Anda di halaman 1dari 2

KATA HUBUNG-KETERANGAN:

Kata hubung digunakan untuk menghubungkan sesuatu perkataan atau frasa supaya menjadi
ayat yang lengkap.
Contohnya : dan, tetapi, kerana, atau, sambil, lalu, agar, supaya, dan lain-lain.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. ___________ Encik Rosli telah dinaikkan pangkat, beliau tidak sombong.


A Sungguhpun C Sekalipun
B Mahupun D Jikalaupun

2. Melati bermain – main dengan adiknya di hadapan sekolah ___________ menunggu


kedatangan ibunya.
A selepas C supaya
B sementara D semenjak

3. Puan Susan tidak tahu sama ada hendak memakai ceongsam ___________ baju kebaya
untuk menghadiri konvokesyen anaknya.
A dan C atau
B serta D lalu

4. __________ hari telah larut malam, abang masih mengulang kaji pelajaran.
A Jikalaupun C Ataupun
B Namunpun D Meskipun

5. __________ menunggu Hanim, saya sempat menggoreng keropok lekor.


A Sambil C Sejak
B Serta D Semenjak

6. Nenek sedang menganyam __________ kami pulang dari sekolah.


A apabila C sebelum
C sambil D kerana

7. Labuci pada tengkuk baju kurung ____________ dipakai oleh Cikgu Amita dijahit oleh
Puan Fatimah.
A kecuali C sehingga
B namun D yang

8. Najwa suka menjahit ____________ kakaknya suka mengumpul Majalah Saji.


A dan C tetapi
B lalu D kecuali

9. Ayah menyapu varnish pada kerusi rotan itu _________ kelihatan lebih cantik pada hari
lebaran.
A supaya C kalau
B kerana D sungguhpun

10. Encik Murad berhasrat untuk belayar ke Sabah ___________ banyak halangan yang
terpaksa ditempuhi.
A manakala C seandainya
B meskipun D kecuali

11. Ibu menegur adik kerana dia masih belum tidur ____________ jam menunjukkan pukul
11.00 malam.
A apabila C sementara
B meskipun D malahan

12. Banyak orang cedera ___________ berpuluh – puluh keluarga hilang tempat tinggal
dalam runtuhan tanah itu.
A supaya C selama
B lantaran D manakala

13. Mei Hwa menonton televisyen ____________ menunggu kek yang dikukusnya masak.
A manakala C semenjak
B sementara D biarpun

14. Adik menangis _______________ memberitahu ibu bahawa kakak telah mencubitnya.
A hingga C sambil
B serta D malahan

15. Keadaan di pasar itu penuh sesak dengan orang ramai ____________ pasar raya itu
mengadakan jualan murah.
A kerana C supaya
B agar D meskipun

16. Kamal selalu ponteng kelas. ___________, bapanya dipanggil oleh pihak sekolah.
A Lantaran itu C Bagaimanapun
B Meskipun D Lagipun

17. Kamil masih belum bangun ___________ jam sudah pun menunjukkan pukul 12.00
tengah hari.
A walhal C lagipun
B malahan D justeru

18. Oleh sebab hujan lebat, ___________ perlawanan bola itu terpaksa dibatalkan.
A atau C serta
B melainkan D maka

19. Murid – murid Tahun Lima Setia bangun _____________ mengucapkan “Selamat
Sejahtera” kepada Cikgu Normala.
A supaya C padahal
B lalu D dan

20. Jasnita masih menangis ____________ telah berkali – kali dipujuk oleh rakan-rakannya.
A meskipun C selama
B setelah D selagi

Anda mungkin juga menyukai