Anda di halaman 1dari 3

Modul Latih Tubi SPM 2006 (Menjawi dan merumikan teks)

1. Tulis semula petikan berikut dalam tulisan jawi.

Umat Islam telah berjaya menguasai pelbagai bidang ilmu sehingga


memartabatkan tamadun Islam ke tahap yang lebih agung berbanding
dengan tamadun Rom dan Parsi yang merupakan dua tamadun besar pada
masa itu. Tempoh kekuasaan empayar Islam selama 13 kurun serta
kekuasaannya yang meliputi dua pertiga dunia.
[ 6 markah]

2. Tulis semula perkataan yang bergaris dalam tulisan jawi.

(i)
Perkembangan ilmu falsafah memberikan kesan sampingan yang buruk
terhadap
(ii)
akidah umat Islam. Terdapat umat Islam yang menganggap falsafah
Yunani sebagai
(iii)
rujukan utama dalam masalah akidah. Fenomena ini tidak disenangi oleh
ulama.
(iv)
Mereka berjuang bermati-matian untuk memurnikan akidah umat Islam
daripada pengaruh falsafah Yunani yang menyesatkan.

[ 4 markah]

3. Tulis semula petikan berikut dalam tulisan jawi.

Berdakwah bukanlah semata-mata mengemukakan pendapat atau teori


tentang kebaikan dan kemungkaran malah ianya merupakan pelaksanaan
kebaikan dalam diri. Justeru itu pendakwah hendaklah mendahulukan
dirinya sendiri melakukan amal makruf sebelum mengajak orang lain
melakukannya, begitu juga meninggalkan kemungkaran. Ini amat penting
kerana akan menjadi ikutan dan panduan kepada orang lain.
[ 6 markah]

9
Modul Latih Tubi SPM 2006 (Menjawi dan merumikan teks)

4. Tulis semula perkataan yang bergaris dalam tulisan jawi.

(i)
Dalam era globalisasi kini, ilmu sains dan teknologi berkembang dengan
semakin cepat.
(ii)
Ilmu ini mendominasi kehidupan manusia yang semakin kompleks. Umat
(iii)
yang ketinggalan dalam bidang ini akan terkeluar dari arus perdana dunia.
Umat

Islam hari ini wajib menyedari hakikat ini. Mereka mesti berusaha
melengkapkan
(iv)
diri dengan ilmu-ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.

[ 4 markah]

5. Tulis semula perkataan yang bergaris dalam tulisan jawi.

(i)
Warga yang baik akan berusaha untuk berbakti kepada negara. Pelbagai
(ii) (iii)
jenis sumbangan dapat kita berikan kepada negara mengikut kebolehan dan
kemampuan kita. Contohnya seorang hartawan bebas memberi sumbangan
kepada negara dengan
(iv)
membantu fakir miskin yang memerlukan bantuan.

[ 4 markah]

6. Tulis semula perkataan yang bergaris dalam tulisan jawi.

(i)
Penubuhan mahkamah Syariah adalah untuk merealisasikan keadilan
berdasarkan bidang kuasanya.
(ii)
Namun matlamat ini tidak akan tercapai seandainya ramai di kalangan kita
masih tidak mengetahui hak masing-masing dalam perundangan.
(iii)
Kewujudan laman web khusus Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
(JKSM) dan mahkamah Syariah negeri-negeri memberi peluang kepada
kita untuk mendapat
(iv)
maklumat terkini tentang perundangan dan isu-isu berkaitan.

[ 4 markah]

10
Modul Latih Tubi SPM 2006 (Menjawi dan merumikan teks)

7. Tulis semula perkataan yang bergaris dalam tulisan jawi.

(i)
Masa yang dilalui oleh manusia adalah terhad. Keupayaan seseorang
(ii)
menguruskannya adalah kunci kejayaan di dunia dan di akhirat.
(iii)
Memperuntukkan masa yang banyak untuk membaca dan mengulangkaji
pelajaran
(iv)
dapat melahirkan pelajar yang cemerlang.

[ 4 markah]
8. Tulis semula petikan berikut dalam tulisan jawi.

Pembangunan yang berdasarkan kebendaan semata-mata akan


mengundang sifat-sifat kehaiwanan seperti penindasan, kerakusan dan
kezaliman. Sebaliknya dibina atas dasar keimanan menjadikan nilai-nilai
kemanusiaan sebagai agenda utamanya seperti toleransi, qanaah, keadilan,
pemeliharaan alam sekitar. Oleh itu kita hendaklah berusaha agar
pembangunan yang dibina mencapai matlamat pengabdian kepada Allah.
[ 6 markah]

9. Tulis semula petikan berikut dengan tulisan rumi.

‫ران‬AA‫و ك‬AA‫هاري اين تراللو باثق كروسقن كمودهن عوام يغ برالك‬


‫هكن‬A‫ه مثوس‬A‫قن اين تل‬A‫ كروس‬.‫وغجواب‬A‫دق برتغض‬A‫غ تي‬A‫فربواتن ي‬
‫ر‬AA‫غ بس‬AA‫ا ي‬AA‫واركن بلنج‬AA‫ا مغل‬AA‫وال ترفقس‬AA‫ كراجاءن ف‬.‫اورغ الءين‬
‫ه مثالمتكن‬AA‫ دغن منجاض كمودهن عوام اندا تل‬، ‫اونتوق مناغنيث‬
.‫هرتا نضارا درفد تربواغ‬
]markah 6 [

10. Tulis semula petikan berikut dengan tulisan rumi.

‫ا‬AA‫ماغت واج‬AA‫س دان برس‬AA‫إسالم ساغت ممنتيغكن اومتث يغ خرض‬


‫وكاءي هللا‬AA‫ اورغ موءمن يغ قوات لبيه دس‬.‫دالم منجالين كهيدوفنث‬
‫لن‬A‫دق كتيغض‬A‫الم تي‬A‫ث اومت إس‬A‫ سهاروس‬.‫ه‬A‫غ لم‬A‫وءمن ي‬A‫د م‬A‫درف‬
‫الم‬AA‫هوبوغن دغن ايت إس‬AA‫ س‬.‫اونتوق مثرتاءي اكتيؤيتي ريكرياسي‬
٢A‫ر باتس‬AA‫مغهاروسكن اومتث بريكرياسي دغن شرط تيدق ملغض‬
.‫شرع‬
[ 6 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

11

Anda mungkin juga menyukai