Anda di halaman 1dari 6

Rumah Ini rumah. Rumah ini rumah saya. Rumah ini ada satu pintu dan tiga tingkap.

Bumbung rumah bewarna merah. Rumah cantik ini kepunyaan saya.

Kek Kek ini sangat cantik. Saya suka makan kek bersama kawan-kawan. Kek mempunyai banyak perisa. Coklat,kopi,oren,keju dan pandan. Saya makan kek pada hari jadi saya.

Buku Buku ini kepunyaan saya. Saya sangat suka baca buku. Hari-hari saya baca buku. Cikgu kata kalau mahu jadi doktor Kita mesti rajin baca buku.

Kerusi Ini kerusi ayah. Kerusi ayah bewarna coklat. Waktu petang, ayah duduk sambil membaca buku. Saya duduk di sebelah ayah sambil mendengar ayah bercerita.

Kucing Kucing saya sangat comel. Nama kucing saya si Tompok. Kucing saya sangat manja dan suka bermain dengan tali. Si Tompok akan datang jika saya memanggil namanya.

Buah-buahan Saya suka makan buah. Saya suka makan buah bersamasama adik, kakak dan abang. Buah-buahan tempatan sangat lazat dimakan. Buah pisang,manggis dan mangga.

Anda mungkin juga menyukai