Karangkan salah SATU karangan daripada tajuk-tajuk karangan di bawah yang panjangnya
lebih kurang 150 patah perkataan.
(50 markah).
Kertas Soalan Penilaian Sekolah Rendah (PSR - 2006)
Bahasa Melayu Kertas 10/2 (Kertas 2)
1. Baca petikan karangan dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Otot-otot kit sebenarnya memerlukan bahan bakar seperti glikogen untuk berfungsi dengan
sempurna. Sama halnya dengan sebuah enjin yang mesti diisi minyak sebelum dapat
dihidupkan dan digerakkan. Karbohidrat yang kita perolehi melalui makanan mengandungi
kanji, gula dan selulosa. Karbohidrat berada dalam organ hati dan otot-otot dalam bentuk
glikogen. Tugas pengecutan otot dapat dilakukan penuh bertenaga dengan bekalan bahan
bakar yang cukup. Oleh sebab itu otot mesti menerima bekalan bahan bakar sepanjang masa
melalui dua cara iaitu aerobik dan anaorobik. Sewaktu membuat aktiviti harian, aliran darah
ke otot sudah memadai untuk membekalkan bahan bakar melalui kaedah aerobik seperti
joging, berkebun, menunggang basikal dan apa sahaja senaman ringan. Cara seperti ini akan
menambah tenaga kepada otot-otot.
Sanaman angkat berat, lari pecut atau apa saja pergerakan yang seumpamanya akan diambil
oleh kaedah anaerobik sebagai pembekal bahan bakat serta-merta. Kaedah ini akan
menghasilkan asid laktik yang telalu banyak menyebabkan kita berasa letih yang keterlaluan
hingga nafas kencang. Otot-otot sudah tidak berdaya untuk menggerakkan anggota kita. Pada
waktu yang sama otot-otot juga sudah kehabisan bekalan glikogen. Cara paling baik untuk
mengatasinya adalah berehat dan mengambil makanan yang tinggi kandungan karbohidrat.
Di samping makan makanan yang berkhasiat dan seimbang, kita hendaklah melakukan
senaman kaedah aerobik dan anaerobik. Senaman aerobik atau membuat pergerakan badan
yang ringan akan menjadikan jantung kita sentiasa sihat. Senaman anaerobik atau membuat
pergerakan yang memerlukan banyak tenaga akan menjadikan otot kita sentiasa kuat dan
boleh melakukan kerja berat.
Soalan:
a. Apakah yang perlu dilakukan oelh otot-otot kita untuk berfungsi dengan sempurna?
b. Dari manakah karbohidrat boleh diperolehi?
c. Di manakah karbohidrat dalam bentuk glikogen disimpan?
d. Bagaimanakah cara otot menerima bekalan bahan bakar?
e. Berikan contoh-contoh kaedah aerobik?
f. Apakah kaedah yang menghasilkan asid laktik yang menyebabkan kita berasa sangat letih?
g. Apakah yang terjadi jika jumlah asid laktik semakin banyak?
h. Bagaimanakah cara mengatasi masalah otot-otot yang sudah kehabisan bekalan glikogen?
i. Bagaimanakah cara kita memastikan jantung kita sentiasa sihat?
j. Apakah yang perlu kita buat untuk memastikan otot kita sentiasa kuat dan boleh melakukan
kerja berat?
(20 markah)
2. Beri ANTONIM (KATA BERLAWAN) bagi setiap perkataan yang bergaris di bawah.
a. Kita mesti memandu dengan cermat bukannya dengan __________________.
b. Mukanya yang __________________ itu menjadi cantik setelah menjalani pembedahan.
c. Negara ini mengekspot gas ke Jepun dan __________________ beras dari Thailand.
d. Kebanyakan orang kampung mencari pekerjaan di __________________.
(5 markah)
6. Tuliskan SINONIM (KATA SEERTI) dalam kurungan yang disediakan bagi setiap
perkataan bergaris di bawah ini.
a. Dinding bilik saya akan dicat dengan warna biru macam _____.
b. Penyanyi yang bersuara merdu macam _____ itu telah memenangi peraduan lagu asli.
c. Adik Najmi suka bermain benda yang bulat macam _____.
d. Badan budak yang demam itu panas macam _____.
e. Apabila mendapat kesusahan, kitamestilah sabar macam _____.
(5 markah)
8. Tuliskan semula senarai PERKATAAN yang terdapat dalam petak pada ruangan yang
disediakan mengikut jenisnya.
a. _____________________________________________________
Ertinya: Orang yang penakut.
b. _____________________________________________________
Ertinya: Tolong-menolong di antara satu dengan lain.
c. _____________________________________________________
Ertinya: Seseorang yang melakukan sesuatu tetapi ia berdiam diri atau berpura-pura tidak
tahu.
d. _____________________________________________________
Ertinya: Adiknya kahwin dahulu daripada kakaknya.
e. _____________________________________________________
Ertinya: Tercengang-cengang kehairanan.
(5 markah)
10. Tukarkan CAKAP PINDAH di bawah kepada CAKAP AJUK.
b. Ayah bertanya kepada adik saya sudahkah dia menyiapkan kerja rumahnya.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
e. Ibu menyuruh Salina pergi ke rumah Hajah Zaiton untuk memberikan ikan itu.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
(10 markah)
11. Tulis semula ayat-ayat di bawah ini dalam TULISAN JAWI.
(10 markah)
ATAU
12. Tuliskan semual ayat-ayat di bawah ini dengan membubuh TANDA BACA yang betul.
a. Negara Brunei Darussalam terbahagi kepada empat daerah iaitu Brunei dan Muara, Tutong
Belait dan Temburung.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
d. Kita mestilah saling kormat-menghormati sesama kawan, kata ketua darjah itu.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
(10 markah)
ATAU
13. Isikan tempat-tempat kosong dengan KATA HUBUNG yang disediakan di dalam petak.
ATAU
14. Isikan tempat-tempat yang kosong dengan KATA HUBUNG yang disediakan di dalam
petak.
(5 markah)