, binatang atau benda.

Contoh:
duduk, berjalan, berlari, makan, tidur, menyanyi.

Ayat contoh:
1. Abu berehat sambil membaca buku di bawah pokok.
2. Pak Abu menternak ayam dan itik.

Latihan 6: Kata Kerja

Gariskan jawapan yang betul.

1. Siti dan Deepa berkawan baik.

2. Kucing itu tidur di bawah kerusi.

3. Adik menangis di dalam buaian.

4. Aliff bermain di padang.

5. Gadis itu tersenyum manis.

6. Selvam terjatuh ke dalam longkang.

7. Johan tidak hadir ke sekolah.

8. Beca itu beroda tiga.

9. Hobi datuk berkebun.

10. Kereta api itu bergerak di atas landasan.

Anda mungkin juga menyukai