Anda di halaman 1dari 16

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Pembentangan Kertas Kerja

Ke Arah Melahirkan Mahasiswa Berilmu, Berorganisasi dan Berwawasan


1.0 MUQADDIMAH 2.0 PERSIAPAN KEILMUAN 2.1 Keutamaan Ilmu dan Ulama 2.2 Niat dan Ilmu 2.3 Berilmu dan Berakhlak (Beramal) 2.4 Cara (Adab) Menuntut Ilmu 3.0 ILMU DAN KEPIMPINAN ISLAM 4.0 TUNTUTAN BERORGANISASI 5.0 PENGERTIAN BERORGANISASI 6.0 PERSEDIAAN BERORGANISASI 6.1 Menentukan Objektif, Merencana & Bermuhasabah 6.2 Pengurusan Masa 7.0 MAHASISWA BERMISI & BERWAWASAN 8.0 KESIMPULAN 9.0 PENUTUP

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Setelah tamat perbincangan ini, anda akan dapat: A-Menilai sejauh mana pentingnya ilmu dalam menangani segala masalah B-Melihat peranan yang harus dimainkan oleh ilmuwan Islam dalam masyarakat C-Menyeimbangkan di antara keperluan mendalami ilmu dan berorganisasi D-Mengenal pasti hujjah-hujjah perlunya kita berorganisasi E-Menyediakan perancangan harian untuk memastikan hidup anda bertanzim F-Memastikan apakah bentuk misi dan wawasan seorang mahasiswa Islam

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

KE ARAH MELAHIRKAN MAHASISWA/I BERILMU, BERORGANISASI DAN BERWAWASAN

1.0 MUQADDIMAH
Dunia Islam pada abad-abad mutakhir ini rata-rata sedang dilanda gejala riddah. Demikianlah kesimpulan yang telah dibuat oleh beberapa tokoh Islam masa kini seperti AlMarhum Ustaz Said Hawa dan Abu Hassan Ali An-Nadawi. Dalam pembuktiannya terhadap kewujudan gejala tersebut Ustaz Sayid Hawa telah menyenaraikan beberapa ciri riddah yang terdapat dalam kehidupan masyarakat dunia Islam kini. (1) Antaranya termasuklah sifat mentaati golongan yang tidak senang dengan ajaran Allah, tidak mahu melaksanakan hukum-hukum Allah, tidak mahu mencari penyelesaian dari kitab Allah apabila berlaku pertikaian di kalangan mereka. Selain itu, beliau juga berhujjah telah berlaku perkara-perkara yang membatalkan syahadah. (2) Sementara itu, Abu Hassan Ali An-Nadawi pula membuktikannya dengan gejala penyerapan falsafah barat yang bersifat Ilhad ke dalam masyarakat Islam. Keadaan tersebut berlaku dengan berleluasa di tengahtengah kelemahan ummat Islam kini yang disifatkan sebagai generasi paling buruk dalam sejarah. (3)

Ternyata bahawa umat Islam kini mengalami keadaan gawat dan genting yang memanggil tenaga-tenaga penyelamat untuk menangani masalah ini. Situasi kini yang penuh dengan tipu helah, sepak terajang dan taktik jahat musuh menghendaki bahawa hanya golongan yang benar-benar berwibawa sahaja yang berjaya melawan arus keruntuhan ini. Manakala mereka yang kurang persiapan mempunyai kemungkinan untuk sama-sama hanyut dan larut sebelum matlamat suci yang ingin diperjuangkan tercapai.

Menyedari hakikat inilah maka usaha-usaha yang gigih perlu diambil untuk memperlengkapkan diri kita sebagai bakal ulamak, dai dan tempat rujuk masyarakat dengan bekalan-bekalan yang perlu supaya kita dapat berperanan dengan lebih berkesan

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

apabila terjun ke arena dakwah nanti. Antara persiapan terpenting ialah persiapan dari sudut keilmuan dan perorganisasian. Di samping itu, kita juga hendaklah menjadi seorang mahasiswa yang bermisi dan bervisi (berwawasan).

2.0 PERSIAPAN KEILMUAN


2.0.1 Keutamaan Ilmu dan Ulama Islam mewajibkan kaum Muslimin dan Muslimat menuntut ilmu. Sabda Rasulullah saw: (4)

Hakikat Islam dari prinsip dasar hinggalah ke rantingnya bukanlah hanya tatacara peribadi yang berpindahpindah dari nenek moyang terus turun-temurun atau jampi yang disebarkan secara perasaan ragu-ragu, tetapi ia adalah hakikat yang bersumberkan AlQuran dan As-Sunnah yang tidak mampu difahami kecuali oleh para ulamak dan cerdik pandai yang memiliki ilmu yang matang dalam memahami sesuatu yang benar.

Islam adalah agama ilmu dan agama akal. Oleh sebab itu, sebelum Islam membebankan pengikut-pengikutnya dengan sesuatu perintah atau larangan, terlebih dahulu Islam mewajibkan mereka supaya berilmu dan mendalami urusan tersebut supaya perbuatan itu bersesuaian dengan kebenaran dan kemaslahatan.

Ayat Al-Quran yang pertama diturunkan jelas menunjukkan bahawa Islam begitu menekankan kepada kalam, tulis-menulis dan baca membaca. Islam menganggap bahawa agama tidak akan mendapat tempat yang baik apabila orang-orang Islam sendiri tidak mempunyai pengetahuan (ilmu) yang matang dan fikiran yang sihat. Pengetahuan bagi Islam ibarat roh (nyawa) bagi tubuh manusia. Sebab itulah Allah SWT memuliakan para ulamak. Firman Allah: (Surah Al-Mujadalah: ayat 11) (5)

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

(Surah Az-Zumar: ayat 9) (6) Sabda Rasulullah SAW: (7)


(8)

Satu hakikat yang jelas yang tidak dapat disangkal lagi bahawa pengiktirafan Allah

terhadap para ulamak sangat tinggi dan besar sekali. Ini jelas ditunjukkan oleh nas AlQuran dan Hadis di atas. Ciri-ciri kelebihan oleh ulamak melayakkan mereka mewarisi tugas dan tanggungjawab para nabi untuk meneruskan perjuangan dan menyampaikan risalah kenabian yang telah direntas oleh para nabi dan rasul terdahulu.

2.0.2 Niat dan Ilmu

Imam Burhanuddin Az-Zarnuji menjelaskan bahawa niat yang ikhlas itu adalah mesti (tidak boleh tidak) dalam menuntut ilmu. Sebab ia adalah pokok bagi setiap amal sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW: (9)

Jika dilihat perbandingan di antara ilmu dan amal, maka kita akan mengatakan bahawa ilmulah yang lebih utama. Sebab tanpa ilmu bagaimana mungkin kita boleh beramal. Jadi kiranya amal membutuhkan niat yang ikhlas maka apatah lagi dengan menuntut ilmu.

Beliau juga menegaskan bahawa: Hendaklah setiap penuntut meniatkan bahawa tujuan sebenarnya ia menuntut ilmu bukanlah untuk mengejar kepentingan dunia, sijil dan pangkat, tetapi hendaklah diniatkan kerana mencari redha Allah dan hari akhirat, menghapuskan kejahilan dalam dirinya dan menghidupkan agama serta berazam untuk mengembalikan keagungan Islam. Sebab kekalnya keagungan Islam hanyalah melalui ilmu pengetahuan.(10)

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Sabda Rasulullah SAW:


(11)

2.0.3 Berilmu dan Berakhlak (Beramal)

Sesungguhnya berilmu sahaja tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu baik. Ianya hendaklah disertakan dengan akhlak dan perilaku yang menjadi contoh kepada kepada orang lain. Dalam ertikata lain ilmu yang dipelajari hendaklah didisiplinkan dengan amal yang berterusan.

Dalam persoalan ini Imam Hassan Al-Banna telah meletakkan rukun amal sebagai rukun yang ketiga dalam rukun-rukun baiah setelah rukun dan ikhlas. (12) Ini menunjukkan bahawa betapa perlunya setiap ilmu atau kefahaman itu disertakan keikhlasan dan amal.

Imam Syafie pernah berkata dalam syairnya : (13)

2.0.4 Cara (Adab) Menuntut Ilmu Imam Syafie r.a dalam syairnya telah menggariskan syarat-syarat untuk menuntut ilmu sebagai berikut:

(14)

Keenam-enam syarat tersebut hendaklah menjadi panduan kita dalam kita mendalami ilmu Allah di bumi anbiya ini. Selain dari itu, di sana terdapat juga bait syair yang menyarankan beberapa adab dalam menuntut ilmu antaranya:


(15)

Di samping itu, hendaklah kita menjauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh melemahkan ingatan dan membuatkan kita cepat lupa. Dalam hal ini Imam Syafie

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

menyatakan :


(16)

3.0 ILMU DAN KEPIMPINAN ISLAM (ULAMA)


Ilmu pengetahuan yang mendalam menjadi salah satu ciri yang terpenting dalam kepimpinan Islam. Ini kerana ia adalah merupakan cahaya yang menyuluh akal dan hati bagi mengenal Allah dan segala tuntutan-Nya. Saidina Umar pernah berpesan :


Berkata Imam Syafie:

Setelah kita mengetahui ketinggian ilmu dan akhlak yang menjadi tuntutan itu, harus kita fahami bahawa kita sebenarnya tidak dapat lari dari tugas menyampaikan kepada orang lain . Ini sesuai dengan apa yang telah difirmankan oleh Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat 122:

Ayat di atas jelas membuktikan kepada kita, bahawa kita bukan sahaja dituntut untuk berilmu, bahkan berfungsi untuk memberi inzar (peringatan) kepada manusia dengan ilmu yang telah dipelajari. Kelahiran golongan ulama yang sebegini iaitu ulama yang bukan sekadar mewarisi ilmu dan akhlak bahkan juga mewarisi kerja para rasul a.s. dalam menyampaikan Islam secara amanah dan meyakinkan adalah suatu hal yang sangat tinggi di sisi Allah SWT. Adalah menjadi tanggungjawab ummat untuk menjadikan para ulama hak sebagai pemimpin dan petunjuk mereka semasa mengharungi lautan kehidupan ini.

Keperluan ummat kepada peranan ulama sebagai penyelamat kepada kekalutan

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

hidup ini adalah merupakan satu keperluan yang mendesak. Dunia perlu kepada ciri kepimpinan yang mampu menundukkan manusia kepada sifat atau fitrahnya yang sebenar iaitu hamba kepada Tuhannya bukan teoriteori khayal, wawasan kebendaan dan sebagainya. Di saat umat Islam ketandusan pimpinan ulama seperti ini, kita sepatutnya merasa terpanggil untuk menampung kekurangan-kekurangan ini dan berusaha ke arah itu. Untuk merialisasikan tujuan dan amanah yang maha berat ini (tugas dakwah di jalan Allah), tidak ada cara dan jalan yang lebih sempurna melainkan dengan menggabungkan diri dalam JAMAAH ISLAM atau ORGANISASI yang kemas dan teratur.

4.0 TUNTUTAN BERORGANISASI


Mewujudkan organisasi adalah merupakan satu kemestian syarie. Antara dalil atau hujjah yang mewajibkan kita supaya berorganisasi ialah :

4.0.1 Kerja dan usaha untuk mewujudkan sebuah organisasi yang kukuh dan tersusun adalah suatu IBADAT (ketaatan) kepada Allah sebagaimana firman Allah SWT dalam surah As-Saff ayat 2:

Ini menunjukkan bahawa usaha melahirkan sebuah organisasi yang tersusun adalah jalan untuk mendapat CINTA ALLAH. Sebaliknya, keengganan untuk mewujudkan organisasi yang demikian atau sebarang tindakan yang menyebabkan organisasi itu lemah adalah kerja yang dibenci Allah.

4.0.2 Islam berhadapan dengan kuasa penyesat jahiliah. Jahiliah yang kita hadapi kini adalah merupakan jahiliah moden yang sofistikated. Tidak mungkin umat Islam yang ingin berhadapan dengannya penuh dengan kelemahan dan mengambil mudah sebarang perkara. Gerakan musuh antara bangsa seperti zionis, freemason dan missionary Kristian adalah gerakan yang mempunyai kemampuan, kemudahan, tenaga manusia dan

kebendaan juga teknikal yang tidak mungkin, malah tidak mampu dihadapi melainkan dengan kemampuan pada peringkat yang sama. Hujjah ini adalah suatu kepastian betapa perlunya berorganisasi yang tersusun bagi menghadapi cabaran dan ancaman dari pihak musuh.

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

4.0.3 Saidina Ali dalam satu kata-katanya pernah menyebut :


Citacita untuk mencapai kemenangan tidak secara mutlak bergantung kepada kebenaran ( haq ) yang diperjuangkan.Usaha melengkapkan syarat untuk mencapai kemenangan mestilah dititikberatkan terlebih dahulu sebelum kemenangan hendak diraih, inilah dia sunnahtullah. Ia biasanya berlaku di atas program yang kita rancangkan.

4.0.4 Organisasi yang berwibawa ialah organisasi yang diperlengkapkan dengan semua sumber kekuatan bertujuan menghadapi musuh yang sentiasa ingin melenyapkan Islam, ummat dan gerakannya. Firman Allah SWT dalam surah Al-Anfal ayat 60:

4.0.5 Adalah satu perkara yang sungguh malang jika umat Islam yang mengambil sikap menunggu-nunggu datang kemenangan dengan turunnya kejadian ghaib atau

kedatangan pahlawan keramat untuk memenangkan Islam dan perjuangannya. Sedangkan mereka (umat Islam) sendiri tidak bekerja keras kearah mewujudkan sebuah organisasi atau jemaah yang layak dianugerahkan hadiah untuk menerima kemenangan.

5.0 PENGERTIAN ORGANISASI

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Perkataan organisasi lebih kurang sama ertinya dengan parti, pertubuhan, persatuan, perbadanan dan lain-lain. Demikianlah dikenal berbagai-bagai organisasi di bidang politik,ekonomi, sosial, kebudayaan, dakwah, pendidikan, tentera dan sebagainya. Meskipun terdapat berbagai-bagai organisasi, tetapi hakikat dan fungsinya adalah sama. Organisasi adalah suatu kerjasama manusia bagi mencapai suatu tujuan bersama. Misalnya, beberapa orang bekerjasama mengangkut sebatang kayu balak dari satu tempat ke satu tempat yang lain, sudah dikatakan sebagai organisasi kerana sudah memenuhi asas-asas organisasi.

Tidak dinamakan organisasi

kalau seseorang bekerja sendiri untuk mencapai

matlamat sendiri.Kerana sesuatu pekerjaan yang dapat dikerjakan sendiri tidak memerlukan organisasi. Begitu juga satu bentuk kerjasama beberapa orang untuk mencapai matlamat sendirian, tidak termasuk dalam pengertian organisasi, kerana tiada matlamat bersama.

6.0 PERSEDIAAN PERORGANISASIAN


Kejayaan seseorang individu (pelajar) bergantung kepada usaha ke arah mnyempurna-kan segala tanggungjawab dalam pelajaran, organisasi, dakwah, keluarga dan masyarakat. Seseorang pelajar mungkin sibuk dalam kehidupannya dengan berbagaibagai tugas dan tanggungjawab. Walau bagaimanapun, dalam menyusun dan memprogramkan kehidupan, seseorang pelajar hendaklah menjaga keseimbangan aktivitiaktiviti seperti mewujudkan suasana belajar dalam hidup seharian, suasana solehah dalam rumah (keluarga), berinteraksi dengan masyarakat pelajar, menyempurnakan kerjakerja jamaah dan persatuan.

Untuk memastikan keseimbangan itu tercapai, hendaklah kita menitikberatkan beberapa perkara penting dalam kehidupan harian. Antaranya ialah :

6.0.1 Menentukan objektif jangka panjang dan pendek dalam kehidupan,menjanakan program dan bermuhasabah.

Seseorang individu yang berpandangan jauh mestilah mampu menilai situasi, menentukan keutamaan (priority) dalam pemilihan dan berkeupayaan mengenal pasti matlamat jangka panjang dan pendek yang hendak ia capai dalam kehidupannya. Beliau

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

seharusnya bersedia dan berupaya untuk menentukan matlamat yang hendak ditujunya sendiri, matlamat pembinaan diri, keluarga dan pembelajarannya. Matlamat itu hendaklah selari dengan kehendak Islam dan dakwah yang hendak dibawa. Ia mestilah positif, realistik serta bergerak dalam keupayaan individu itu. Matlamat-matlamat ini hendaklah sentiasa dirujuk dan diusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya beserta tawakkal kepada Allah.

6.0.2 Pengurusan Masa

Di antara kelemahan yang wujud di kalangan para pelajar kita ialah kegagalan menguruskan masa. Apabila perkara ini berlaku, banyak tanggungjawab dan tugas tidak dapat dilaksanakan. Di antara punca kegagalan ialah sikap suka melengah-lengahkan masa.

Antara sebab-sebabnya ialah :

1. Merasa yakin bahawa kita masih

ada banyak masa. Biasanya, keadaan ini akan

membebankan pekerjaan yang pada awalnya mudah hingga tidak mampu dikerjakan lagi kemudiannya.

2. Tidak nampak kepentingan sesuatu pekerjaan. Ini mungkin kerana hasilnya terlalu jauh untuk kita bayangkan. Oleh itu, kita menganggap pekerjaan begini kurang mustahak

3. Tiada desakan atau tekanan untuk menyempurnakan tugas tersebut. Ada di antara kita yang hanya akan bekerja setelah didesak oleh sesuatu.

4. Tugas itu kita rasakan terlalu sukar, remeh atau tidak enak untuk dikerjakan segera.

Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan bagi mengatasi tabiat suka berlengah-lengah ini:

1. Di antara perkara yang paling asas dalam pengurusan masa ialah menyedari bahawa hidup kita ini ialah dengan tujuan mengabdikan diri kepada Allah. Mereka yang lalai dan suka berlengah-lengah tidak dapat memenuhi tujuan ini. (Surah Al-Mukminun ayat:115)

10

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

2. Al-Quran sendiri menyarankan orang-orang yang ingin akhirat supaya bersegera mencari keredhaan Allah dan juga berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan di akhirat. (Surah Al-Al-Imran ayat 133)

3. Buatkan satu jadual tugas dan patuhi jadual tersebut. Belajarlah bekerja berpandukan jadual tersebut dan cuba untuk tidak melanggarinya.

4. Amalkan disiplin diri. Anggap segala tugas adalah mustahak dan perlu diselesaikan segera.

5. Catatkan kerja-kerja yang terbengkalai dan tentukan tarikh baru untuk memulakan dan menyelesaikannya.

6. Belajar menilai hasil tugas. Tentukan samada tugas itu berfaedah atau tidak. Jika tidak berfaedah,eloklah ditinggalkan sahaja.

7.0

MAHASISWA BERMISI DAN BERVISI ( BERWAWASAN )


Apakah yang dikatakan misi dan visi? Secara ringkasnya, misi adalah risalah yang

diputuskan oleh Allah atau tujuan manusia itu diwujudkan di muka bumi ini. Visi (wawasan) pula adalah kemampuan menentukan haluan yang sekaligus mampu menjangkakan keadaan akan datang dalam mengatur strategi dan perancangan. Dalam konteks Islam, misi bagi manusia antaranya : # Hamba Allah : Perhambaan hanyalah kepada Allah semata-mata dan tidak kepada yang lain.

# Khalifah Allah : Khalifah yang diamanahkan untuk mentadbir alam ini yang melibatkan hubungan dengan manusia lain, tumbuhan dan haiwan.

Manakala dalam usaha memenuhi misi sebagai hamba dan khalifah kita diminta memperjuangkan : . Keperibadian Islam . Pembinaan keluarga Islam . Pembinaan masyarakat Islam . Pembinaan negara Islam

11

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

. Pembinaan dunia Islam

Oleh itu, kita perlulah mampu mengharmonikan hubungan verticalNya (hubungan dengan Allah) dan hubungan horizontalNya (hubungan dengan manusia lain, tumbuhan dan haiwan) dalam memenuhi misi yang diamanahkan.

Sejarah telah menunjukkan bukti bahawa mereka yang mempunyai misi sahaja yang mampu membawa perubahan, dari kegelapan kepada cahaya, dari kesempitan kepada keluasan, dari perhambaan kepada pengabdian diri kepada Allah.

Tokoh-tokoh Islam seperti Ibn Sina, Imam Ghazali, Ibn Taimiyyah, Al-Farabi dan seumpamanya turut memperlihatkan betapa mereka mempunyai misi dan visi yang jelas dalam pembinaan tamadun ummat. Boleh dikatakan sejak dari umur belasan tahun mereka telah memperlengkapkan diri dengan pelbagai bidang ilmu pengetahuan bagi kepentingan Islam dan ummatnya. Sebagai generasi muda Islam hari ini, maka soal misi dan visi juga hendaklah diberikan perhatian dalam era kebangkitan Islam.

Adalah menjadi kewajipan kita memahami misi yang antaranya ialah :

. Menjadi hamba dan khalifah Allah di muka bumi . Bertanggungjawab membina diri baik dari segi mental, roh dan jasmani . Menjadi penyeru kebaikan dan pencegah kejahatan . Menjadi pencetus, penggerak dan pembina tamadun Islam

Sudah sampai masanya mereka harus sedar bahawa dalam konteks Islam tidak ada zaman remaja seperti yang dicirikan oleh ahli sosiologi Barat seperti cirri-ciri berikut:

* Adanya masa unutuk berfoya-foya, tiada prinsip hidup, masa hidup hanya sekali, mewujudkan budaya rock, dadah dan sebagainya. *. Hidup berpacaran dengan sebebas-bebasnya tanpa batasan * Mesti bersifat anti nilai sosial yang ada secara melulu yang kemudiannya mengakibatkan rasa tidak hormat kepada ibu bapa, guru dan orang tua

Visi mahasiswa Islam perlu kita bina bersama dalam menghadapi masa hadapan antaranya :

12

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

# Mahasiswa yang terbina kualiti asas intelektual, rohani dan jasmani # Mahasiswa yang berjiwa besar dengan cita-cita menggunung # Mahasiswa Al-Quran yang unik, membaca, memahami, menghafal, menghayati dan mempraktikkannya # Mahasiswa yang celik sejarah # Mahasiswa yang pemikirannya mampu bersaing secara sihat bagi menghadapi daya saing, daya tahan dan ketangkasan berfikir # Mahasiswa yang faham mengisi kebangkitan ummah dalam segenap segi

8.0 KESIMPULAN
Berdasarkan kepada penjelasan yang lalu, jelaslah kepada kita bahawa Islam bukan sahaja menekankan kepada umatnya supaya semata-mata berilmu, bahkan hendaklah menunaikan hak ilmu tersebut dengan amalan dan menyampaikannya kepada orang lain. Juga Islam menghendaki penganutnya supaya bekerja dalam sebuah organisasi yang kukuh serta mempunyai misi dan visi (wawasan) dalam perjuangan.

Bekerja dalam sebuah organisasi adalah merupakan suatu tempat untuk kita mempelajari kaedah-kaedah bekerja dalam usaha untuk memahirkan diri kita bagi berdepan dengan masyarakat di medan yang sebenarnya nanti.

Amat silaplah pandangan sesetengah golongan pelajar yang tidak mahu berorganisasi dengan alasan untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran sematamata. Mereka berhujah, sekiranya mereka terlibat dalam mana-mana organisasi akan menyebabkan mereka tidak ada masa bagi membaca dan mengulangkaji pelajaran. Kita nyatakan kepada mereka, adakah mereka akan menghabiskan sebahagian besar dari masa pembelajarannya untuk tujuan tersebut tanpa ada usaha untuk bergaul dengan masyarakat pelajar yang lain melalui penglibatan mereka dalam organisasi.

Sejarah telah membuktikan bahawa mereka yang terlibat dalam organisasilah yang kebanyakannya terkedepan dalam pelajaran. Antara mereka yang dimaksudkan adalah Dr. Abd Aziz Hanafi, Dr. Harun Taib, Us. Abd. Ghani Shamsuddin, Dr. Yusof Noor dan beberapa tokoh yang lain. Mereka bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran tetapi juga cemerlang dalam organisasi semasa mereka di universiti dulu.

13

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Adapun kata-kata Saidina Umar : () tidak boleh dijadikan alasan untuk lari dari organisasi. Sebaliknya, hendaklah kita memahami apakah maksud sebenar dari athar ini. Tafaqquh dalam athar ini memberi makna yang luas. Begitu juga dengan perkataan ( .) Pemimpin yang dimaksudkan ini ialah pemimpin dalam erti kata yang sebenarnya iaitu pemimpin negara atau daulah. Manakala tahap kita sekarang ialah dalam skop dan ruang lingkup yang kecil sahaja. Apa yang penting pada kita ialah hendaklah kita pandai membahagikan masa di antara pelajaran dan kerja-kerja organisasi.

Bayangkanlah apakah yang akan berlaku sekiranya semua pelajar beralasan tidak mahu berorganisasi? Siapakah yang akan memegang tampuk organisasi pelajar sekarang? Siapakah yang patut disalahkan sekiranya kita sendiri tidak mampu untuk menyusun satu sahaja program kecil di kampung kita nanti bila kita diberikan tanggungjawab oleh masyarakat tempat nanti.

9.0 PENUTUP
Semoga risalah yang tidak seberapa ini akan dapat memberikan sedikit panduan ikhwah dan akhawat untuk menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar yang bukan sahaja mampu untuk menguasai ilmu yang luas bahkan mampu untuk berkecimpung dalam organisasi untuk melatih diri bekerja di medan yang lebih mencabar pada masamasa akan datang. Ingatlah satu kata-kata ulama yang berbunyi :


Akhirnya, marilah sama-sama kita bermohon kepada Allah agar kita digolongkan dalam golongan mereka yang berilmu (faham), ikhlas dalam perjuangan serta dapat bekerja untuk Islam melalui organisasi yang kukuh sehingga tercapailah matlamat yang sebenarnya. Amin.

Sekian. Wassalam.

Rujukan
(1) (2) Jundullah Thaqafatan wa Akhlaqan, Us. Said Hawa IIa`I-Islam min Jadid, hal 171-190

14

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

(3)

Gejala Riddah Mengapa Tidak Ada Abu Bakar Memeranginya, Abu Hassan Ali AnNadawi

(3) (4) (5) (6) (7) (8) (9) (10) (11) (12) (13) (14) (15) (16) (17) (18) (19) (20)

Hadith riwayat Ibnu Majah dan lain-lain. Surah Al-Mujadalah,ayat 11 Surah Az-Zumar, ayat 9 Hadith riwayat Tarmizi Hadith riwayat Abu Daud dan Tarmizi. Hadith riwayat Bukhari dan Muslim Lihat Talimul- Mutaalim. Hadith riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah Lihat Risalah Talim, Hassan Al-Banna. Lihat Dewan Syafei. Ibid Lihat Taalimul-Mutaalim, hal 22 Ibid, hal 127 dan 128. Surah At-Taubah, ayat 122 Surah As-Saff, ayat 2 Surah Al-Anfal, ayat 60 Surah Al-Muminun, ayat 115 Surah Ali Imran, ayat 133.

RAJA DAN TONG MADU

Seorang raja yang sangat suka akan madu yang mahal, ingin menguji sejauh mana rakyatnya sayang dan patuh pada arahan baginda. Dia meletakkkan sebuah tong kosong di City Square dan mengumumkan sesiapa yang sayang kepada baginda hendaklah menuangkan secawan madu asli ke dalam tong tersebut. Seorang rakyat baginda berfikir bahawa jika setiap orang menuangkan madu, dia boleh menuangkan secawan air sebagai gantinya. Sesungguhnya, secawan air tidak akan disedari dalam satu tong yang berisi madu. Apabila raja membuka tong itu kemudiannya, baginda dapati tong itu dipenuhi air.

15

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Ini menunjukkan bahawa setiap orang mempunyai fikrah {pendapat} yang sama. Kesimpulannya ialah, kita hendaklah memastikan bahawa setiap arahan yang diberikan dipatuhi tanpa membuat andaian-andaian yang orang lain tidak akan melakukan perbuatan seperti kita, kerana kemungkinan boleh berlaku perancangan kita sama denagan perancangan orang lain. Ia akan menyebabkan perancanagan tertangguh dan terbengkalai. segala bentuk kerja dan

Cara Berdakwah: Satu Latihan Praktikal dalam Berjemaah!


Satu pertengkaran berlaku di kalangan jemaah tatkala Imam Hassan Al-Banna sedang bersedia untuk solat tarawih {ibadat sunat dalam bulan Ramadhan} di sebuah masjid. Sebahagian daripada jemaah ingin menunaikan solat tarawih sebanyak 8 rakaat, manakala jemaah yang lain pula berkeras ingin menunaikan solat tarawih sebanyak 20 rakaat. Mereka menanyakan Imam Hassan Al-Banna siapakah yang benar dalam hal memilih rakaat solat tersebut. Beliau tidak terus menjawab masalah itu. Beliau berpendapat bahawa jika beliau membenarkan salah satu daripadanya bermakna beliau akan mengeruhkan lagi suasana yang sedia tegang. Sebaliknya beliau bertanya, Adakah tarawih fardhu atau sunat? Mereka serentak menjawab, Tentulah sunat! Beliau menambah, Tetapi perpaduan umat Islam adalah fardhu. Patutkah kita mengorbankan yang fardhu semata-mata untuk menegakkan yang sunat? Adalah lebih baik bagi kita bertarawih di rumah sahaja dan kekalkan perpaduan dan persaudaraan kita daripada bertarawih di masjid dengan dua imam.

HAK CIPTA TERPELIHARA TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN, MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM. MANHAL PMRAM 2000

16

Anda mungkin juga menyukai