Anda di halaman 1dari 17

TAJUK TUGASAN INDIVIDU

MODEL MODAL INSAN RABBANI DALAM AL-QURAN

NAMA PENSYARAH
PROF. MADYA DR. MUSTAFFA BIN ABDULLAH

SUBJEK
PENGANTAR USUL TAFSIR (UFL 2003)

NAMA PELAJAR
MOHD AIZUDDIN BIN MOHD NOOR (UFK 200035)

SESI AKADEMIK
2020/22 SEMESTER EMPAT
Isi Kandungan

1.0 Pendahuluan 1

2.0 Definisi 1-3

3.0 Prinsip-prinsip Asas Modal Insan Rabbani

3.1 Keimanan yang teguh terhadap perkara-perkara ghaibiyyah 3-4

3.2 Keutamaan Ilmu 4-5

3.3 Pembentukan Sahsiah dan Akhlak Terpuji 6-7

4.0 Model Modal Insan Rabbani di dalam al Quran

4.1 Luqman al Hakim 7-9

4.2 Pemuda al Kahfi 9 - 10

4.3 Zulqarnain 11

4.4 Nabi Khidir 11

4.5 Saidina Abu Bakar 11 - 13

5.0 Pengajaran dan Hikmah Ayat 13 - 14

6.0 Rujukan 15

i
1.0 Pendahuluan

Pembentukan modal insan merupakan salah satu usaha para ilmuan Islam mutakhir ini untuk

mempertahankan kedaulatan Islam dan penganutnya disamping menyebarluaskan syariat Islam.

Umat Islam kini berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan daripada pelbagai sudut baik

luaran mahupun dalaman. Kelompok yang menjadi sasaran untuk dibentuk menjadi umat Islam

terbaik adalah golongan remaja kerana merekalah harapan dan juga pewaris kedaulatan Islam serta

negara. Arus kemajuan teknologi dan pengaruh budaya barat banyak mempengaruhi peribadi umat

Islam terutamanya golongan remaja dan muda mudi. Umat Islam juga diuji dengan pelbagai

hiburan yang melalaikan sehingga hilang nilai dan adab sebagai seorang Muslim dalam menjalani

kehidupan seharian. Justeru itu, pihak kerajaan dan mereka yang berkuasa seharusnya mengambil

berat isu ini dan berusaha sehabis baik untuk membentuk dan melahirkan generasi modal insan

yang berjaya mempertahankan kedaulatan serta kemuliaan agama Islam di mata dunia.

2.0 Definisi

Modal merupakan kata nama yang tidak asing dalam kalangan masyarakat tempatan serta sinonim

dengan harta benda, wang ringgit, dana, sumber, biaya, tabungan, aset, simpanan stok, syer, saham

dan pelbagai lagi. Kebiasaannya perkataan modal lebih dikenali sebagai sumber utama dalam

membina perniagaan dan merujuk kepada wang ringgit yang banyak. Tanpa modal, tiada

perniagaan yang mampu dibina serta terus kekal. Selain itu, modal juga difahami sebagai idea

dalam percakapan atau perbualan. Mereka yang tidak mampu memberikan sebarang idea atau

cadangan akan dikatakan sebagai tiada modal untuk bercakap. Namun begitu, Kamus Dewan Edisi

Keempat ada meletakkan beberapa maksud yang merujuk kepada perkataan modal. Diantaranya

adalah wang atau harta benda yang dipergunakan sebagai pangkal atau pokok untuk berniaga

1
(menghasilkan sesuatu yang menambah kekayaan), kedua adalah sesuatu yang digunakan untuk

mendapatkan sesuatu yang lain dan yang ketiga adalah dengan maksud buah fikiran atau idea. 1

Insan merupakan perkataan pinjaman daripada bahasa Arab dan sangat meluaskan

penggunaannya dalam bahasa Melayu. Ringkasnya insan difahami masyarakat sebagai manusia

yang diberikan akal dan mampu untuk menggunakan akal untuk tujuan tertentu. Menurut Kamus

Dewan Edisi Keempat, insan bermaksud makhluk yang dicipta Allah SWT yang tidak terlepas

daripada kealpaan2. Terdapat beberapa kata tunggal di dalam al Quran yang merujuk kepada insan

seperti insan, ins, dan insiyya, manakal kata jamak bagi insan adalah unas dan nas. Selain itu

manusia juga dikenali sebagai makhluk pelupa bertepatan dengan maksud kalimah “nasiya” yang

bermaksud lupa.

Modal insan pula adalah gabungan dua perkataan yang membawa maksud ciri-ciri asas

dalam diri manusia yang membentuk peribadi yang mulia. Modal insan juga merujuk kepada

keupayaan seseorang dalam memberikan sumbangan terbaik dalam proses pembangunan sesebuah

negara. Kamus Dewan Edisi Keempat pula menyatakan bahawa modal insan bermaksud sumber

intelek yang ada pada diri setiap manusia serta merujuk kepada seseorang yang berkemahiran,

berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kepada dunia hari ini 3. Selain itu gandingan

kata modal insan mencerminkan kesepaduan kontinum insan yang terbangun daripada kecerdasan

akal (dengan wujudnya sifat lupa), roh dan emosi (dengan hadirnya jiwa yang tenang dan perasaan

belas kasihan), serta fizikal (dengan tampaknya jasad insan melalui penglihatan mata kasar), (Ali

Hanafiah, 2016)4

1
Kamus Dewan Edisi Keempat
2
Ibid
3
Ibid
4
Muhammad Alihanafiah, 2016 Konsep Modal Insan Rabbani Menurut al Quran: Analisis Pemikiran Sa’id Hawwa
Dalam al Asas Fi al Tafsir

2
Rabbani juga merupakan kata pinjaman daripada bahasa Arab yang membawa maksud

ketuhanan. Rabbani juga dikenali sebagai generasi yang baik dalam semua aspek rohani dan

jasmani. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat menyatakan Rabbani adalah yang berkaitan

dengan Tuhan, ketuhanan: generasi Rabbani5.

Justeru itu rangkai kata Modal Insan Rabbani dapat difahami sebagai seorang Muslim yang

mempunyai ciri-ciri modal insan yang selari dengan kehendak syariat serta mempunyai

keseimbangan diantara aspek rohani, jasmani dan emosi. Modal Insan Rabbani juga merujuk

kepada seseorang individu Muslim yang telah mencapai kecemerlangan dari sudut akidah, syariah

dan akhlak.

3.0 Prinsip-prinsip asas Modal Insan Rabbani

3.1 Keimanan yang teguh terhadap perkara-perkara ghaibiyyah

Menelusuri sirah dakwah Baginda Nabi ketika di Makkah selama 13 tahun yang penuh rintangan

dan cabaran, Baginda Nabi telah membina asas modal insan Rabbani yang teguh dalam diri para

sahabat ketika awal Islam disyariatkan. Wahyu yang diturunkan menjurus kepada pemantapan

akidah dan peneguhan iman terhadap Allah dan kerasulan Nabi Muhammad sebagai utusan

terakhir. Allah tidak mewahyukan hal ehwal hukum halal, haram, sunnah, makhruh, harus dan

sebagainya bahkan Allah mengarahkan Baginda Nabi agar menyebarkan kalimah tauhid dan

membersihkan kaum Arab daripada belenggu jahiliyyah dan kesyirikan. Perkara ini dapat dilihat

jelas di dalam lima ayat awal Surah al Baqarah,

5
Kamus Dewan
3
ِ ‫) الَّذِينَ يُؤْ ِمنُونَ ِب ْالغَ ْي‬2( َ‫ْب ۛ فِي ِه ۛ ُهدًى ِل ْل ُمتَّقِين‬
َ‫ب َويُ ِقي ُمون‬ ُ ‫) َٰذَ ِل َك ْال ِكت‬1( ‫الم‬
َ ‫َاب ََل َري‬
ِ ُ ‫نز َل ِإلَي َْك َو َما أ‬
‫نز َل ِمن قَ ْب ِل َك‬ ِ ُ ‫) َوالَّذِينَ يُؤْ ِمنُونَ ِب َما أ‬3( َ‫ص ََلةَ َو ِم َّما َرزَ ْقنَا ُه ْم يُن ِفقُون‬ َّ ‫ال‬
(5) َ‫) أُو َٰلَئِ َك َعلَ َٰى ُهدًى ِمن َّر ِب ِه ْم ۖ َوأُو َٰلَئِ َك ُه ُم ْال ُم ْف ِل ُحون‬4( َ‫َو ِب ْاْل ِخ َرةِ ُه ْم يُوقِنُون‬
Maksudnya: Alif, Laam, Miim[1]. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya

(tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-

orang yang (hendak) bertaqwa;[2]. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara

yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan)

sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka[3]. Dan juga orang-orang yang

beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-

kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan

sepenuhnya)[4]. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah

orang-orang yang berjaya[5]. (Al Quran, al Baqarah: 1-5)

Perkara-perkara ghaib merupakan diantara perkara yang terawal disampaikan oleh Baginda

Nabi untuk diimani dan diyakini. Diantara perkara ghaib yang dimaksudkan adalah hakikat

ketuhanan, wujudnya malaikat syaitan, syurga, neraka, azab kubur, pahala, dosa dan apa sahaja

perkara yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera manusia biasa. Keteguhan hati dan iman dalam

hal-hal ghaibiyyah dapat membentuk jati diri insan yang sempurna menurut kaca mata Rabbani.

3.2 Keutamaan ilmu

Asas paling utama dalam pembentukan modal insan Rabbani adalah ilmu. Tanpa ilmu, manusia

umpama haiwan sedangkan manusia dikurniakan akal untuk berfikir dan bertindak. Perkara ini

dikuatkan lagi dengan firman Allah SWT sewaktu mengangkat serta melantik Baginda Nabi

sebagai Nabi dan Rasul terakhir melalui lima ayat daripada Surah al Alaq:

4
‫) الَّذِي‬3( ‫) ا ْق َرأْ َو َرب َُّك ْاْل َ ْك َر ُم‬2( ‫ق‬
ٍ َ‫سانَ ِم ْن َعل‬ ِ ْ َ‫) َخلَق‬1( َ‫ا ْق َرأْ بِاس ِْم َربِ َك الَّذِي َخلَق‬
َ ‫اْلن‬
(5)‫سانَ َما لَ ْم َي ْعلَ ْم‬ ِ ْ ‫) َعلَّ َم‬4( ‫َعلَّ َم ِب ْالقَلَ ِم‬
َ ‫اْلن‬
Maksudnya: Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian

makhluk)[1]. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;[2]. Bacalah, dan Tuhanmu Yang

Maha Pemurah[3]. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan[4]. Ia mengajarkan

manusia apa yang tidak diketahuinya[5]. (Al Quran, al Alaq: 1-5)

Wahyu pertama ini jelas menunjukkan kepentingan dan peranan membaca sebagai

jambatan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Ilmu merupakan asas dalam melaksanakan amal

dan ketaatan. Ilmu umpama cahaya yang menyuluh kegelapan kehidupan jahiliyah serta

memimpin manusia ke jalan yang diredhai Allah SWT. Umat akhir zaman mendapatkan segala

ilmu dunia dan akhirat melalui lisan Baginda Nabi yang mana hakikatnya adalah wahyu daripada

Allah SWT sebagaimana firmanNya: Surah An Najm,

‫) ِإ ْن ه َُو‬3( ‫نط ُق َع ِن ْال َه َو َٰى‬


ِ ‫) َو َما َي‬2( ‫احبُ ُك ْم َو َما غ ََو َٰى‬
ِ ‫ص‬ َ ‫) َما‬1( ‫َوالنَّجْ ِم ِإذَا ه ََو َٰى‬
َ ‫ض َّل‬
)4(‫ي يُو َح َٰى‬ ٌ ْ‫ِإ ََّل َوح‬
Maksudnya: Demi bintang semasa ia menjunam[1]. Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu

tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula

tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah)[2]. Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang

berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri[3]. Segala yang

diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan

kepadanya[4]. (Al Quran, al Najm: 1-4)

5
3.3 Pembentukan Sahsiah dan Akhlak Terpuji

Keindahan akhlak dan peribadi Baginda Nabi menambat hati sesiapa sahaja yang berurusan

dengannya. Sikap, akhlak, tutur bicara serta peribadi luhur merupakan diantara ciri utama

pembentukan modal insan Rabbani. Memiliki ilmu seluas lautan tidak akan pernah sama dengan

orang yang ilmunya seluas tasik namun akhlaknya memenuhi langit dan bumi. Budi pekerti serta

akhlak mulia merupakan kayu ukur utama menilai keadaan diri seseorang itu sama ada menepati

sunnah ataupun sebaliknya. Memetik kenyataan Said Hawwa di dalam “Kay la Namdi Ba’idan ‘an

Ihtiyajat al ‘Asr, 123” (Muhammad Alihanafiah, Mustaffa, 2019) 6, pembangunan modal insan

Rabbani berhajat kepada penyemaian akhlak yang sempurna terhadap individu di samping

penjanaan kecerdasan spiritual yang tinggi sehingga merasakan penjiwaan yang mendalam dalam

pengabdian diri kepada Allah.

Nabi Muhammad adalah model utama modal insan Rabbani. Baginda merupakan seorang

manusia utusan Allah yang telah mencontohkan ciri modal insan Rabbani yang sempurna.

Kesempurnaan modal insan Baginda Nabi meliputi segenap hal dan situasi. Setiap sunnah baginda

merupakan qudwah ikutan buat umatnya seperti mana firman Allah SWT,

ۚ‫ّللاَ َو ْال َي ْو َم ْاْل ِخ َر‬ َ ‫لَقَ ْد َكانَ لَ ُك ْم فِي ِه ْم أُس َْوة ٌ َح‬
َّ ‫سنَةٌ ِل َمن َكانَ َي ْر ُجو‬
Maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang

baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari

akhirat[21]. (Al Quran, al Ahzaab: 21)

Nabi Muhammad merupakan salah seorang Rasul Ulul Azmi yang banyak menerima

dugaan dan ujian yang berat namun baginda menunjukkan sifat sabar serta redha terhadap setiap

6
Alihanafiah, Mustaffa, 2019 Gagasan Pembangunan Modal Insan Rabbani oleh Sa’id Hawwa dalam al-Asas fi al-
Tafsir: Ke Arah Pemerkasaan Kader Dakwah. Jurnal Usuluddin 47 (Khas) 2019: 25-48
6
ketentuan Allah SWT. Baginda juga menunjukkan contoh yang baik sebagai pemimpin ketika

peperangan. Ini membuktikan bahawa Baginda mempunyai fizikal atau jasmani yang sihat serta

kuat. Kebijaksanaan serta hikmah Baginda juga disegani teman dan lawan. Baginda juga

mempunyai rohani yang sempurna. Perkara ini jelas dapat dilihat pada hadis yang menceritakan

kekhusyukan Baginda di malam hari beribadah sehingga bengkak kaki walaupun Baginda

merupakan kekasih Allah yang dijamin syurga.

4.0 Model Modal Insan Rabbani di dalam al Quran

4.1 Luqman al Hakim

)13( ‫ظ ْل ٌم َع ِظي ٌم‬ ُ َ‫اَّللِ ۖ إِ َّن الش ِْر َك ل‬


َّ ِ‫ي ََل ت ُ ْش ِر ْك ب‬
َّ َ‫ظهُ يَا بُن‬ُ ‫ان َِل ْبنِ ِه َوه َُو يَ ِع‬ ُ ‫َوإِ ْذ قَا َل لُ ْق َم‬
‫صالُهُ ِفي َعا َمي ِْن أَ ِن ا ْش ُك ْر ِلي‬ َ ‫سانَ ِب َوا ِلدَ ْي ِه َح َملَتْهُ أ ُ ُّمهُ َو ْهنًا َعلَ َٰى َو ْه ٍن َو ِف‬ ِ ْ ‫ص ْينَا‬
َ ‫اْلن‬ َّ ‫َو َو‬
‫ْس لَ َك ِب ِه ِع ْل ٌم فَ ََل‬ َ ‫اك َعلَ َٰى أَن ت ُ ْش ِر َك ِبي َما لَي‬ َ َ‫) َو ِإن َجا َهد‬14( ‫ير‬ ُ ‫ص‬ ِ ‫ي ْال َم‬ َّ َ‫َو ِل َوا ِلدَي َْك ِإل‬
‫ي َم ْر ِجعُ ُك ْم فَأُن َِبئ ُ ُكم‬َّ َ‫ي ۚ ث ُ َّم ِإل‬ َ ‫س ِبي َل َم ْن أَن‬
َّ َ‫َاب إِل‬ َ ‫اح ْب ُه َما فِي الدُّ ْنيَا َم ْع ُروفًا ۖ َواتَّ ِب ْع‬ َ ‫ت ُ ِط ْع ُه َما ۖ َو‬
ِ ‫ص‬
‫ص ْخ َرةٍ أَ ْو فِي‬ َ ‫) يَا بُنَ َّي إِنَّ َها إِن تَكُ ِمثْقَا َل َحبَّ ٍة ِم ْن خ َْردَ ٍل فَتَ ُكن فِي‬15( َ‫بِ َما ُكنت ُ ْم تَ ْع َملُون‬
‫ص ََلةَ َوأْ ُم ْر‬
َّ ‫ي أَ ِق ِم ال‬
َّ َ‫) َيا بُن‬16( ‫ير‬ ٌ ‫ّللاَ لَ ِط‬
ٌ ‫يف َخ ِب‬ َّ ‫ّللاُ ۚ ِإ َّن‬ ِ ْ ‫ض َيأ‬
َّ ‫ت ِب َها‬ ِ ‫ت أَ ْو ِفي ْاْل َ ْر‬
ِ ‫س َم َاوا‬
َّ ‫ال‬
ِ ‫صا َب َك ۖ ِإ َّن َٰذَ ِل َك ِم ْن َع ْز ِم ْاْل ُ ُم‬
‫) َو ََل‬17( ‫ور‬ ْ ‫وف َوا ْنهَ َع ِن ْال ُمن َك ِر َوا‬
َ َ ‫ص ِب ْر َعلَ َٰى َما أ‬ ِ ‫ِب ْال َم ْع ُر‬
ٍ ‫ّللاَ ََل يُ ِحبُّ كُ َّل ُم ْختَا ٍل فَ ُخ‬
)18( ‫ور‬ َّ ‫ض َم َر ًحا ۖ ِإ َّن‬ ِ ‫اس َو ََل تَ ْم ِش فِي ْاْل َ ْر‬
ِ َّ‫ص ِع ْر َخد ََّك ِللن‬
َ ُ‫ت‬
(19)‫ير‬ ِ ‫ص ْوتُ ْال َح ِم‬ َ َ‫ت ل‬
ِ ‫ص َوا‬ ْ َ ‫ص ْوتِ َك ۚ ِإ َّن أَن َك َر ْاْل‬
َ ‫ض ِمن‬ ْ ‫ض‬ ُ ‫ص ْد فِي َم ْشيِ َك َوا ْغ‬ ِ ‫َوا ْق‬
Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi

nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah

(dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang 7
besar"[13]. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga

akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang

demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah

jua tempat kembali (untuk menerima balasan)[14]. Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya

engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak

mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan

mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali

kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali

kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.

[15]. (Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya

jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia

tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh

Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus

pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi[16]. "Wahai anak

kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada

melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang

menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki

diambil berat melakukannya[17]. "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana

memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak

sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi

membanggakan diri[18]. "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah


8
suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai"[19]. (Al

Quran, al Luqman: 13-19)


Kisah agung ini dicatatkan di dalam al Quran sebagai pedoman kepada umat Nabi

Muhammad SAW. Luqman bukanlah daripada kalangan Nabi atau Rasul, namun Allah

memuliakannya disebabkan ketinggian iman dan akidahnya disamping berjaya mendidik anaknya

menjadi seorang Muslim yang sebenar. Luqman telah mewasiatkan anaknya dengan suatu nasihat

atau peringatan yang sangat agung dan penting. Perkara pertama yang menjadi keutamaan Luqman

adalah jangan sesekali mempersekutukan Allah dengan apa sekali pun. Seterusnya Luqman

menasihati anaknya tentang tanggungjawab serta adab seorang anak terhadap kedua orang tua. Ini

kerana redha Allah SWT terletak pada redha ibu dan bapa. Justeru itu, Mukmin yang baik adalah

Mukmin yang baik dengan kedua ibubapanya. Beliau juga menasihati anaknya agar menjaga dan

memelihara solat dimana solat merupakan perkara pertama yang akan disoal oleh Allah SWT di

padang Mahsyar kelak. Seterusnya Luqman menasihati anaknya agar melaksanakan “amar ma’ruf

nahi mungkar” dalam menjalani hidup sebagai seorang hamba Allah. Akhir sekali beliau

menegaskan agar tidak berlaku sombong sesama manusia dan memandang hina kepada orang lain.

Pesanan Luqman al Hakim ini merupakan wasiat emas dan sangat berharga yang mesti diteladani

oleh setiap Muslim.

4.2 Pemuda dalam Surah al Kahfi

)10( ‫شدًا‬ َ ‫ُنك َرحْ َمةً َوه َِيئْ لَنَا ِم ْن أَ ْم ِرنَا َر‬ َ ‫ف فَقَالُوا َربَّنَا آتِنَا ِمن لَّد‬ ِ ‫ِإ ْذ أَ َوى ْال ِفتْيَةُ إِلَى ْال َك ْه‬
َ ْ‫ي ْال ِح ْزبَي ِْن أَح‬
‫ص َٰى‬ ُّ َ‫) ث ُ َّم بَعَثْنَا ُه ْم ِلنَ ْعلَ َم أ‬11( ‫ف ِسنِينَ َعدَدًا‬ ِ ‫ض َر ْبنَا َعلَ َٰى آذَانِ ِه ْم فِي ْال َك ْه‬
َ َ‫ف‬
ِ ‫ص َعلَي َْك نَبَأَهُم بِ ْال َح‬
‫ق ۚ إِنَّ ُه ْم فِتْيَةٌ آ َمنُوا بِ َربِ ِه ْم َو ِز ْدنَا ُه ْم ُهدًى‬ ُّ ُ‫) نَّحْ ُن نَق‬12( ‫ِل َما لَبِثُوا أ َ َمدًا‬
ُ ‫ض لَن نَّ ْد‬
‫ع َو ِمن‬ ِ ‫ت َو ْاْل َ ْر‬ ِ ‫س َم َاوا‬ ْ ‫) َو َر َب‬13(
َّ ‫طنَا َعلَ َٰى قُلُو ِب ِه ْم ِإ ْذ قَا ُموا فَقَالُوا َربُّنَا َربُّ ال‬ 9
ً ‫ط‬
(14)‫طا‬ َ ‫دُونِ ِه ِإ َٰلَ ًها ۖ لَّقَ ْد قُ ْلنَا ِإذًا‬
َ ‫ش‬
Maksudnya: (Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu

mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah
kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”[10]. Lalu

Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak

bilangannya[11]. Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji

siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya

mereka hidup (dalam gua itu)[12]. Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka

dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka,

dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk[13]. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan

kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan

kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan

menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami

memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran[14]. (Al Quran, al Kahfi: 10-14)

Kisah pemuda al Kahfi ini sangat masyhur sehingga kini masih mendapat perhatian umat

Islam disebabkan keajaiban dan keagungan kuasa Allah menidurkan mereka selama beratus tahun

diatas permintaan mereka agar dipelihara iman mereka daripada kekufuran dan syirik kepada

Allah. Demi menyelamatkan nyawa dan akidah, mereka terpaksa bersembunyi di dalam sebuah

gua akibat kezaliman Raja pada ketika itu yang melarang rakyatnya mentauhidkan Allah SWT.

4.3 Zulkarnain

(98)‫قَا َل َٰ َهذَا َر ْح َمةٌ ِمن َّربِي ۖ فَإِذَا َجا َء َو ْعدُ َربِي َجعَلَهُ دَ َّكا َء ۖ َو َكانَ َو ْعدُ َربِي َحقًّا‬ 10

Maksudnya: (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam

pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah

janji Tuhanku itu benar". (Al Quran, al Kahfi: 98)


Ayat ini jelas menunjukkan ketinggian nilai iman dan keteguhan akidah Zulkarnain dimana

hakikat segalanya adalah dibawah ketentuan dan kehendak Allah SWT.

4.4 Nabi Khidir

ِ ‫َو َما فَعَ ْلتُهُ َع ْن أَ ْم ِري ۚ َٰذَ ِل َك تَأ ْ ِوي ُل َما لَ ْم تَس‬
َ ‫ْطع َّعلَ ْي ِه‬
(82)‫صب ًْرا‬
Maksudnya: Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah

penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar

mengenainya". (Al Quran, al Kahfi: 82)

Ayat ini juga menunjukkan kejernihan akidah Nabi Khidir yang mana setiap tindakannya

adalah berdasarkan wahyu dan kehendak Allah semata-mata dan tidaklah mengikut kemahuan

dirinya sendiri.

4.5 Saidina Abu Bakar

Ketika penduduk musyrikin Mekah mempersenda dan menuduh Nabi sebagai ahli sihir, Saidina

Abu Bakar dengan penuh yakin dan tegas membenarkan peristiwa Isra Nabi ke Baitul Maqdis

bahkan menyatakan sekiranya Nabi naik ke langit sekalipun beliau percaya dan membenarkan7.
َٰۤ ُ
َ‫ول ِٕى َك ُه ُم ْال ُمتَّقُ ْون‬ ‫صدَّقَ ِبهٖٖ ا‬ ِ ‫ِي َج ۤا َء ِب‬
ِ ‫الص ْد‬
َ ‫ق َو‬ ْ ‫َوالَّذ‬
Maksudnya: Dan orang yang membawa kebenaran (Muhammad) dan orang yang

membenarkannya, mereka itulah orang yang bertakwa[33]. (Al Quran, az Zumar: 33) 11

Kesetiaan beliau dapat dilihat dalam kisah hijrah Baginda Nabi SAW ke Madinah. Saidina

Abu Bakar telah dipilih Allah untuk menemani Baginda Nabi SAW berhijrah ke Madinah

7
Sayyid Muhammad, 2008 Mu’jizat Isra’ dan Mi’raj (terj.), Sofa Production Selangor
sehinggakan kisah mereka berdua di dalam gua Thur tercatat di dalam al Quran al Karim sebagai

memuliakan Saidina Abu Bakar yang juga merupakan lelaki pertama memeluk Islam.

ِ ‫ي اثْنَي ِْن اِ ْذ ُه َما فِى ْالغ‬


‫َار اِ ْذ يَقُ ْو ُل‬ َ ِ‫ّللاُ اِ ْذ اَ ْخ َر َجهُ الَّ ِذيْنَ َكفَ ُر ْوا ثَان‬
‫ص َرهُ ه‬ ُ ‫ا ََِّل تَ ْن‬
َ َ‫ص ُر ْوهُ فَقَ ْد ن‬
‫س ِك ْينَتَهٖ َعلَ ْي ِه َواَيَّدَهٖ ِب ُجنُ ْو ٍد لَّ ْم ت ََر ْوهَا‬ ‫ّللاَ َم َعن َۚا فَا َ ْنزَ َل ه‬
َ ُ‫ّللا‬ ‫اح ِبهٖ ََل تَحْ زَ ْن ا َِّن ه‬ ِ ‫ص‬ َ ‫ِل‬
‫ِي ْالعُ ْل َي ۗا َو ه‬
‫ّللاُ َع ِزي ٌْز َح ِك ْي ٌم‬ ‫س ْف َٰل ۗى َو َك ِل َمةُ ه‬
َ ‫ّللاِ ه‬ ُّ ‫َو َج َع َل َك ِل َمةَ الَّ ِذيْنَ َكفَ ُروا ال‬

Maksudnya: Jika kamu tidak menolongnya (Muhammad), sesungguhnya Allah telah

menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir mengusirnya (dari Mekah); sedang dia salah

seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, ketika itu dia berkata kepada

sahabatnya, “Jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” Maka Allah

menurunkan ketenangan kepadanya (Muhammad) dan membantu dengan bala tentara (malaikat-

malaikat) yang tidak terlihat olehmu, dan Dia menjadikan seruan orang-orang kafir itu rendah.

Dan firman Allah itulah yang tinggi. Allah Mahaperkasa, Mahabijaksana.

Saidina Abu Bakar juga merupakan golongan bangsawan namun atas dasar iman dan

cintakan Islam beliau telah menginfaqkan seluruh hartanya untuk perjuangan Rasulullah

sehinggakan beliau menjadi manusia pertama yang paling mulia setelah Rasulullah SAW.

َٰ ‫فَا َ َّما َم ْن اَع‬


‫ْطى َواتَّ َٰقى‬
12
Maksudnya: Maka barangsiapa memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa[5]. (Al

Quran, al Lail: 5)

5.0 Pengajaran dan hikmah ayat


Dapat dilihat bahawa setiap tokoh yang dinyatakan dalam al Quran tersebut merupakan

diantara manusia yang dimuliakan Allah. Mereka mempunyai tahap iman dan kecintaan yang

sangat tinggi terhadap Islam serta memiliki peribadi modal insan Rabbani. Mereka meletakkan

Allah yang utama dalam kehidupan dan berusaha memelihara akidah. Mereka sentiasa

mendahulukan hak Allah SWT dalam apa jua keadaan serta mereka juga sangat berhati-hati

dengan dosa syirik dan maksiat.

Mereka juga merupakan insan mulia yang sentiasa mengikut jejak langkah Baginda Nabi

dalam apa jua keadaan. Akhlak dan peribadi mereka adalah akhlak Rasul dalam setiap tindakan

dan perlakuan. Sunnah Baginda Nabi menjadi pakaian mereka sehingga masyarakat ketika itu

sangat mengagumi dan mencintai mereka. Mereka berurusan dengan makhluk mengikut seperti

mana yang diajarkan Baginda Nabi SAW. Mereka berusaha menghidupkan sunnah dan syariat

yang dibawa oleh Rasulullah utusan terakhir.

Kesimpulannya, setiap umat Islam wajib berusaha untuk membentuk dan membina modal

insan Rabbani di dalam diri dengan memperkemaskan akidah, menuntut ilmu akhirat, mencontohi

dan menghidupkan sunnah Nabi SAW serta berakhlak dengan akhlak yang mulia. Modal insan

Rabbani tidak akan berjaya dicapai sekiranya prinsip-prinsip asas yang dinyatakan di atas tidak

dicapai dengan baik. Akidah yang jernih dan teguh akan mendorong diri untuk mendapatkan ilmu

dan seterusnya menjadi asbab terbentuknya peribadi yang mulia serta menghayati dan

mempraktikkan sunnah Baginda Nabi SAW. Masyarakat yang berjaya membentuk modal insan

Rabbani pastinya akan hidup dalam keadaan aman dan sentosa disamping mendapat keredhaan 13

serta rahmat Allah SWT.


Rujukan

Al Quran al Karim
14
Alihanafiah, Mustaffa, 2019 Gagasan Pembangunan Modal Insan Rabbani oleh Sa’id Hawwa

dalam al-Asas fi al-Tafsir: Ke Arah Pemerkasaan Kader Dakwah. Jurnal Usuluddin 47

(Khas) 2019: 25-48


Kamus Dewan Edisi Keempat diakses pada 27 November 2021, https://prpm.dbp.gov.my/

Muhammad Alihanafiah, 2016 Konsep Modal Insan Rabbani Menurut al Quran: Analisis

Pemikiran Sa’id Hawwa Dalam al Asas Fi al Tafsir. Kuala Lumpur, Akademi Pengajian

Islam Universiti Malaya.

Sayyid Muhammad, 2008 Mu’jizat Isra’ dan Mi’raj (terj.), Sofa Production Selangor

Terjemahan al Quran diakses pada 25 November 2021

https://www.iium.edu.my/deed/quran/malay/

https://www.surah.my/

15

Anda mungkin juga menyukai